CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 30, 2008

Salam Tahun Baru 1430H & 2009M


Salam untuk semua yang bergelar teman, sahabat maupun kawan. Hakikatnya kita pada ikatan yang cukup indah dan mendalam maksudnya bagi mereka yang mengerti. Pada ketika kwn2 lain saling berbalas ucapan tahun baru saya pun tidak mahu ketinggalan. Jadi kali ni saya buat setem peringatan tahun baru untuk semua sekali.... sengaja saya rangkumkan antara dua Hirjah dan Masihi. Pada saya sama je.... setiap kali tahun baru semuanya ada azam, ada impian dan harapan baru jadi tak kira laa tahun Hijrah or tahun Masihi semuanya sama je.... jadi rangkuman ini untuk semua yang sentiasa dekat di hati saya... jadi kan kenangan terindah dari saya untuk semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
InsyaAllah, jika maklumat yang saya dpt dari Mia ptg td betul maka saya akan terbang ke Sarawak (Bintulu) pada 6 Jan 2009. Jadi jauh dari sudut hati ini saya sentiasa berdoa semoga ini adalah penghijrahan saya yang sebenarnya..... hijrah minda dan jiwa saya. Transformasi untuk sesuatu yang lebih baik.

Sebenarnya terlalu banyak yang terkumpul di minda saya 2 3 ari ni.... berat namun ianya bukanlah di sebabkan pasal posting atau kesan cerita saya yg akan ke Sarawak.... tp ada sedikit rasa terkilan, kesal dan buat airmata saya mengalir halus.... terlalu terkesan di hati saya.

Selama saya bercuti smbil menunggu utk di postingkan saya byk luangkan masa dengan mama.... rutin saya setiap petang tolong mama buat kuih utk jualan esok pagi.... satu pengalaman yang indah dan manis untuk saya kenangan dan sebagai penutup tirai 2008 yang punya erti tersendiri. Hakikatnya saya tidak pernah berpeluang untuk bersama mama merasai penat lelah mama sehari2.... adik2 saya semuanya punya pengalaman manis itu.... kenyataan yang perlu di akui, hasil keringat itulah mama belanjakan utk sekolahkan abg n adik2 saya sampai hari ni....

Mama makin dekat di hati saya dan saya tahu dia tak akan hilang lagi dari hati dan jiwa saya..... hari ini saya akui.... sy sayangkan keindahan ini..... saya sayangkan mama.

saya kerinduan lagi
tp saya tahu rindu itu
bkn lagi milik saya........

Saturday, December 27, 2008

Punca Kegemukkan #4

Punca Kegemukan #4: Kekurangan Zat dalam Makanan

Hidayah,

Sebelum ini, saya dah tulis 3 punca membuatkan kita gemuk.
Makanan, kadar aktiviti harian dan keturunan. Kali ini saya tulis
sedikit tentang masalah kekurangan zat dalam makanan kita seharian.

Baiklah, Hidayah pernah tak rasa lapar, kemudian kita makan mee
goreng kosong dengan teh “o” ais limau kurang manis, tetapi 2 jam
selepas itu, kita rasa lapar semula dan Hidayah terpaksa makan
pula karipap 2-3 ketul.

Kenapa perkara ini berlaku ya Hidayah?
Hidayah, lapar bermaksud sel dalam badan kita meminta zat-zat
makanan tertentu dari kita. Contohnya, ia perlukan protein lebih
kurang 35g bagi mengimbangi dan menjalankan fungsi tertentu.

Tetapi malangnya kita cuma makan mee goreng yang hanya mengandungi
karbohidrat (mee), lemak (minyak masak) dan garam. Ini akan memberikan
rasa kenyang sebentar. Sel badan kita masih menagih protein.

Jadi selepas beberapa jam, sel badan kita akan menghantar signal
kepada otak supaya beritahu kita supaya makan lagi.

Kita akan makan lagi, tetapi malangnya kita tidak berikan apa yang
sebenarnya sel badan kita mahukan. Proses ini berulangan dan
menyebabkan kita TERmakan lebih daripada yang sepatutnya.

Kadang-kadang, kita cuba makan dengan sihat, sayur, buah,
kurang gula, kurang garam dan macam-macam lagi yang orang
kata sihat kita makan, tetapi kesannya tidak kelihatan.

Apa masalahnya?
1. Khasiat dalam makanan kita tidak sama lagi seperti dulu kala.
Teknologi telah mengubah kandungan zat makanan.
Saintis di Jepun, melaporkan bahawa kandungan Vitamin C dalam
epal dan oren di pasaran mereka HAMPIR KOSONG!

2. Cara memasak kita yang terlalu keterlaluan. Zat makanan akan
hilang jika terkena panas yang keterlaluan.

3. Terlalu banyak makanan yang kita makan telah diproses sebelumnya.
Strukturnya diubah, zat makanan menjadi tidak lengkap.
Fishball, fishcake, sotongball, crabstick, sosej, nugget dan macam-macam lagi.

Makanan tidak berzat biasanya murah.

Hidayah, kita perlu lakukan sesuatu supaya kita terselamat dari musibah
yang melanda kita sekarang. Cuba beberapa tips berikut;
1. Cuba tingkatkan makan makanan mentah. Buah, salad, tomato, timun,
kacang botol, pegaga, petai dan ulam-ulaman yang lain mengantikan sayur
yang kena masak. Makan sandwich dengan roti gandum berintikan tuna dalam tin,
masukkan sedikit salad, timun, tomato dan sedikit sos cili, mungkin 5-6 kali seminggu.
(Kita makan 21 kali seminggu). Sekurang-kurangnya kita sudah berjaya
buat 25% perubahan!

2. Berkira-kiralah untuk mengambil makanan tambahan seperti Vitamin C,
multi-vitamin dan macam-macam lagi yang ada di pasaran sekarang.
Cuba dapatkan dari syarikat yang terkenal di dunia, jangan ambil dari
sebarangan syarikat, kadang-kadang kandungannya tidak seperti yang di tulis.

3. Minum air kosong (kalau boleh tapis!) yang banyak supaya badan kita
sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik untuk membetulkan sistem
penyerapan zat makanan (usus besar-filli)

Hidayah, dah tiba masanya kita ambil berat tentang apa yang kita makan
sebelum ianya terlambat. Mulakan hari ini dan muhasabah diri sentiasa.

Semoga Hidayah dapat manfaat!

p.s: Jumpa lagi di keluaran akan datang!

***mana ilang yang #3 pun saya tk tahu.... jenuh cari dlm inbox tk jumpa pun****

Wednesday, December 24, 2008

Photoscape - Akhirnya saya berjaya....

Assalamu'alaikum semua....
:) saya rasa teruja bila akhirnya saya berjaya men'download'kan software photoscape untuk saya mengedit2kan gambar sebelum di publishkan kat sini...sebelum ni saya agak jeles ngan kengkawan yang begitu mahir bab edit mengedit ni.... jadi ni hasil kerja saya dengan photoscape.... masih terlalu baru dan byk nak kena explore sendiri.... huhuhu

jadi untuk sekian kalinya saya biarkan gambar-gambar ini terus menyusus bicaranya.... semoga ada bahasa yang mungkin boleh di fahami....





langkah saya tersadung pada ranjau
yang melintang di pasak bumi...
hanya kasih sayang Allah yang memacu
saya ke jalan yang benar...
Amin.... mudah2an semua akan jadi baik.

Monday, December 22, 2008

Suka atau duka tetap yang terindah.... itulah kenangan.

Assalamu'alaikum......
Cerita saya bakalan ke Sarawak masih hangat.... dan kepala saya sendiri tgh ber"ding dong". byk rumors lak... gitu gini begitu begini.... jadi saya tidak mahu terus menyesakkan kepala... jadi sy tinggalkan dulu cerita ini kerana yang pasti pada tarikh yang telah di tentukan saya pasti terbang jua ke sana. :D

Semalam saya amik kesempatan tuk selongkar segala khazanah yang ada dalam bilik saya yang makin semak... nak kena sort out balik.... kalu yang tinggi nilai sentimentalnya saya simpan lagi.... kalu yang dh rasa lapuk n ingatan padanya pun kian pudar adalah baik saya musnahkan dari terus memenuhkan kotak biru di sudut katil.... huhuhu.

Akhirnya..... yang tinggal....
antara yang tinggi nilai sentimentalnya dlm diri saya....
cebisan2 kertas tu adalah untaian kata2 yang saya garabkan. dulu zaman belajar suka sgt conteng ujung buku / nota .... jadi tu yang kena koyak jadi cebisan2 cenggitu.... ada surat dari si camar, salinan surat saya buat si camar, kad raya yang camar bagi, koleksi puisi hasil kosong minda saya, 3 biji diari yang mmg terkesan di hati saya dan ada beberapa pucuk surat yang saya cuba simpan lagi.... antara yang sy tak sanggup nak jadikannya abu kenangan.
ni lak... surat2 lama yang saya fikir dah wajib tuk saya leburkan. Antaranya surat2 si Left. Muda TLDM, Kad raya yang sy dpt dr sahabat2 yang dulunya dekat di hati....kini kian menjauh mungkin kekangan masa meninggalkan kenangan dalam ingatan. beberapa keping kad utk Crustacea yang tak pernah smpai ke tangannya, Kad Beday tuk Crustacea n beberapa lagi yang saya fikir saya perlu luputkan dan jadikannya abu.... semoga semuanya akan kembali menjadikan saya seorang yang baru. Sayang tetap sayang..... tp, smpai bila saya harus hidup terus dalam kenangan yang sakit ini?
Hasilnya.... yang berjaya saya lupuskan.... hehehe.
yang mcm kain baju itu, sememangnya hak milik saya.... baju2 lama yang dh expired. baju2 zaman kegemilangan lemak kat badan saya.... jadi semuanya dh tak leh pakai.... so kita lupuskan dia... :D

Bila ada org bertanyakan saya, kenapa jauh ke Sarawak?
Saya jawab.... bukan saya pilih tp hati saya inginkannya.....
Kenyataannya saya tak buat pilihan ke Sarawak.
Hati saya sakit bila ada yang kata saya melarikan diri.....
Ah... senang sungguh lidah membaitkan kata,
sedang hakikatnya kamu tidak pernah kenal
akan diri saya yang sebenarnya....
jadi jaga lidah anda.

Saturday, December 20, 2008

Sarawak nantikan keringat daku.....


Salam all.....
Sarawak.... itu lah destinasi saya yang akan datang. Apa jua yang mendatang saya yakin inilah jalan terbaik yang Allah tetapkan untuk saya. Alhamdulillah. Saya pasti keringat saya nnt akan berharga di sana. Semuanya akan bernilai dan memberikan saya kepuasan dan ketenangan yang sewajarnya.

Family plak jenis tak kesah.... sumer mcm ok je bila saya bgth sy bakalan ke Sarawak cuma abg offer ty kalu2 saya tak nak pergi Sarawak dia nak ikhtiarkan.... dan hati saya tidak mahu saya tetap akan pergi.... mungkin sejauh di sudut hati ini yang saya impikan.... pergi sejauh yang boleh. ada kawan dgn sinisnya menempelak saya.... katanya ini kan pelarian saya.... saya tidak pernah lari... saya cuma ingin sst yang baru. mencari nafas dan cuba mencipta jalur kehidupan yang baru. ingin menjadi saya yang baru dengan aturan kehidupan yang baru....

buat kawan2 yang bakalan bersama2 saya nnt kita rempuh cabaran ini dengan kental jiwa. redha dan terima dengan hati yang terbuka. buat Cik Wani, saya masih bersama kamu, kawan2 sekelas yang bakalan bersama saya ke Sarawak ialah.... Shidah, Kak Laily, Zah, Ila, Ija, Along, Rezal, Firdaus, Yani & Wan (Sabah) yang lelain melata2 laa ada Pahang ada Selangor, ada KL...., sesapa yang akan ke Sarawak / Sabah.... jumpa kalian nnt. mungkin ada pertemuan antara kita.... mn th nnt kita akan berebut tmpt duduk dalam belon ke sana nnt? :) huhuhu....

credit to cikgu Ariep : mcm yang sy janji kan.... i dah joined ur club.... so ada no ahli tak or any fees for registration...? huhuhu...

tuk kak reen, kak azza, umi, and semua bloggers yang sentiasa bersama jejak saya ini, terima kasih kena tidak putus2 menyokong saya. Sokongan dan keyakinan kalian bagi saya sedikit kekuatan....

Punca Kegemukkan #2

Hidayah,

Punca Kegemukan #2 - KURANG AKTIVITI SEHARIAN

Pada edisi sebelum ini, saya mengupas tentang Makanan sebagai punca
utama kegemukan, kali ini ia berkaitan dengan aktiviti kita seharian.

Zaman dahulu, dimana makanan susah untuk didapati, kita terpaksa
mendaki bukit, meredah hutan, mengejar kijang (teruk juga nak berlari ni),
sepanjang hari hanya untuk makan sekali pada malamnya!

Namun sekarang, ia menjadi sangat mudah. Kalau memandu di jalan raya,
siap ada Drive Thru lagi. Kalau tampal sticker kat cermin depan siap boleh
dapat aiskrim free lagi tu!

Hidayah, sekarang makanan diproses di kilang dan diletakkan di almari pasaraya.
Tidak perlu lagi kita berkejar-kejar untuk mendapatkan makanan. Memang susah untuk
kita dengar yang kita kebuluran kerana kurang makanan.

Fenomena ini menyebabkan kita malas dan kurang bergerak. Duduk sahaja
di ofis, kedai makan, depan TV, atas katil yang empuk.

Kalau pergi berjalan-jalan pun ada esklator, lif, kalau kat airport tu, kita panggil walk-ator
kot.

Apabila aktiviti harian kita menjadi sangat minimum, kemampuan untuk membakar
makanan (metabolisma) yang kita makan akan menjadi sangat lemah. Badan kita
hanya akan membakar sedikit sahaja kerana badan tidak perlu tenaga yang
banyak disebabkan aktiviti kita yang kurang, tapi kita makan banyak!!

Hidayah , apa yang perlu Hidayah buat untuk atasi masalah ini?

Kita boleh lakukan macam-macam untuk meningkatkan aktiviti kita dalam seharian.

CONTOH;
1) Kalau pergi ke pejabat, kita parkinglah kereta kita di tempat letak kereta yang
paling jauh sekali dari pintu masuk pejabat.

2) Kalau pejabat tingkat 30, kita naik lif sampai tingkat 24, lepas tu panjat tangga
6 tingkat. Masa balik turun sampai tingkat 8, lepas tu turunlah tangga. Turun tak
penat sangat, jadi buat lebih sikit!

3) Kalau pergi pasaraya pun sama, parking jauh-jauh dari pintu masuk.

4) Depan TV kita angkat-angkatlah sikit dumble ke, atau beli alat senaman
yang jenis pijak kiri dia naik kanan, pijak kanan dia naik kiri, yang elok baru
RM150.

5) Cuci kereta sendiri. Kalau duduk apartment yang tiada paip kat bawah tu
lagi syok, angkat baldi air dari rumah!

6) Bercucuk tanam, sayur ke, bunga ke, kalau duduk rumah tinggi tu, kat
veranda atau tepi tingkap masih boleh letak pasu yang kecil-kecil tu.

7) Kalau rajin SENAMAN! Sikit-sikit dahulu pun tak jadi masalah.

Banyak lagi cara untuk kita tingkatkan aktiviti badan kita. Kalau nak seronok,
keluar duit sedikit, beli jam yang boleh kira berapa kalori yang kita bakar
sehari melalui aktiviti yang kita lakukan seharian. Buat rekod! Harganya RM450-RM600
dan biasanya dijual di kedai barangan senaman.

Hidayah tak perlu lakukan sekaligus, senaman atau aktiviti fizikal secara
mendadak. Ini akan menyebabkan otot kita terkejut. Mulakan perlahan-lahan
dan tambah dari minggu ke minggu.

Kalau Hidayah tekad untuk lakukannya dan konsisten, bayangkan setahun
dari sekarang? Pasti Hidayah akan langsing, menarik, sihat, cergas, pantas
dan bertenaga!

Setahun tu bukannya lama sangat, tsunami yang berlaku sebelum ini pun dah
4 tahun lepas!

Lakukan sedikit perubahan sekarang. Berdiri dan duduk 5 kali SEKARANG! Lihat
Hidayah dah bakar 5-10 kalori dah!

Amalkan hari ini lebih baik dari semalam!

Bertemu lagi di keluaran yang akan datang!

Tuesday, December 16, 2008

Akan terungkaikah rindu di hati......?

Salam sayang dan penuh rindu untuk semua.
Ironinya....saya begitu rindu. Rindu utk bersama anda semua dipersada maya ni.... rindu untuk bercerita.... banyak sangat cerita yang bersorok. Rindu ini untuk semua....
Saya masih demam.... batuk tetap tak mau ilang even saya dah 2 kali ke klinik, dah berjaya abihkan 3 botol ubat batuk yang selalunya melenakan saya..... suara saya tetap rock n roll... kalah suara anak teruna jiran yang baru di khatankan.... eheheh... Risau.... doktor cakap ada tanda2 asma @ lelah.... maklong kata sejarah zaman kecik saya mmg ada rekod asma....
Saya masih lagi setia menanti result posting.... org2 kat umah ni duk asyik tanya.... dapat mana? saya lak letih nak bagi jawapan.... ringkasnya jawapan saya SABAH... tp tk tahu la mana rezeki saya bertapak nnt. mungkin semenanjung.... mungkin juga jauh tercampak ke Malaysia Timur.... apapun insyaAllah saya dah lama bersedia.
Ada cerita sedey kami sekeluarga..... ntah laa bleh ke saya kategorikan sedeh? tak kot..... tapi cerita kami yang terkilan dengan sikap abah.... maaf.... saya tak mampu nak teruskan cerita ini.... hakikatnya hati adik beradik remuk.... Abg, saya, n adik2 cukup2 terkilan kali ni.... kalu la saya tahu cerita ini saya tak pergi cari dia time raya dat day..... mama kata tak per.... biar dia buat apa yang di rasa betul utk kehidupan dia.... apa yang kami nak persoalkan ialah.... lupakah dia pada kami....? bila kami masing2 mengalirkan airmata ttg ini, satu je yang buat kami terkilan.... seolah2 kami tiada dalam kehidupan dia.... dia bleh buat apa sahaja tanpa perlu berbincang dan tanpa perlu memikirkan hati kami..... zaman kanak2 dah lama berlalu..... saya, abg, n adik2 dah cukup dewasa utk menilai dan mengerti pengertian hidup ini....
apapun kali ni kami terkilan.....
Saya rindu.... rindu bila terus menjejaki denai2 silam. ada luka yang tercarik, ada calar yang mendasari hati. sekalipun sakit.... saya tetap merindu.... saya tidak tahu bilalah semua ini akan merungkai dan bila ketikanya hati saya bakal tersenyum melerai rindu yang tersorok di sudut hati..... saya cari kekuatan saya...... saya temui sedikit tenang meskipun rindu masih melatarinya..... saya selongkar kelemahan silam.... saya jumpa nilai kasih yang tidak terusik dek rindu yang membekas..... saya jenguk kotak kenangan dengan harapan ada cahaya dulu yang tertinggal untuk saya.... saya tersentuh pada helai kertas bahasa cinta yang tidak kesampaian.... saya rindu..... rindukan Crustacea saya..... Semoga yang terbaik dari Allah untuk kehidupan dia hari ini dan akan datang..... amin.... kadang2 saya sering bertanya... knp saya masih merindu.....? hari ni juga saya rindu pada jejak yang sy tinggalkan di Cheras..... tp sy bersyukur.... ianya tidak lagi menghantui saya.... cuma hati saya degil kerana teramat sakit utk melepaskan sst yang dekat dengan hati saya... dan bila saya teruskan langkah ini nanti saya pasti..... ADDHIYAA" ada menanti utk saya leburkan semuanya.... untuk hati saya tersenyum dan harapan saya rindu ini ada selesai ada detik yang dijanjikan.....

11.20am @ Cyber Cafe

Friday, December 5, 2008

Saya akan kembali....

Salam.....
Izinkan saya berlalu seketika dan pasti satu masa yang akan datang saya akan kembali ke jejak ini untuk terus bersama kalian semua.... ada rindu yang memutik rasa di sanubari. Terima kasih pada semua yang tak pernah sunyi meninggalkan jejak semangat yang menguatkan diri.

sedar tak sedar dh abih janji saya kat IPIK ni.... KPLI (SR) Ambilan Januari 2008. Alhamdulillah. Esok saya balik kg n tunggu result posting. Kemana saja tetap saya terima... hati rasa mcm dekat je nak ke Malaysia Timur..... apapun keputusannya saya redha....

saya tak tahu nak berkata2....

nak wat ucapan laa.... leh tak ? tapi tak tahu nak ucap apa lak..... huhuhuh....

Salam sayang dari saya.....

saya rindu....teramat sangat hingga saya lupa
kenyataannya rindu itu bukan milik saya lagi.

Wednesday, December 3, 2008

Embun yang damai.....

Salam semua... semoga terus diselubungi indahnya kabus saat mentari menjegahkan wajah. semoga senyuman suria esok pagi menjanjikan kita riak tawa yang kekal buat penyeri wajah merah milik kita....

Just came back dari berembun di puncak Bukit Ampang (ada org kata Bukit Langat), saya pun tk pasti sgt yang mana satu, yang pastinya Acha kata area tu dekat ngan umah baru dia.... :). Dari atas bukit sana pemandangan mata ni cukup luas.... merentasi Bandaraya Kuala Lumpur, indah dan menarik dengan pemandangan neon2 yang indah dari atas bukit.... melihat mercu tanda Menara Berkembar KLCC dan Menara KL ada gah dalam hati..... sedikit berbangga jadi rakyat Malaysia ni....
Peace no War....

Saya tenang di atas sana..... berembun dan sedikit berhujan..... melihat karenah manusia yang pelbagai, yang datang berpasangan, ada yang berkumpulan, ada yang sendirian, dan adalah juga saya dan dia yang sudi jadi driver dan bawa saya ke puncak sana..... saya menilai setiap kejadian yang berlaku, saya cuba melihat semuanya dari sudut pandangan yang berbeza. cuba berfikiran positif dan menerima semua kejadian ini dengan makna redha yang meluas dalam hati saya.... kerana ada sedikit ketenangan dipermukaannya.

Angin lembut yang berpuput menyapa wajah buat saya terkesima dan tersedar dari mimpi indah yang mana itu semua hanya fatamorgana yang mengecewakan saya.... sejuk angin Bukit Ampang membekukan rasa di hati saya.... indahnya neon dari atas Bukit Ampang melarik cahaya yang tidak pasti di jiwa saya.... berembun dan akhirnya basah dek hujan meninggalkan saya satu memori yang menenangkan.

Terima kasih sy rakamkan kerana sudi jadi
teman saya bermandikan embun dan
berhujan di puncak sana....

Sunday, November 30, 2008

Diri saya.... yang mana pilihan anda?

Salam....
erm lama dh sebenarnya yang wat entry ni.... tp tk tahu canner nak mula.... gmbr dh upload berzaman dh.... rasa mcm malas nak menaip..... apa kata kita biarkan gambar menguntaikan kata-kata dengan bahasa dan permaknaan anda sendiri.... boleh? jgn kata saya perasan lak...tp mmg saya perasan pun..... huhuu :D

Gambar ni saya mula2 masuk KPLI ni....
tgk laa muka saya comot nya..... huhuhuhu
debab semacam je....
sapa bijak cuba teka bper berat guwe time ni....?


erm yang ni sumer gambr latest lepas raya..... berat time ni adalah.... jeng jeng..... tp apapun still obes maa.... nak kena giatkan usaha tp.... tk tahu laa nak kata.....

~saya keliru lagi....
kata orang kena laa kuatkan hati
adakah hati saya kini kian merapuh...?
saya tak punya jawapan tuk persoalan itu
hakikatnya saya penat....~

Saturday, November 29, 2008

Salam sayang untuk semua yang setia menjejaki denai kehidupan saya di belantara ini. 1stly saya pohon kemaafan utk entry saya yang lepas.... ada yang tak senang mungkin dengan entry itu. saya hanya manusia yang berkelana mencari makna kehidupan, mencari nilai pada kejadian. Saya tahu masih ramai yang akan rindukan saya, sayang dan prihatin dengan saya....
TERIMA KASIH.

Saya mengambil kata dari seorang teman...yang dah kita akhirkan tu bermakna sudah tamat ceritanya bersama kita jadi kenapa perlu melarik kembali kerana pasti semua itu akan mengguris luka di hati sendiri.... jadi katanya biarkan apa yang sudah berakhir tamatnya di situ....
terima kasih kerana bersama saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lately suka dgr lagu ni ....

Bunga ; Thomas Arya

merana kini aku merana
kekasih tercinta
entah kemana
sendiri kini ku dibalut sepi
tiada tempat tuk bercurah lagi

dimana kini entah dimana
bunga impian yang indah dimata
kurindu tutur sapamu
nan manja saat kau barada disisiku....
kini tinggallah kusendiri
hanya berteman dengan sepi
menanti dirimu kembali
disini ku terus menanti
akan kucoba untuk
menanti dirimu kekasih

oh bunga....
dimana kini kau berada
jangan biarkan diriku
dalam kesorangan

oh bunga...
jangan kau gores luka didada
sunguh diriku takkan kuasa
campak kan kenangan
ho ho ho.... bunga ku....

***ada bunga untuk saya tak ?***

Tuesday, November 25, 2008

Ada ke rindu untuk saya....?

Salam....
Bila saya menyepi bukan bermakna saya nak larikan diri membawa lara dan duka yang di kendong... saya sekadar mencari ruang untuk melontarkan pertanyaan... ada ke yang akan merindui saat kehilangan saya? ada ke insan yang akan igtkan kewujudan saya meski pun nanti saya tidak lagi berpeluang untuk terus berkata-kata dia maya ini?
Hari-hari kebelakangan ini saya di hambat rasa yang paling sukar utk di tafsirkan.... resah rasa menceruk dijiwa dan langkah saya bagai terikat dek jerat yang saya sendiri pasangkan.... jerat yang dalam keterpaksaan saya pasangkan agar kaki sy ini tidak lagi terpesong arahnya.... agar nnt kaki sy tidak lagi pergi mencari dahan rapuh dan ranting usang milik org lain.... supaya sy tidak terus tertipu dengan rasa hati ini. biar apapun yang mendatang, saya rela terjerat macam ni asal sy tidak di anggap dedalu yang menumpang tp hakikatnya saya laa parasit dan akhirnya membunuh... juga tidak sanggup nak jadi seindah derdap, cantik tapi kenyataannya busuk tidak seindah rupa... dan lagi saya tidak mahu di panggil pencuri, mencuri madu dari relung milik insan lain....


Bila bersoaljawab tentang hipokrit, rupanya lebih mudah untuk saya tipu semua org dari saya menipu dan cuba menafikan rasa hati saya sendiri..... sakit dan perit bila terpaksa menafikannya.... dan saya tahu dalam kekuatan yang saya cuba pamerkan, ada rintihan dalam diri saya.... saya sebenarnya berperang dengan diri sendiri pada ketika saya sudah pun mengambil keputusan ini...

Saturday, November 22, 2008

Tanda kasih dari kanda....




Kad tanda kasih dari Kak Azza..... terima kasih kak....


IceCream yang paling best dari Kak Reen..... thanks kak.... sedap n yummy.

Kak Azza dan Kak Reen dua2nya kakak saya ni saya kenal melalui denai dan jejak kehidupan Cikgu Rashid. Mereka kian dekat di hati saya dan semakin hampir menyentuh rasa saya. Kesediaan berkongsi cerita, kesediaan pinjamkan telinga dan bahu untuk saya saat saya nperluakan ruang utk bercerita buat saya rasa diri di hargai dan persahabatan ini cukup indah dengan makna yang terbias dari erti ketulusan hati seorang kakak.....

~Terima Kasih~

Friday, November 21, 2008

Jalan ke KISSM - 18 Nov - 06 Dec 2008

Salam....semua org tahu saya skang sedang ber"KISSM" stand for Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia.... satu Kursus wajib tuk penjawat awam tp.... begitu memenatkan minda nak tggu kul 4 petang.... seksa weh..... banyak bawak bekalan ubat-ubatan tuk ilangkan rasa mengantuk..... jom kita tgk apa yang gambar nak ceritakan?

Cik wani yang snap.... berjalan kaki laa dari 5-10-3 ke IPGM Kampus Ilmu Khas. Saya yang kat depan tu.... nmpk kecil tak dr belakang?

hah... ni dari depan... ada gaya cikgu-cikgi tak? rentas padang n Flat Sri Melaka....ari2 mcm ni la kami... dulu2 pun.... tp tk pnah tunjuk jalan yang saya lalu ari2 ke IPIK.

di laa padang yang saya rentas tiap2 ari... kalu ari ujan.... comot laa kasut cikgu... :D

erm... bila dh kat jalan berturap ni.... bleh laa lenggang lebhi sket.... huhuhu ni jalan belakang maktab... model tak berbayar tu housemate saya... Kak Fin2, Ja n Sha....

tiba laa kita di halangan yang paling mencabar.... kena daki bukit b4 smpai mktab.... ni dari pintu belakang.... ni laa medan saya lalui dalam usaha saya utk kecilkan saiz peha saya.... kihkihkih.... ari2 daki.... smpai kelas je ilang perfume yang di sembur.... :)

ni jalan ke Tesl Blok... tuk KISSM ni kumpulan saya di Bilk Seminar Blok Tesl.... jauh laa gak.... paling jauh.... jln penuh liku lagi....byk selekoh tajam.... :D apapun ni laa cabaran nya selama 2mggu yang akan datang ni....

ni lak bukit kecik menuju ke puncak Tesl..... bukit ni tk der laa seksa sngt.... yang seksa satu lagi.... kena panjat tangga ke tingkat atas sekali...lebih dari 40 step nak kena abihkan.... sometime rasa dh longgar lutut ni.... tp ni la exercise sy tuk kecilkan mana2 bahagian yg berlebihan tuh....

~tamat~

Wednesday, November 19, 2008

Terima kasih pada yang ingatkan saya.....

Salam.... waktu skang kat tepi laptop ni dah menunjukkan ke pukul 3:07am...weh.... dah dinihari laa...dh nak subuh.... naper tk nak tido ni.... mabuk ke saya ni....??? mata ni dh kena tongkat laa.... jenuh nak upload gmbr smpai sudah tk lepas2.... tension..... lepas wat entry puisi tu.... igt nak upload gmbr.... biar gmbr menceritakan semuanya.... hihihi.... suka lak bila gambar bercerita.... lain kali ek.... erm.... ekceli ada 3 4 utang tag dari kawan yang kian dekat di hati dan semakin erat tautan ukhuwah kami....

1stly saya nak mintak maaf ngan Adinda Mar dan Papa Itam.... ada tugasan tuk sy usaikan tp...ada kekangan yang tk dpt sy elak.... jadi.... sy terpaksa berhutang ngan mereka berdua ni.... jgn kecik hati ye Mar n Papa.... hutang ni akan terus mengikat ukhuwah ni.... setuju tak?

erm.... sy dapat tag yang hampir serupa dari DDCool n Abg Chime.... so kira saya jawab sekali laa ek.... DDCool n Abg Chime bleh kongsi2 kan? tak mau lawan2 tau....

Share 7 facts abou urself on ur blog (yang ni abg Chime bagi)

I have tagged you:- share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog. (ni soalan DDCool)


kurang lebey samo je kan.... so, pasal nak letak gmbr tu malam tenaga internet ni tak bper kuat nak muat naik gambar mcm kehendak DDCool.... apapun... ini laa 7 hakikat tentang saya yang bleh saya kongsi kat sini....mcm DDCool kata.... sebagai tanda tuk lebih mengenali....

#1 : Berat badan saya kian menyusut dari 90.5 kg dan skang dah jadi 73kg (ni pun naik 3 kg lepas raya ri tu....) still obess.... erm.... Chaiyok!! Chaiyok!! nak aim 60kg ni.... apa kata anda? mampukah saya merealisasikannya?

#2 : Ramai orang bgth sy, 1st impression dorg melihat saya sebagai manusia yang sombong, garang(bekeng), susah nak senyum n lelain yang -ve.... then mereka gak bgth saya, sebenarnya saya sorg yang peramah, baik hati, suka tolong org, acha kata penuh ngan kasih sayang, dan byk lagi yang +ve.... :) perahsan laaa weh..... apa kata anda yang mengenali saya?

#3 : Saya tak ramai teman rapat.... tp saya suka berkawan. Tidak lah berbau syurga bg sesiapa yang memutuskan persaudaraan sesama islam.... apa kata anda?

#4 : lately, ramai cikgu2 kat maktab tegur saya makin cantik...wah.... saya perahsan lagi.... tegur kulit muka sy yang licin, tegur bila sy dh slim sket.... dan saya mula perahsan.... sy makin cantik.... (nada perahsan tahap kronik).... anda nak kata apa2 tak?

#5 : Saya ni tinggi kadar sensitifnya... suka menyendiri bila hati ingin berhibernasi.... rajuk saya tk panjang, saya akan pulih dengan sendiri dan sy tk boleh di pujuk...lagi di pujuk lg panjang rajuk saya.... lagi di pujuk.... banyak la tangis yang terhambur... ehehe kan ke nnt membazir.... ada yang nak berkata-kata ker?

#6 : Saya dah tak der tonsil.... jalani mini operation buang tonsil early 1999 atas nasihat doktor dan sebab2 kesihatan bila sy makin kerap demam dan tahap kronik bila sy selalu pengsan bila tonsil tu membesar.... doktor ckp tonsil sy degil sbb bila dia membesar dia tak nak surut.... tu laa punca sesak nafas yang mengakibatkan sy pengsan.... akibatnya selepas operation tu seminggu saya jadi bisu.... communication berlaku melalui tulisan..... what say you?

#7 : Saya teringin nak ada anak.... huhuhu.... bleh ker? erm.... b4 tu saya nak kena usaha cari Ayahnya dulu.... so, any ideas?

erm....selesai laa.... DDCool rasa macam tk nak panjangkan tugasan ini pada sesapa.... tak per kan? masing2 mcm penuh buku 555 utang tag mengetag ni.... terima kasih ni tanda saya masih di ingati, rasa diri di hargai.... terima kasih semua atas persahabatan di persada maya.... terjalin indah dengan gaya dan rentetan tersendiri....

Saya berundur dengan prinsip
bukan bermakna saya kalah
tapi saya tidak mahu di gelar dedalu
menumpang dan merosakkan....
juga tidak mahu jadi seindah derdap
cantik tapi busuk baunya....
biar berat utk saya akui
namun saya percaya ini yang terbaik....


jam skang.... 04:13 pagi..... sedingin titis-titis embun, hati saya kian membeku....

Rahsia yang terlerai.....

Pada satu sudut di ruangan hati
Tersorok rasa menyatakan rindu

Rindu.....
Rindu pada segala yang ada pada dia
Rindu pada senyum yang di ukir tatkala aku kalah
dengan hujah2nya....
Rindunya aku untuk bersamanya kembali
Menelusuri batas-batas kehidupan ini
Seperti sebelumnya....

Seperti dulu....
Pada ketika rahsia itu masih utuh sebagai rahsia
Ketika bahagia itu seperti telah dijanjikan untuk kami
Semasa hati mekar bersama cintanya....
Pada detik sayang bersulam rindu....
Hati berdetik kata cinta...dan
Rindu itu hanya untuk dia
Itulah detik ikatan rahsia meleraikan segalanya
Leraian itulah menyeret aku dalam emosi ini....

Rahsia dulu bukan lagi rahsia kini
Hati aku kaku dan membeku
...dan jantung seolah berhenti degupnya....
Airmata laju telusuri tubirnya
Jiwa memberontak mencari dimana salah
dan siapa yang bersalah.....
Hati merintih pohon pengertian.

Ya Allah, aku pohon kekuatan Mu,

Monday, November 17, 2008

Hadiah dari saya untuk semua.... terimalah.

Salam....
Bila semua orang ada bagi gift n award tuk rakan2 blogger, terdetik gak kat benak saya tuk bagi tanda kenang-kenangan, tanda ukhuwah yang terjalin, tanda persabahatan bersemi sekalipun hanya di medan dan meja aturan maya ini.... mungkin ini tidak seberapa dari saya, tidak secanggih award dari yang lain.... tapi tulus dari hati, saya persembahkan ini sebagai tanda saya menghargai kalian...semoga ukhuwah ini selamanya.... saya hadiahkan kepada semua rakan blogger saya. Terima laa ek....

Acha, Cik Wani, Ust Hazar, Kak Azza, Cikgu Rashid, Cikgu Zam, Adik Milo, @liyaAnuar, DaddyCool, MummyCool, Kreuger@Azman, Adik Mar, TomyPocket, Abg Shimi, Abg Chime, CekguBH, Miim, Hanny, Kak Nordee, Insan Di Bumi Allah (sy tk tahu namanya ehehe), Cappuccino @ Abg Die, Redynne @ Kak Reen, Yanmie, Kak Sue @ Suara Di Minda, Papa&Umi @ Papa Itam, Adik Dir&Fara, Tinta Qasih dan sesiapa sahaja yang singgah dan ingin berjalan bersama saya kalu mungkin ada nama yang tercicir....terima lah.

Terima Kasih kerana berjalan bersama saya dipentas ini.

Yang mana satu mak?

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sengaja saya panjangkan kisah dari email yang masuk kedalam peti mail saya. Email ni dari Kak Fieda..... thanks sis. Cukup bermakna dan menjadi penguat kepada saya tuk teruskan langkah kaki dengan keputusan ini. Hari ni.... saya kian tenang dengan keputusan hati. Saya akui perit dan sakitnya tetap ada tatkala saya perlu menafikan rasa yang ada demi untuk tidak menjadi penyebab kepada runtuhnya sebuah masjid yang di ikat padanya tali ijab dan qabul, bersaksi kan kalimah Allah dan saya bukan setegar itu utk mengambil kenikmatan dari bakul kehidupan org lain. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.... dalam kekosongan rasa yang saya ada..... DIA datangkan hambaNYA yang lain sebagai ganti utk mengisi ruang kosong dalam hati saya sejak sy bertekad dengan keputusan ini....semuanya masih terlalu samar dan kabur namun saya bersyukur dengan hikmah ini.

"The Beauty of Life
does not depend
on how happy you are.
But how happy others can be.
Because of You!!!.."

Wednesday, November 12, 2008

Punca Kegemukkan #1

Saya nak share satu info sihat yang masuk dalam peti inbox email saya.... dulu saya pernah daftar ngan company ni tuk amik tahu tentang dieting yang betul.... lama br dorg reply n send saya info2 yang berkaitan....jadi ilmu bila di panjang2kan dan di manfaatkan bersama lebih barakahnya kan? jadi saya panjangkan kat sini utk pengetahuan kita semua....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hidayah,

Punca #1 - MAKANAN

Hidayah, inilah punca utamanya! Kita tidak akan kegemukan jika
kita hanya minum air kosong dan hirup udara.

Realiti ini sepatutnya kita terima dan tidak boleh disangkal lagi, makananlah
yang membina LEMAK yang berlipat-lipat di badan kita sehingga kita kelihatan
lebih tua dari usia, jalan termengah-mengah, berpeluh tak tentu tempat, sakit
lutut, darah tinggi, kencing manis, malas, berat, tak bersemangat, susah nak
dapat kerja (*sebab diaorang kata orang gemuk ini malas).

Berbagai lagi musibah yang melanda kita yang ada masalah kegemukan. Hidayah, kita kena tahu badan kita sebenarnya perlukan berapa banyak makanan (kalori) dalam seharian. Biasanya, wanita 1800 kalori manakala lelaki 2200 kalori.

Kalau Hidayah kita makan lebih dari kuota 1800 - 2200 kalori ini, maka kita akan naik berat badan sedikit demi sedikit, kerana untuk naikkan 1kg berat badan kita kena kumpul 8000 kalori.

Kalau makanan adalah puncanya, bagaimana kita hendak atasinya?

Caranya,
(1) Cari penganti makanan yang boleh berikan khasiat yang cukup dan kalori yang minimum.
(2) Makan dengan berhemah, kunyah perlahan-lahan, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi banyak kali
(3) Minum air kosong yang banyak (setiap 25kg berat badan kita perlu 1L air)-dengan minum air yang banyak, kita boleh kawal selera makan kita.
(4) Mula ambil kira berapa sebenarnya kalori yang kita makan dalam sehari.

INGAT YA Hidayah, kita bukannya tidak boleh makan langsung, tapi kita masih
perlu berikan badan kita makanan yang SECUKUPNYA, kerana dari makananlah kita
dapat tenaga dan bahan-api untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik.

Bahan-api tiada = tiada tenaga = badan tidak sihat

Kita jumpa lagi di rencana akan datang!

Ikhlas dari,
Abdul Rashid
CEO/Jurulatih Kesihatan Peribadi
CSC (CyberSlimCenter) Healthcare Enterprise
www.CyberSlimCenter.com

***Tingin nak amik produk ni tapi tak mampu.... so saya wat program diet sy yang tersendiri.... alhamdulillah sy nmpk perubahannya dan kawan2 pun dah sedia maklum.... :) nnt nak wat entry saya dahulu dan saya sekarang.... ada yang nak komen tak nnt?***

Kursus Kenegaraan - Kem Bumi Jati, Shah Alam - KPLI 2008 IPIK

Salam tuk semua...

Semua orang dah tahu last week 06 Nov - 10 Nov saya dan kawan2 KPLI - IPIK perlu attend Kursus Kenegaraan. Saya dan kawan ke Kem Bumi Jati Shah Alam. Erm.... over all seronok laa gak...especially bab2 makan....dah laa best2 makanannya, 6 kali sehari (hancus diet saya - berat badan bertambah for surenya la....) aktiviti pun mcm ok laa sbb objektif pun mcm dh bleh di agak. hihihi... yang paling sinonim ngan BTN ni LDK la...bagai nak pecah pala nak tggu abih 7 LDK 2 ari deret tu.... byk di tekankan tentang sejarah negara.... Konklusinya.... kita kena tahu sejarah negara kita.

so biar laa gambar menceritakan semuanya.....

Bunga matahari ni saya amik kt kawasan kondo saya...b4 mcm tk pnah pasan pun ada pokok ni....b4 g BTN ptg tu terperasan lak... tu laa snap beberapa keping.... mcm menarikkan? seingat saya time sekolah rendah dulu salu tgk bunga ni kat sekolah.... uniknya bunga ni akan mengikut arah matahari dari timur ke barat.... kalu tk caya cuba peratukan... (gmbr ni tk der kena mengena ngan BTN ari tu)

Kelapa sawit - saya snap waktu xtvt kembara meredah ladang sawit....agak tidak mencabar dan jika di bandingkan time Pentaulihan KRS ari tu jauh sgt bezanya..... apapun seronok...

cikgu wani n cikgu ain..... lepas xtvt kembara...... comot sket kan.... rentas parit kecik yang berlumpur..... saya yang paling comot dalam kumpulan saya..... huhuhhu (tak publish sbb terlalu comot)


amboi cik wani siap posing bagai.... depan cik wani itulah saya.... merangkak dibawah dawai berduri....yang mencabarnya nak jaga tudung dari tersangkut padanya yang pasti akan merosakkan tudung saya..... eheheh

posing ngan Cik Wani lepas merangkak bawah dawai berduri.... hah nnt bayar ek.... dah byk tempek gambar Cik Wani ni....huhuhu

bergambar selepas majlis penutupan kursus.... all in white n black.... mcm budak sekolah dan tingat time mula2 daftar kat IPIK.... ni laa pakaian rasmi kami....

posing dalam bas time nak balik.... masing2 happy.... tamat seksa BTN huhuhu.... semua ni kawan sekelas saya....

*** sumer gambar ni adalah telah di snap pada ari terakhir kat sana (kecuali gmbr bunga2 matahari)..... maklum laa kena serah pada urus setia.... handphone n camera..... hampeh btul.... pagi senin baru dapat....***

ada kasih yang terindah
ada rindu yang mendepani seluruh rasa
dari sudut yang pelbagai....
pada warna pelangi ada sejalur warna cinta
yang menjadi latar pada landasan cinta
yang pasti indah dan penuh damai.

Monday, November 10, 2008

Lega..... sumer macam dan selesai....

Salam sumer.... miss sesangat la.
Rindu nak bertenet..., rindu nak melewati denai2 kehidupan kat blog kengkawan yang kian hampir dengan saya akhir2 ni. Ada tak sesapa rindukan saya?

Alhamdulillah.... saya rasa macam lega dan macam sumer benda selesai. Bermula ngan final exam 3 - 5 Nov, bersambung lak ngan Kursus Kenegaraan kat Shah Alam 6 - 10 Nov. terlalu pack kan? Tension exam tk ilang terpaksa lak tahan minda ngan Kursus Kenegaraan. Erm... rasa macam buta sejarah negara lak.... macam banyak benda yang tak tahu... kalu exam confirm fail punya... hihihi.

Sempat melawat 2 3 umah kengkawan n jumpa laa apa yang mereka tinggalkan tuk saya... ada yang dh lama amik tk berkesempatan nak publish kat sini.... maaf la ek.... kekangan byk sangat ari tu.... now saya pamerkan.... actly dah sangkut kat tepi dinding blog ni...kalu2 ada yg terperasan la...kan kata saya letak benda sama berulang kali lak... huhuhu

ni ole-ole dari @aliyaAnuar.... dari Teluk Intan...
thanks laling.... actly saya pernah smpai Teluk Intan time kenduri Cikgu Huda ari tu tp tak kdan nak snap gmbr menara condong tu.... thanks sekali lagi laling.... terubat keinginan saya...

This 1 saya dapat dr kamar Abg Chime.... intai punya intai terselit gak nama saya tuk this AWARD.... Terima Kasih abg Chime...n terima kasih gak tuk tuan punya award ni... Ameer.

Yang ni lak istimewa dari adik saya DirFara.... thanks a lot dir... rasa macam special la lak saya kat adik saya yang dua ni....

Lain-lain citer nnt saya updet next time k....
just a bit tired.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdullillah...saya rasa sedikit tenang.
Rasanya saya dh bersedia utk melangkah
dengan keputusan yang dah ada dalam hati.

Wednesday, November 5, 2008

Away..... up to 10 Nov 2008.

BTN Kem Bumi Jati Shah Alam dari 06 Nov - 10 Nov 2008.
Tension perah otak tuk final exam tak ilang lagi nak lak kena torture kat BTN....


nothing much to say....
minda masih berselirat...
ntah apa yang menyapa
tp saya begitu terasa
diri terpaksa menyisih
kerana semua orang bagitahu saya
ini jalan terbaik tuk saya pilih.
pesan seorang teman....
once u step forward no turning back...
tu je.

Tuesday, November 4, 2008

Just to Laugh...

Salam...
Tidak banyak yang ingin saya kongsikan kali ni... ceritapun biasa2 jer... life goes as usual. Esok last paper saya... sekali lagi.... wish me luck k.... :)
Saya panjangkan fwd email dari kak fida ni hanya tuk bergelak tawa... hihihi.

puisi halus si suami kepada isterinya utk kawen lagi.... :D

PUISI

Isteriku ,
jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain
yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu...... Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan diplanet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang
pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!! jangan la nak berangan!!

mencari identiti dalam mengenal erti cinta.
saya tidak mahu silap dalam berkeputusan....
semoga Allah permudahkan
dan
semoga hati saya dapat menerimanya
dengan
senyum meskipun perit melatarinya....

idany
.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************