CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 30, 2008

Semuanya dalam satu..... :-)

Salam tuk semua.....
saya mmg tak leh nak tahan diri saya dari terus memblog walau tuk tempoh 1 minggu.... godaan tenet ni mmg melampau laa.... hihihihihi... (saya yang memilihnya). Saya rasa dunia saya kosong dan sunyi tanpa terus menelusuri denai-denai dan lorong-lorong kehidupan melalui teratak kawan2 kat dunia blog-memblog ni.... dalam tangis saya mampu ukirkan senyuman, dengan senyum saya ketagihkan sedikit kedamaian dan ketenangan.


last week DirFara jerit kat shoutbox saya suh amik award, dah amik nak laa kena tempekkan.... jadi sebagai tanda TERIMA KASIH dan PENGHARGAAN saya atas sokongan kwn2 saya tampilkan award yang cute yang saya dapat....
tarraa...... istimewa dari DirFara. Thanks a lot DirFara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hujung minggu yang panjang di campur tolak ngan cuti Deepavali saya habiskan dgn aktiviti "menstudykan" diri.... huhuhu berselerak bahan2 ilmiah. huhuhuh... ntah laa mcm tak study jer sy ni. bila dah lama2 otak tak di kerah utk exam rasa beratnya nak mengingat. Doa kan saya yer..... exam lagi 3 ari ni.....

Abis citer pasal study2 nih....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ada episod yang saya patut salahkan diri saya dan sememangnya saya yang bersalah. kawan2 dah nasihatkan saya jgn teruskan tp saya tak pernah hiraukan.... saya fikir saya mampu untuk kawal hati saya sbb saya tahu semua itu tiada penghujungnya. tapi hakikatnya saya tipu diri saya dan menafikan semuanya. jadi utk menyelamatkan jiwa dan hati saya yang rapuh ini.... saya amik tekad dan keputusan ini kerana ianya tidak akan merubah apa-apa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
:-D dan ini lak episod tag-mengetag, Abg Chime yang bagi, terima kasih kerana saya rasa diri di hargai bila kena tag2 ni.... at least ada org igt dan tahu kewujudan Sufi Idany... hehehe... jadi sebagai penghargaan balas saya siapkan tugasan ini dengan penuh rela.....

[1] Bekas kekasih saya adalah :
Seorang cikgu.... cerita ini hampir 8 tahun berlalu. saya damai dan sedikit tenang bersamanya, dia yang byk pulihkan semangat saya tp.... semuanya hanya salah faham semata...

[2] Saya sedang mendengar :
Bunyi yang terhasil dari bilik air Kak Fin2 sedang laundry kot.... bunyi kunci umah (ja nak kuar g IPGM IK....), bunyi deru kenderaan dari luar umah.... juga saya sedang mendengar HotFM am crew @ 8tv... byk lagi....nak kena list ke? ...

[3]Mungkin saya patut :
Gunakan sisa2 masa yang ada untuk lebihkan study.... huhuhu

[4]Saya suka :
Mengelamun dan hilang dalam dunia saya sendiri....(saya bukan Autisme tau) :-D, saya suka beli buku ilmiah tp jarang habiskan pembacaannya...., suka masak, suka bertenet, suka duit, suka bila saya dah slim sket compared b4, suka bila tgk kawan2 gembira dengan kehadiran saya (betul ke hah?), byk laa benda yang sy suka....bla...bla...bla...

[5]Sahabat-sahabat baik saya :
Acha - satu2 nya kepunyaan saya, paling dekat di hati saya. jgn lak kawan2 lain berkecil hati ye.... anda semua permata di jiwa saya tanpa kalian kelam laa jalan kehidupan saya.... antara sahabat yang hampir dengan hati saya.... Nani, Farrah, Huda, Cik Wani, Ja, Asrul, My Puteri (cousin saya ni)...saya senang bercerita dengan anda....

[6]Saya tak paham :
Kenapa adanya penipuan?

[7] Saya kehilangan :
Jam tangan Elle kesayangan saya....sampai ari ni tak jumpa2.... (Hadiah saya utk diri sendiri sempena beday ke 26) ngam-ngam 2 thn bersama...

[8] Ramai yang berkata :
Saya ni nmpk ganas tapi jiwa saya lembut...cik wani kata saya ni fragile sgt2. dulu acha pun cakap... "emosi laa ko ni da". ada gak yang cakap.... saya ni baik hati....(yer ker?) ntah laa apapun interpretasi orang pada saya semua tu dari penilaian masing2.... ambillah hak anda untuk menilai saya....

[9] Makna nama saya :
Cahaya Petunjuk....

[10] Cinta itu adalah:
Sepatutnya damai dan menenangkan..... hadir tanpa syarat dan tidak dengan paksaan.... putih seputih salju, indah seindah warna pelangi....

[11] Di suatu tempat, seseorang sedang :
Siapakah sesorang itu?

[12] Saya akan cuba :
Jadi anak yang bertanggungjawab, sahabat yang disenangi, Cikgu Pemulihan yang bagus dan saya teringin nak jadi ..... (tak nak abihkan.... malu lak tetiba)

[13] Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Tiada akhirnya....

[14] Telefon bimbit saya :
Nokia 2nd hand.... saya beli dengan rega RM150.

[15] Bila saya terjaga dari tidur :
erm.... Alhamdulillah masih bernafas dan di beri peluang utk hirup oksigen Allah SWT. masih mampu untuk bangun dan bergerak di bumi pinjaman ini....

[16] Saya paling meluat apabila :
Ada orang yang bodoh sombong, pentingkan diri sendiri, kedekut (mcm itik kering), bla... bla... bla...

[17] Pesta/Parti adalah :
Membazir

[18]Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Suka tgk kecomelan kucing tp saya alah padanya....

[19]Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
ntah la.... tgh pk nih... ??????

[20]Hari ini :
Hari Khamis

[21]Malam ini saya akan :
Sambung discussion dengan housemate tuk Paper IP.... kak fin2, cik wani, ja & reza.

[22]Esok pula saya akan :
Bangun pg mcm biasa, rutin yang biasa.... n sambung study laa apa lagi.... exam lagi 3 ari woo...

[23]Saya betul2 inginkan :
Ketenangan dan kedamaian bila hati mendesahkan lagu gundah...

[24]Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Tak tengok cermin lagi pagi ni....

[25]Pusat membeli-belah atau arked permainan :
erm.... suka window shopping sbb sy masih ngak punya wang yang byk utk di leburkan.... kalu sikit2 tu ada gak.... dulu shopping mall tempat utk sy ilangkan tension bila berjalan tanpa henti dan memerhati tingkah manusia lain....

[26]Makanan Barat atau Jepun :
Apa ek? paling2 pun steak, yang jenis chop2 kat belakang tu.... tu je laa kot... spagetti, macaroni.... barat gak kan ?

[27]Bilik yang terang atau gelap :
Tak kesah laa gelap ke terang.... kalu malam gelap laa.

[28]Makanan segera adalah :
Instant Mee... mlm tadi baru mkn mee maggi ngan cik wani.... thanks cik wani sebab dia sudi buatkan saya mee maggi.

[29]Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Bye.... (frankly saya tak suka word ni...)

[30] Adakah anda ingin panjangkan TAG ini??
Nak laa kot... alang2 kan.... just tuk memeriahkan suasana... saya ingin panjangkan kepada.... :
*Cik Wani**Ustaz Hafizan***Shimi****Kak Nordee*****Redynne******Sis Azza*******Cikgu Rashid & ********DirFara... (jgn marah ek... sekadar suka2)

(31) Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda sebagai seorang Islam hari ni?
Alhamdulillah.... usai sudah....

[32] Bila kali terakhir anda cium mak & ayah korang?
Time raya ari tu.... alhamdulillah...

[33] Sudahkah anda korek hidung pada hari ni?
Erm..... ntah laa, dah ke blum hah ? :-) blum laa sayang.....

Alhamdulillah...selesai sudah tugasan ini.....

Saturday, October 25, 2008

Rupanya bukan yang terakhir.....

Salam kembali utk semua....
igtkan entry sebelum ni adalah entry terakhir sebelum saya berperang dengan kertas2 peperiksaan akhir.... rupanya bukan yang terakhir gak....
di sapa pagi oleh Ilham hanya dengan link yang membuatkan saya utk terus berkongsi dengan semua.... malam semalam saya mmg berdiskusi dgn seorang teman cyber tentang kualiti seorang lelaki..... mungkin sekadar perkongsian dan hanya diskusi biasa dari minda dan relung hati wanita yang kecewa dengan beberapa episod hidupnya dan ianya berkait rapat dengan lelaki... malam tadi....saya menonton Mega Movie kat TV3 "Someone Like You" citer yang turut memberikan persepsi negative tentang lelaki tapi dalam kekalutan ciptaan kaum adam ni.... masih ada lagi lelaki yang datang dengan ikhlas dan penerimaan yang tidak bersyarat...

saya bukan nak ulas tentang Movie tu.... saya nak share;

10 Kualiti Lelaki Buruan Wanita

1. Prihatin
Bukan mudah menemukan lelaki yang bersikap prihatin secara tegar. Kebanyakkannya hanya sandiwara bersifat sementara dan lakonan paling mujarab kala ingin membelai hati gadis pujaan. Namun lelaki perlu tahu dan sedar akan kepentingan sifat ini tersemat dalam diri. Ini kerana wanita amat menyayangi lelaki yang mendengar dengan teliti setiap butir ucapan mereka dan disusuli dengan reaksi yang menyenangkan.

2. Penawar
Ramai wanita meniginkan kehadiran lelaki bistari meluahkan kata-kaya azimat sebagai penawar kala ditimpa musibah. Sedia maklum, hati wanitia cukup sensitif dan mudah terguris. wanita juga menyenangi lelaki dengan kata-kata pujian untuk setiap kejayaan apatah lagi yang sentiasa berada di sisi takkala musibah datang melanda.

3.Kebebasan
Wanita tidak meminta kebebasan keterlaluan. cukuplah sekadar diberikan hak memilih secara mutlak secara mutlak dalam beberapa urusan contohnya memilh peralatan rumah, membantu pasangan dalam sistem kekeluargaan ( bagi mereka yang sudah berkahwin) atau menyusun ragam kediaman mengikut cita rasa mereka. jika pasangan kurang menyenangkan , teguran atau kritikan lembut lagi membina amat di alu-alukan.

4.waspada
sikap waspada dan hati-hati lelaki dalam melontar kritikan dan pendapat antara faktor lelaki terus disenangi dan wanita pula pantas ingin mendampingi. selain waspada tutur kata, waspada akal & pertimbangan juga antara pakej kualiti terbaik yang bakal meletakkan seorng lelaki itu sbg sanjungan wanita.

5.Harum
sudah menjadi fitrah wanita sinonim dengan subjek kebersihan dan kecantikan (tetapi tidak semua wanita masa kini) oleh itu wahai lelaki sila pastikan anda cukup prihatin akan soal kebersihan diri, kekemasan, penampilan dan paling pentig anda bebas daripada masalah aroma tubuh yang meloyakan.

6.Pemurah
wanita menyenagi pasangan yang tidak terlalu berkira akan soal wang dan perbelanjaan. Bagi pasangan suami isteri menyerahkan soal catuan perbelanjaan rumah tanggan antara mandapat yang amat dihargai oleh seorng wanita. ini menunjukkan betapa pasangan amat dipercayai dan membuat wanita dihargai.

7. kompromi
bukan mudah menemukan lelaki sebegini namun, inilah antara kualiti buruan wanita. wanita menghargai kehadiran lelaki yang sering berkompromi dan sedia menerima kekurangan pasangan seadanya malah yang tidak terlalu cerewet atau kerap mengkritik pasangan juga antara ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.

8. penyokong
lelaki bersifat menyokong ibarat tunjang yang menjadi sandaran dan harapan kepada wanita. dengan dorongan secara fizikala dan emosi , wanita dapat menilai sejauh mana sifat tanggungjawab dan prihatinya pasangan dalam mewarnai kehidupan mereka.

9.Damai & cinta
lelaki memliki sifat cintakan kedamaian adalah lelaki yang tidak berpotensi menjadi pasangan yang bersifat panas baran, kaki pukul @ pendera. Anda perlu ingat, wanita bukan sahaja disayangi dan dicintai malah perlu untuk dilindungi dengan sewajarnya.

10.Tanpa kuasa veto
Wanita lebih cenderong untuk mendampingi lelaki yang tidak menjadikan kuasa veto sebagai alasan mengecapi nikmat kehidupan terindah contohnya tidak melandaskan alasan dipandang manis meskipun bersifat curang, berhak memilih pasangan lebih daripada seorng wanita @ tidak menghormati wanita lantaran berpaksikan fahaman bahawa wanita tidak layak setanding dengan lelaki.

erm saya pun keliru.... samaada betul atau tidak masing2 punyai interpritasi tersendirikan? jadi bijaklah dalam membuat pilihan. setuju atau tidak sy hanya panjangkan perkongsian ini dengan semua. sila ke laman ini utk banyak lagi perkongsian yang menarik...

Sebelum Lena...

Salam...
Sekadar bingkisan sebelum lena bertamu...
saya masih dalam mood yang agak bercelaru....
Actly final exam hanya tinggal 9 ari jer lagi... byk lg tak baca buku nih. mcm banyak lak yang kena baca.... even 3 paper je tp content nya fuh.... buat mata saya berpinar2.

malas lak merajai diri....

lepas penat mata ni mengadap buku IP, tingat gambar menarik kat blog redynne tingin lak yang wat... so setelah berhempas pulas... maka terhasil la....deretan2 gambar di bawah.. hihihihi
akhir2 ni sy suka bermain dengan gambar... rasa mudah difahami....

kaca kat frame tu retak seribu hingga
riak senyum yang terukir ilang serinya
heheheh...

hah... this pict saya creditkan tuk sis wani
ari tu dia tingin nak saya tempekkan gmbr dia...
so ari ni tertunai sudah...


in green... uniform Kadet Remaja Sekolah
see ada pangkat tu....
Leftenan Muda KRS Puan Hida....

waa.... macam glamer lak....
di potretkan

huhuhu.... penat dah bermain dengan gambar2 nih sumer... mata pun terasa penatnya. izinkan sy beradu merehatkan minda dan mencari sedikit kekuantan tuk esok2 yang bakal mendatang...

saya fikir ini mungkin entry terakhir saya menjelang final exam ni... (i guess so) mungkin sehingga 5 Nov 2008.... apapun doakan semoga saya bleh jawab exam nnt ya...

Tuesday, October 21, 2008

Bahasa dari gambar....

nyibuk time kazen nya konvo UPM semalam

suka pic ni.... nice n mesra alam jerk....
wif yanie n gee

sengih je memasing...
yg tgh2 tudung brown tu bonda kami

posing kat Casarina @ Seremban
teman Iemah shopping furniture tuk umah baru dia
no 4, Coral Height, Seremban.

yang bersimpuh tu lah iemah....
ala2 open house, umah kat Rembau....
besh spegetti nye... yummy...

umah wan n tok kat Kuala Sawah, Rantau.

wif tok n wan...
huhuhu.... kena paksa amik gmbr ni...

wif, aunty syikin, mak chu n Nur Audi Syairah
(jgn salah eja n sebut nnt Audi marah)

*** Kak fin2 kata byknya family angkat saya....saya jwb mklum laa sy ni kurang kasih syg so mana yang sudi kat situ saya tumpang walau tuk sekejap.... family ni akceli family angkat mak cik saya time dia keja kat N9 berbelas2 tahun yang lalu***

Tanpa tajuk...

salam....

dalam hati ada rindu, dalam rindu ada sayang.... pada sayang terujinya kasih,
apa yang saya repekkan ni.... tiba2 terdetik dan rasa terkesan dgn ungkapan ringkas itu....
saya dalam mood yang kurang memberangsangkan.... macam ada yang tak kena pada tempatnya, seolah ada silap pada tingkah dan tutur, semuanya menjadi sebegini hambar dan saya hilang serinya....

saya tempekkan award dari Abg Chime
apa yang giler nya abg? saya masih waras dan semestinya hasil pada blog saya juga waras...huhuhu. anyway thanks sebab panjangkan award ni tuk saya...

sebenarnya sy ni dh nak final exam tapi.... hati terasa jauh berlayar. makin jauh dari tebingnya.... dalam rasa yang terlalu sukar utk di bahasakan....semoga saya tidak tenggelam kerana saya ni tidak lah tahu berenang... huhuhu....

gud luck ida....:D
study jgn tak study....

Monday, October 20, 2008

Kasih Sayang....

> Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
>
> 'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya
> membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'
>
> Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'
>
> Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'
>
> Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu
> saudara'...
>
> Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran
> jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu
> dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu.
> Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.
>
> Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh
> anak lelakinya yang tinggal di bandar, menziarahi ahli keluarga di
> sebuah
> kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh,
> pantas berlari keluar dari kereta.
>
> Langkahnya agak tergopoh-gopoh
> menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik
> handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat
> Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan.
>
> Tapi, bila dia mula menjejaki anak tangga,
> 'Subhanallah! '
> Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman
> rumah.
> 'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera
> disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan.
> Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.
>
> Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib
> terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai
> baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut
> cuba menuruni anak tangga.
> Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop
> bersih, seperti hilang akal sejenak.
>
> 'Tak sembahyang Maghrib ke?'
> Tanya si ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah.
> 'Tak apalah mak, saya musafir,
> Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti..'
>
> Si ibu tak terkata apa.
> Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut
> grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak
> dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh
> dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat
> pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.
> 'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang
> soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku
> bersyukur padamu.....
> aku bersyukur pada mu Ya Allah!'
> sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.
> Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
> kasih.......
> Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat
> keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa
> dipermudahkan oleh Allah.
> Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang
> dimuliakan oleh Allah SWT.
>
> Hadis Nabi
>
> saw:
> 'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua
> mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'
> Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia
> bersalah.
> Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu
> menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'

**Hanya sekadar berkongsi dengan semua..... saya masih dalam mood yang tk menentu... celaru dengan warna pelangi yang berselirat dengan warna2 kelam dan suram....**

Tuesday, October 14, 2008

Kemaafan....

Salam tuk semua...

Awal pagi tadi sy bgun utk bersahur... niat dari malam td nak lunaskan hutang puasa yang lepas. smbil2 tu on tv3 kebetulan Datuk Dr. Fadhilah Kamsah sedang membuat ulasan tentang maaf, kemaafan dan bermaaf-maafan. Antara yang terkesan di fikiran saya hingga ke saat ni adalah ulasan Datuk Dr. yang bunyi nya lebih kurang mcm ni :

"mari lah kita sama2 memaafkan sesama kita, mintak lah maaf jika kita ada salah, maafkan semua org setiap kali sebelum tidur, kerana dengan kemaafan akan terbuka semua pintu2, dengan maaf akan terbuka lah pintu rezeki, pintu jodoh, pintu kerahmatan dan mcm2 pintu yang Allah bukakan untuk kita. jadi marilah kita saling bermaaf2an mudah2an kita beroleh kerahmatan dan keberkatan dari maaf itu"

ulas beliau lagi... "mana tahu mungkin hari ni bila kita maafkan seseorang dengan penuh ikhlas, 2 minggu lagi ada org anta rombongan meminang.... kan ke pintu jodoh dh terbuka bagi mereka yang masih tk bertemu jodohnya"

Saya berdiskusi sendirian... mungkin ke jodoh sy tk sampai2 sbb sy masih tak maafkan org lain? rasa2 sy dh maafkan semua org.... sy juga sering memulakan permohonan maaf even kadang2 yg nyata bukan salah saya.... atau mungkin sy tidak ikhlas dalam memberi kata maaf? hurm.... sekali lagi persoalan ikhlas di utarakan... bagaimana cara terbaik utk kita ikhlaskan diri? rasanya dh ilang semua dendam di hati....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sabtu lepas... saya kuar ngan yani n nor... teman berteman, ronda2, tgk wayang dll. penat dan letih tak jadi soalnya sbb masing2 dh setuju. kami singgah solat asar dan terus maghrib kat Masjid India.

Sayu hati bila teringat raya tahun ni sy tk berkesempatan tuk berjabat tgn ngan abah pohon maaf dr dia.... sy sms adik yang bongsu mtk no phone abah sbb alang2 ada kat Masjid India ni apa salahnya sy cari abah... (dulu, adik sy kat USIM selalu bgth sy, abah ty naper kak ida tk g cari dia? ) dan ari tu saya rasa dh tiba masanya tuk saya cari abah. Adik bongsu saya reply, kak ida nak wat apa no abah?... bila saya bgth nak jumpa abah...suda reply "erm bagus laa kak ida... kami sumer dh beraya ngan abah...kak ida sorg je tak beraya ngan abah lagi".

tersentak saya dgn sms adik tu.... terus saya cuba contact abah, alhamdulillah talian sy bersambut.... terdengar nada yang agak terkejut bila sy bg salam... dan "abah, kak ida ni, kak ida ada kat Masjid India, igt nak jumpa abah kejap boleh ke?" mungkin abah terkejut sebab tu laa 1st time saya call dia... dulu2 tiap kali dia call, sy selalu ngelak. janji berjanji.... kami jumpa lepas maghrib. saya salam dan peluk abah... mcm tu gak dia membalasnya... ada sendu yang saya tahan... tk nak yanie n nor pasan kesayuan yang bertandang saat tu...

saya dah lupakan semua cerita lalu, sy dh menerima semua tu sbg lakaran hidup yang byk mengajar sy erti kedewasaan. atau mungkin saya masih belum ikhlas sepenuhnya dengan abah? hingga kadang2 sy terhimpit dengan semua yang menyelirat ini.

Friday, October 10, 2008

Cerita tentang hati...

Akhir-akhir ini since raya that day, saya banyak di hidangkan dengan cerita-cerita tentang hati & kekecewaan dari kawan2. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana.... semalam bila saya wat entry tentang Rumput dan Kasih Sayang... saya rasa ada kebenarannya. bila kita terlalu memilih yang terbaik... kelak kita tak akan dapat apapun.


"Kasih sayang yang di uji kesetiaan, kadang2 impian bukan lagi harapan untuk kita pegang dan lakarkan dalam kanvas hidup ini. kadang2 kita kena terima terima hakikat dan belajar untuk menelan pahitnya sebuah kekecewaan. Ajar hati untuk tabah tidak semudah tidaklah semudah kita menggangtung kan bunga harapan, juga tidak semudah lafaz kata yang kosong jika kita tahu apa itu kelukaan."

"jangan di nafikan apa kata hati kerana itulah sebenarnya yang kita inginkan. Bila kita berdepan dengan pilihan, kita akan memilih apa yang paling berkesan di hati dan begitu dekat dengan jiwa kita kan ? Aku hanya ingin mengingatkan, dalam mencari cinta, mencipta sayang dan rindu dalam hati, jangan sampai kita biarkan hati kita terluka lagi. Pilihlah orang yang mana cintanya tidak akan melukakan kita"

antara sms2 yang saya hantarkan bila dapat th tentang keputusan yang asrul amik. even saya tidak lah begitu mengenali asrul namun sy dapat rasakan kecewanya dia dengan keputusan yang di ambil. dalam dia saya berdoa semoga lelaki itu mampu menerima keputusan ini sebagai ketetapan dan melihat semua dengan redha.
**p/s : asrul maafkan aku... buat cerita tentang kamu.

malam tadi.... sy di sapa oleh kak yati.... lama tak berchit chat ngan dia... dulu sy byk mengadu hal dengan nya. dia sering bagi sy alternatif b4 sy mengambil apa2 keputusan. tadi saya jadi seorang pendengar yang begitu baik tuk kak yati.... ternyata dia juga dalam dilema dengan karenah suami. dia hanya bertahan demi anak2 yang masih tidak mengerti apa itu hidup. dan saya yakin itulah benteng kekuatan seorang wanita bila berdepan dengan karenah suami... bila kak yati bertanya pada sya, apakah mungkin suaminya ada affairs kat luar yang bleh di jadikan punca segala tingkah yang nyata jauh berbeza.... saya terkedu dan tidak mampu untuk mentafsirkan ini sebagai kecurangan dalam rumahtangga. sebagai seorang kawan sy hanya mampu menadah tangan semoga kak yati terus tabah dalam merentas liku2 kehidupan yang nyata kian merumit dengan kekuatan wanita yang menipis.

sebelum ini juga saya berdepan dengan kekeliruan seorang teman dalam membuat pilihan tatkala di hatinya ada dua nama. dia perlu membuat pilihan yang terbaik. masing2 punya kekuatan dan kelemahan masing2. saya hanya mampu memberi pilihan jalan untuk dia pandu hatinya dalam membuat pilihan. dalam atinya ada unsur kasihan dan sayang. dua unsur itu yang kian menyerabutkan mindanya. dan hakikatnya unsur itu lah yang meninggalkan kesan di hati saya dulu. dan awal pagi td...."kak ida, saya dan putus dengan si A" dalam sisa sendu yang masih kuat dia dtg dan bagitahu saya. bila saya tanya apa dia yakin dengan keputusan yang dia ambil.... dia hanya sekadar mengangguk dengan tangis dan sendu silih berganti. saya kehilangan kata. akhirnya, saya membariskan kata... "kalu dah yakin itu pilihannya, jangan la menangis lagi... buangkan semua rasa kasihan tu..." saya sebenarnya hilang kata untuk menenangkan nya.


kenapa saya bercerita panjang lebar tentang kekecewaan dan kelukaan orang lain ? sedangkan hati saya turut berlagu duka.

Sis Azza

Dedication to Sis Azza...
"Sesungguhnya Allah itu MAHA ADIL, DIA jadikan persahabatan tanpa tanda harga, jika tak ida tak mampu untuk memiliki teman yang tidak ternilai seperti AKAK. "

Terima kasih untuk keindahan dan ketenangan menakluki hati.... senyum akak buat sy senang.... lirih mata akak buat sejuk hati yang panas...

pertemuan yang singkat namun erat tangan berjabat, mata dan hati saling berbahasa mengiyakan apa yang merentasi minda.


True friendship isn't seen with the eyes, it is felt with the heart.
When there is trust, understanding, loyalty, and sharing.
True friendship is a rare feeling, but when it is found
It has profound impact on our well-being, strength, and character.
True friendship does not need elaborate gifts
Or spectacular events in order to be valuable or valued.
To ensure long-lasting quality and satisfaction,
True friendship only needs a few key ingredients:
Undying loyalty, unmatched understanding, unsurpassed trust,
Deep and soulful secrets, and endless sharing.
These ingredients, mixed with personality and a sense of humor,
Can make a friendship last a lifetime!
This is just a thank you, my friend, for all the wonderful and colorful
Special ingredients You've brought to my life!
Pass this on to such a friend!

**1st pertemuan ngan kak azza... time ni a day b4 raya... amik yam cake yang sememangnya saya tempah dari mertua kak azza... tu kan dh jadi taktik saya tuk jumpa kak azza at 1st place.... hihihihi...

Thursday, October 9, 2008

Rumput & Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

*** sekadar memanjangkan email dari kak fida utk tatapan dan renungan semua.... rasanya saya juga perlu meneladani cerita kasih sayang ini... sukarnya untuk buat keputusan bila hati masih keliru***

Hilangkan segalanya....


Hilangkan Segalanya

Sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

Hilangkan rasa gundahku
Hilangkan rasa lukaku
Hilangkah lah Segalanya
ku tak ingin sakit lagi
Hilangkan Kekosonganku
Hilangkan Keasinganku
Hilangkan lah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
Hilangkanlah segalanya

Ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
ingin ku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

**Sudah lama saya terkesan dengan lagu ini.... bermula dengan citer Abadi Sebuah Cinta hingga ari ni saya mencari liriknya... jiwa saya mengakuinya... rintihan ini ibarat kata hati yang tak mampu lagi untuk merasa perit dan sakitnya hati bila di surih luka....**

Monday, October 6, 2008

Seindah Syawal....

Saya sekadar ingin meluahkan apa yang di perkatakan oleh hati saya. Mungkin hati saya tidak tahu untuk menipu saya.... bila saya begitu hnyut dalam kenangan silam, menelusuri batas2 kenangan yang terlakar di kanvas kehidupan satu waktu dulu. rindunya saya pada teman2 lama, rindu nya pada Mursyid, Lokman, Farrah, Naza, Azizah & Gee (mereka dari kenangan saya waktu sekolah rendah...) dulu selalu berkumpul ramai... beraya bersama2 dari satu umah ke satu umah yang lain kerana kami berdekatan....detik masa yang berlalu meninggalkan semua itu menjadi kenangan yg indah dalam hati dan ingatan saya.
Laman hati saya juga tercoret rindu pada Syaziedalyatie Aszarinna (kenangan saya waktu sekolah menengah... dulu2 suka gabung2 nama jadi satu nama dan tanda persahabatan.... maka lahirlah nama indah itu...dari gabungan kami berlapan.... )

Kerinduan yang menyentak2 di hati menyeret langkah menjejakinya namun kesempatan yang terhad...sy hanya sempat melangkah menyapa laman Asiah, Bib, Aisyah, Huda & Nani. Jika mungkin tiada rindu mereka utk saya...sy begitu menghargai kehadiran mereka semua dalam lipatan kenangan saya. Ada titis yang mengalir bila hati saya sarat dan penuh dengan rindu ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya menerima kunjungan istimewa dari Kak Azza and Hubby lewat 1 Syawal. Terima kasih sis atas kunjungan hari tu... maaf mungkin ada yang kurang dari layanan saya. Semoga kukuh dan enaknya ikatan kita se"yummy" kek keladi akak... ahaks...

Saya gembira dengan kunjungan Farrah, Hubby dan Harraz. Thanks sbb bertandang.... dah lewat sgt tp Harraz dtg gak beraya ngan Cik Da kan? :-D.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih utk sms ucapan hari raya dari semua. time raya ari tu saya tgh sesak... so byk sms yang sy terima tak berbalas.... arap memahami.... :).

~~~~~~~~~~~~~~
** Saya ada cerita tentang sesorang... tp saya tak punya keyakinan untuk membicarakannya. Ada yang menyentuh dibingkai hati saya, tapi saya takut untuk menari mengikut rentak dentingan hati. Takut untuk mengharap. Takut untuk kecewa n sakit lagi**

Raya nyer citer....

Assalamu'alaikum....Salam Aidilfitri utk semua. Mohon ampun jika ada salah dan silap saya. Saya dah balik KL Sabtu lepas selepas berhari raya kat kampung. Alhamdulillah perjalanan balik kg dan kembali ke KL selamat. Saya tak der apa yg nak di ceritakan... biarlah gambar2 di bawah menceritakan semuanya.... apapun saya bersyukur, Aidilfitri kali ni menyatukan apa pernah berpecah, menjalin hubung keluarga yang pernah tersisih... cuma terkilan tk berkesempatan mencium tangan abah.... abah balik tp tak sempat nak datang beraya ngan kami.... (walau saya jarang berkomunikasi dengan abah, walau hati saya masih membeku dan mengeras.... tp jauh tersudut dalam hati, saya sygkan abah, jauh memilu utk saya jabat tangan abah.... saya akui...tnpa dia tidak lahir saya ke dunia ini. Semoga Allah ampun kan dosa2 saya pada Abah, semoga Allah lembutkan hati saya.)

bersama mama, adik2 n kak ipar....
abg yang snap...so tak der gmbr dia


my luvly younger sister....
nyat n suda (glamour name dlm family)
masing2 punya citer yang kadang2 buat sy pening
terutamanya yang specky tu....

sebahagian kuarga besar saya bergambar kenangan
bersama our luvly nanny (atas kusi 4 dr kiri)
pinky girl atas riba saya tu... sepupu saya yang istimewa
ain namanya.... seistimewa keletah nya yang menjadi penawar
kami semua.

saya dan adik... (yang ni pun sering memeningkan saya dan
merisaukan mama)
bdk2 pggl dia abg mawi.... (ada ke rupa mawi?)
ahaks!!


hidang istimewa di pagi raya....
mee kari, rendang daging + paru2 (air tangan saya),
nasi arab (mama wat), nasi dagang (mak longnya menu)
& nasi impit + satey (hidangan mak uda)
penuh meja.... pinggang mangkuk sumer kena move ke meja sebelah....

yummy... best tak ? ni hasil kerja saya...
thn ni 7 biji terhasil
(terpaksa tolak tempahan nen n nani...
tahun2 sudah saya amik tempahan wat choc cake ni)
1 biji tuk setiap satu umah ada 5 umah....
1 biji saya wat lagi tmbahn
utk umah saya... 1 lagi wat tuk mak muda wat balik
kg dia raya ke 2 tu....


ni lak sesi membahagikan kek ke umah mak sedara sebelah umah....
yam cake order dr mertua kak azza....
mmg yummy la... sumer org ty mana tempah sbb
besh nya sesangat.... kek keladi... 1 of my favourite cake...
tp tk reti nak wat.... kak azza kata kena wat pulut kuning
ayam golek bg dia baru bleh tuntut ilmu kek keladi ni ngan dia.... :-D


sabtu dan ahad.... operasi bakar cookies....
balik je umah aunty dah beli siap2 brg2 nak wat
kuih... so nak tk nak.... terpaksa laa wat...
maka terhasil laa.... tart nenas, chip choc cookies,
penut cookies crunch (alter2 recipe... seb baik jadi)
& cornflakes honey

apa perasaan anda tgk cendol ini..... sy begitu rindukannya
balik ari tu.... 4 ari berturut saya buat cendol ni tuk berbuka puasa
smpai nenek naik muak.... tp sy tk kenal erti muak sbb sy
begitu rindukan keenakkannya....
kat KL tak der campuran cendol mcm ni.... :-D

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************