CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 24, 2008

Tangisan dan ceritera sebuah kehidupan.....

.... adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA, dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA.... .... bersyukur pada orang yang MENYAKITI kami kerana dia yang MENABAHKAN kamu.... .... bersyukur pada orang yang TIDAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK kamu BERDIKARI.... .... bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu... .... bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu kerana dia yang menguji KESABARAN & KETABAHAN kamu....

aku admit yang aku sensitif sesangat. banyak benda yang buat aku kecewa dalam idup ni. family, personal life, friends, and so on. banyak yang orang tak tahu ttg ceritera hidup aku. sejauh mana aku berjalan hari ini, semua tu aku seret bersama sepanjang jalan yang aku lalui. dalam perjalanan ini, aku terluka dengan duri dan onak yang mengiringiku. kenapa orang tak penah amik ruang dan peluang untuk memahami diri aku, faham jiwa yang kosong ini. kenapa perlu terus2 menyakiti aku.... ? sekuat mana pun aku tetap manusia yang punya hati dan perasaan. sedih aku, tangis aku yang pasti aku tk pernah menyusahkan orang lain.... tp kalu ada aku pohon maafkan aku atas kesusahan2 yang dtg bersama aku. aku bukan manusia yang sempurna. aku mencari kesempurnaan utk melengkapkan aku. lengkapkan jiwa yang kosong ini.

*** Aku sandarkan semuanya pada ketentuan DIA, semoga ada ruang dan peluang utk aku***



Thursday, July 3, 2008

.....menangis lagi......

aku laa manusia paling bodoh sekali. menangis dah mcm satu hobi utk aku. mudah sgt airmata ni mengalir jatuh..... apa yg tersentuh di hati riaknya terburai di hujung airmata. rman kata belajar laa buat teh yang secukup rasa, cukup teh nya, cukup manisnya, cukup lemaknya..... bukan aku tak cuba tp aku tetap gagal. kak fida kata jgn buang masa, kalu aku menangis dia lagi lama menangis.... akak, sy tak mampu nak jadi setabah akak..... sy tahu akak amik masa yang lama utk cipta ketabahan dalam diri akak skang.... kata rman lagi... beza teh n mineral? mineral walau kosong dan tiada rasa mineral baik tuk diri. erm.... aku teruskan tangisan ini..... sendirian, berseorangan.... dan terus sendiri.

Tuesday, July 1, 2008

Pratikum time....

Ahaks.... start from yesterday and ....3 months onwards aku dh jadi warga SKBTS. dh di panggil cikgu hida. wow.... sumthing special actly bout that title.... felt proud of my self.... aku ngaja 2 sesi... pagi pun ada sesi ptg pun ada... mon - wed (evening session), thurs & fri ( morning session). bleh laa aku peram tido 3 ari awal tu.... another 2days.... kena bgn awal le.... kul 620 dh kena gerak ke lrt station... erm...( skang ni practise nak jln je ke sana) 15min je. in that way bleh laa gak aku burn lemak2 yang begitu tepu ni... huhuhuhu....kalu ptg nyer ok laa 1130 or 1145 pun dan.

1st day smlm rasa macam ok je. GB, GPK1, GPK Hem, GPK Ko, & Penyelia Petang very ok...cuma sumtime GPK Hem agak tegas laa sket... cikgu2 pun ok jerk.... very friendly n helpful.... smlm kul 230 br balik..... kena tggu assembly ptg lak, even dh ikuti asembly yg pg nye... actly nak tunggu cikgu surina... she is the one yang akan bimbing aku nnt (guru pembimbing aku ler). yg buat rasa mcm best je sessi ptg ramai cikgu laki... ahaks!!! huh, igt ida niat ko.... jgn terpesong dh ler ek.... kat SKBTS guru pelatih praktikal semuanya 27 org dr mcm2 IPG, setakat ni yg aku dengar SKBTS je paling ramai guru pelatih..... mcm meriah jek.... hope within 3 months ni aku tk hadapi apa2 masalah la.... cume skang kena byk perah otak ler.... nak sediakan lesson plan.... jadual pun tk dpt lagi.... hope esok dh dpt jadual n aku dh bleh plan apa yg aku nak buat nnt.....

semoga Allah tetapkan hati ini pada jalan yang aku pilih dengan tidak sepenuh hatinya (pd permulaannya). apapun pilihan aku ini, aku yakin Allah dah tetapkan yang terbaik. rezeki aku dalam bidang ni dan dengan title CIKGU. semoga jalan ini terus menerangi aku dan aku sendiri perlu bertanggungjawab pada apa yang dah aku terima ini.... komitment aku skang utk membuka ruang dan peluang utk bakal anak2 aku utk berjaya. Amin... ya Allah permudahkanlah jalan dan usaha ini.... Cikgu Hida (01 Julai 2008)

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************