CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Salam

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Esk dah 1 Jan 2010. Tahun baru bermakna umur sure akan meningkat lagi. Tahun baru bererti cerita baru, kisah dan penceritaan baru.

Azam tahun ni tak aku tentukan...cuma berharap untuk sesuatu yang lebih baik. Kalu nak list.. 1st sekali aku nak kawen....... huhuhu ni yang sadis sket.. anyhow aku percaya kan janji DIA. Setiap dr kita akan ada pasangannya.... :D

Esok aku fly back to Bintulu, rezeki aku kat sana... ulang tahun pertama jadi cikgu.... harapan aku agar dapat realisasikan harapan dan impian mereka. Harap aku dapat sempurnakan tugas2, amanah dan tanggung jawab yang di berikan.

Lembaran baru, ceritera baru, apapun yang terjadi aku akan terus berjalan.

Saturday, December 26, 2009

Saya tak boleh jaga hati semua orang.

Salam....
Semalam dan hari2 sebelum ini mungkin sy telah sakit kan hati ramai orang. Mungkin ramai yang berkecik hati dgn saya. Marah dan kecewa dgn saya. Saya akui, saya tak akan dapat nak jaga hati setiap orang. Hakikatnya hati saya sorang pun tak pnah fikir nak jaga. Sekurang2nya saya cuba jadi yang terbaik. Saya perlu dahulukan hati saya.

Saya minta maaf kepada mereka2 yang berkecik hati dengan saya.

Tuesday, December 22, 2009

Tahun bakalan berganti lagi.....

Salam....
Tahun baru Hijrah 1431 baru saja melewati kita. Tahun masihi 2009 juga akan turut melabuhkan tirai. 2010 pasti menjengah tiba. Tapi aku tetap seperti aku 3 tahun lepas. Aku tetap seperti aku 5 tahun lepas. Aku masih tidak berubah. Tiada perubahan ketara yang boleh aku bangga kan. Kenapa aku jadi senaif ini..... ? Kenapa aku jadi selemah ini? Membilang kekecewaan dengan hidup. Menghitung kelukaan sendiri. Aku masih berfikiran sama seperti dulu. Sama seperti time aku frust ngan My Crustacea 5 tahun lalu. Bodoh sgt ke aku sampai tak leh nak nilai semua ini dengan rasional. Kenapa Allah uji aku dengan kekecewaan yang sama berulang kali? Kenapa setiap kali kecewa aku tk ubah diri aku jadi seseorang yang baru? Kenapa semangat setinggi gunung tapi ranap juga akhirnya. Kenapa aku tak leh jadi sekuat manusia lain? Kenapa aku terus2 begini? Menyalahkan diri sendiri untuk setiap apa yang berlaku? Tak tahu berapa ratus kali aku laungkan kata semangat untuk diri sendiri. Entah berapa ratus kali aku korek dan godek keyakinan dari dalam diri untuk aku terus ampuh di sini....dengan derita rasa yang begini? Sampai bila aku nak hitung semuanya ini? Sampai bila aku nak rasa kosong macam ni? Rasa rendah diri? Rasa kekurangan diri? kenapa aku nak rasa semua itu? Mana keyakinan aku? Mana kekuatan yang ada? Persoalan diri yang tak pernah hilang.

Monday, December 21, 2009

Mungkin Bukan Dia

Dia hadir dengan rasa
Dia datang dengan jiwa
Kala hati berwalang duka
Kala jiwa menahan gelora

Dia hadir membawa cinta
Dia datang bersama sayang
Kasihnya selaut ku rasa
Rindunya mendebarkan sukma

Kala rahsia bukan lagi rahsia
Berat langkah untuk menjauh
Kaku dan terpaku
Minda cuba menafikan rasa
Gerak hati menidakkan hakikat

Mungkin bukan dia untuk aku
Mungkin bukan cinta dia
Mungkin bukan sayang dan kasih dia
Mungkin ini hanya sisipan rasa
Ceritera tentang hati kalut
Secebis rasa yang sakit
Perit dan pahit....

Bukan dia untuk aku
Hakikatnya dia milik mereka.

Friday, December 18, 2009

Hijrah Diri

Hijrah diri mencari erti
Hijrah diri mencari makna
Hijrah diri menilai rasa
Hijrah diri pengubat jiwa

Mencari pelangi kasih
Yang indah
Mencari landasan cinta
Yang kukuh
Mencari sesuatu
Yang bermakna

Hijrah ini membebat rasa
Hijrah ini membalut luka
Hijrah ini menenangkan jiwa
Hijrah ini tanda perjuangan hati
yang kalut

Kalah atau menang
aku hanya perlukan
pembebasan rasa yang sakit ini......
Hijrahlah diri!!!!!

Salam Maal Hijrah 1431.

Wednesday, December 16, 2009

Istilah Cinta Tanpa Rasa

Istilah Cinta Tanpa Rasa
Hati tawar, jiwa kosong
Mati mungkin penyudahnya
Tapi aku masih ada sisa iman
Untuk menafikan desakan hati
Untuk mengatur akal pada paksinya

Istilah Cinta Tanpa Rasa
Keliru dan celaru
Antara kata cinta dan tanggungjawab
Antara kasih sayang dan amanah
Kalau mungkin aku mungkir
Biar berbaloi dengan pengorbanan
Biar terzahir segala janji
Biar bahagia nyata di mata jiwa

Istilah Cinta Tanpa Rasa
Nafsu mungkin landasannya
Alunan mesra membujuk rasa
Membuai rasa
Melalaikan hati
Hingga di penjuru kasih
Manusia itu jadi begitu kejam
Membunuh rasa yang tak berdosa
Menjadi sebab kepada kemusnahan
Episod hidup hamba Allah

Dan akulah manusia itu
Yang terpersona dengan
Istilah Cinta itu
Yang terkesima dengan lambakan
Kasih sayang itu

Aku terikat? Aku diikat?
Atau aku sendiri yang mengikat?
Kenapa langkah tak mampu di atur
Lari dan minggir sejauh yang boleh
Kenapa terlalu rapuh
Sedang hakikat sudah lama di hitung
Pada sejarah dan cerita lalu

Istilah Cinta Tanpa Rasa
Sesungguhnya ia hadir tanpa rasa
Sesungguhnya ia hanya pengisian kosong
untuk jiwa yang sakit ini.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************