CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 25, 2009

Kesyukuran dalam kesusahan yang menguji.

Salam....
Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya panjatkan pada DIA yang berhak. Kerana dia yang mengaturkan semuanya ini. Inilah yang terbaik percaturan dariNYA untuk saya disini. Sy bersyukur kerana dengan sedikit kesusahan yang menguji ini, saya dapat rasa sedikit kelapangan. DIA tahu saya mampu untuk mengharungi ujian yang sedikit ini jika di bandingkan dengan kesulitan kawan2 lain yang masuk ke pedalaman 3. Kesempatan berada di Bintulu ini dengan limpahan guru-guru KPLI dari pedalaman yang keluar berkampung, macam2 cerita yang kedengaran, macam2 memori yang tercatat dengan garapan tersendiri.

Semalam, abihkan masa bersama Shida, Rezalman n isterinya Ina... Rezal n Shida masing2 di pedalaman 3. Saya di pedalaman 1 dan Ina di bandar Bintulu ni. Cerita Rezal, dari tempat dia di postingkan nak keluar ke Bintulu ini 12 jam perjalanan dengan 7 kali bertukar kenderaan.... bertukar dari express bot, perahu, bot lagi, hilux (laluan balak), keta sewa, n bas. Kos nak keluar pun boleh tahan. Shida lak express bot, n perahu... masing2 tiada talian tepon.... citer Shida, dia pernah berjalan satu jam naik bukit nak tepon family 1st time kat sana.... jadi jika nak di banding saya 100 kali lebih baik dan kesusahan mereka tiada tandingannya. Dan semua ini mengajar saya erti 1000 kesyukuran dalam kesusahan yang ada.

Saya akui, pengalaman2 pertama di sini terlalu tinggi nilainya pada saya dan mustahil akan hilang dari memori saya dengan mudah. Dekat sini, saya rasa saya kian dekat pada DIA, kata Rezal mungkin kesusahan yang ada buat kita igt pada DIA, doa pun pjg2, ngaji setiap ari.... nada gurau saya kata ini lah manusiakan...bila susah br nak igt Allah. Kadang2 semua ni mengajar kita untuk lebih mengenal hakikat sebuah kehidupan.

Gambar nak bercerita lak.... :)

Inilah sebahagian dari kawasan Sk. Sg. Sengian yang sempat saya snap semalam. Nampak tak rumah kecil kaler putih kat atas bukit? Itulah rumah saya....

Saya yang terkini, bersama Nor (kerani sekolah yang begitu dedikasi dengan tugasnya) time ni tunggu Van nak kuar pagi semalam.
Antara wajah yang menjadi kesayangan saya kali ni.... Udin, Hairi n Radzi. Hairi dan Udin, ari2 ke sekolah tak penah mandi.... hingga kdg2 naik pening saya tp istimewanya mereka buat saya abaikan semua itu kerana keinginan mereka untuk belajar menggagumkan saya....
Wajah gembira pasangan Rezal n Ina, pertama kali jumpa lepas terpisah dek tugas yang di galas... Chaiyok Zal... ujian ni sikit je.... (Ina skang pregnant 4 bulan) dugaan tanpa suami di sisi....

Yummy.... sedap tak udang tu? resepi istimewa saya...hihih... Rebus udang dengan serai titik, tak der garam solusinya saya letak kicap..... sedap dlm kekurangan kami di situ.... bila gaji ni br nak beli dapur sbb ada je mak cik2 iban dtg jual sayur2 kampung....

Mood saya 2 3 ari ni melayang je....
ding dong mcm line tepon kat Sg Sengian.
kejap ok, kejap tk ok.
Kadang suam, kadang sejuk, kadang panas membahang.
apa pengertiannya?
saya dalam pencarian untuk merungkai rahsia rasa ini.

Saturday, January 24, 2009

Cerita dari lensa.....

Salam untuk semua yang setia mengunjungi laman hati saya ini, untuk mereka yang sentiasa menantikan cerita terbaru dari saya...(ada ke yang menanti2 ni...eheheh). Harap2 ada laa yang masih sudi bertandang meskipun saya tidak punyai kesempatan seperti sebelumnya..... cerita hari ni....? Saya skang ada kat Lai Lai Inn Bintulu, sekolah cuti sempena CNY seminggu campur tolak weekend jadi 9 ari.... untuk berada di Sengian rasanya ketakutan saya membataskan.... semua org keluar, ada balik kampung, jadi tinggal kami berdua....(sy n Kak Irma), Nana balik Samarahan (umah neneknya), Saadah lak hubby dia dtg bercuti kat Bintulu ni... jadi solusi nya sy n Kak Irma kuar bermalam kat Bintulu ni.... mungkin smpai Rabu baru masuk balik sana... Khamis kerani sekolah kerja..... jadi ada laa keberanian sket.... eheheh.....

Untuk entry ini biar gambar bercerita k....

Antara kawan yang sama flight ngan saya dari KLIA, (Ina, Wan & his wife)
Gambar kat Airport Bintulu - Taklimat pertama dari PPG Bintulu
Tu je barang yang saya bawa.... antara yang beg kecik n sikit...
yang lelain saya perhatikan dengan Luggage besar2 sumernya.....

1st day kat Sg. Sengian, GB bwk beli barang2 keperluan,
bilik saya, makanan pertama dan saya yang lencun bermain hujan....
huhuhuh...

Ini lah kediaman saya...Rumah Guru No. 3 SK Sg. Sengian....
ni 1st day masuk.... skang dh berubah wajahnya....
Sudah ceria dan tidak lagi suram seperti sebelumnya....

Pengalaman pertama yang tak mudah untuk saya lupakan.....
Lencun saya bermandikan hujan.... inilah operasi pertama saya tadah
air hujan untuk kegunaan harian.... waktu ni saliran tu bocor....
kesempatan tuk saya basuh baju n mandi juga....
Yang tidak mungkin akan luput dari memori saya....

1st outing ke Bintulu....
beli stok makanan, mineral water n kelengkapan lain...

Laluan saya dari ke sekolah setiap hari..... ini lah laluan kami.
telah di perelokkan.... tp bahaya mengundang tidak kira masanya

Satu2nya laluan dari keluar dari Sk Sg. Sengian ke Jalan Bintulu-Miri....
jauh tidak dpt sy anggarkan... perjalanan 20 - 25 min
bergantung kepada keadaan jalan....

p/s : terima kasih kepada pengunjung2 baru, yang setia mengikuti
laman saya ini.... maaf kerana saya tidak punya kesempatan untuk
membuat kunjungan balas...insyaAllah....
sehingga Selasa saya akan cuba mulakan jelajah saya....
rindu untuk menyusuri denai2 kehidupan kawan2....
kak azza, kak reen, acha, Ad, Abg Chime, Kak su, Miim,
Mar, Milo, Aliya, Addy, dan ramai lagi....



Tuesday, January 13, 2009

SK SUNGAI SENGIAN, SEBAUH .... langkah terikat di sini....

Salam untuk semua yang mengunjungi laman hati saya ni. Terlalu rindu saya untuk kembali seperti dulu, berpeluang dan punya kesempatan berinternet. Saya ada kat Lai Lai Inn Bandar Bintulu, berteman kan Nana (Guru baru yang sama posting dengan saya kat Sk Sg. Sengian). Kami tidak sempat balik ke Sg Sengian, jadi konklusinya kami terpaksa bermalam di sini sehelai sepinggan. Tadi lepas waktu sekolah, kami ikut GB ke PPDK Sebauh untuk urusan pembayaran gaji kami, terlalu lama spend time kat PPDK kami tak sempat untuk masuk ke Sg Sengian dengan Van En. Dana (Penduduk Iban Rumah Bugat yang berdekatan dengan sekolah, yang sememang kerja sebagai pemandu van tambang) Van En Dana lah yang menjadi sumber penghubung kami dengan Bintulu. Jauh Bintulu dari Sg Sengian lebih krg 1 jam 15 min pjalanan. JIka kami nak balik jugak mlm ni teksi ke Sg Sengian tambangnya RM85.00 jadi atas nasihat GB kami bermalam kat Bintulu ni, then esok pagi2 masuk bersamanya.... huhuhu busuk laa kami esok....

Advanture nya life kat sini....

Kehidupan yang saya tidak pernah terbayang akan melaluinya sebelum ini. Sedikit kesusahannya bila kami tidak ada sumber bekalan air bersih, hanya air tadahan hujan menjadi sumber utama kami. Terasa begitu berharganya air pada kami sekarang ni . Lagi satu kesusahan bab makanan...terlalu susah nak dptkan mknan bila kat sg sengian ni.... tiada kedai berdekatan paling dekat bintulu laaaa .....jadi solusinya kami terpaksa beli stok mknan dlm tin n mineral water utk minum.

Saya tinggal kt rumah guru, atas bukit sedikit... skang musin ujan ari2 ujan.... untuk ke sekolah kami menapak berkaki ayam.... jln menuruninya mmg licin. silap hari bulan bleh tergelincir jatuh ke bawah.... adventure lagi bila kami beli stok mineral water n mknan.... terpaksa angkut dari bawah ke atas.....

Apapun cabarannya sy terima ini sebagai yg terbaik dari Allah untuk saya. Saya cukup2 bersyukur di tempatkan disini.... dalam sedikit kesusahan yang di ada sini sya bersyukur sbb sy masib boleh dihubungi... line tepon ok tp kdg2 biol gk especially bila kt skolah.... mmg biol menjadi2. in case ada emergency pun rasanya sy boleh dihubungi.

**p/s : sya terlupa nk bwk charger laptop ni... jadi ni saje kesempatan yang ada untuk saya kongsi cerita di sini sdikit sebanyak.... gmbr pun tk larat nk up load..... nnt laaa... jika ada kesemptan saya upload gambar dan biar gambar lak bercerita..... doakan semoga sy terus mendapat kekuatan di sini.... anak2 iban n penan perlukan kami untuk terus di sini..... sk sg sengian ni sekolah kurang murid hanya 50 org murid shj.....dgn kekuatan guru 10 org termasuk GB, n guru pra.... btry laptop dengki ngan sy ni..... sehingga jumpa lg.... sy rindu semua yg ada di semenanjung.

Tuesday, January 6, 2009

Rahmat menanti di Bumi Bintulu.... InsyaAllah.

Salam untuk semua....
Alhamdulillah, setelah menempuh penerbangan hampir 2jam 10min dari KLIA ke Bintulu Kumpulan ke 4 GSST 2009 yang di postingkan ke Bintulu selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu. Setelah urusan imigresen selesai kami di sambut oleh 2 orang pegawai dari JPN Sarawak. Kumpulan ke 4 melibatkan 54 orang Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) dari semenanjung dari pelbagai opsyen (sepatutnya 60 orang ; lagi 6 org tak dapat di kesan). Bersama saya dalam kumpulan ini adalah Cikgu Redzuan dan isteri, Nurul Aqmar dan Ina (rezalman's wife), ni yang saya mmg kenal laa.... yang lelain tu sumer tk kenal dan kami kenal2 kat sini la. Dari airport Bintulu kami di angkut dengan 3 buah bas ke Regency Hotel Bintulu. perjalanan mengambil masa hampir 30 min (saya agak je.... lebih kurang kot). Sepanjang perjalanan ke hotel masing2 hanyut dalam dunia masing2. mungkin memikirkan nasib esok pagi kemana langkah seterusnya akan di aturkan. Mungkin teringatkan kampung halaman, ada yg busy dengan hp, kejap2 call, kejap2 sms.... mungkin ingin di kongsi dengan rakan, sedara mara, sahabat handai di tanah semenanjung. Saya sendiri pun, call family, call abg, sms kezen, sms adik, sms acha, sms nani, sms Abg Rahman, dan yang lelain. Hujan mengiringi ketibaan kami... dalam hati terdetik.... mungkin ini tanda kerahmatan Allah pada kami di bumi yang asing dan jauh dari tanah semenanjung. Rahmat menandakan Bintulu menerima kami dengan lapang selapang hati kami yang berkelana sejauh ini berbakti demi anak bangsa Malaysia.

Sejauh saya berkelana ini, ada beberapa orang yang meninggalkan keratan memori yang tersendiri dalam diri saya. Mungkin saya hanya perasan sendirian tp ada melodi yang sedikit menyentuh lubuk hati saya. Entah la.... mungkin kerana saya sentiasa berprasangka yang diri saya jarang di hargai, even oleh family terdekat.... bukan mengungkit sikit pun tidak terlorek di hati saya. Tapi saya rasa ada insan yang begitu menghargai kehadiran saya dalam perjalanan kehidupan mereka.... ayat Acha lewat pertemuan semalam (lunch date) "da, kalu aku ada keta aku sanggup tinggalkan keja jup n anta ko kat KLIA" - bila dia tahu tak der sapa pun yang akan menemani saya ke KLIA. tp dia sendiri tahu saya tetap saya. Selagi saya mampu saya tetap usahakan sendirian. Dan saya tahu dia sentiasa menghargai saya. msg nani "bila mu dpt KPLI kat KL aku rasa mu dh jauh dari aku, ni plak bila posting ke Bintulu aku rasa kehilangan sst", sendu yang di tahan bila dia call b4 saya fly pagi tadi meninggalkan kesan di hati saya. Sms Abg Rahman pagi tadi "Awak tunggu saya kat KLIA, nanti saya datang ok...." erm biar btul.... dlm tk percaya Abg Rahman datang.... tunggu sampai saya boarding. sedikit senang dengan dia.... ah.......saya mungkin jauh di bawa perasaan sendiri.... perasan lak saya ni.... kalu Abg Rahman baca sini sure tergelak besar dia.... apapun terima kasih kerana luangkan masa tuk ida pagi td.

**10:49pm ; br lepas taklimat.... pg esok surat penempatan akan di agihkan dan esok akan bermula laa episod baru dalam lipatan hidup saya secara rasminya bergelar Cikgu Hida. Seawal jam 8 pagi sok akan terjawab di mana keringat saya akan di hitung samada di Bintulu, Sebauh atau Tatau....

Indahnya Laut China Selatan
dari atas.... pada mata sang camar bebas.

Sunday, January 4, 2009

I'm Leaving......

Salam....
Malam ni saya akan ke KL dengan Mahligai Express.
Esok seharian ronggeng kat KL, jejak sudut2 KL yang ada kesan kenangan.

Janji ngan Acha nak lunch sesama.... semestinya saya rela dan sedia menapak sejauh manapun demi sahabat seperti Acha. She is my beloved friend. She's everything. A shoulder bila saya perlukan kekuatan, sapu tangan saya saat airmata laju di pipi.... my advisor, and.... macam2 laa dia bleh jadi pada saya... ah.... knp lak bercerita pasal dia... :) apapun sy terlalu mnghargainya.

Niat di hati nak bersemuka dengan Abah sebelum sy pergi ke Sarawak ni... tp tk dpt di pastikan samada dia ada di KL atau tak.... (tak tepon pun lg). Sekadar ingin merungkaikan apa yang nampak nya kian kusut. Terlalu banyak yang tersimpan dan terpendam.

6hb Jan 2009 MH2742 penerbangan 1135am akan membawa saya jauh ke bumi Bintulu. Semoga apa yang akan saya terima di sana nnt adalah yang terbaik dari Allah untuk saya. Sy menerimanya dengan lapang dan sikit pun tidak tergores rasa kesal,takut atau sedih dalam diri saya. Apa yang sy rasa dan sy harapkan sejauh kepergian ini.... satu episod baru dalam hidup saya, ceritera baru dalam lembaran 2009 dan seterusnya, saya yang baru, jiwa yang baru, minda yang baru dan keindahan rasa yang baru.

Semoga perjalanan dan semua perancangan saya nanti di Rahmati Allah.

Saturday, January 3, 2009

He is my cousin..... Najwan.


Salam untuk semua. Semoga semuanya dalam kerahmatan dan 'Inayah Allah sentiasa. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.

Saya tak tahu apa saya nak kategorikan cerita kali ini.... situasi nya macam ni. Dulu, tika saya buat praktikal kat SKBTS selama 3 bulan dia adalah anak murid saya... dia antara yang nakal dan bermasalah, seringkali buat kesabaran saya ilang. Saya pernah denda dia, saya pernah cubit2 sayang kat perutnya.... saya juga pernah marahkan tingkah nya yang nakal. Dan semalam, saya mengambil kesempatan utk ke rumah nenek saya belah abah.... ini kungjungan saya kali ke dua selepas kunjungan pertama pada 2008 setelah hampir 20 tahun tidak bersua dalam erti kata satu ikatan keluarga. Tujuan saya pada kunjungan kali ni sekadar bertemu mata dan sebagai perkhabaran saya akan ke Sarawak. Hampir 30 min kami sampai, Pak Muda Nasir (adik abah) singgah dalam perjalanan balik ke KL.... apa yang saya nak ceritakan di sini anak dia adalah anak murid saya sewaktu saya praktikal kat SKBTS tidak lama dulu. Saya tidak pernah terfikir Najwan yang saya denda dulu, yang saya cubit dulu adalah adik sepupu saya. Kehendak Allah menemukan saya dan Najwan dalam dua situasi yang berbeza. Hakikatnya saya tidak pernah kenal Pak Muda Nasir ni.... setelah umur dh nak cecah 30 tahun br saya kenal dia. Ternyata saya kekok dengan pertemuan yang tidak di jangkakan itu. Nasib baik Najwan ada sebagai penyelamat kekakuan dan kebisuaan saya. Dengan gembira Najwan menjeritkan nama saya.... "eh..Cikgu Hidayah.... " darah panas mengalir ke muka. Ada genangan airmata yang sy tahan bila Najwan salam dan cium tangan saya. Saya seperti kebiasaannya, memeluk Najwan dengan satu rasa...dia anak murid saya.

Ini lah sebahagian dari ceritera kehidupan manusia dan saya adalah antara manusia yang terlalu banyak menyimpan rahsia sebalik warna indah sebuah kehidupan. Sekadar ingin membayangkan untuk semua, sewaktu zaman kanak2 saya tidak pernah mengenali kaum kerabat sebelah abah....adik2 abah, sepupu2 saya. Kalau mungkin saya ingat pun hanya wajah2 yang satu waktu dulu tidak punya nilai kemanusiaan.

Alhamdulillah RAHMAT dan ANUGERAH ALLAH swt terlalu tinggi buat saya dan keluarga. Dalam susah payah bertarung dengan gelombang hidup, tidak sedikit pun benci yang mama tanamkan dalam jiwa Abg dan adik-adik saya yang lain kepada Abah, dan kaum kerabatnya. Meskipun tidak pernah sekalipun mereka menjengah bertanyakan khabar mama, abg dan adik2. Dan saya, bila keindahan ini meresap jauh ke lubuk jiwa saya akui dendam dulu kini kian merelai jatuh satu persatu dari tangkai hati yang kotor. Kalau pun ada sedikit rasa terkilan kami pada abah. Sejauh rasa hati ini tetap terselit satu harapan yang sukar utk saya perikan ertinya.

Saya lepaskan satu beban dengan
harapan sejauh saya pergi nanti masa dan
keadaan baru yang bakal saya tempuh akan
membantu saya untuk melupakan perasaan ini.
Untuk yang mengerti, "aku minta maaf kerana terlalu
jujur memperkatakannya dan hakikatnya itu dari hati aku
lupakan serangkai SMS itu, lupa cerita malam tadi, dan jangan
sedikit pun ada kesal, atau rasa bersalah pada aku."
Rindu ini bukan lagi milik saya lagi.
Kebahagiaan itu janji Allah untuk kamu berdua... semestinya.
InsyaAllah.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************