CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, January 25, 2010

Senyum.

Salam
Susah sket skang nak menjengah kat tenet ni... bila semuanya terhad dan terkawal.... aku kena berkejar-kejaran... huhuhu.

Rasa hati yang tenang.... kadang di jenguk rasa walang.... keputusan silap? atau org nya yang salah? perjalanan ini masih panjang, byk simpang, byk juga likunya.

Aku mohon Allah tetapkan hati ni pada jalan lurus menuju keredhaanNYA yang abadi.

Monday, January 11, 2010

Redha

Salam

Kala hati merusuh walang
Jiwa tertekan pada hakikat
Rela dan terpaksa
Cuba untuk aku leraikan
Setiap kekusutan yang membelit

Redha aku pada sejalur kenyataan
Bukan dia untuk ku
Bukan aku untuk dia
Tidak kami untuk bersama
Redha aku dengan azimat

Ini bukan permainan
Akur aku dengan ceritera ini
Senyum manis ku buat penamat
Ada titis di tubir mata
Menahan sendu pada lambaian akhir

Bukan dia untuk ku.


Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************