CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 28, 2008

Cerita cuti sekolah.....

Assalamu'alaikum.....
Aku kembali mencoretkan apa yang terbit dari relung hati ni.... minggu lepas sempena cuti sekolah dan aku sebagai seorang guru begitu teruja untuk habiskan cuti kat kampung. aku sendiri macam tak percaya dengan keterujaan diri. Mungkin ada rindu yang mengamit aku untuk berada di sisinya.... sendu yang lahir menyentak aku.... dalam keadaan-keadaan ini aku perlu fikirkan tentang hati-hati mereka. terima kasih kerana besarkan aku, didik, jaga aku, bagi aku semangat, jadikan aku manusia, dan yang penting kerana memahami jiwa tandus ini. (tiba2 hati berlagu walang, melankoliknya jalan kehidupan aku satu waktu dulu) ada titis yang menuruni pipi bila aku ingatkan semua tu... huh!!! aku bukan nya nak bukak cerita sedih.... aku nak citer pasal cuti sekolah aku. ahaks....

seminggu kat kampung aku banyak habiskan masa kat umah.... kali ni hati aku jadi lembut...mungkin berkat doa2 mereka yang tak pernah putus untuk aku.... mungkin juga ada rasa paling dalam di relung hati ini yang memijak-mijak hujung rasa, seterusnya melembutkan kekerasan hati ini..... (alhamdulillah, ada sedikit tenang dalam gelora dan kesakitan bertahun yang lalu.) aku sebenarnya nak ceritakan aku g visited nenek aku. setelah sekian lama aku akhirnya jejak kaki gak kat umah tu lagi.... kalu pergi sorg2 rasanya aku pasti sesat ntah kemana2.... (pelik kan? cucu apa laa aku ni umah nenek pun tk tahu kat mana.... cerita ni panjang dan aku tk berniat nak buka kembali) kebetulan abg cuti seminggu gak.... (nak manje2 ngan wife laa konon nya....maklum laa bila PJJ nih) dia laa yg beria2 ajak aku.... ajak mama, katanya nak kenalkan wife dia kat org tua tu..huk3 dah setahun dh dia kawen. erm... aku pergi dengan tak sepenuh hati.... sbb aku tk tahu samada aku bleh tahan diri dari menangis or aku akan kalah dengan rasa yang menyesakkan ni. lembut hati dan penerimaan kali ini tidak bermakna aku dah lupakan cerita 20 thn lalu. bukan dendam yang tersorok tp mungkin satu kenangan yang begitu meninggalkan kesan sehingga calarnya aku bawa ke hari ini. Seharian kat sana, aku tk lihat dia sebagai org baru sbb dia tidak mudah utk berubah...., melihat 3 adik aku yang tercicir dan terasing jatuh airmata aku.... sedey kerana mereka ber3 tidak pernah bersalah tp kenapa perlu melalui kehidupan yang macam tu.... (aku ni ada adik lagi rupanya.... anak abah dengan wife dia....tp aku lagi tak paham knp sorg ibu, sanggup amik keputusan macam tu..... ) lebih buat aku rasa nak meraung nak aku hamburkan semuanya tp aku tk tahu siapa yg harus mendengarnya....bayang kan.... aku ni nnt akan pegang title GURU PEMULIHAN KHAS.... adik aku yang plg kecik tu belajar kat kelas pemulihan... sedeh tak? aku ni usaha laa nak pulihkan anak org, adik org lain kat sekolah tp realitinya adik aku pun tercicir. sekeras2 hati aku.... emosi tetap menjuarai. aku kalah bila kenangkan nasib mereka ber3 tu.... aku tk th nak salahkan sapa? mak dorg yang dh tinggalkan dorg ker? atau abah aku yang tak pernah nak berubah? nenek tua yang kian meniti usia? keadaan yang ada? atau apa lagi? kecamuk rasa membulatkan satu tekad.... tp aku tk pasti sejauh mana aku mampu.... semoga satu hari nnt semua akan memahami aku dan menyokong tindakan yang akan aku amik. semoga Allah mudahkan semuanya....aku dh tk mampu nak ulang sejarah dulu....aku tk nak ada lagi yg melakarkan sejarah yang serupa.... cukup dengan calar yang aku heret ini.

huh!!! cukup beremosi en3 aku kali nih....

sebenarnya ada satu lagi episod emosi yang aku nak lontarkan.... tp, biarlaa dulu... aku ni tk tido lagi ni... skang jam kat laptop ni dh 0428am 28 Ogos 2008.... aku nak rehat jap... pagi2 esok ada observation lagi.... hope esok sumernya akan ok n ikut perancangan aku....

sekian.... semoga ketemu lagi di lain pertemuan dengan cerita lain....pengisian yang tak sama, emosi yang berbeza, tp dari relung hati jiwa yang satu.... sufi idany.

Thursday, August 14, 2008

Anak anak pemulihan SKBTS

Assalamu'alaikum.....

dah lama aku nak kongsi wajah anak2 pemulihan SKBTS yang menjadi anak2 aku skang ni. huhhuu tibe2 rasa mcm dh jadi ibu.... kan besh bila ada anak pggl kita ibu, mama, mummy, bonda and apa2 je laa panggilan yang seangkatan..... jiwa kau terusik lagi.... huk3.

itu laa hakikat bila kita terlalu mengharapkan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu bila semua itu akan jadi milik kita... mcm sekarang ni aku begitu teruja untuk di panggil "Umi" tapi tak tahu laa. jeles ngat ngan Mummy Dina, Kak B, Myla, Dyana, and kwn2 lain yang dh pun lengkap hidup sebagai perempuan.

apapun aku gembira dengan anak2 pemulihan ni. walau kadang2 perangai mereka menguji kesabaran aku. semoga Allah tetapkan hati aku untuk terus bertahan dan bagi anak2 ini harapan untuk mereka belajar mengenal ABC, sehingga satu hari nnt mereka punyai peluang dan masa depan seperti anak2 lain yang dh kedepan jauh selangkah dari mereka ni.

erm.... just enjoy the picts.... ini lah wajah2 mereka..... Hidayah, Izatt, Danial, Akmal, Fadhlina, Nur Azlina, Syukri, Ahmad, Aidil, Sukri, Najwan, Syahid & Haziq.

Lego Abjad yang dah mereka siap kan.

Beraksi dan berposing lepas dh berhempas pulas siapkan Puzzle ABC

Ralitnya mereka nak siapkan Lego Kucing tu.

Dah siap cikgu ....!

Kata Hati Aku Yg Tidak Menipu

Salam... selamat pagi, selamat siang, selamat semuanya. Pernah kah anda dengar pada kata hati anda, naluri atau apa yang terbit dari hati kita? tk kira laa tentang apa pun saja.... tp ianya terbit dr hati kita pada saat mungkin kita berkira kira ttg sesuatu. Percaya tak pada kata hati kita, naluri kita sendiri? atau perlu ke kita percayakannya? sebelum ni aku selalu percaya apa yg terbit dari naluri aku itu lah yang paling dekat dengan hati kita. tapi hari ini tanpa ada apa2 paksaan aku pun tk tahu kenapa aku bleh abaikan apa yang aku duk rasa n fikir2 kan....huhuhu.... hari ni hari yang akan aku ingat sepanjang tempoh ber'praktikal' ni.

ceritanya : dari malam semalam lagi aku dh rasa dan duk pk2 kan benda ni...tp aku mcm buat derk jer.... aku ikut je raja malas dalam diri aku ni. pg tadi pun aku still duk pk2 n hati aku berkata yang pensyarah pembimbing mungkin akan datang utk observation..... tp aku terus2an buat penafian.... tup2 td tengahari..... hyundai gold milik En On Ahmad muncul dengan megah di perkarangan SKBTS buat ke sekian kalinya. huhuhu.... saat aku terpandangkan dia.... darah aku berhenti mengalir, rasanya kalu di toreh pun sure tak der darah yang akan menitis keluar..... aku mengalami debaran dan tekanan yang bukan sedikit... hampir2 aku pitam. so tiada penilaian di buat sbb aku tk buat RPH. my core business dlm kerjaya ini bleh aku abaikan.... bleh aku buat derk jer..... mandatori ni... mmg WAJIB. sebelum2 ni aku tk pernah tak wat RPH. kalu ada pun mungkin tak siap 100%....mungkin part closure aku tak buat tak pun tinggalkan part induction.... plg2 pun aku wat RPH tp tk prepare BBB.

moralnya : kena wat RPH tk kira laa apa jadi sekali pun.... kena n WAJIB buat jgn amik mudah semua ini. 2ndnya aku kena percaya pada naluri aku....even kadang2 tak betul sekurang2 nya ia membantu aku utk buat preparation.... huhuhu.

feedback org yang tahu perkara ni :
Rekha & Jeetha : jgn pk yang dh lepas.... think for esok n future.... next time prepare laa.... (Rekha tahu canner rupa aku tghari td)
Wani & Mc Ja : hahaha... padan muka....
Wan Mohd Zafis : knp tak buat? kan tu mmg kerja awak? (Aku mampu snegih tanpa kata even tahu WMZ tak nmpk pun aku tgh sengih waktu tu.... tp aku th tu salah aku)
Mazwan : hah...lain kali amik pengajaran. jangan wat mcm tu lagi... jgn amik mudah bila kt tahu sst itu penting.

pengajaran yang mengajar aku tentang perlunya persediaan tuk apa saja sekalipun kita rasa benda tu remeh.

p/s : td tgk tv lupa dah citer apa dapat sepotong ayat ** Kesusahan adalah jalan kepada kebenaran** renung2kan.



Saturday, August 9, 2008

Berwajah baru....

hi ... n salam to alls. erm...canner wajah baru blog aku ni ? any comment? di saat2 wani begitu teruja dgn template dia..... disaat dia begitu teruja utk menulis kat blogspot yang frenly ni compared ngan blogdrive dia yg dulu.... aku pun teruja dgn template yang cantik2 n menarik minat n jiwa aku...huhuhuhu.... ari tu dah change... tp tak cantik...so da 3 ari aku mencari dan terus mencari..... ari ni aku jumpa template dalam utan ni..... biar apa pun komentar org yang ptg aku rasa dekat dengan semua kehijauan itu.... mengembalikan aku pada naturalis. jiwa aku..... aku yang tentukan....btul tak? huhuhuhu....

maka ari ni..... aku abihkan masa since back from school till now.... just nak cantikkan blog ni.... hope sumer yang menjengah turut sama merasai damai yang lahir dari sudut rona rona hijau yang mendepani blog ni....

sekian....

Tuesday, August 5, 2008

~~ aku kan terus pergi~~

Sakitnya hati ini bila ditinggalkan saja,
apakah yang ku beri tiada erti cinta,
buat apa ku disini,mengharap yang takkan kembali,
sia-sia pengorbananku,
cukup kau menyalahkanku.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Mulanya diri ini mampu saja tuk bersabar,
Akhirnya semua punah, ku tak bisa tegar,
Bagai mengejar pelangi,
makin ku dekat kau jauhi,
Aku punya harga diri,
Cukup berakhir disini.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

buat apa ku disini,mengharap yang takkan kembali,
sia-sia pengorbananku,
cukup kau menyalahkanku.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Bagai mengejar pelangi,
makin ku dekat kau jauhi,
Aku punya harga diri,
Cukup berakhir disini.

(** dengar lagu ni kat slot Samarinda : Abadi Sebuah Cinta, lagu ni melankolik sket... td surfing jumpa lak liriknya... apa lagi.... cut paste la. hukhukhukhuk. tp still tk jumpa link nak dload klu tk bleh layan jiwa yang berkarat ni.... **)

Friday, August 1, 2008

sekadar bercerita......

salam sumer...sapa2 yang selalu baca entry aku la....aku pun tk tahu sapa yang selalu menjengah kat blog aku ni... apapun thanks...aku tak tahu nak tulis apa...tp rasa mcm terlalu lama tak bercerita, meluahkan rasa, berkongsi tentang sesuatu, tak story pasal apa yang terjadi lewat perjalanan aku sehari-hari.... dah sebulan aku wat praktikal kat SKBTS, secara langsung aku sebahagian dr warga SKBTS. so far sumer nya berjalan dgn baik.... last week kena observe ngan lecturer, sib baik aku prepared everything even dia mmg dtg mengejut. alhamdulillah. at least aku bleh tarik nafas lega. dia noticed kelemahan yang aku sdiri dah lama noticed ttg aku bila ngaja bbudak ni...huhuhuh.... thanks for the guide hope 1 day kelemahan n masalah ni bkn lg satu halangan besar tuk aku....

jadi cikgu ni buat aku enjoy bila ngan budak2. tak kira seteruk mana appearence mereka tp hati dah jiwa aku menerima mereka dgn terbuka. kdg2 aku begitu tersentuh dgn sesetengah anak2 aku yang parents tak pernah cares, tak pnah amik th, sumer 100% serah kat cikgu.... ati aku mudah sgt tersentuh melihat mata mereka yang bening, mengharap kan secebis perhatian. aku terfikir, bila anak2 ni buat hal, dorg buat bising dlm kelas, kacau kawan n mcm2 lagi feel dorg ni.... satu je yang melekat kat benak aku... they needs more care....more attention.... yang may be mereka tak dapat bila kat umah... most of them yang jadi anak2 aku ni dari golongan yang berpendapatan rendah.... ty mak keja apa ayah keja apa.... mcm2 keja yang aku dgr.... mcm mn anak2 ni nak membesar dgn baik, mcm mn kognitif mereka ngan berkembang dengan baik kalu keadaan, situasi yang mereka ada tidak membantu mereka ke arah itu?

bila kat sekolah, cikgu laa yang perlu 100% fokus dan bg mereka sepenuh perhatian mcm yg mereka harapkan...tp cikgu pun manusia biasa gak kan? kadang2 tak lari dari masalah, dan kdg2 kesabaran pun kian surut.... so far aku tak der laa lagi ilang sabar ngan anak2 aku kat sekolah tu.... paling2 pun aku aku rasa nak cium2 mereka sumer... huhuhuh bila ckp kan kena cium dorg malu n th laa yang aku tak suka the way they act.

mcm 2 cerita bila ngan anak2 ni.... kelas minor aku lagi laa haru..... ada ke dorg tanya aku, kenapa aku tak bwk handbag dtg sekolah? kan kalu bawak handbag cikgu nmpk lg comel la apa laa.. kenapa cikgu mcm ada misai sikit? cikgu ni comel tp knp idung cikgu besar sikit? soalan2 yang mcm ni laa yg menghiburkan aku... kadang2 aku tak tahu nak jawab apa.... anak2 ni terlalu jujur. mereka tak akan tahu utk menipu. selalunya apa yang dorg perkataan itu ada kebenarannya. bila masa bersama dorg aku bleh lupa apa yang membelenggu aku. aku lupa sekejap pada kekosongan n kesepiaan ni.... mereka cukup2 menghidupkan semangat dan jiwa aku.... kdg2 bila sorg2 aku bleh tergelak sensorg bila teringatkan telatah anak2 ni sumer....

mcm2 kan cerita..... tu tak dengar lagi cerita dari kawan2 lain.... apapun aku seronok bila bersama mereka.... tekanan datang bila aku kena perah otak n kena prepare lesson plan, kena pk nak wat aktiviti apa, kena pk canner nak attract mereka, canner nak bg anak2 ni wat kerja umah yang aku bagi.... tp tak der laa membebankan sgt...sbb tu sumer mmg wajib n nk tak nak aku tk leh lari...tu dh core business aku once i choose to be in this line....

off dah pasal aku n anak2 aku kat sekolah.....

********************************************************************************

aku rasa aku nak pilih topik kawan, sahabat dan teman. ada beza antara 3 istilah tu.... mcm2 interpretasi org bila membezakan nya. aku bukan nak ulas beza dan kelainan 3 istilah tu pd aku dan kehidupan aku. cuma aku nak highlight kt sini aku byk rely kan idup aku pada istilah tersebut.... byk yang aku rasa dengan istilah tu. aku belajar mengenal hidup ni dari istilah tu. aku kenal siapa lawan dan siapa kawan. siapa sahabat dan sapa sebenarnya teman? dalam idup ni aku tak penah rasa perhubungan yang setulus ini. siapa pun dia, aku tahu ramai yang dh boleh mengagak sbb dah banyak entry aku buat utk teman aku yang sorg ni.... aku mengaku aku byk rely on her....everythings aku menangis di bahu dia.... even aku tahu dia pun ada masalah tp.... setiap kali pun aku tetap tak mampu nak lari jauh dari dia.... ada saja yang menguatkan dan mengeratkan relation ini. paling terharu bila dia bleh share apa yang dia ada dengan aku.... perbezaan yang ada itulah kekuatan relation ini...just sorry....sbb selalu menyusahkan. hope dia boleh bersabar dgn karenah kebudak2kan aku ni...huhuhuh childish ke aku ni...tp sorg kawan bgth aku yang aku ni sebenarnya kebudak2kan.... huhuh... senang kan persepsi di buat. tk penah mengira apa yang tersirat jauh di sudut hati seorang kawan.... ntah la....

situasi..... dia akan muncul bila dia perlukan apa2 dari kita, dia akan datang bila dia rasa dia nak datang pada kita, dan dia akan contact kita hanya bila dia rasa tu waktu utk dia igt kawan2 lama dia....huh!!! janggal kedengarannya...tp hakikat mcm tu la.... setelah begitu lama menyepikan diri.... tiba hp aku bertalu2 menerima panggilan2 yang aku tak berniat nak pick up.... bertalu2 sms yang memaksa aku utk pertahan kan hakikatnya yang aku bukan nak buang kawan apatah lagi dia yang satu ketika dulu pernah berkongsi airmata bersama.... tp hakikatnya manusia mudah lupa bila diri di gelangi kebahagiaan, bila idup serasa begitu sempurna.... manusia2 mcm aku ni tidak lagi bermakna dan mungkin tak perlu utk di ingati.... nasib baik mummy dina tak mcm tu.... kalu tak aku mmg tak der kawan....huhuhuhuhu....

aku pun tak pasti ikhlas ke nnt dia nak dtg cheras ni jumpa aku....? hakikatnya aku th she needs something dari aku kalu tak tak der nye dia nak bersusah payah dtg cari aku.... beria2 lak aku tgk..... aku pun tak th ikhlas ke aku nak tolong ni.....? apapun i wish the best for her.... idup dah hampir sempurna.... semoga dia terus bahagia....

for mummy dina...thanks for being such a gud frens tuk aku.... thanks giving this kind of friendship. pray for your happiness always.... sorry sbb kdg2 aku buat ko sedey.... n bebankan ko dgn mslh2 aku..... apa pun aku berdoa smoga Allah panjang kan hubungan kita ..... semoga bila tiba detik dan masanya nnt kita akan saling berkongsi kebhagiaan yang sering kita dambakan...semoga satu ari nnt aku mmpu bercerita tentang kebahagiaan aku. dan semoga aku bleh berkongsi apa yang aku ada dengan ko mcm mana ko penah share kan dgn aku. aku tak akan lupakan org yang cukup memberi kesan dalam idup aku.... aku doa semoga Allah mendengar segala rintihan ko, semoga Allah permudahkan semua urusan ko.... dan semoga Allah kekalkan kebahagiaan ko sekeluarga..... amin...

**********************************************************************************

EVERYTHINGS HAPPENDS FOR A REASON, WE HAVE TO WAIT FOR THE WHY?

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************