CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, April 24, 2009

Boleh ke?

Boleh ke kalu saya offkan aktiviti saya berblogging nih?




Penat berlari, lelahnya menyelinap jauh
ke urat halus di hati rapuh.

Friday, April 17, 2009

Lurah paling dalam dan puncak tertinggi.

Salam untuk semua penjejak setia.
Mood untuk menulis sedikit terganggu. Entah apa yang mengacau kotak fikiran ini. Apapun semoga semuanya seiring dengan kehendak hati, realiti yang tercatat juga garapan Takdir yang pelik tapi punya sebabnya.

Sentuhan rasa yang ada sekarang mengisi sedikit ruang-ruang kosong yang ada. Terima kasih kerana dia masih ada untuk saya....mungkin hanya seketika, mungkin hanya sewaktu berada, mungkin berpanjangan dan mungkin juga selamanya....? saya tidak mahu untuk memikirkan sebarang kemungkinannya.

"Jika kita tidak pernah turun ke lurah yang paling dalam kita tdak akan tahu untuk menghargai puncak tertinggi".

~titik bersama rasa~

Monday, April 13, 2009

Permainan Takdir

Kita punya jalan yang harus di ikuti
Kita ada landasan yang perlu di telusuri
Mungkin jalan itu berliku
Mungkin landasan itu rapuh
Mungkin juga jalan itu menyakitkan
Mungkin juga landasan itu menjerat langkah

Namun yang berliku pasti akan lurus
Yang rapuh pasti kuat di akhirnya
Yang sakit akan menyembuhkan
Yang terjerat mungkin terus di ikat

Itu lah permainan takdir
Pelik dengan aturan tersendiri
Dalam diam caturan takdir bersebab
Dalam samar ada sesuatu yang baik untuk kita
Permainannya pada acuan realiti
Pada ketentuan yang hakiki
Dengan kefahaman insani
Untuk tegar menerima.

Takdir ini kadang buat kita lemah
Kadang menuntut derai airmata
Kadang menguji hati yang kian letih
Kadang buat kita senyum kelegaan
Kadang membiaskan kata dengan sejuta maksud
Kadang bisa buat hati tersenyum dalam kebisuan

Sejauh perjalanan ini
Kita terikat pada permainan dan ketentuannya

Takdir kita tidak sama
Takdir kita tidak serupa
Jangan salahkan takdir
Jika langkah bersilang duka
Jika luka silih berganti
Jika rindu tiada pemiliknya
Jika sepi dan sunyi merajai ruang

Jangan salahkan permainan takdir ini
Kerana caturannya dengan sebab


yang terlakar saat hati mempersoalkan
kenapa dan mengapa takdir sebegini

Sunday, April 12, 2009

Selamat Ulang Tahun Si Camar Putih

idup jauh dr teman...
sekadar berbekalkan teknologi...
perasaan yg terluah kabur...
tapi jauh di sudut hati...
sahabat tetap akan menjadi sahabat...
walau jauh,
dalam kabur bicara,
maksud tetap jelas

**jiwa ko tuh ada dlm ati aku**

Saya rasa bertuah bila Allah temukan saya dengan insan ini. Untuk kesekian kali nya saya lakarkan kata-kata, biaskan bahasa istimewa untuk insan ini. Sejauh perjalanan saya, dia kekal bertapak kukuh di hati malah ibarat terbina satu tugu yang tidak mudah goyah, tidak bisa lebur dek masa yang menguji, tidak akan terasing sekalipun jarak yang memisahkan. Tidak pernah sesekali saya jauh dari hati nya, tidak pernah juga walau sedetik nadi berdenyut dia hilang dari ingatan saya. Seindah dan Sesuci Kasih Sufi saya garapkan dengan setulus Cinta Si Camar Putih.

Titipan di atas saya abadikan dari bicara kami yang entah ke berapa ratus kali.... tarikhnya 25 March 2009.... masih baru dan biasan kata itu meresap jauh ke dalam jiwa saya. Tekaan dan telahannya seringkali tepat dan setiapkali dia boleh membaca fikiran dan hati saya dengan tetap sekali. Saya begitu kagum dengan dia kerana kadang2 saya sendiri terkeliru dalam membuat tafsiran antara bahasa hati, lakaran di jiwa dan realiti yang di hadap. Namun dia begitu mudah untuk membaca setiap butir bicara saya. Terima kasih Tuhan kerana anugerah seindah ini...dia ada kalanya mata saya bila saya buta, telinga saya bila saya pekak, mulut saya tatkala saya bisu, tangan dan kaki saya bilamana saya lumpuh di perjalanan ini.

**jiwa ko tuh ada dlm ati aku**
(serangkai kata yang ini jauh menenggelamkan saya dengan keindahan persahabatan kami, masa dan jarak tidak menjadi nanah buat saya dan dia utk saling berkongsi....ahh.... saya sayang kan dia....)

Entry ini entry teristimewa dari saya untuk dia sempena ulang tahun kelahirannya dia yang ke 28 hari ini. Semoga kehidupannya dipenuhi cahaya kegembiraan, sinar kebahagian dan semoga yang terbaik itu untuk dia, suami dan Dina.

*
*
*
*
*
*
*
*
*


Cha, sorry cake aku godek dr tenet je ni.... tp nmpk cantikkan?
sedap tk sedap aku tk tau...tapi arap2 beday cake dari Min lagi sedap
dan bermakna dari ni.... huhhuhu.
Ni ucapan selamat dari aku...
*Semoga semua impian, harapan, cita-cita ko dan yang seangkatan dengannya akan menjadi nyata, paling aku tunggu-tunggu kelahiran baby ko yang baru n Camar Putih tercatit sebagai novelis Alaf21 seperti yang di impian sekian lama.... jangan lagi di biarkan manuskrip tu lapuk dan terbiar macam tu je k.*

Saturday, April 11, 2009

Saya dan dia bersama kisah calar dan carik cerita.

Salam....
Semoga terus ampuh bersama seribu impian dan harapan yang berbunga.

Saya
Ada satu kisah yang tak pernah saya bongkarkan pada semua, even Acha, Nani, or Puteri juga tidak pernah tahu dan tidak akan tahu kisah ini.... tp saya kongsikan kisah ini dengan dia orang yang saya kenal hanya sebulan yang lepas.... bengongkan saya? selalunya itulah unggapan yang tepat untuk saya bila setiapkali mengambil tindakan-tindakan yang agak nyata sedikit erti kebodohannya. Apa ayat dia jampikan untuk saya ni? Lancar je lidah saya membaitkan kata. Tersusun indah dari satu episod ke episod dan bab seterusnya hinggalah pengakhiran kisah itu. Yang menarik tidak setitis pun airmata saya menitis kerana kisah calar itu. Tidak sekalipun saya berhenti melainkan pada titik terakhir perceritaan saya. Sungguh kagum saya, kerana selalunya bila saya kenangkan kembali kisah yang calar itu, pasti akhirnya airmata, sedu sedan dan lena saya bersamanya. Bagaimana saya boleh menjadi salah satu watak kepada perkisahan itu? Kenapa saya yang membawa watak malang dalam kisah itu? Menyesalkah saya? Dan hakikatnya itu adalah antara tulah-tulah kesilapan, bilah-bilah dosa yang saya dambakan keampunan Yang ESA.

Derita rasa makin menyengat dan saya fikir mungkin ini adalah episod pembalasan untuk saya lebih belajar dan kenal erti kehidupan yang sebenar-sebenarnya. Apapun kisahnya saya benar-benar mencari erti padanya.....persoalan kenapa dan mengapa wujud seiring dengan kesinambungan episod-episod yang tercalar.

Dia
Hanya manusia biasa seperti saya. Tidak ampuh. Lemah. Serba kurang dan saya melihat dia dari sisi saya manusia yang lebih banyak kelemahan dan kekurangan berbanding dia. Tidak sekali pun dia mencelah saat saya aturkan kata, susun bicara pada satu kesinambungan yang berterusan sehingga tamat kisah dan dalam hela nafas..... "D, itu lah diri E yang D nak kenal".

Tenang dia sambut kata saya "Siapapun E, apapun kisahnya, E tetap istimewa dan D tak akan sesekali menafikannya" Saya diam.....bisu hingga dia aturkan ayat seterusnya. Cerita dan kisah berganti. Saya pula yang diam memberi laluan untuk cerita dia bersambung dari siri pertama hingga tamat episod di garap. Tenang juga biacaranya.

Carik cerita dia sama seperti calarnya kisah saya. Dan saya akui bersama kisah calar dan carik cerita itulah kami mengenal erti yang sukar untuk di ungkapkan. Saya mencari seseorang seperti dia untuk di dekati, untuk saya dampingi, untuk saya kongsi dan habiskan ruang masa bersama. Usai Subuh awal pagi tadi....saya garap satu pengharapan... semoga Allah mendengar, semoga ada bahasa yang faham bila ada hati yang tiba-tiba senyum dalam kebisuan.

~titik~

Nota 1 : Cha, aku pernah nak ceritakan kisah ni b4 ko nikah dulu, tp aku tidak di anugerahkan kekuatan utk bercerita. ketakutan aku mengatasi segalanya.

Nota 2 : Nani, aku juga pernah membait kata untuk kongsikan sekali pun hanya hati yang membisik, tp aku tidak di beri keyakinan untuk menuturkannya. Kegusaran aku atasi semuanya itu.

Nota 3 : Dia, honestly saya sukakan dia.... saya rasa selamat dengan dia, saya rasa tenang dengan dia, saya sukakan cara dia layan saya, ada rindu untuk dia. Ada senyum pada hati yang bisu ini. Dia tak ubah macam Crustacea saya yang dulu..... saya jumpa orang yang boleh melarik bahasa selari dengan detik di hati bisu saya.


Thursday, April 9, 2009

Apa yang anda paling TAKUT?

Salam to all....

APA YANG ANDA PALING TAKUT?


Nota : Saya perlukan pendapat anda semua.
Saya mencari idea untuk satu perk0ngsian.
Saya menilai dari mata saya menerusi ilmu dan pendapat semua.



Cuba mengungkap rasa
menyelongkar setiap ceruk dan ruang
selerakkan susunan semalam
carikkan harapan dulu
impian terbias dari hati yang dingin
sunyi dan sepi aku telan
menjadi penawar pada kesakitan
yang tiada calar

Tuesday, April 7, 2009

Kesilapan....kenapa harus berulang?

Salam untuk semua....
Terima kasih kerana tiada jemu berkunjung ke laman hati saya yang serba kurang ini. Apapun berlaku saya tetap memilih untuk terus menulis segala biasan kata dari hati saya tanpa perlu saya pedulikan apa tohmah orang pada saya. Tanpa perlu saya fikirkan apa orang fikirkan tentang saya. Tanpa perlu saya serabutkan minda untuk mengikut apa jua cara orang. Sering saya tegaskan pada hati yang rapuh ini, usah pedulikan apa orang perkatakan sedang kita tidak pernah mengganggu gugat kehidupan mereka. Usah fikirkan apa kata mereka kerana kita punya persepsi yang berbeza tentang kehidupan. Masing-masing punya interpritasi tersendiri tentang pengalaman.

Entry saya kali ini menyentuh tentang kesilapan. Saya percaya ramai antara kita tidak lepas lari dari melakukan kesilapan. Ada yang di kesali, ada yang terkesan di hati, ada yang berlalu tanpa rasa, ada juga yang meninggalkan kesan bebat yang nyata, ada yang mengundang tangis insaf. Apapun bentuknya manusia tidak pernah sunyi dari kesilapan. Rasa pernah saya bicara tentang kesilapan dlm entry sebelum2 ini.

Kali ini saya ingin mengupas tentang "KESILAPAN SAMA YANG BERULANG". Kita sebenarnya mudah lalai, sering kali leka dan tidak ramai yang mengambil iktibar dari kesilapan pertama, tidak ramai yang menilai kesilapan itu sebagai pengalaman yang mengajar kita untuk lebih berhati-hati, pengalaman yang akan mengingatkan kita untuk tidak ulangi kesilapan itu lagi.... tapi seperti yang saya ungkapkan ada kesilapan yang tidak meninggalkan kesan, jadi kemungkinan untuk kesilapan itu berlaku besar. Tapi saya terfikir, ada juga kesilapan yang mengundang tangis kesal, kesilapan yang tiada lagi kata maaf untuk diri, tapi turut berulang untuk kali ke dua, ke tiga dan mungkin seterusnya.... kenapa ya?

Kenapa harus berlakunya pengulangan kepada kesilapan-kesilapan itu? Bukankah hati pernah menyesalinya? Tidakkah pernah jiwa merana kerana kesilapan itu? Bukankah pernah merah mata menangis kekesalan? Kenapa mudah lupa pada kesan yang masih jelas bebatnya. Masih ngilu lagi sakit dan peritnya.

Mungkin ada yang akan berkata normal la "human being", manusia biasa. Dan saya juga bukan manusia luar biasa untuk tidak melakukan kesilapan. Hati saya juga tidak kental, juga tidak kalis untuk tidak menangis pada kesilapan yang sama.

........ titik .......

**melankolik rasa pada sebuah kesilapan**

Saya hanya manusia biasa
terbias kata dari hati

menilik diri pada cerminan realiti
titis jernih tidak pernah kenal erti kering
setia bertandang kala hati sebu dan sebak
Saya masih lagi manusia biasa

kesilapan sering mengusik ruang
membilang dan menghitung

tulah-tulah kesilapan dulu

mengira-ngira kesal yang berbunga

ada kala ibarat lalang

mengikut saja puput sang angin bertiup
Saya tetap manusia biasa

punya rencah rasa yang berjuta
bersarang, mengikat
menjerat dan terjerat
kelat rasa, pahit mengundang
sakit di kesan, merah mengalir

ria tawa terselit dalam tangis dan lara

kerana
Saya manusia biasa.

Penawar untuk B.....

walaupun riuh kiri dan kanan
jauh di sudut hati sunyi mencengkam
ada rindu yang tak dapat dihuraikan

ada kesunyian yang padu

ada sesuatu yang lebih dari itu

**kata ini dari seorang kawan yang semakin hari makin kukuh dalam hati saya. Dengan kekalutan yang dia hadapi, saya hanya mampu mengirimkan doa semoga dia sejahtera dan baik2 sahaja.... semoga kesihatan dia makin pulih dan semoga tidak ada yang buruk akan berlaku pada dia. Dengan sedikit ujian ini saya berdoa semoga dia terus ampuh, semoga ada sisa ketabahan untuk dia, semoga dia tenang dan di berikan segala kekuatan oleh NYA. Semoga persahabatan ini tidak teruji dek jarak dan masa yang membentangi jalan kehidupan kami...**

B, i doakan semoga u sihat selalu. B, saat u perlukan bahu untuk bersandar, u tahu i akan sentiasa ada untuk u. B, di kala u perlukan teman untuk menemani sunyi dan sepi malam-malam u, u tahukan i tak pernah menyisih dari u, dan B, bila-bila saja u rindukan i, itu juga ketikanya i rindukan u. Sering berimpian untuk bersama u, bercerita dengan u, dengar cerita-cerita u, dengar keluh kesah u, sediakan bahu saat u perlu bahu, biarkan suam tangan u dalam genggaman i, ulangi keindahan menonton wayang bersama u, ulangi saat i lena dalam bas di perjalanan kita ke Times Square. B, dengarkan jerit hati i.... sejauh perjalanan ini i rindukan u.

Monday, April 6, 2009

Saya dan pelangi yang hilang.


Semalam saya terpandangkan pelangi
Antara rintik hujan
juga simbah sinar mentari petang
Jalurnya indah....
Dari merah jingga
membawa ke biru dan ungu
Tersusun dengan garapan terindah
Ciptaan DIA

Terpegun dan terpesona dengan keindahannya
Menenggelamkan saya bersama khayalan
Pada satu sudut tangga di ruangan belakang
saya menilai dan meneliti
setiap jalur-jalur keindahan pelangi
dari satu jalur saya rentas jalur berikutnya

Tanpa kerdipan, mata terus menatap pelangi
dengan harapan keindahannya
kekal terus bersama saya
namun saya silap.....
jalur nan indah itu
mula menipis warnanya
kian menghilang dari pandangan
Cantik yang tadi makin kabur
Akhirnya...
awan putih mendepani mata

Hilang sudah pelangi saya
Hilang kini keindahan rasanya
Hilang bersama khayalan yang belum sudah
Bersama kenangan
Suka atau duka ianya tetap yang terindah
Ada rindu yang di tinggalkan

Pelangi....
Sekalipun seketika hadirnya
Namun kehadirannya pernah membiaskan
warna-warna indah dalam hidup saya

Hakikatnya....
Rindu saya untuk terus memiliki
jalur dan susun pelangi yang indah.


Saya kehilangan pelangi saya
saya rindukan pelangi saya
ada ganti untuk pelangi saya?

Saturday, April 4, 2009

Gajah dan Katak, mana lagi cantik?

Salam semuanya....
Semoga jejak-jejak kelmarin menyisipkan azimat berharga untuk di teladani. Semoga sinar mentari hari ni bisa membenamkan kelam dan suram hari-hari semalam. Semoga pelangi petang semalam tidak mengundang duka meskipun hadirnya cuma seketika.... namun ia tetap memberikan jalur keindahan pada hari yang penuh kalut.

Semakin hari saya di sini, semakin saya betah melangkah, semakin berani, semakin saya dapat biasakan dengan situasi dan keadaan. Bila di hitung hampir 3 bulan di SK Sungai Sengian ini, kasih saya, sayang saya kian menebal, terukir tekad untuk kukuhkan tapak di bidang ini. Profession Keguruan ini bukan pilihan pertama saya, ia mungkin sudah menjadi pilihan ke 13 mungkin juga ke 20 tp hari ini setelah saya amik risiko, bagi peluang, ruang dan masa untuk diri sendiri, saya akui saya mula cintakan profession ini. Dan bila ada org serba salah untuk memilih saya sering katakan "kita tidak tahu kemampuan dan kebolehan kita selagi tidak kita amik risiko untuk berada dalam keadaan dan situasi tersebut" (Setujukah anda dengan saya?)

Entry kali ni ber"title" Gajah dan Katak, mana lagi cantik? erm... jom layan gambar di bawah dulu ek....
jeng.......jeng....jeng....
***
**
*
Kemahiran yang saya ajar adalah Perkataan KVKVK, fokus pembelajaran saya hari itu adalah nama-nama binatang dengan ejaan KVKVK seperti dalam gambar di atas.... dan saya bukanlah seorang guru yang pandai melukis.... selalu saya printout, liminate dan jadilah BBM saya... Kali ini saya nak cuba skill saya melukis, bila saya lukis anak2 saya akan meneka.... ada yang tepat, ada yang sipi2 dan ada yang langsung tidak kena.... :D. Jangan gelak ek ngan lukisan saya itu.... saya sendiri nak pecah perut tahan gelak... hiihhii... ok. Gajah tu saya yang lukis.... Katak tu lak Roffiee yang lukiskan. So, pilih laa ek.... Gajah saya atau Katak Roffiee yang lagi cantik.... :D

dan inilah antara wajah kesayangan hamba hari ini
tiga2 anak Penan. selalu datang sekolah pagi2 tk pernah mandi.
huhuhu... apapun Cikgu sayang kamu semua.

dalam hati ada rindu,
ada resah,
ada pilu,
ada sedih,
balam2 kian hilang namun
semua rasa menyesakkan dada.

**B, i tahu u selalu baca laman hati i ni, i doakan semoga u sihat2 selalu, tak nak u fikir yang bukan2 k.... tk nak u sedih sgt, i faham situasi u skang.... i rindu nak dgr ketawa n gelak riang u b.... u tahu kan b, i akan sentiasa ada untuk u... promise!!**

Thursday, April 2, 2009

Ish...tenet ni .... (Penat yang berbaloi)

Salam sumer.... huhuhhu rindu saya tak? Tenet sekolah ni agak kebiolan sedikit. Begitu menguji ketahanan saya.... tiba2 rasa nak survey broadband je... tp mcm tak sure lak ada coverage tak kat utan Sg. Sengian ini..... any idea?

Minggu lepas minggu yang menyibukkan utk saya dan rakan2 SK Sg. Sengian.... Pagi Sabtu kami ada mesyuarat PIBG....pembubaran AJK PIBG lama dan penubuhan AJK baru, saya di pilih sebagai Naib Setiausaha, (Cikgu Alex cadangkan saya sbg setiausaha utk gantikan dia...tp tidak ramai yang menyokong.... huhuhu sorry Alex, pak cik2 iban ni still setia undi ko... hihihi).

Petang Sabtu tu jugak bertolak ke Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Sebauh (PPDK Sebauh) untuk menyertai Karnival Sukan dan Permainan Peringkat Zon Sebauh. 7 orang guru mengiringi 13 orang murid dan saya juga tersenarai sebagai guru pengiring. Pelikkan ramai nye guru pengiring.... kebetulan Sk Sg. Sengian di pilih dan di undi untuk mengelolakan pertandingan Scrabble. Jadi perlukan perkhidmatan ramai guru (menurut Cikgu Alex la....dia kan Guru Ko-K).

Erm...sepanjang Karnival Sukan kami penginap di istana Asrama SK Sebauh... tidaklah sesempurna mana tapi boleh laa untuk kami betulkan belakang.... lelapkan mata...untuk 4 hari 3 malam berkampung. Apa yang boleh saya katakan inilah pengalaman pertama saya...seperti biasa...tidak mudah untuk saya lupakan.... yg pasti pengalaman pertama ini mengingatkan saya untuk lebih bersedia fizikal n mental, persediaan untuk anak2 murid juga tidak boleh di abaikan.... dan saya belajar sesuatu dari pengalaman ini.....

Kontinjen kami kecil je.... 13 orang, maklum la skolah kami ni kecil je jumlah enrolmennya.... dari 13 buah sekolah dalam PPDK Sebauh, Sk Sg. Sengian mendapat tempat ke 6 keseluruhan dengan pungutan pingat 2 emas dan 1 perak. Emas di monopoli oleh acara badminton single ppuan dan double ppuan... kekuatan kami ada pada Ivy Ivony Ak. Robert Rintong.... dia bermain dengan penuh semangat dan seolah2 punya latihan secara professional...even 3 4 ari je latihan di jalankan.... huhuhhuu pada borang penyertaan tu.... nama jurulatih yang tercatat kat situ.... Cikgu Nurulhidayah ....jgn tak tau.... hakikatnya saya pun tak pernah pegang reket badminton tu.... sekadar tercatat je la... Alex juga yang banyak masa melatih dorg.... hihihi saya lebih byk menyibuk kat Cikgu Mai tuk permainan Scrabble. Apapun.... bangga laa ngan Ivy... tidak mudah dia menyerah kalah.... pada malam penentuan ke semi final tu.... dia gtau saya... "cikgu saya ngantuk dan penat la...." alahai.... kesian lak dengar.... nasib baik semi final tu tak di teruskan mlm tu....kalu takk sure Ivy tido kat gelanggang.... :D . Perak lak untuk acara Scrabble kategori lelaki..... Beliang Ak. Ampas.... erm.... tak per Beliang rezeki emas tidak berpihak pada kita apapun Cikgu Mai sure bangga.... anak didik dia tu.... Cikgu suka tgk muka Beliang pada mlm pertandingan tu.... muka yang confident, coooool jer.... :D

Petang selasa saya balik sekolah awal, tak larat dh nak tunggu smpai ke majlis perasmian penutupan.... dengan green light dari Alex, kami2 yang vouge2 ini bertolak balik ke Sg. Sengian...tinggalkan anak2 tu dgn Cikgu Hisham n Alex..... penat tak terkira dan satu lagi yang saya tak suka...... muka saya kembali terbakar.... bila laa nak pulih balik ni.... uwwwaaaaaaaaaa....

Sorry tak upload gambar pun.... tenet ni slow sgt.... ni pun tk sure lepas ke tak sy nak publish ni.....

Saya pohon ihsan kepada semua yang bertandang..... doakan semoga Sg. Sengian di curahi hujan ek.... dah smggu tidak hujan...... air takungan kami kian menyusut dan pagi tadi saya terpaksa mandi koboi....5 botol air jer..... saya dh tak nangis skang..... tp saya mohon semoga Allah curahkan nikmat dan rahmat hujan di bumi Sg. Sengian ini....

yang berbalam kian menghilang
menitiskan salju di ruang hati
dalam pasrah aku akur kini
rindu di hati tiada pemiliknya

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************