CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Terzahir hanya di tubir mata....

Salam.

Lama tak menulis di ruangan ini. Lama sungguh aku tinggalkan medan terapi ini. Ahaks!! Ada sedikit kesal. Ada juga senyum untuk hari2 lepas yang berlalu. Hati seperti selalu nya. Rapuh untuk terus bertahan. Kadang ku kuat setegar karang, kadang ku rapuh lemah liar merana.... cukup2 terkesan di jiwa dan minda aku. Kadang aku rasa aku cukup kuat untuk mendepani hari2 yang mendatang, tp hakikatnya aku lansung tidak kuat. Kadang aku rasa aku mampu untuk terus melalui kekosongan ini sendirian, dan hakikatnya aku tidak pernah mampu untuk teruskan kekosongan ini. Mungkin benar kata seorang teman... aku sedang menanti yang tiada ke? atau aku menunggu orang yang salah? Katanya lagi.... belajar lah mengenali mehnah kehidupan. Dan aku sentiasa belajar untuk menerima hakikat. Kadang aku aku rasa terlalu rapuh.... meliar melorong diri mengikut hanya bisikan hati. Hakikatnya aku masih disini.

Bila Tuhan gerakkan aku untuk membuka buku kecil yang dah lepbih sepuluh tahun usianya...terenjak minda bila hakikatnya ada hutang besr yang belum satu pun aku lunaskan dan hari ni aku berusaha sedaya upaya aku untuk melunaskannya secepat yang boleh. Aku menyedari hakikat mungkin segala apa ujian yang Allah letakkan dihadapan aku adalah sebetulnya peringatan tentang janji dan hutang itu. Sedikit sebanyak semua itu memberi kesan pada aku.

Lingkaran kehidupan yang tidak pernah lari dari darah daging sendiri kadang menyesakkan ruang hati. Dan jujurnya semua itu hanya terzahir di tubir mata. Rasanya tiada daya untuk menuturkan walau sepotong ayat menyatakan rasa kesal dan rajuk di hati. Semoga Allah ampun kan kesalahan aku yang ini. Rajuk ini cukup meninggalkan titik hitam dalam hati aku. Hanya sedikit yang aku inginkan. Hanya kecil permintaan hati aku. Namun susahnya untuk dimengertikan.

Sesuatu yang indah itu kadang kala tidak lagi menarik dari bahasa hati aku. Semua dan segalanya zahir di tubir mata. Tenang sebentar bila merembeskannya.... :D.

Monday, April 19, 2010

Rasa yang tiada rasa

Salam

Rasa yang kian hilang
Rasa yang makin ringan
Rasa yang tiada rasa
Rasa yang tiada rencah
Rasa yang tiada warna

Tanpa rasa yang gembira
Tanpa rasa yang sedih
Tanpa rasa yang sakit
Tanpa rasa yang sihat
Rasa yang tiada nadi

Rasa yang membengkak
Rasa yang penuh nanah
Rasa yang kian membusuk
Rasa yang meloyakan jiwa
Kerana rasa itu kini sakit

Rasa kosong pelengkap sukma
Rasa penuh hilangkan rasa
Rasa yang kini tiada rasa
Rasa yang kini tiada lagi
Rasa ini dengan titik.

Monday, March 22, 2010

Antara derita dan bahagia...

Andai bahagia itu derita dengan mencintai mu, aku pilih derita.
Andai derita itu bila aku bersamamu, aku sanggup kehilangan sejuta bahagia.
Andai derita itu saat kita bersama, aku rela pinggirkan sedekad bahagia.
Andai bahagia hanya sesaat tika kita saling memiliki, biarkan aku terus derita dengan mencintai mu.

Bahagiakah aku memiliki mu dengan hadiah derita buat mereka?
Bahagiakah aku mengambil kamu dari mereka?
Bahagiakah janjinya nanti jika seluruh hati aku menanggung rasa bersalah?
Bahagiakah nantinya aku jika Irfan n Irdina bertanyakan mana Papa mereka?
Yakin aku dengan jawapan hati..... aku pilih derita kerana aku bahagia mencintai mu.
Redha untuk tidak memiliki...

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu....
Luas-luas lautan terbentang, luas lagi cinta aku pada kamu.....

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh luka....

Wednesday, February 17, 2010

Biar aku....

Salam

Biar aku terus diam
Jangan di tanya apa rajuk ku
Biar aku terus membisu
Jangan di tanya apa mahu ku

Biar aku tetap di sini
Usah di soalkan apa puncanya
Biar aku tenang begini
Usah di soalkan retak hati ku

Biar rajuk reda sendiri
Biar terpujuk rasa kecewa
Biar hati bicara sendiri
Biar tenang dari dasarnya

Usah di tanya mengapa begini
Jangan di soalkan kenapa begitu

Monday, February 8, 2010

Aku, rasa dan sakit.

Salam...

AKU RASA AKU SAKIT!!!

Monday, January 25, 2010

Senyum.

Salam
Susah sket skang nak menjengah kat tenet ni... bila semuanya terhad dan terkawal.... aku kena berkejar-kejaran... huhuhu.

Rasa hati yang tenang.... kadang di jenguk rasa walang.... keputusan silap? atau org nya yang salah? perjalanan ini masih panjang, byk simpang, byk juga likunya.

Aku mohon Allah tetapkan hati ni pada jalan lurus menuju keredhaanNYA yang abadi.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Salam

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Esk dah 1 Jan 2010. Tahun baru bermakna umur sure akan meningkat lagi. Tahun baru bererti cerita baru, kisah dan penceritaan baru.

Azam tahun ni tak aku tentukan...cuma berharap untuk sesuatu yang lebih baik. Kalu nak list.. 1st sekali aku nak kawen....... huhuhu ni yang sadis sket.. anyhow aku percaya kan janji DIA. Setiap dr kita akan ada pasangannya.... :D

Esok aku fly back to Bintulu, rezeki aku kat sana... ulang tahun pertama jadi cikgu.... harapan aku agar dapat realisasikan harapan dan impian mereka. Harap aku dapat sempurnakan tugas2, amanah dan tanggung jawab yang di berikan.

Lembaran baru, ceritera baru, apapun yang terjadi aku akan terus berjalan.

Tuesday, December 22, 2009

Tahun bakalan berganti lagi.....

Salam....
Tahun baru Hijrah 1431 baru saja melewati kita. Tahun masihi 2009 juga akan turut melabuhkan tirai. 2010 pasti menjengah tiba. Tapi aku tetap seperti aku 3 tahun lepas. Aku tetap seperti aku 5 tahun lepas. Aku masih tidak berubah. Tiada perubahan ketara yang boleh aku bangga kan. Kenapa aku jadi senaif ini..... ? Kenapa aku jadi selemah ini? Membilang kekecewaan dengan hidup. Menghitung kelukaan sendiri. Aku masih berfikiran sama seperti dulu. Sama seperti time aku frust ngan My Crustacea 5 tahun lalu. Bodoh sgt ke aku sampai tak leh nak nilai semua ini dengan rasional. Kenapa Allah uji aku dengan kekecewaan yang sama berulang kali? Kenapa setiap kali kecewa aku tk ubah diri aku jadi seseorang yang baru? Kenapa semangat setinggi gunung tapi ranap juga akhirnya. Kenapa aku tak leh jadi sekuat manusia lain? Kenapa aku terus2 begini? Menyalahkan diri sendiri untuk setiap apa yang berlaku? Tak tahu berapa ratus kali aku laungkan kata semangat untuk diri sendiri. Entah berapa ratus kali aku korek dan godek keyakinan dari dalam diri untuk aku terus ampuh di sini....dengan derita rasa yang begini? Sampai bila aku nak hitung semuanya ini? Sampai bila aku nak rasa kosong macam ni? Rasa rendah diri? Rasa kekurangan diri? kenapa aku nak rasa semua itu? Mana keyakinan aku? Mana kekuatan yang ada? Persoalan diri yang tak pernah hilang.

Friday, December 18, 2009

Hijrah Diri

Hijrah diri mencari erti
Hijrah diri mencari makna
Hijrah diri menilai rasa
Hijrah diri pengubat jiwa

Mencari pelangi kasih
Yang indah
Mencari landasan cinta
Yang kukuh
Mencari sesuatu
Yang bermakna

Hijrah ini membebat rasa
Hijrah ini membalut luka
Hijrah ini menenangkan jiwa
Hijrah ini tanda perjuangan hati
yang kalut

Kalah atau menang
aku hanya perlukan
pembebasan rasa yang sakit ini......
Hijrahlah diri!!!!!

Salam Maal Hijrah 1431.

Wednesday, December 16, 2009

Istilah Cinta Tanpa Rasa

Istilah Cinta Tanpa Rasa
Hati tawar, jiwa kosong
Mati mungkin penyudahnya
Tapi aku masih ada sisa iman
Untuk menafikan desakan hati
Untuk mengatur akal pada paksinya

Istilah Cinta Tanpa Rasa
Keliru dan celaru
Antara kata cinta dan tanggungjawab
Antara kasih sayang dan amanah
Kalau mungkin aku mungkir
Biar berbaloi dengan pengorbanan
Biar terzahir segala janji
Biar bahagia nyata di mata jiwa

Istilah Cinta Tanpa Rasa
Nafsu mungkin landasannya
Alunan mesra membujuk rasa
Membuai rasa
Melalaikan hati
Hingga di penjuru kasih
Manusia itu jadi begitu kejam
Membunuh rasa yang tak berdosa
Menjadi sebab kepada kemusnahan
Episod hidup hamba Allah

Dan akulah manusia itu
Yang terpersona dengan
Istilah Cinta itu
Yang terkesima dengan lambakan
Kasih sayang itu

Aku terikat? Aku diikat?
Atau aku sendiri yang mengikat?
Kenapa langkah tak mampu di atur
Lari dan minggir sejauh yang boleh
Kenapa terlalu rapuh
Sedang hakikat sudah lama di hitung
Pada sejarah dan cerita lalu

Istilah Cinta Tanpa Rasa
Sesungguhnya ia hadir tanpa rasa
Sesungguhnya ia hanya pengisian kosong
untuk jiwa yang sakit ini.

Monday, November 23, 2009

Tentang dia....tanpa rasa murahnya cinta.


Pada sudut terasing ini terperuk sekeping hati
menjeruk rasa pada sebuah kisah
memendam pilu pada jiwa yang mati
meniti hari dengan langkah yang tidak sempurna

Pada lirik matanya terisi sendu yang bukan sedikit
pada lakaran senyumnya ada calar di hati
ada rahsia yang meruntun sanubari
ada kisah lama yang sakit
ada cerita satu episod kehidupan

Dia hari ini tersungkur dan terus tersungkur
bukan simpati yang di raih
bukan simpati yang di dambanya
hanya melepas remuk di dada
sekadar merembeskan nanah
kelukaan yang tercarik

Tahu diri bukan sekuat mana
tahu diri tidak seampuh mana
tahu diri ibarat hilang daya
tahu diri bagai layang-layang terputus tali
hilang arah dan punca

Jangan lagi di gadai harga yang ada
biar terus tidak di cinta
biar terus tidak di miliki
biar diri tidak di punyai
asal nadi terdenyut
dengan bangga tanpa rasa
murahnya harga cinta.

Friday, November 13, 2009

Mungkin sesuatu tu datang dengan alasan?

Salam

I br je balik camping Kem 1 Malaysia Peringkat Daerah Sebauh..... i jadi JU... huhhu penat mmg tak hengat dunia laa..... nasib laa i ni jenis kental sket n bila dh jadi cikgu n dah mcm2 xtvt yang i join dgn rela or "saya yg menurut perintah".... i jadi dh terbiasa. otak pun dah setting kalu tido kul 9mlm tu bukan camping laa namanya... tmbahan lak i ni dr golongan JU bukan guru pengiring yang nak mintak surat br nak buat kerja.... hahaha sib bek dorg tak tahu kewujudan blog i ni.... mun tak sure jadi bahan gossip lagi kan? .... tak tahu apa yang i nak citer kan sebenarnya.... terkejut ngan satu biter pasal one of my favorite blogger ni... apapun i tak nk bg komen apa2..... mungkin ada alasan kenapa perlu jadi mcm tu.

nak citer pasal camping ke? kang citer gmbr tk upload tak besh lak..... camera tk bwk td.... i ada kat CC ni... dh lama tk lepak CC, ari ni GB bg i CRK so i tak balik skol lagi la ni.... lepas camping smlm tdo bintulu jak.... mlm td tido mmg tk hengat nya tido la.... i ada invite atroman tuk dinner mlm ni.... hope atroman selamat smpai ptg ni.... huhuhu.

erm u all nak th tak word paling hangat sepanjang camping ri tu? "tak professional lansung" "buta ke" "stupid" dan "jgn bagi alasan, org bodoh je bagi alasan" hahaha nak tau tak sapa yang kuarkan all the statement yang mmg tak sedar diri tu..... DC41..... hahahah interview pun blum bleh smpai ati ckp mcm tu.... mcm ko sorg je ada kt kem tu ..... sedih i bila tingat balik ada manusia yang begitu bangga dengan gred DC41 yang di pakai itu...... kalu takat br setahun ko jadi cikgu ko nak tunjuk lagak mcm tu say sorry la.... aku ni ni pun DC41 jgk .... cuba ko duk kat tmpt kami yg JU ni.... penat badan, otak.... tk der plak sampai ati nak kuarkan word2 yang bleh membunuh itu.... plg best Pegawai PPD pun tahu kesah ni..... hahahaah tak professional laa konon kena beratur amik mknan ngan budak2 sbb ko DC41 bkn S11.... kecik ati org S11 tau.... hahaha ada gk JU pun DG29, DG32 je.... kalu ko bleh hitung brpa byk hati yang terluka ngan statement ko mlm tu, n berapa byk kebencian utk ko since mlm pertama itu..... sure ko tak kan kuarkan lagi word2 seterusnya itu..... i jadi hangin la dgn org yang mcm ni.... siyusly. manusia yang hati kering..... hati batu.... muka tembok.... lepas ko sembur sumer word2 itu ada ati lak nak sengeh2 ngan kami.... sorry k.... byg ko pun aku tk hengin nk tgk. erm mungkin ada alasan kan knp DC41 yg sorg tu jd mcm tu.... i sikit pun tk bgga dgn gred tu sbb i masih terlalu kosong.... byk benda yg perlu i isi b4 i bleh bbangga dgn gred itu.... tp i tetap bangga jd cikgu ni..... there is something yang indah utk i ingat.

erm.... i fell much better now.... tp i akui i masih tk leh erase sepenuhnya igtan i pada dia.... hati i rapuh sket la.... tp i bangga dengan rasa yang ada ni.... bertuah di uji..... bersyukur kerana i masih ada hati n perasaan.....

erm.... 1 more story.... remember my baby Fatil..... ha'ah..... dia ada kt kg skang dh smggu lebih dia kat kg... tggu mummy dia ni balik.... siyusly tk sabar i nak jumpa dia... nak jadi mummy dia lagi.... skolah smggu je lagi.... then dh mula cuti pjg.... i kena btugas mggu ptama cuti tu.... jdnya i balik 25hb nov.... Fatil.... tgu mummy k..... mmuah....

ok guys... i got to go..... dh 3 4 jam tenggek kat cc ni..... see ya...... nnt i upload pices time camping ri tu n pices Fatil sama.... hahahaha.....

~titik dgn rasa rindu~

Tuesday, November 3, 2009

...

Aku renung setiap bilah kisah

Dari episod cinta naïf

Aku nilai dari pandangan kasar

Aku hitung juga dari bahasa hati

Aku pertimbangkan setiap patah

Kata azimat mereka yang prihatin

Aku akui....

Naifnya aku dalam mengenal erti

Kata sebuah cinta

Adakala nafsu menunjangkan rasa

Ada ketika gelora hati meruntun di jiwa

Ada saatnya hati berdetik kata walang

Hingga tergadai lagi harga dan nilai

Cinta yang naif

Aku terhumban dan terasing

Di sudut kendiri

Terperosok, berwalang

Rawan hati pada sebuah ceritera

Cerita cinta yang naif

Silap menilai

Salah menghitung

Rapuh pertimbangan

Terlupa dengan alasan

Terbias kata kesal

Tunjangkan kesalahan pada diri sendiri

Aku kumpul kekuatan untuk terus berjalan

Biar dalam rawan hati

Biar penuh kesal di jiwa

Biar aku terus berjalan

Biar cinta yang naif itu terus terkubur

Sekalipun tidak bernisan

Aku larikkan segaris doa dan harapan

Untuk hati terus mengenal erti kata yang sebenar

Aku titipkan seraut doa dan harapan

Untuk terus berjalan

Ini noktah aku yang terakhir.

Tuesday, October 27, 2009

Untuk sekian kalinya....

Salam untuk semua.

Kadang-kadang kita lupa dan sering meminggirkan sesuatu yang kita fikirkan tidak bermakna atau mungkin pada hemat kita ianya tidak memberikan kesan untuk kita dan kehidupan kita seterusnya. Saya kecewa kadang melihat dan memerhati gelagat segelintir manusia yang alpa, lalai dan mungkin sengaja melupakan kata dan janji yang pernah di ucapkan. Saya akui tidak pernah ada walau sebaris janji yang di lafazkan untuk saya... namun silapkah saya bila saya menilai dari tindakan dia, baris-baris sms dia yang memenuhi inbox hp saya, kata-kata pujukan saat dia meminta saya untuk bersabar, permintaan dia untuk tempoh bertenang, permintaan dia untuk berfikir.... ? atau saya yang silap menghitung setiap permintaan itu kerana mungkin itu hanya helah dan alasan untuk dia lepaskan diri dari saya? atau selama ini saya terlalu mendesak dia? atau mungkin selama ini saya cukup menyesakkan hatinya? makin banyak persoalan yang berkembang dalam kotak minda ini, makin saya rasa tiada ruang untuk saya lagi. sekalipun saya terus menghitung kesabaran, mengira2 masa yang telah terbuang, pertimbangan saya yang bukan sedikit..... rupa-rupanya ini mmg bahagian utk saya. saya harus redha menerimanya. tidak perlu lagi saya perhitungkan tentang persoalan hati ini lagi.... jawapan nya sudah di muktamadkan.... dia mungkin lega kini. dia tidak perlukan waktu lg utk dia fikirkan tentang hubungan ini jika hakikatnya dia tidak pernah fikirkannya. berkali sy cuba terangkan..... cuba yakin kan..... semuanya mungkin tidak berbekas di hati dia. dulu saya begitu menghargai komunikasi yang ada antara kami... kami berbicara ttg apa sahaja..... kini semuanya tinggal kenangan. saya masih terkenangkan lagu yang dia alunkan untuk saya. masih juga saya teringatkan cermin yang dia hasilkan dari kerja tangannya sendiri untuk saya..... walau simple buatannya.... tapi buat saya tersentuh bila melihatnya. saya harus lepaskan diri saya dr semua rasa ini. saya perlu terus aturkan langkah saya.... di mana penamatnya nanti saya akur dan saya sepatutnya tidak perlu menangis untuk perpisahan ini. selama ini saya ikhlaskan diri saya. Saya tahu apa sebenarnya yang menghalang dia untuk yakin dengan diri saya. Mungkin ini kesilapan saya bila memilih untuk berterus terang. Rupanya tidak bagus jika kita terlalu jadi org yang jujur. Terlalu berterus terang tidak menjanjikan kemenangan itu berpihak pada kita. Saya lepaskan semua bebanan rasa ini. Saya perlu lupakan impian kosong itu. Saya perlu bebaskan diri dari perhubungan yang tiada rasa dan tidak punya walau selorek harapan pun. Keselesaan dulu mungkin kini duri yang merobek hati saya jadi kepingan kecil. Saya harap saya mampu telan kekecewaan kali ini mcm mana saya telan kekecewaan sebelumnya.

~Dan kini.... inilah penamatnya Saya & Dia~

~Titik ini dengan rasa~

Kita sering dibatasi reality & fantasi,

saat cinta bersemi, bersama kita berilusi,

disitulah kita mengenal ertinya budi,

kasih sayang dan peribadi.

Pada detik yang ngeri,

yang tak pernah termimpi,

ku dibaluti sepi,

saat itu kenangan membara lagi

meracuni hati yang keterlanjuran ….

Monday, October 5, 2009

Berapa harga sebuah kebahagiaan?

Salam.....

Actly since rya ari tu....aku rasa sangat2 terasing.... even aku cuba untuk menonjolkan diri masih juga aku tersisih. tidakkah mereka perasan dengan perubahan aku? tidak kah mereka terkesan dengan kewujudan aku? beku hati semakin mengeras.... kebahagiaan yang cuba untuk di raih semakin menghilang. riak wajah mereka langsung tidak menampakkan kebimbingan.... tidakkan mereka terfikir akan diri aku ni.... tidak kah mereka ingin bertanyakan aku tentang apa sahaja....? kenapa terus buat aku rasa mcm ni? mahal sgt ke hrga kebahagian untuk manusia seperti aku? harus bagaimana lagi untuk aku lakukan? apa lagi yang perlu aku hitung? berapa RM yang perlu aku laburkan untuk menilai dan membeli gugusan kebahagian itu? jgn biarkan aku terus begini. aku tidak lagi seampuh dulu. aku kini mampu tersenyum tp hakikatnya tidak lagi bersama keikhlasan. jgn biarkan aku kembali membenci bila aku sebenarnya sudah boleh untuk menerima dan tidak kan mereka terfikir betapa hebat aku lawan untuk aku melupakan episod-episod dulu. jgn biarkan aku jadi keras bila pernah hati aku cair dan mengalir bersama kasih sayang juga tanggungjawab. aku amik tanggungjawab ini bukan bermakna aku perlukan semua perhatian itu....aku hanya perlukan sedikit darinya....bukan semua.... hanya seulas yang bisa menghilangkan sendu luka di jiwa. aku hitung semuanya bersendirian. aku lalui dan rentasi semuanya dengan kaki sendiri.... sehingga ke detik dan ketika ini, aku bangga jadi diri aku... mendepani semuanya sendirian tapi jgn mereka lupa tanyakan aku satu ayat yang boleh menghilangkan sakit di jiwa ini. Jgn biarkan aku terus menghitung dosa dengan rasa sakit yang terbeban ini. Jgn biarkan aku terus bersendirian.... aku perlukan mereka..... perlu untuk lunaskan harga dosa lepas. rasailah kehadiran aku macam mn aku merasai mereka dlm kehidupan aku.

Berapa harga sebuah kebahagian untuk aku lestarikan?

Tuesday, September 29, 2009

Syawal 1430H.... Makna Pertemuan

Salam Aidilfitri untuk semua. Masih belum terlewat untuk saya hulurkan salam lebaran. Sebagai tanda kemenangan setelah berakhirnya Ramadhan.

Syawal kali ini memberikan 2 makna dan pengertian yang berbeza. Syukur kerana dengan nikmat kehidupan yang DIA anugerahkan.... kita semua dapat merayakan Aidilfitri dengan sempurna. Meskipun ada rasa yang tidak enak.... ada cerita yang bergaul duka.... namun kemanisan nya tetap saya rasa.

Syawal kali ini menggamit rindu yang tiada taranya pada kawan2 saya yang tujuh itu. Rasanya pernah saya bercerita tentang mereka. Sudah lama saya kira, kami tidak bertemu dan berkumpul. Dulu selalu jugak kami berkumpul dan saling menziarahi..... kalau ada pun mungkin saya dan farrah yang tidak pernah terputus hubungan dan saling bertanya khabar. Yang lain dengan komitmen dan tanggungjawab yg ada.... mungkin ada masanya kisah lalu tertinggal di belakang. Saya akur. Dengan rasa rindu yang ada.... saya usahakan untuk adakn pertemuan sempena Aidilfitri 2009 ni. Hasil usaha dan tautan rindu yang tebal, saya berjaya kumpulkan 6 dr 7 sahabat zaman SKKC attended 1992 (Ahmad Mursyid, Lokman, Farrah Irdawati, Nazahiyah, Hazirah, Azizah dan saya sendiri). Syang nya Lokman tak der.... beraya umah mentua kt Melaka tmbahn isteri nya tgh sarat mengandungkan cahayamata mereka yang pertama. Alhamdulillah.... masing2 sudah ada kehidupan yang bagus. Hanya saya, naza n gie yng masih setia dengan status CIK..... apapun insyaAllah ada ruang utk kita kan Ja.... eheheh....
Semoga kita masih boleh jadi seperti semalam.... erat dan bertaut pada tali PERSAHABATAN. Manis kenangan masa lalu menggamit kerinduan yang bukan sedikit.

Farrah n Hasrul wif their Harraz & Khayra
Mursyid n Umi wif their Irdina & Insyirah
Azizah n Hubby wif their Along n Na
(Semoga Gjah n Umi selamat melahirkan cahayamata ke 3 mereka...due pun lbh kurang sama je next coming Nov)

Raya ari tu saya menerima kunjungan dari Fairuz.... mber kamcing time kt Mtriks @ IKIP Pahang. tk sangka leh jumpa dia lg.... dh 2 anak pun..... hihihi....
Saya ngan Peyuh, Hubby n 2 anaknya....
Saya n My Nani.
Saya n Sis Azza.

Semoga kita terus ampuh bersama.

Kenapa ada rasa yang perit
Kenapa ada dengki di tangkai hati
Kenapa aku jauh tersisih
Kenapa aku melarik luka
Terus bagaimana harus berlaku
untuk aku ubah apa yang tercatit
Apa lg perlu aku korbankan
untuk terus selari dn seiring
kehendakmu.

Monday, September 14, 2009

Hari ini saya 29 tahun.... antara impian dan realiti hidup.


Salam

Hari ini saya dah 29 tahun di bumi Tuhan yang terbentang ini. Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 29 Ida.... Semoga terus ampuh walau apa juga yang mendepani hari. Semoga hanya yang terbaik untuk saya, hari ini, esok dan hari2 yang bakal mendatang. Semoga kehidupan saya akan lebih baik dari sebelum nya. Semoga saya akan jadi lebih matang seiring angka yang bertambah. Semoga Allah tetapkan hati saya terus padaNYA. Semoga ada sinar untuk saya realisasikan gugusan impian yang masih saya kejar....yang masih belum terlunas, yang ada ketikanya mengganggu ketenangan emosi saya. Semoga derita hati yang ada akan lenyap bersama kegemilangan yang saya harapkan. Untuk menjadi seperti apa yang saya impikan.

Hari ini, setelah 29 tahun saya meminjam udara Allah saya bangga dengan diri saya sendiri. Melihat jatuh bangun sendiri dengan pandangan hati sendiri buat saya terfikir betapa Allah sygkan saya. Peluang untuk saya masih ada. Masih berbaki ruang untuk saya berusaha merubah kehidupan saya ke arah yang lebih baik. Betapa saya melihat rentetan kekecewaan sendiri dalam kekacauan emosi yang ada ketikanya menggila hingga saya rasa saya sudah tidak berdaya. Walau seribu kali saya berkata tentang kekalahan, kegagalan namun kenyataannya saya tidak kalah. Saya masih berusaha, mencari, dan bekerja untuk mendapatkannya. Menilai kekurangan diri sendiri yang pada zahirnya kelebihan diri yang ada tidak saya endahkan. Bersyukurkah saya? Alhamdulillah...saya menyedari hakikat diri. Sebagai manusia biasa, saya akui yang saya gagal mengawal rentak hati dengan rasional. Gagal mengurus hambatan emosi gila bila realiti saya tidak secantik lorekan impian. Impian..... semoga Allah perkenankan kebahagian yang saya cari.

Betapa saya akan terus ampuh di maya pada ini.

SELAMAT ULANG TAHUN KE 29

~Saya noktahkan dengan satu rasa... SYUKUR~

** Selamat Ulang Tahun ke 29 juga untuk MY NANI MASTURA
on 16th Sept (in advance yer laling).
Wishing u ALL THE BEST & I DO LOVE U
for every single things yang ada
dlm memori kita since 2005.
Semoga impian kita akan seindah kasih aku,
semegah warna pelangi,
secerah mentari siang,
dan gemerlapnya segemilang purnama penuh....
kita masih menanti dan kita percaya ada bahagia untuk kita**

Friday, September 4, 2009

Satu Rangkuman.... Cerita Tanpa Rasa.

Salam untuk semua.

Alhamdulillah hari ini sudah 14 ari kita bpuasa. Witir malam nanti dah kena baca doa Qunut. Dalam masa 2 minggu lgi Ramadhan psti meninggalkan kita. Sinar Syawal menjengah lagi. Sy bukan nak bercerita tentang Raya ek. Saya nak menulis....apa saya tercatit itu lah yang akan di baca kelak.

Kembara ke Kuching dengan Cik Wani n the Gang menyeronokkan.... suka sgt.... thanks to Cik Wani yang mem'PLANNING'kn percutian yang best ini sekali pun saya tk berkesempatan ikut dorg ke Sabah. Sorry to Cik Wani sbb sy tarik diri ke Sabah atas alasan yang Cik Wani je thu....eheheheh.... Next year i pegi ek.... jumpa u kt sana la ek laling. Erm.... memandangkan Cik Wani yang rajin telah meng'UPDATE'kan kembara kami...apa kata kalian yang berminat nk tahu bleh laa bertandang ke umah Cik Wani di sini , di sini dan di sini. (Terima kasih Cik Wani).

Berpuasa di sini.... sy tak jumpa Bazar Ramdhan..... (ada la pergi ari tu ngan Cik Yaya) tp suasana tak sama.... makin kuat detik rindu di hati. Ada je hitungan bila balik nnt. Berbuka puasa tanpa laungan azan.... sesuatu yang pelik n mengharukan hati pada mulanya... jam pada decoder Astro tu la jdi jam sakti tuk wktu berbuka n imsak. Bbuka puasa bersama teman serumah jauh bezanya bila di lingkungan keluarga. Riuh dengan mereka tidak dapat di jadikan penawar untuk saya.

Ada ralat yang tebal di dinding hati saya. Dari hari pertama Ramadhan saya cuba call Abah tapi tak berjawab, kadang2 perempuan mesin tu yang tlg jwabkan. Niat yang ada hanya sekadar untuk bertanya khabar n selebihnya nak mintak maaf untuk setiap zarah dosa yang pernah terpalit, untuk setiap garis luka yang pernah saya lakarkan. Apapun semoga Allah terima puasa dan amalan saya sepanjang Ramadhan ini. Saya cuba kongsikan rasa ini dengan harapan ada kemaafan untuk saya sebagaimana saya berusaha untuk ikhlaskan diri saya padanya.

Awal pagi tadi saya terbaca satu naskhah Tazkirah tajuknya "Mengeluh vs Bersyukur". Saya mengakui kebenarannya. Apabila kita lebih byk mengeluh dari bersyukur mka apa yg kita keluhkan itu ibarat doa. Dan kita tidak menerima setiap apa yang terjadi itu dengan Redha. Hari ini sya sering risaukan tentang jodoh...bkn hari ini la..... mungkin sejak bertahun2 yng lalu. Mengeluh bila kwan2 lain sudah beranak pinak sedang saya msih mencari tangan untuk berpaut. Mengeluh bila rasa cinta di hati saya di persiakan sedang saya mengharapkan satu penghargaan dan penghormatan sebagai manusia wanita. Mengeluh dengan kesunyian sedangkan dlm usia yang mkin menginjak ini saya masih betah untuk melaluinya sendirian. Saya ada sahabat yang tk pernah jauh dari saya, yang sentiasa ada untuk menyokong tatkala saya hilang keampuhan diri. Dan dari naskhah itu saya cuba rungkaikan satu azimat untuk kekuatan diri sendiri. "Bersyukur kerana berada pda tahap ini walau tanpa tangan lelaki, bersyukur kerana Allah menguji saya untuk memperhebatkan lagi jati diri saya, bersyukur kerana Allah telah memilih seseorang yang terbaik untuk saya.....walau bukan hari ini, bukan esk atau lusa.... pasti hari itu akan tiba dalam episod kehidupan saya kerana Allah telah janjikan pasangan untuk setiap hambanya" Ramadhan ini bagi saya sedikit keampuhan dan selarik ketenangan bila saya mampu untuk melawan emosi yang gila ini.

** Saya cuba upload gambar tapi asyik failed je... connection agak tidak memerangsangkan**

~~~~Saya noktahkan dengan Azimat Keampuhan~~~~

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan utk semua.

Jika ada khilaf, terlanjur kata, janji yg tidak tertunai, atau apa jua bentuk kesalahan samada dengan sengaja atau tidak, di sedari atau tidak, sy panjangkan kata maaf ini semoga semuanya dapat di maafkan.

Harapan saya biarlah Ramadhan ini membawa erti buat kita.

Selamat berterawikh.... (saya tidak mempunyai peluang untuk berjemaah seperti sebelumnya...apa yg termampu insyaAllah akn sy tunaikan)

Ramadhan pertama di sini bg sy seraut kerinduan....pasti sy rindukn laungan azan, rindu untuk berjemaah, rindu kan pasar ramadhan, rindu kan keriuhan bersama keluarga dan byk lg kerinduan yang tidak terungkap.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lama saya biarkan laman ini kosong dan sepi tanpa secarik ceritera untuk di kongsikan dengan semua. Tuntutan kerja yang sedikit mengejar bagi saya sedikit tekanan. Dalam masa 3 minggu kebelakangan ini ada beberapa program yang memerlukan tenaga bakti saya.

Saya nak gtau ni.... sy baru je baik dari demam yang berterusan. Saya kira ada la dalam 12 ari sy demam dan selsema. 1st time g klinik (Private) doc kata ada simptom H1N1. Doc bg MC 2 ari. Doc bg ubat, sy mkn tp demam tk nak baik gak...yg merisaukan saya bila sy rasa mcm tk larat sesangat even nak berjalan pun rasa tk larat n mcm nk asma....sesak nafas n batuk2. Tu yang paksa sy untuk ke klinik (Gov) tuk 2nd time.... huhuhuh ni btul2 mengecewakan....lsg MA tu tk check pun sy.... just amik suhu badan n terus bg sy MC dia kata sy tk demam plak tu bg panadol je.... klu gitu sy leh beli kt kedai laa tk perlu susah payah g klinik.... dia igt sy pergi sbb nk MC kot....dia tk th tahap kerisauan saya wktu itu.... huh! Saya tak guna pun MC tu...sbb sy perlu mengacarakan Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Alhamdulillah waktu tu saya dh beransur baik.

Isnin ni saya akan ke Kuching ngan Cik Wani.... 3 mlm ni sy sesorang kat ats sana....housemate lain sumer dh terbang balik kg.....sambut puasa sempena cuti pertengahan penggal dua.

Doakan semuanya akan selamat.


Saturday, August 1, 2009

Cerita Yang Tertinggal....


Salam.
Saya tak tahu di mana harus saya mulakan... cerita mana yang ingin saya kongsikan...apa pun saya mulakan dengan kata maaf kerana saya jarang berkesempatan untuk melewati blog2 anda. Ada kekangannya. Internet connection yang tidak memberansangkan, kestabilan emosi yang sedikit tergugat dan hambatan kerja yang sedikit mengejar. Bila saya tidak menjawab komen2 yang di tinggalkan utk saya, tidak bermakna sy tak menghargai anda cuma bila kaitannya dengan hati dan perasaan sy sedikit kacau. Alhamdulillah. Saya sudah dapat menerima kenyataan yang terpapar. Tak perlu saya nafikan kerana jika itu Takdir Allah siapa saya untuk menidakkannya. Pasti ini lah yang terbaik.

Dalam kekalutan yang ada, dengan jiwa dan emosi yang agak goyah, dan kesihatan yang sedikit terganggu alhamdulillah semua aktiviti yang memerlukan tenaga saya, dapat berjalan dengan baik. Sepanjang ini saya telah di lantik mengiringi murid ke dua kem motivasi yang berlainan anjuran PPD Sebauh. Kem Motivasi Pelajar Harapan (Sebauh) dan Kem Motivasi Pelajar Cemerlang (Taman Negara Similajau). Kedua-dua siri motivasi tersebut saya sebenarnya menggantikan cikgu Mai yg punya tugasan lain yang lebih penting. Apa pun saya gembira dengan pengalaman yang saya kutip. Pada ke dua2 siri kem motivasi tersebut saya di pertanggungjawabkan sebagai pengerusi majlis mengendalikan majlis penutupan. Sejujurnya saya tak pernah, tapi hakikatnya sekarang sy rasa sy bleh jdi MC yg lebih baik... (sedikit perasan).

Kepercayaan di beri, means mereka percaya saya boleh. Waktu jadi MC kat Sebauh tu suara sy serak2 itik serati.... kehilangan suara dan sakit kerongkong.... namun saya berjaya mengendalikannya. Bila kat Similajau, sekali lagi saya perlu jadi MC, trus sy tepon Pn Yon mintak beliau belikan Dequardin untuk saya.... Terima Kasih Pn Yon sebab sudi melayan karenah Ajk mcm sy ni. huhuhu.

Saya tinggalkan semua dengan bicara pada gambar yang boleh bercerita dengan lebih lagi. Telusuri jalan yang pernah saya lalui.....

Kem Motivasi Pelajar Harapan
Balai Raya Sebauh
18 - 21 Jun 2009

Saya Bangga Menjadi Guru.
Bersama Timb. Kem Komandan, Cikgu Hamsah
Thanks pinjamkan belakang anda untuk saya ber'posing'.

Aktiviti Malam Penghayatan

Majlis Penutupan.
Bersama GB dan murid2 sy.
Lolitanyvsyavalua - biyak sunti yang senyum manis tu. (jenuh saya berlatih untuk betulkan lidah sy menyebut nama ni tuk Majlis Penutupan, sebutan saya hanya betul time kat Similajau, cikgu dia gtau how to pronounce nama biyak ni. Menurut Sylvia, Loly sdiri pun tk pernah betul sebut nama sdiri. Huhu. Sapa laa bagi nama susah2 gini....)

Warga kerja Kem dan kini antara kawan2 saya. Bila ada program mcm ni la br bleh kenal cikgu2 dari skolah lain.

Ke Taman Tumbina Bintulu.... pengubat duka krn sebenarnya, kem ni sepatutnya di adakan di UPM, Bintulu tapi di batalkan pd saat akhir.

Kem Motivasi Pelajar Cemerlang
Taman Negara Similajau, Bintulu
02 - 05 Julai 2009
Desir ombak menyambut kami. Ada damai yang bergayutan. Moga kekal bersama hati yang Redha. Saya sukakan pantainya yang cukup tenang.... menghanyutkan sedikit dari kekacauan yang ada.

Ricky Steward.... "Cikgu kenapa airnya masin?"
Ada antara warga2 hutan yang rupanya tidak tahu air laut itu masin.
Cerita pada kem yang sebelum ni, ada yang bawa baldi, berus gigi, sabun, nk gosok gigi n mandi ngan air laut.... pada kita mungkin kelakar tp pada mereka ini semua perkara baru. Mereka sudah biasa bgn pg terjun sungai, gosok gigi dan mandi.....

Main pasir..... sedikit teruja

Erm...cikgu pun sama. terlebih teruja....
Baju biru, tu lah Cikgu Hamsah.
Kem Komandan kat Similajau.

Aktiviti Malam Penghayatan.
Masih saya igt lagu Gajah Menari....
"Apabila bunga kembang berseri, seekor gajah keluar menari....lenggok ke kanan, lenggok ke kiri, seekor lagi keluar menari"

Tenaga kerja kem bersama penaja.
U'ols mmg best.

Gambar kenangan.

~Saya noktahkan dengan gembira~

seorang perempuan ...
yang telah ku temui semalam
waktu hujan gerimis
hati perasaannya pasrah
setelah sebuah cintanya hancur
tersadai ...
terbengkalai ...
di tengah lorong kota
menelan rakus suci hatinya
resah kebingugan
resah kebuntuan

seorang gadis ...
wajahnya telah dipanggang rentung
kerana lambang cintanya yang kukuh
terhumban di sebuah gaung kerikil
membiarkan arah perjalanannya
tak berpeta ... tak berdestinasi

aku cukup simpati
retak mengiringi perjalanan hidupmu
sewaktu memungut
sewaktu mengutip
serpihan - serpihan
cebisan - cebisan
cinta yang lenyap di jalanan ...

(Satu rasa yang indah dan sedikit kelat)

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************