CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, February 22, 2008

Hidup dan Ujian.....

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih
utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep
"ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana
sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan
cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila
kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana
ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan
bacalah Al Quran... sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg
tersingkap di dalamnya......segala jawapan ada di
dalamnya....

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
mencapai kemenangan).- Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk.
- Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri,
harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka.....-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

Thursday, February 14, 2008

Belajar nak jadi CIKGU....

erm.... since kat IPIK ni byk rutin yang dh berubah.... semua jd tak terurus dan tak teratur... huhuhu...tp sebenanrnya seronok bila belajar nak jadi Cikgu ni.... mcm2 aktiviti. penat, letih, suemr tu ilang dgn kerjasama bila duk dlm kelas..... saja je nak share aktivity dlm kelas.... huhuhhu.. lakonan bakal2 cikgu yang akan menambat ati anak muridnya huhu....
bakat terendam kami semua.....



p/s : ni tak termasuk xtvty kat padang, time sukan, tima persatuan, badan uniform.... huhuhuh... next post ok ....

Tuesday, February 12, 2008

Jika Ia Sebuah Cinta

Jika ia sebuah cinta…..

Ia tidak mendengar….namun sentiasa bergetar,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak buta….namun sentiasa melihat dan merasa,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak menyeksa…. Namun sentiasa menguji,

Jika ia sebuah cinta....

Ia tidak memaksa….namun sentiasa berusaha,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak cantik…. Namun sentiasa menarik,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak datang dengan kata….

Namun sentiasa menghampiri dengan hati,

Jika ia sebuah cinta…..

Ia tidak terucap dengan kata…..

Namun sentiasa hadir dengan sinar mata,

Jika ia sebuah cinta…..

Ia tidak hanya berjanji….

Namun sentiasa cuba memenangi,

Jika ia sebuah cinta…..

Ia mungkin tidak suci…. Namun sentiasa harmoni,

Jika ia sebuah cinta…..

Ia tidak hadir kerana permintaan….

Namun hadir kerana ketentuan,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan….

Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Monday, February 11, 2008

In Relation.....Double 'H'

Baru kelmarin aku bicarakan tentang sakit nya hati bila di kecewakan. Luluhnya rasa bila kasih sayang dinafikan haknya. Tp ari ni aku bangkit dan kembali menulis dan bercerita tentang keajaiban cinta. Kenapa bila tiba2 kita seolah2 baru tersedar dari tido dan mimpi yg panjang yang mana segala kesakitan itu hanya dlm mimpi dan reality nya adalah apa yg kita rasa ari ini.

Nak citer ke tak nak? Nak citer ke tak nak…..? nak mula mcm mn? Huhuhuh….. bagai nak pecah aku fikir kan hal nih….. susahnya nak bgth mama n family ada org nak masuk meminang? Hahahaha… korang tentu terkejutkan…. Tetiba lak…. Aku ni lagi la… petang 3 Feb 2008 yg lepas…. Aku mcm kena kejutan eletrik bervoltan tinggi. Jantung bagai terhenti dan nadi turut berhenti berdenyut….. seolah mencari kepastian pd satu pertanyaan yg luar biasa tp sarat dgn makna tersendiri… nasib baik tak lama…kalu tak…. Tak der ler peluang aku nak bercerita tentang ni…huhuhu….

Erm… angin perubahan dlm diri semakin aku rasai. Belajar untuk mnerima dan akhirnya aku kena akur jika ini takdir dan jodoh aku. Kalu nak ceritakan ttg dia, aku sendiri blum kenal dia sepenuhnya. Tp apa yang boleh aku nyatakan…ada beberapa faktor yang menguatkan naluri aku dia ikhlas dan jujur. Tu yang aku harapkan.

**Ya Allah, jika dia sememangnya tercipta untuk ku, dekatkan hati kami berdua. Kuatkan rasa cinta kasih dan sayang antara kami. Zahirkan rasa ini dengan restu semua. KAU pemudahkan segala urusan kami. Semoga kasih sayang anugerah MU ini akan terus berkekalan dalam hati kami.**

Monday, February 4, 2008

just him....

1 Feb 2008, met someone yang dh bertahun aku nak jumpa. Rasa2 nya aku kenal dia dh hmpir 2 tahun yg lepas. B4 aku dtg IPIK ari tu aku ada bgth dia so dia promise akan cari ruang masa dia tuk jumpa aku. Dulu dh byk kali plan nak jumpa tp tak pernah menjadi. Siap ngan gaduh2 bagai. Aku dh berkerat rotan. Kalu ikut mmg tak nak jumpa dia. Aku th dia terlalu bz. Tp di sebabkan satu perkara yang menjadi keperluan aku….. aku pejam mata kuar gak ngan dia ni. Aku tahu semua org tak akan bersetuju dgn aku. Tp aku ada alasan aku tersendiri knp . biar sejuta org mempersoalkan nya aku tetap dgn apa yg aku fikir.

Simple and very humble person. Semua sangkaan aku selama ni jauh sekali meleset. Aku tahu tu laa first and last aku jumpa dia. No more. (May Be) sbb lepas ni dia akan ilangkan diri lagi as usual. But aku janji… aku kan pulang apa yg dia bagi ari tu. Mungkin pd dia nothing, but for me…. There is.

One day, I’ll pay him back. This is my promise…. And I hope akan ada satu ari di masa hadapan utk aku pulangkan ‘pemberian’ ini even dia ckp aku tak perlu berbuat demikian.

$

** kadang2 antara kebenaran dan silap bahasa hati kita keliru antara prinsip dan akal yang berselirat**

K 1.24 & KPLI Ambilan Januari 2008

Dah 3 minggu aku register kat IPIK as a Guru Pelatih. Kat sini sumer org dh di panggil cikgu…. So aku dah jadi Cikgu Hida. Kat sini opsyen pemulihan yang paling ramai mendaftar. Ada 5 kelas sumernya. Aku dlm kelas K 1.24. ada 18 org semuanya kawan guru pelatih dlm kelas aku ni. 6 laki 12 ppuan. Ada 6 org dh kawen. Yg bakal nak nikah pun ada…. Ada yg single n available n ada jgk yang single but not available…. Huhuhhu aku? Single n available laa… kat sini suka je aku expose diri…try to sell my self…. Ehehehe.

Nak citer pasal kelas K 1.24. kat sini ala2 sekolah laa… imbas kembali zaman2 sekolah dulu2. dlm kelas ada Ketua Kelas, ada Pen. Ketua Kelas…. Nak tau tak…. Aku jadi Pen. Ketua Kelas… hah….. jgn pk aku expose diri ek… time ni aku kuar g toilet… aku masuk je… dorg gtau dh appointed aku as Pen. Ketua Kelas. Ok laa… aku accept je…. Sbb time sekolah dulu pnah gk pgg jwtn glemer tuh. Pastu ada time rehat. Ada peraturan2… mcm kat sekolah dulu2 la… tak leh mkn dlm kelas. Kalu tak der cikgu tak leh kuar kelas sesuka ati…. Ada time Waktu Belajar Sendiri….WBS. selalu nya time ni kami2 sumer discus psl assgment le…. Plg tensen bila ckp psl assgment… smpai aku dh tk leh nak organize dh aku nyer schedule.

Pastu ada lak aktiviti ptg lepas sekolah… dr 430 – 630ptg. Ada sukan permainan laa (aku amik Sukan Bola Baling – kat Bola Baling dorg appointed aku jd setiausaha Bola Baling) ada badan uniform laa…. Pastu ada sukan…ala sukan antara rumah tu…. Hah ni satu lagi… ntah malaun mana ntah angkat tgn cadang aku jd Bendahari Rumah Kamil…. Tensen jer…. Plak tu ramai lak yg sokong… siap ngan Lecturer Pemulihan Khas pun bg sokongan padu tuk lantik aku jd bendahari… tensen wey… tp aku amik ni sumer sbg tggjwb… mana th kan nnt dh masuk sekolah…. Ada laa pengalaman. Huhuhu. Badan uniform lak aku amik Kadet Remaja Sekolah (KRS)… aku ni buta kayu apa tu KRS. Main amik je. Hah ko skali dh tahu apa tu KRS naik pusing pala aku…. KRS tu ala2 Army, ala2 Palapes n Rotu…. Kena lak beli baju. Kalu 1 baju je ok laa ni 3 psg baju… haru btul laaa. Ada baju tuk latihan, ada baju tuk pejabat (pakai every Wednesday – hari Ko-K semalaysia), ada lak baju istiadat – yg ni wajib beli tuk majlis pentaulihan Kepegawaian KRS sekali ngan boot nyer laa…. Bleh ke aku ni kawat….????

So nak di pendekkan citer…. Schedule yg amat pack. Ari2 630 br leh balik. Kalu ari tak der activity ptg tu ok laa 430 dh blh balik… tp tu pun ari khamis n jmaat laa…. Erm… kalu nak ikut kan penat nyer tk mampu aku nak gmbarkan…. tu tak masuk lg ngan presentation, kerja kursus pendek, assgment, and so on….

Ada ke masa aku nak cari bf ni?

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************