CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 29, 2008

Sebalik tabir sebuah kehidupan.....

orang tak akan tahu apa yang kita sembunyikan di sebalik tabir kehidupan sebenar yang kita ada dan kita harungi. dengan airmata org akan tahu kita sedang bersedih tp hakikatnya bila gelak tawa yang kita pamerkan manusia sekeliling mentafsirkan itulah kebahagiaan dan kegembiraan kita.
tiada siapa yang pernah bersedia utk menyelami apa yang kita sorokkan di balik
tawa dan senyum itu. kenyataan nya kita selalu menangis dalam tawa dan gelak yang ceria.
kabut dan kelam di hati akan kekal menjadi sst yang begitu rahsia untuk kita kongsikan.

dalam kalut rasa yang kian menipis ni... aku masih perlukan ruang utk aku bersendirian....
rasa tak mampu untuk aku terus menipu diri sendiri... tp kadang2 penipuan itulah
menjadi benteng untuk aku kuat. sekurang2 bila bersama mereka aku mampu pamerkan senyum, aku mampu utk sama2 berkongsi gelak tawa dengan mereka sekurang2 aku bertahan bila bersama mereka. namun hakikatnya aku kalah dengan emosi ini bila aku bersendirian....

satu tabir yg membezakan antara kehidupan dan cerita di sebalik kehidupan yang kita ada....
itulah tabir di mana tiada siapa yang dpt mengjangkakan apa sebenarnya cerita itu....

berdaya kah kita untuk membukanya ?

Sunday, April 27, 2008

Last Weekend.....

26042008 aku n kawan2 sekelas g bagan datoh meraikan pengantin baru Huda n Hilal.... erm...travel dari seri mas 3 buah keta...aku join zila tumpang keta yassin n abu bakar (burn) - kawan yassin yang tunjuk jln sbb bdk ni org teluk intan.. mula2 tu igt nak konvoi je sekali...tp kali decide nak ikut highway n another 2 nak ikut jalan bawah; kuala selangor, ijok, sabak bernam.... all the aku yang sememang nya tak bper sehat ni mmg mcm bertambah2 tak sehat nya.... (lately aku sering tak sehat.... kejap2 demam, batuk2, sakit kerongkong...mcm2 lg).
dari seri mas around 815am.... singgah bfst jap.... n continue the journey. kami smpai teluk intan dlm kul 11 kot. dekat2 kul 11 laa... burn suh singgah umah dia dulu. singgah laa jap.... minum2. around 1230.... bertolak ke umah Huda...sesampai je... tetamu ramai giler...tgh2 panas mcm tu nak pengsan pun ada aku ni....bila sampai tgk Huda tengah santap kat meja pengantin.... sempat laa melambai2 kan tetamu....
so ini lah pengantin nyer.... jauh di sudut ni ada rasa yang tersimpan, menyesakkan dan mungkin aku perlu buang semua rasa itu....kalu tak aku parah lagi.... huhuhuh
mcm sporting je dua2 nih....

bergambar bersama pengantin....

balik tu kami ikut jalan sabak bernam - kuala selangor - rawang.... aku drive dari sabak bernam ke seri mas.... huhuhu mcm tak cayer je bleh drive sejauh tu meredah mlm lak tuh.... tp tersesat....sebenarnya nak kuar ikut rawang tp.... terlajak....nasib baik bleh smpai gak....huhuhu...malam tu sampai around 930pm.... mlm tu demam aku makin teruk... kerongkong makin perit.... amik ubat then tido smpai pg.....

***********
aku lupa pg Ahad aku dh janji nak kuar jumpa Aiman.... kul 9 je mamat tu sms..... alhamdulillah demam aku dah ok ket.... dh stable so.... decided laa nak kuar jumpa dia.... dh lama janji...
kul 12 jumpa aiman kat area CM... b4 tu smpat je aku pusing2 n ter"beli" 2 pasang sandal... hikhikihiki.... pantang btul skang ni.... padahal duit bukan ada pun skang.....
lunch ngan aiman kat teratai ...erm... ok jer... mamat ni bleh wat aku jatuh cinta laa hukhukhuk.... gentleman, sweet, nice, n yg plg wat aku tk leh lupa his eyes....
sorry frens.... dia tu kaunselor aku je... dia pun ada cerita yang kalu aku kat tmpt dia pun aku tak pasti apa tindakan aku....
aiman...thanks for being such a gud frens of me...

Thursday, April 24, 2008

Antara kesian dan cinta....?

Mungkin semalam aku dah temui jawapan yang aku cari selama ini. Jawapan kenapa tegarnya lelaki itu buat aku mcm ni? Jawapan yang akhirnya aku akur dan menerima tanpa apa2 persoalan lagi. Aku dah tak nak berperang dengan perasaan dan emosi ini lagi. Aku nak henti kan semua gelisah rasa dan perit hati ini. Nani kata ’time will heal’ then aku arap masa akan terus membebat luka yang tertinggal ini.

”kalu ada orang lain datang merisik, awk terima laa, jgn arapkan sy lagi. Setakat ari ini sy masih tak boleh nak lupa kan Sue. Sy mtk maaf bukan niat nak permainkan awk dan juga bukan niat utk sy tipu keluarga awk sy cuba utk menerima awk tp sy gagal. Sy tahu sy bersalah bila situasi jadi setegang ini. Sebenarnya dulu sy kesian kan awk. Sy syg awk tp tak boleh nak terus menyintai awk.” antara inti conversation semalam. Kelu aku utk menyahut kata dari dia. The word of ”KESIAN” cukup memberi kesan yang amat dalam utk aku. Tiba2 aku teringatkan cerita 8 tahun dulu. Cerita aku dan Ayie. Huh!!! Mungkin salah faham 8 tahun dulu pun lahir nya dari kesian. Semalam aku godek kembali cerita2 lepas. Bukan maksud utk aku tambahkan parah di hati tp utk aku menilai kembali pengertian cinta yang ada dlm diri aku. Mungkin silap itu dtg nya dari diri aku sendiri.

Aiman bagi aku respon yang memaksa aku berfikir dan dan menjawab setiap persoalan yang di utarakan nya. B4 aku call fizi smlm pun aku ty pendapat personal counselor aku ni... dia mula2 tak bagi sbb dia tahu aku tak kan tenang bila pk soal ni. Tp aku yakinkan gak yang aku dh ok dan dah bersedia utk merungkaikan persoalan ni...akhirnya aiman akur dgn aku. Late of nite, he called me..... nasib baik time tu my voice dah ok dan tak der tanda2 yang aku wasted my tears lagi...huhuhu aiman tertipu mlm td.... this is what he said “try to cross the time. Kalu dia sendiri amik masa 3 thn nak lupakan cerita cinta yang tak kesampaian…. Apa kata pendekkan….. amik seminggu ke 2 minggu ke… sebulan ke…. Enuff laa tu tuk melupakan kesakitan yang ada…. Knp nak bazirkan masa bila kita dh dapat kepastian itu? Kenapa nak terus meratapi pd cinta yang tidak di hargai? Knp nak terus seksa diri bila kita ada peluang utk terus bangkit? Berbaloi ke dengan apa yang kita tanggung sdgkan dia tak pernah fikirkan tentang diri kita? Berbaloi ke bila bersedih dgn semua ini? Kalu ida rasa berbaloi..... bersedih lah!! ” erm.... aiman cukup marah bila tahu aku menangis or bersedih..... so everytime aku nak menangis or bersedih dia suh aku bayangkan muka kambing tgh senyum... hahahhaha.... smpai ari ni aku tak leh byg mcm mn laa rupa kambing bila senyum.

Aku mmg tak leh lari dari acha... nak tak nak aku cari gak acha.... sorry cha sbb aku terlalu byk menyesakkan kepala ko dengan permasalah bodoh aku ni .... sorry dear for keep disturbing u.... Min, sorry sesangat coz aku sering curi masa wife ko ni..... Dina, mama ida mtk maaf k.... always amik masa mummy dina.... thanks a lot for your support.... aku sms acha just nak dia tahu n sememangnya aku tak bleh nak keep benda ni sensorg…. She is the best for me. This is acha’s sms “ pada aku dlm mencari cinta tak salah org tu kesiankan kita sbb lama2 cinta dan sayang tu akan dtg utk halau rasa kesian tu. Then if kesian tu tak bertukar menjadi satu rasa yang positif, kita jgn paksa utk jadi ke arah itu. Keadaan tu akan jadi bala pada kita. Kalu dia dah putuskan begitu jgn laa paksa. Jgn buat sst yang kelak akan merugikan segala apa yang dah ko korbankan. Kesian tu bukan perkara yang buruk da, sbb kesian itu bleh jadi sst yang positif. Kita mungkin tak tahu mcm mana nak bentukkan rasa kesian itu. ” aku bukan memaksa cha, aku Cuma nak tahu kenapa dia bleh boleh tipu diri sendiri yang kesannya tertinggal utk aku rasa?

Kdg2 kita lupa bila kita terlalu ingin kan sst itu menjadi hak dan milik kita. Kita lupa hakikatnya tidak semua yang kita fikir baik utk kita adalah terbaik dlm perancangan Allah swt. Aiman pernah bgth aku... ”Allah tidak akan mengambil sst yang ada pada kita melainkan untuk di gantikan dengan yang lebih baik”. Semoga Allah akan temukan aku dengan sesorang yg jauh lebih baik dari apa yang aku lihat ada pd fizi. Semoga di perjalanan selepas hari ini, aku akan jumpa dengan jodoh yang Allah maktubkan di Loh Mahfuz.

As acha said, aku sorang yang tak penah kenal erti putus asa dlm mencari cinta.... dan aku akan tetap mencari cinta aku..... mencari sehingga aku pasti itu lah cinta yg aku cari selama ini. Cari tetap kena cari... aiman yang cakap.... kata nya yang pipih tak kan dtg melayang, yang bulat tak kan dtg bergolek... so teruskan episod pencarian ini. Meski pun aku rasa aku dah rebah tp aku yakin akan ada tangan yg sudi utk memimpin aku utk terus bangkit, bertatih kembali dan terus berjalan dlm menelusuri perjalanan kehidupan ini. Mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, 2 thn lagi.... or bila2 pun masa nya aku akan jumpa org itu dan aku tetap berharap akan ada erti cinta dari mana mana sudut erti kebahagian yang ada, kerana aku yakin dengan janji Allah swt.... kita di jadikan berpasang pasangan utk saling mengenal dan saling melengkapi fitrah kejadian.

Antara kesian dan cinta aku lebih mengharapkan agar tidak wujud nya kesian sbb pd aku bila hubungan itu bersandarkan pd kesian ianya tak akan membawa kita ke destinasi yang kita nak..... bila kesian tu mula menipis..... syg yang pernah terlahir turut sama terhakis..... hakikatnya ini lah kesan yang tertinggal utk aku bawa sebagai pengalaman dan kenangan sebuah kehidupan.

Tuesday, April 22, 2008

2nd PBS - SKPTD, Kem Sungai Besi

ari ni ari ke dua tuk sessi ke dua PBS aku ngan kwn ke Sek. Keb. Pengkalan Tentera Darat, Kem Sungai Besi. seperti biasa kedatang kami di alu2 kan...huhuhu sejauh mana tak tahu ler.... mostly cikgu KPLI di pandang serong sket oleh warga sekolah.... apa pun alhamdulillah... warga SKPTD tetap sedia membantu. semalam datang tak der wat apa2... lepak2 kat bilik intan, borak2 ngan kak ros.... n plan tuk ari ni nyer program.... this PBS we need to do diagnostic test kat murid pemulihan ni.... then from that diagnostic, buat satu individual lesson plan tuk ajar budak yg kita amik tu.... so ari ni setiap org dapat sorg murid n ujian pun di jalan kan.....

Ni nor sham... rekha pun pening ngan dia ni... huhuhhu
ni Faisal.... a bit slow but he still bleh catch up

hah.... this is my pupil... Muhd Fikri Azmi..... boleh tahan kelembapan nya.... so, sabar ek Cikgu
Waa.... tekunnya fikri wat Ujian.... Gud Lark!!! Cikgu tahu fikri mesti bleh ....

erm.... budak2 ni tahun 4.... kenal ABC cuba byk kemahiran2 yang dorg tak leh nak kuasai... mcm Fikri tu... tuk BM dia tak lepas pun kemahiran KVK.... tu yg buat dia jd slow..... tak leh baca.... ni ada cerita murid thn 5.... still tak kenal ABC.... aku suh tulis ABC pun tak lepas.... takat ABC tu lepas laa ... cuba klau aku suh tulis R, P W and so on.... dia bleh ty aku, "mcm mn cikgu? " Kak rose pun cakpa bdk ni mmg takleh lsg.... suh parents dtg jumpa nak rujuk doktor pun parents tak tunjuk muka pun... sedih gk kenangkan ....bila next year dh nak UPSR....



Friday, April 18, 2008

Kecelaruan fikiran vs kecelaruan emosi

:D celaru dan keliru.... emosi dah kuasai diri dan pemikiran aku.... susah utk jadi rasional dalam keadaan yang ada sekarang but... i've to try. try to forget all these things... try to be a new one... try to start a new life.... with a new tekad, keyakinan dan jati diri. mencari kembali harga diri yang terserak di tebing derita hadiah sempena ulang tahun pertama kami bersama... mencipta kembali kekuatan yang kini merapuh.... mencari ruang untuk aku cantum kan kembali serpihan serpihan harapan yang berkecai dan pasti serpihan itu mencarik luka di hati aku.

"ko kuat da, aku tahu ko tabah n ko masih bleh bangun... ko tak rebah.... cuma ko kena kejutkan semangat yg ada dalam diri ko utk kehidupan yg lebih baik dari apa yg ada hari ini" ..... apa yg terluah dari hati seorang kawan, sahabat dan satu satu nya teman yang senantiasa bersedia meminjamkan bahu bila aku betul betul memerlukan sokongan, dia yang tak pernah hilang dari hati dan kehidupan aku.... dia yang sentiasa seiring dengan aku.... tangis aku juga adalah airmata yang dia titiskan.... gelak aku itulah juga tawa yang dia kongsikan.... dia selalu yakin dengan diri aku sedang ada ketikanya aku sendiri hilang punca dalam panduan arah sebuah kehidupan. apa yang terhambur malam tadi seolah2 empangan yang pecah membawa segala lara dan kekusutan yang bersarang.... sebagaimana tinggi harapan dia utk tgk aku pulih, berganda lagi harapan yang menyubur dalam diri aku untuk tidak lagi jadi bodoh hanya kerana satu kelukaan dan kekecewaan hadiah seorang lelaki atas nama cinta. terima kasih cha.... seikhlas nya aku akui dan akur kita sememangnya saling memerlukan dan saling melengkapi..... kita akan sama sama mencari bila kita perlu untuk berkongsi dan bercerita....

***************************

Semalam, dalam kecelaruan emosi dan keserabutan jiwa yang menyerang, aku terpaksa fikirankan satu keputusan untuk Borang Penempatan GST 2009.... herm.... kata acha bleh lak aku fikir n amik keputusan yang baik.... tu just kat form tu je.... tak tahu le dpt ke tak.... cuma kalu di hantar ke mana2 pun aku tetap akan pergi.... apa yang tersimpan di hati biar lah kekal menjadi rahsia....

next week kena PBS lagi.... Sek Pengkalan Tentera Darat, Kem Sungai Besi....yg pasti assignment sedia menunggu untuk aku usaikan dengan sempurna....

****************************

Ya Allah Ya Tuhan ku... aku rafa'kan segala syukur untuk untuk gelisah rasa ini dan ujian ini.... semua ini dekatkan aku padaMU.... semua yang berlaku ini mengingatkan aku tentang janji janji dan hikmah MU.

Saturday, April 12, 2008

Kemana aku selepas ini???

Semalam dapat draft borang penempatan GST tuk 2009. so kami2 sumer kena laa isi borang ni nak g ngajar kat mana. b4 sumer ni jadi igt nak mtk N9. tp bila sumer ni dh terjadi mcm ni.... tak tahu lak nak mintak ngajar mana..... dlm pala aku ni aku tak nak balik kelate. at least 10 yrs aku bina idup and kerjaya aku jauh dr tanah kelahiran...huuhuhuhuh..... igt nak g Sabah or Sarawak... nnt ada lak yang ckp aku ni bawak ati yang luka... :D entah laa mungkin betul kot... aku terpaksa bawa hati ni sejauh yang boleh.... so far ada byk pro n cons yang aku terima dr kawan2.

last week ty acha... dlm main2 dia mcm tak kesah je kemana pun aku mintak....
ty nani.... nani sokong je kemana aku nak menapak.
family tak menyokong lak....
ikut ati aku nak jer pergi jauh2.

ntah le.... b4 2 May jawapan aku kena jitu....

Wednesday, April 9, 2008

Tangisan Semalam.....

Sms nga acha last nite berakhir dengan tangisan hingga ke ujung malam. aku tak tahu kenapa aku begitu sebak dan terharu dgn sms2 yang dtg kepada ku. mungkin situasi sekarang yang banyak menyeksa aku. aku tak mampu nak tipu diri aku. aku tak pernah menyangka yg akhir nya mcm ni. aku begitu teruja saat dia bgth aku semua perancangan dia. paling aku tak leh lupa dia call mama aku n bgth mama pasal rancangan dia. akhirnya dia yang akhirkan apa yang dia mulai. aku gagal untuk pertahankan kebahagian yang dtg. sampai ari ni aku tak pernah faham kenapa dia sanggup buat aku mcm ni? apa salah aku? kenapa aku ? aku dh letih nak fikir sumer ni. hati aku dh hancur saat dia bgth dia masih syg dan cinta kan Sue. luluh aku bila dengar pengakuan malam tu.

aku terlalu inginkan kebahagian dan kegembiraan macam acha n k bie. bahagianya mereka.... dengan adanya dina and alya lengkap dah kehidupan mereka. tinggal je lg aku yang masih lagi mencari erti kebahagian aku sendiri. di mana? bila? dan bagaimana? special thanks to acha sbb tak pernah lupakan aku dlm kebahagiaan yang dia ada, thanks cha sbb kongsi kehadiran dina dengan aku.... aku sangka kan yang aku dh jumpa apa yang aku cari selama ni... tp sayang aku yang silap perhitungan, salah pertimbangan yang akhirnya aku terpaksa senyum dalam deraian airmata. aku terpaksa gelak dalam rintihan hati yang kecewa. ketabahan hati yg kian merapuh.... aku rebah di persimpangan yang hampir aku tujui, aku tersungkur di hujung ego seorang lelaki.

di saat saat macam ni, aku perlu kan ruang utk aku kutip kembali kekuatan yang hilang, aku perlukan ruang masa utk aku bina ketabahan yang merapuh, utk aku cari kembali nilai hati yang terserak... aku menangis dlm resah hati kian terasing.

Monday, April 7, 2008

Dingin

Ziana Zain - Dingin

dingin malam yang menyelubungi
hening sayu dalam hati
berbicara bersendirian

ku rasa resah
selama dibuai rindu
pada cinta yang terlalu
terpendam di dalam hayalan

kan ku leraikan impian indah
kepadanya ku berserah
mungkin tak daya
ku tawan cinta yang sama

*chorus
dinginnya getaran asmara
sentuhan mula bermadah
ku tak bisa juarai
jiwa yang ku tak punya

dinginnya bila kau berkata
ruang buat ujiannya
memoriku gengamilah
biarkan aku beralah

dalam hatiku tiada dendam
walau impian semalam
masih mekar dalam ingatan

kan ku leraikan impian indah
kepadanya ku berserah
mungkin tak daya
tawan cinta yang sama

mungkin tak daya
tawan cinta yang sama
ooooooooooooo


tadi tgk konsert jom heboh kat tv3, ziana zain nyanyi lagu Dingin ni.... lirik dia betul2 kena dengan diri dan situasi aku saat ini. terus search mp3 n lirik sekali. dari td sampai skang ni lagu ni menjadi halwa telinga dan jiwa aku.....


dingin nya bila kau berkata ini ujian nya..... dingin nya bila tiba2 semua di sentap begitu saja. dingin nya bila semua impian dan harapan berguguran satu per satu. memori yang tercatat akan tetap tinggal sejarah dan terus kekal dalam kenangan aku, biar kan aku beralah.... tadi bila umi dia call aku ty kan pasal semua ni..... tu laa jawapan aku..."tak pe laa umi biar sy mengalah" dan aku memilih utk kalah. ramai yang menyokong tindakan ini.... beralah bila hakikatnya cukup memeritkan aku.


akan aku leraikan impian dan harapan ini, biar semua kembali pada asalnya. aku pasrah dan berserah semoga ada bahagian untuk aku dari mana2 sudut erti kebahagian itu. mungkin aku tak berdaya untuk memiliki cinta dia.... mungkin aku tak mampu untk menjuarai cinta yang sama.... mungkin aku tak bisa jua raih jiwa yang bukan untuk aku.....


"yer ke awak tiada apa2 makna untuk sy, tp awak memberi makna untuk umi dan adik2 sy" kelakarkan bunyi nya.... umi dan adik2 dia ke yang nak idup ngan aku ? sumer tu tak bererti apa2 utk aku lg. aku dah tekad...acha tentu gelakkan aku..huhuhu utk ntah yang ke berapa kalinya kau buat tekad yang sama .... acha, ko tentu faham jiwa sufi idany kan? thanks sbb ada ketikanya ko lebih faham tentang diri aku sdg ada saatnya aku sendiri sesat dalam mencari diri sendiri....

thanks tuk yang memahami aku dan situasi ini, special thanks to Acha, Wani_Sopan, Asrulnizam, Farrah and Aiman thanks all sbb pinjamkan aku bahu untuk aku rebahkan resah ini, dan pinjam kan aku telinga kalian bila aku bercerita.



Sunday, April 6, 2008

Hati Ku Luka Lagi

Hati Yang Terluka

Kan kucari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri darimu
Kuberjanji di dalam hati
Takkan lagi ku menjumpaimu

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci


hati ku luka lagi. kadang kita tersilap buat pertimbangan. kadang2 kita lupa siapa kita dan di mana kenangan silam kita. kenapa kita tak belajar dr kesilapan dulu? sukarnya utk aku percaya yg ari ni hati ku luka lagi. semua janji dulu bukan lagi penawar utk hati yang berkecai ini. airmata pun tak dapat lagi membebat luka ini.

aku dah lepaskan raungan ku persoal kan kenapa semua ni harus terjadi ketika aku begitu teruja untuk menzahirkan rasa yang tersimpan. kenapa permainkan ceritera sebegini? kenapa? hebat kan permainan seorang lelaki? senang utk menuturkan kata dan janji tp tak pernah membenarkan nya. tega nya hati lelaki itu. merobek luka di hati ku. menghancurkan impian dan harapan yg dia mula kan. ni yang aku tak mengerti. kenapa tipu diri sendiri? bodoh ke aku sbb percayakan semua kata2 bohong dia. lakonan yang memang hebat bila family aku turut percayakan dia.

aku teringat kata seorang teman..... jangan cari cinta bila hati kita mula merapuh, tunggu lah sehingga cinta dtg membawa penawar dan membebat setiap sudut hati yg luka ni.... aku acukan persoalan ini...berpeluang kah aku utk cinta tu dtg pada ku ?


Friday, April 4, 2008

Failed again n again!!!

Semalam punya cerita. Sms yang membunuh segenap rasa yang dulunya beri aku satu ketenangan. Susah sebenarnya nak leburkan ego seorang lelaki dan akhirnya aku terpaksa harungi kelukaan dan kekecewaan ini utk sekian kali nya.... failed again n again.!!!

B4 ni aku pejam kan mata. Terima dan belajar utk terus menerima dia. Susah ke utk dia memahami. Bukan berat apa yang aku pinta. Aku hanya harapkan dia faham sedikit je. Selebihnya aku yakin utk belajar dan aku pasti boleh terima dia. Tp dia tak pernah boleh lupakan xgf dia. Dan siapa aku kalu dia masih tak boleh nak lupakan ppuan tu. Dalam ati, jiwa dan kehidupan dia hanya ada Sue. Question mark???? Sapa aku selama ari ni? Kenapa berlakon dengan aku., paling parah kenapa tipu family aku.....? kenapa? Aku sakit sgt semalam. Tuhan yang tahu aku rebah dalam pasrah. Aku terus merintih mencari satu kepastian..... ni yg aku takut. Keputusan yang silap. Bodohnya manusia nurulhidayah ni..... org akan terus ketawakan aku..... dan aku terpaksa telan semua ini.

Kenapa bgth family aku nak masuk meminang kalu hakikatnya tak pernah ikhlas dengan aku. Kenapa jadikan aku sandaran utk lupa orang lain. Kenapa tipu diri sendiri. Byk kali dh aku ckp.... jgn tipu diri sendiri...tak nak ikhlas dgn aku pun tlg laa ikhlas ngan diri sendiri. Kenapa skang br nak bgth aku. Knp mula2 dulu tak pk apa kesannya utk aku dan kehidupan aku. Aku tak tahu mcm mn nak bgth mama, abg aku dan family yang lain.

Ya Allah.... tunjuk kan aku jalan yang terbaik tuk aku tabahkan ati dan tenangkan resah gelora ini. Jadi kan aku hambaMU yang sabar dan kental jiwa nya. Jika sememangnya dia tidak utk aku.... jauhkan dia dari idup aku. Ilangkan semua memori yang ada kaitan dengan dia.

Wednesday, April 2, 2008

aku yang tertekan!!!

ari ni 02 April 2008. semakin hari semakin jauh masa berlalu meninggalkan kita. tak pasti apa yg akan aku temui di sepanjang lorong kehidupan ini. hari ni, ada bahagian yg aku tak tahu samada itu sememangnya utk aku atau aku yg terpaksa berlakon untuk ada dalam bahagian itu. aku takut dengan keputusan hati sendiri. aku keliru dengan rasa yg setiap ari makin menekan nekan di satu sudut hati dan jiwa ini.

kadang kadang aku tersisih dan terpinggir dalam keriuhan bersama. ada ketikanya aku terkulai sendirian mencari arah dan ranting untuk bertahan. aku tak pasti kukuh ke ranting dan dahan yang aku berpaut ni. akhir2 i ni aku rasa tertekan dengan diri sendiri. punca nya aku sendiri dan bukan org lain. fizi, dia tak pernah bersalah tp lately aku byk hamburkan kesalahan tu pada dia.... sampai bila dia bulih bertahan dengan keadaan ini? sbb aku sndiri tak tahu sejauhmana aku nak mcm ni. ?

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************