CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 29, 2008

Episod Baru Untuk Sebuah Kehidupan

Hari ni 29 Jan 2008, lamanya tak jenguk blog ni. lamanya tak up date this laman. banyak kekangan dan halangan yang terpaksa aku tempuh selama tempoh ini. biar aku cuba rangkum kan cerita sepanjang tempoh permulaan yg baru ni. 14 Jan 2008 yg lepas aku daftar kat IPIK cheras utk tempoh 1 tahun. menuntut ilmu untuk persedian aku menyalurkan nya kembali untuk anak bangsa yg senantiasa dahagakan nya. hampir 3 minggu kat sini, persepsi aku mula berubah. meskipun ini bukan kerjaya pilihan aku yang mendapat tmpat teratas namun ari ni aku akui aku mula jatuh cinta dengan bidang keguruan ini. seminggu pertama aku kat sini, terlalu byk provokasi yang menerjah dari pelbagai pihak especially pihak pengurusan IPIK ni sendiri. namun ari ni aku sedar dan akui...benarnya kata pepatah.... belum kenal belum cinta....dah kenal cinta yg dulu tak der kini mula bercambah dan aku yakin cinta ini akan menjadi rimbun anak bangsa.

erm.... aku sedikit kecewa dgn mereka mereka yg sepatutnya ada bersama aku namun apa yg aku harung kini semua nya sendirian. susahnya untuk mendapatkan sedikit pertolongan dari mereka semua. kata orang kedewasaan mengajar kita utk terus berdikari. aku akur dan terima itu semua. aku datang IPIK Cheras ni sendirian. turun naik bus sorang2. sedikit terharu tp aku igt acha ckp.... aku ni boleh idup kat mana2 pun. mungkin sbb aku jenis mudah bergaul, suka bertanya dan sbb tu aku bleh gamble sensorang kemana2 pun... tp sedey gak.... huuhuhuhu rasa alone all this while...

hari2 sebelum ni dan akan dtg before elaun pengajian kluar means aku akan adapi mslh kewangan. skang pun aku duk pk mcm mn aku nak survive tuk 2 bln akan dtg without any income. susah sebenarnya even ada yg sedia nak membantu tp kan lebih baik kalu kita dpt hak kita yang ada pd org lain.... duit? duit aku ada pd insan2 tertentu..... dan kalu aku kumpul balik aku akn dpt satu jumlah yang besar n bleh laa tmpung blnja idup kat sini.....huhuhuhhu...

thanks in advance to yg sudi and sedia untuk bersusah pyh bersama aku....

** kerlip bintang di dada langit...indah nya mampu tenangkan jiwa yang lara**

Thursday, January 10, 2008

Salam 1429H.

Hari ni 1 Muharram 1429H. hari pertama permulaan tahun hijrah. semoga masing2 mendapat pengisian yg nyata dan mendapat sinar hijrah yang sebenar.

"Kita pohon kekuatan, Allah bagi kita kesulitan untuk jadikan kita kuat. Kita pohon keteguhan hati, Allah bagi kita masalah untuk diatasi. Kita pohon keyakinan, Allah bagi kita ujian untuk memantapkan iman dan jiwa. Kita pohon cinta, Allah berikan kita insan yg tulus untuk kita dampingi. Kadangkala kita tidak pernah dapat yg kita ingin kan, namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan. Selamat Tahun Baru Hijrah 1429H"

sms yg aku terima diawal pagi tahun baru. seketika aku terhenti dan menghayati erti dan permaknaan yg begitu menyentuh akal dan minda aku. apa yg kita dapat, apa yg kita ada dan segala mcm dugaan, ujian, masalah itu sebenarnya jalan dan permulaan untuk kita dptkan apa yg kita nak dlm kehidupan ini. pastinya semua itu mengajar kita utk lebih bersyukur dgn nikmat, Rahmat dan kasih syg Allah utk kita.....

Wednesday, January 9, 2008

Selamat Tinggal Semua

Officially nya ari ni (09 Jan 2008) aku last day kat office ni.... sedey ke aku? huhuhuh... sikit pun tak... hahhahah. lega rasanya. tp esok aku kena gak datang balik office... siapkan keja sket lg then nak briefing tuk new staff yg nak gnti tmpat aku....

erm.... 3 thn kat kumpulan perunding (1988). byk pengalaman ttg kerja yg aku bleh kutip. dapat lak bos yg very helpfull, understanding n supportive.... bab keja laa.... lain2 laa aku rasa di lelaki kejam... :D. huhuhuh sorry bos.

WKA : aku suka ada bos mcm dia ni. byk bg peluang tuk aku maju dan berdaya saing. dari buta kayu ttg semuanya hingga dia bagi aku kepercayaan tuk buat keputusan sdiri ttg company.... dari aku jd admin asst cum PA dia... hingga dia promoted aku jd Acct Asst cum PA dia gak.... lepas ni tak der lagi aku yg selalu nyibuk ttg schedule dia.... sure WKA rindu kat aku nnt.

HAR : no longer with this company.... his last day 22/Dec/2007 that day... tp this big giant selalu cari pasal ngan aku. suka cari salah aku. paling aku hangin, bila dia letak salah atas aku sdgkan salah tu dari dia..... apa laa... sedey tau ida Abg ### wat mcm tuh.... sib baik bos dh masak ngan prangai dia.... maaf ek.... tp, bengang2 pun seronok time stay back kat office... :D

RRK : thanks selalu ada adiah kecik tuk aku bila dia g memana... plg best rantai from China n loket bentuk hati dr Phuket.... thanks.... suka blnja aku bila aku wat claim dia.... favorite kami, Zinger Burger & Kyros Kebab.... ujung2 ni aku dpt cerita sedey bout him..... RRK, sabar ek....

As : Hope ko tak lagi blur bila wat keja. yakin ngan diri sdiri k. tu penting. kalu tak selagi tu laa bos marah ko bila ko buat salah yg sama.... at last aku gk nnt kena wat keja ko... dulu2 la.... kihkihkih... kalu dh bos tegur sekali tu cuba ek... jgn buat lagi.... huhuhu... i know u can do it better laa...

RAG : ada yg terguris hati, tp ida dh lupakan semua tu.... maafkan ida kalu pnah menyusahkan. terima kasih.

huh..... tu je kot aku nak highlight kan.... eheheheh.

hope sumer nya baik2 belaka. nnt kalu2 teringat kat aku... igt laa choc cake yg selalu aku bwk office yg selalu nya tak cukup korang kerja kan especially my boy... MSN.... :D
to MSN, kak ida dh byr ek utang ko nak puding gula hangus... so puas ati?

lepas esok, aku bukan lagi staff kumpulan perunding (1988) sdn bhd.

gud luck to all.... sembah ampun tuk semua salah n silap selama 3 thn melakar kenangan bersama. WKA n all, thanks for give me the opportunity to be part of the team.

** Kadang2 kita tersadung di jalan penuh liku, dan ada ketikanya airmata tidak mampu lagi merawat luka yg tercarik di hati**

Monday, January 7, 2008

Aku dah letih!!!!

Terima kasih utk semuanya. Aku dah cukup2 penat dan letih nak pk soal ni lagi. cukup2 la. tak der apa lg yg boleh di pulihkan. biar laa aku dgn nekad ni. kita tak boleh teruskan apa yg kita ada dulu. tu dulu. cerita dulu. kesilapan aku. knp br ari ni nak kaitkan apa yg dh lama terurai? knp tidak waktu aku btul2 harapkan ianya menjadi nyata? knp?

tepat ke pilihan ni? jgn nnt lagi aku di persalahkan hanya membenarkan apa yg pernah di ungkapkan. aku mtk maaf.... sekali aku berpaling.... jgn harap kan utk aku toleh lagi ke belakang. hari ni... tiada lagi peluang. sekurang2nya aku dah tahu.... aku hanya pilihan dan bukannya keutamaan. so... kita ikut jln yg kita ada ari ini ok..?

Sunday, January 6, 2008

2007 dalam kenangan & harapan 2008.....

Hari ni dah masuk hari ke 6 utk tahun 2008. cepatnya masa yang berlalu meninggalkan kita. mungkin kesibukan buatkan ruang masa utk aku bercanda di medan ini agak terhad. lagi 3 hari aku akan tinggalkan kenangan 3 tahun di Kumpulan Perunding (1988) Sdn Bhd. hari ni aku nak bercerita ttg 2007 yang dh hmpir seminggu berlalu. aku nak ceritakan jgk ttg harapan 2008.

2007

- 2007 yang kini dh jadi kenangan tinggalkan aku byk pengalaman dan kenangan tuk aku teruskan langkah ini. dalam kekecewaan, dlm kelukaan, dlm resah dan gundah, dlm sakit berdarah, di saat2 aku hampir berputus asa, Alhamdulillah penghujung tahun ada rezeki Allah tuk aku. aku berjaya dlm KPLI 2008. dan mungkin ini lah episod baru utk idup aku seterusnya. sebahagian nya aku berjaya mengubat luka yg tercarik. sebahagian besar kejayaan ni jadi kan aku lebih tabah dan kental jiwa. dalam ketidak tenangan yang meraja, aku mencari sedikit penawar utk menyembuhkan nya. dlm segelas madu yang terhidang.... ada racun di juringnya yg bisa membunuh namun kekuasaan Allah itu Maha Besar dan tiada tandingannya. dlm resah hati yang berpanjangan ni, dlm kelalaian seorang hamba, DIA dtg kan secubit keinsafan bersama suluh diri yang nyata. Syukur seorang hamba pada TUAN yg HAK dgn hadiah keagungan ini..... Alhamdulillah segala puji itu hanya utk yang ESA.
- 2007 menyaksi kegagalan seorang pencinta utk menemui cinta yg di damba. :D. aku gagal lagi.... bak kata seorang teman.... akan ada sesorang yg bersedia memimpin tangan kita tuk teruskan langkah dan sisa kehidupan ini bersama... dan aku harap....aku akan temui tangan yg di maksudkan... cinta pada aku dtgnya bersama tanggungjawab dan komitment. berlayar dgn nya hati yg penuh ikhlas. mungkin hati aku tak ikhlas lg...so aku tak di pertemukan dgn tangan yang bakal membawa dan memimpin perjalanan aku nnt.
- 2007 turut menyaksi kan lembutnya sekeping hati utk melupakan kenangan perit lebih 20 thn yang sekian lama di usungnya. Kurniaan Allah itu cukup bermakna... aku tahu erti kebahagian sebuah keluarga.... aku kenal saudara mara yang tak pernah lupakan kewujudan aku meski hakikatnya dulu aku selalu menyisihkan diri....lari dari kenyataan dan kebenaran hidup. betapa bodoh nya aku satu waktu dulu... "Abah.... anakmu mtk maaf utk dosa2 lepas. Ampun kan anak mu ini dan restui lah perjalanan nya tuk hari depan".
- antara mereka yang tak pernah hilang dari kehidupan aku meski tenat jiwa melanda, dlm gelak tawa bersama, bersama tangisan yg di titiskan.... terima kasih yang tak terhingga utk kamu semua.... {Acha, Puteri, Nani, Fizie, P.C, Aziey, & keluarga tercinta}

2008

2008 datang bersama limpahan kurniaan Allah S.w.t. ada harapan baru yang aku galas. semoga kehidupan baru ni memberi aku mkna yg nyata.
tinggi nya harapan aku utk 2008 yg akan terus aku tempuh. semoga ada bahagia tuk aku, semoga aku akan lebih tenang dan tabah. semoga tiada lagi episod duka buat aku. Semoga aku akan jadi pendidik yang baik, semoga aku akan jadi anak yang terbaik, semoga aku akan jumpa mutiara cinta untuk aku sematkan sepanjang kehidupan ni, semoga kebahagian, kejayaan dan ketenangan akan berterusan utk aku. semoga aku boleh membahagiakan org lain dlm kehidupan aku ni...semoga aku mampu mengembirakan hati mereka, semoga aku berupaya utk buat mereka terus tersenyum....

" Ya Allah, sesungguhnya kurniaan MU ni terlalu hebat, hamba MU ini sujud pada MU, MengESAkan kekuasaan MU, bersyukur dengan Limpahan Rahmat MU. Bersyukur dgn peluang yang KAU beri kan ini. Bersyukur kerana kasih syg MU tak pernah hilang meski pun aku pernah lalai dan alpa dengan MU. Ya Allah teguhkan hati ku ini. Kuatkan semangat dan jiwa hamba MU ini. Tunjuk kan aku jalan Keredhaan MU."

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************