Dia tidak pernah mengerti kenapa aku harus buat keputusan ini. Dia tidak pernah mahu memahami alasan yang aku gariskan sejak beberapa bulan yang lepas. Dia tetap ingin meneruskan niat dulu. Masih memujuk untuk lunaskan janji dulu.... Kenapa dia tak nak faham... janji tu dah terbatal dengan sendirinya saat aku tahu dengan hakikat dan mata hati ini menyedari tentang kenyataan bahawa tidak mungkin untuk bersatu dalam keadaan dan situasi yang begini. Susah sgt ke dia nak faham apa yang aku dah ulaskan panjang lebar. Jawapan aku tetap sama dan masih yang serupa. Sedikit aku tak nak ubah dan tak pernah terniat di hati untuk mengubah keputusan ini. Sudah berkali2 aku nyatakan walau segunung sayang aku, walau selaut kasih dan cinta aku... tak semesti akhirnya dengan sesuatu yang indah. Banyak kali sudah aku bgth, biarkan aku sendiri. Jangan lagi di ggu dengan persoalan itu. Cukup laa dengan kesilapan yang pernah aku buat. Tidak mampu lagi rasanya nak tanggung rasa bersalah yang menggunung. Remuk hati dengan kegilaan dia. Memang dia gila.... dan aku juga tidak kurang gilanya... AHHHHHH!!!! tekanan ini dah cukup untuk aku. Jangan la di tambah lagi. Dah lama aku telan setiap yang sakit ini.... sedirian.... Aku tenang dengan cara aku. Tahu walau sejauh mana aku lari, aku tetap tidak akan dapat lari dari rasa hati sendiri...tp selagi aku mampu aku akan tetap lari dari dia. Berkali aku pohon pengertian dia. Berkali aku minta dia fahami setiap patah dari keputusan aku. Berkali sudah aku menangisi semua ini biarpun dia tidak pernah memahami. Aku letih....
Saturday, April 10, 2010
Dia tidak pernah mengerti....
Dia tidak pernah mengerti kenapa aku harus buat keputusan ini. Dia tidak pernah mahu memahami alasan yang aku gariskan sejak beberapa bulan yang lepas. Dia tetap ingin meneruskan niat dulu. Masih memujuk untuk lunaskan janji dulu.... Kenapa dia tak nak faham... janji tu dah terbatal dengan sendirinya saat aku tahu dengan hakikat dan mata hati ini menyedari tentang kenyataan bahawa tidak mungkin untuk bersatu dalam keadaan dan situasi yang begini. Susah sgt ke dia nak faham apa yang aku dah ulaskan panjang lebar. Jawapan aku tetap sama dan masih yang serupa. Sedikit aku tak nak ubah dan tak pernah terniat di hati untuk mengubah keputusan ini. Sudah berkali2 aku nyatakan walau segunung sayang aku, walau selaut kasih dan cinta aku... tak semesti akhirnya dengan sesuatu yang indah. Banyak kali sudah aku bgth, biarkan aku sendiri. Jangan lagi di ggu dengan persoalan itu. Cukup laa dengan kesilapan yang pernah aku buat. Tidak mampu lagi rasanya nak tanggung rasa bersalah yang menggunung. Remuk hati dengan kegilaan dia. Memang dia gila.... dan aku juga tidak kurang gilanya... AHHHHHH!!!! tekanan ini dah cukup untuk aku. Jangan la di tambah lagi. Dah lama aku telan setiap yang sakit ini.... sedirian.... Aku tenang dengan cara aku. Tahu walau sejauh mana aku lari, aku tetap tidak akan dapat lari dari rasa hati sendiri...tp selagi aku mampu aku akan tetap lari dari dia. Berkali aku pohon pengertian dia. Berkali aku minta dia fahami setiap patah dari keputusan aku. Berkali sudah aku menangisi semua ini biarpun dia tidak pernah memahami. Aku letih....
Monday, March 22, 2010
Antara derita dan bahagia...
Andai derita itu bila aku bersamamu, aku sanggup kehilangan sejuta bahagia.
Andai derita itu saat kita bersama, aku rela pinggirkan sedekad bahagia.
Andai bahagia hanya sesaat tika kita saling memiliki, biarkan aku terus derita dengan mencintai mu.
Bahagiakah aku memiliki mu dengan hadiah derita buat mereka?
Bahagiakah aku mengambil kamu dari mereka?
Bahagiakah janjinya nanti jika seluruh hati aku menanggung rasa bersalah?
Bahagiakah nantinya aku jika Irfan n Irdina bertanyakan mana Papa mereka?
Yakin aku dengan jawapan hati..... aku pilih derita kerana aku bahagia mencintai mu.
Redha untuk tidak memiliki...
Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu....
Luas-luas lautan terbentang, luas lagi cinta aku pada kamu.....
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh luka....
Monday, January 11, 2010
Redha
Kala hati merusuh walang
Jiwa tertekan pada hakikat
Rela dan terpaksa
Cuba untuk aku leraikan
Setiap kekusutan yang membelit
Redha aku pada sejalur kenyataan
Bukan dia untuk ku
Bukan aku untuk dia
Tidak kami untuk bersama
Redha aku dengan azimat
Ini bukan permainan
Akur aku dengan ceritera ini
Senyum manis ku buat penamat
Ada titis di tubir mata
Menahan sendu pada lambaian akhir
Bukan dia untuk ku.
Saturday, April 11, 2009
Saya dan dia bersama kisah calar dan carik cerita.
Semoga terus ampuh bersama seribu impian dan harapan yang berbunga.
Saya
Ada satu kisah yang tak pernah saya bongkarkan pada semua, even Acha, Nani, or Puteri juga tidak pernah tahu dan tidak akan tahu kisah ini.... tp saya kongsikan kisah ini dengan dia orang yang saya kenal hanya sebulan yang lepas.... bengongkan saya? selalunya itulah unggapan yang tepat untuk saya bila setiapkali mengambil tindakan-tindakan yang agak nyata sedikit erti kebodohannya. Apa ayat dia jampikan untuk saya ni? Lancar je lidah saya membaitkan kata. Tersusun indah dari satu episod ke episod dan bab seterusnya hinggalah pengakhiran kisah itu. Yang menarik tidak setitis pun airmata saya menitis kerana kisah calar itu. Tidak sekalipun saya berhenti melainkan pada titik terakhir perceritaan saya. Sungguh kagum saya, kerana selalunya bila saya kenangkan kembali kisah yang calar itu, pasti akhirnya airmata, sedu sedan dan lena saya bersamanya. Bagaimana saya boleh menjadi salah satu watak kepada perkisahan itu? Kenapa saya yang membawa watak malang dalam kisah itu? Menyesalkah saya? Dan hakikatnya itu adalah antara tulah-tulah kesilapan, bilah-bilah dosa yang saya dambakan keampunan Yang ESA.
Derita rasa makin menyengat dan saya fikir mungkin ini adalah episod pembalasan untuk saya lebih belajar dan kenal erti kehidupan yang sebenar-sebenarnya. Apapun kisahnya saya benar-benar mencari erti padanya.....persoalan kenapa dan mengapa wujud seiring dengan kesinambungan episod-episod yang tercalar.
Dia
Hanya manusia biasa seperti saya. Tidak ampuh. Lemah. Serba kurang dan saya melihat dia dari sisi saya manusia yang lebih banyak kelemahan dan kekurangan berbanding dia. Tidak sekali pun dia mencelah saat saya aturkan kata, susun bicara pada satu kesinambungan yang berterusan sehingga tamat kisah dan dalam hela nafas..... "D, itu lah diri E yang D nak kenal".
Tenang dia sambut kata saya "Siapapun E, apapun kisahnya, E tetap istimewa dan D tak akan sesekali menafikannya" Saya diam.....bisu hingga dia aturkan ayat seterusnya. Cerita dan kisah berganti. Saya pula yang diam memberi laluan untuk cerita dia bersambung dari siri pertama hingga tamat episod di garap. Tenang juga biacaranya.
Carik cerita dia sama seperti calarnya kisah saya. Dan saya akui bersama kisah calar dan carik cerita itulah kami mengenal erti yang sukar untuk di ungkapkan. Saya mencari seseorang seperti dia untuk di dekati, untuk saya dampingi, untuk saya kongsi dan habiskan ruang masa bersama. Usai Subuh awal pagi tadi....saya garap satu pengharapan... semoga Allah mendengar, semoga ada bahasa yang faham bila ada hati yang tiba-tiba senyum dalam kebisuan.
~titik~
Nota 2 : Nani, aku juga pernah membait kata untuk kongsikan sekali pun hanya hati yang membisik, tp aku tidak di beri keyakinan untuk menuturkannya. Kegusaran aku atasi semuanya itu.
Nota 3 : Dia, honestly saya sukakan dia.... saya rasa selamat dengan dia, saya rasa tenang dengan dia, saya sukakan cara dia layan saya, ada rindu untuk dia. Ada senyum pada hati yang bisu ini. Dia tak ubah macam Crustacea saya yang dulu..... saya jumpa orang yang boleh melarik bahasa selari dengan detik di hati bisu saya.
Monday, March 2, 2009
Menghitung kenangan
Saya tidak bercadang untuk mencoret kata yang panjang. Sekadar bercerita dan berbahasa dari kenangan yang melatari hari-hari sebelumnya. Dulu saya sering kali menyalahkan Takdir bila hati dan jiwa diasak gelora pada ombak sebuah kehidupan. Sering kali mempersoalkan kenapa dan mengapa saya harus lalui kehidupan sebegitu? Kini, bila usia semakin menginjak ke angka 3 saya buang semua rasa itu sejauh mungkin. Saya kuburkan semua keperitan silam dan saya hanyutkan semua yang terlorek dulu hanya pada lipatan kenangan yang mungkin ada ketikanya saya perlu menghitung kembali, menilai dan mentafsir sendiri. Mencari nilai dan membina kekuatan dari rentetan yang panjang dan penuh pergolakkan.
Allah sayangkan kita kerana itu dia uji kita dengan bermacam2 rencah pada laluan sepanjang kehidupan ini. Dan itu lah yang saya fikirkan sekarang. Apa saja yang berlaku, saya cuba positifkan minda saya. Allah menguji kerana DIA tahu kita boleh dan berjaya harunginya. Berapa lama masa diperuntukkan, berapa lama menghitung kesal, sedih, benci, sakit hati, rasa marah, rasa kecewa, akhirnya saya telan penawar kehidupan ini dengan rasa kesyukuran yang tinggi kerana Allah masih bagi saya peluang untuk melupakan semua rasa itu, Allah buka ruang untuk saya cipta keindahan rasa yang kian mengukir hari ini. Alhamdulillah....selayaknya pujian ini hanya untuk DIA.
Insan yang penuh kasih sayang, yang sentiasa ada untuk saya dulu, hari ini dan selamanya. Tanpa mereka rasanya tidak sampai saya ke tahap hari ini. Kekuatan itu saya pinjam dari Mak Long saya...berbicara dengannya penuh ketenangan dan darinya saya banyak belajar untuk jadi seperti hari ini. Nenek juga.... sekalipun bicaranya kadang2 mencuit rasa di hati saya tahu itu semua untuk kebaikan saya. Kenangan ini saya abadikan pada Konvo 2004. Hakikatnya ada cerita....saya yang konon-kononnya tak nak g konvo tu.... ada peritnya yang saya telan waktu tu... titis airmata saya kering dalam lena.
...dan sms yang bertalu serta email panjang dari insan ini menyentak rasa di hati saya. dengan semangat yang saya pinjam dari dia saya gagahkan kaki melangkah balik kampung dengan sebu rasa. Terima kasih Cha, kalu tidak kerana dia tak mungkin saya ada pada hari tersebut, dan mustahil untuk saya abadikan kenangan seindah ini. Indah sebenarnya sekalipun gelora membentangi jalan. Mustahil saya bleh senyum kerana bila bersamanya saya berkongsi banyak rasa dan hakikatnya saya berhutang nilai kedewasaan, harga sebuah persahabatan dan kasih sayang seorang sahabat dan teman sepanjang jalan dengannya. Saya terlalu menghargai keindahan rasa dari persabahatan kami. Saya menghargai dia yang sentiasa ada untuk saya. Saya tinggalkan rumahnya dengan tangisan di hari bahagianya bila terasa akan kehilangan dia...tapi saya silap kerana dia tidak pernah hilang dari saya. Apa jua keadaan yang ada dia sering hadir, dia kongsikan semuanya dengan saya, Alhamdulillah Nazmin begitu memahami hubungan kami. Dina juga faham Auntie Ida selalu curi masa Mummy dia.Terima Kasih Sabahat.
Entry ni saya siapkan dah hampir sebulan yang lalu.
Baru je rasa nak publishkan.
Menghitung kenangan di sepanjang jalan kehidupan
meninggalkan titis airmata kering di tubir mata dengan sendirinya.
Hari ni bila terpaksa sekali lagi menghitungnya,
saya kian sedar kelemahan diri....kian terserlah kekuatan
yang kian menyusut.
Saya tidak punya kekuatan untuk melawan
kerana sekeras mana pun hati saya
saya tahu saya seorang yang lemah.
Bak kata Acha...saya ni baik sepanjang masa.... huhuhu
sorry Cha aku tahu ko dah bosan ngan sikap
dan perangai aku yang ni kan...?
Mungkin Acha je yang faham..... dan
Terima Kasih Cha untuk semua ini.
Bertuah di anugerahkan TEMAN, SAHABAT dan KAWAN
seperti kamu...
Semoga semua yang terbaik dari DIA untuk ko.
Friday, February 6, 2009
Aku, Cinta dan Saya.....
Monday, December 22, 2008
Suka atau duka tetap yang terindah.... itulah kenangan.
Semalam saya amik kesempatan tuk selongkar segala khazanah yang ada dalam bilik saya yang makin semak... nak kena sort out balik.... kalu yang tinggi nilai sentimentalnya saya simpan lagi.... kalu yang dh rasa lapuk n ingatan padanya pun kian pudar adalah baik saya musnahkan dari terus memenuhkan kotak biru di sudut katil.... huhuhu.
Akhirnya..... yang tinggal....
cebisan2 kertas tu adalah untaian kata2 yang saya garabkan. dulu zaman belajar suka sgt conteng ujung buku / nota .... jadi tu yang kena koyak jadi cebisan2 cenggitu.... ada surat dari si camar, salinan surat saya buat si camar, kad raya yang camar bagi, koleksi puisi hasil kosong minda saya, 3 biji diari yang mmg terkesan di hati saya dan ada beberapa pucuk surat yang saya cuba simpan lagi.... antara yang sy tak sanggup nak jadikannya abu kenangan.
yang mcm kain baju itu, sememangnya hak milik saya.... baju2 lama yang dh expired. baju2 zaman kegemilangan lemak kat badan saya.... jadi semuanya dh tak leh pakai.... so kita lupuskan dia... :D
Kenyataannya saya tak buat pilihan ke Sarawak.
Hati saya sakit bila ada yang kata saya melarikan diri.....
Ah... senang sungguh lidah membaitkan kata,
sedang hakikatnya kamu tidak pernah kenal
akan diri saya yang sebenarnya....
jadi jaga lidah anda.
Wednesday, May 7, 2008
Kenangan yang tersingkap.....

Sayang….
LOVE is something we do, not say…
A Girl asked a Guy if he thought she was pretty, he said …no,
She asked him if he would want to be with her forever…and he said no,
She then asked him if she want to leave would he cry, and once again he replied with a no. She had heard enough. As she walked away, tears streaming down her face, the guy grabbed her arm and said … you’re not pretty, you’re beautiful. I don’t want to be with you forever. I NEED to be with you forever. And I wouldn’t cry if you walked away…I’d die… and that’s how I’m going to answer…kalau sayang terlintas untuk tanya seperti itu…. LOVE ya!!!
Thursday, April 24, 2008
Antara kesian dan cinta....?
”kalu ada orang lain datang merisik, awk terima laa, jgn arapkan sy lagi. Setakat ari ini sy masih tak boleh nak lupa kan Sue. Sy mtk maaf bukan niat nak permainkan awk dan juga bukan niat utk sy tipu keluarga awk sy cuba utk menerima awk tp sy gagal. Sy tahu sy bersalah bila situasi jadi setegang ini. Sebenarnya dulu sy kesian kan awk. Sy syg awk tp tak boleh nak terus menyintai awk.” antara inti conversation semalam. Kelu aku utk menyahut kata dari dia. The word of ”KESIAN” cukup memberi kesan yang amat dalam utk aku. Tiba2 aku teringatkan cerita 8 tahun dulu. Cerita aku dan Ayie. Huh!!! Mungkin salah faham 8 tahun dulu pun lahir nya dari kesian. Semalam aku godek kembali cerita2 lepas. Bukan maksud utk aku tambahkan parah di hati tp utk aku menilai kembali pengertian cinta yang ada dlm diri aku. Mungkin silap itu dtg nya dari diri aku sendiri.
Aiman bagi aku respon yang memaksa aku berfikir dan dan menjawab setiap persoalan yang di utarakan nya. B4 aku call fizi smlm pun aku ty pendapat personal counselor aku ni... dia mula2 tak bagi sbb dia tahu aku tak kan tenang bila pk soal ni. Tp aku yakinkan gak yang aku dh ok dan dah bersedia utk merungkaikan persoalan ni...akhirnya aiman akur dgn aku. Late of nite, he called me..... nasib baik time tu my voice dah ok dan tak der tanda2 yang aku wasted my tears lagi...huhuhu aiman tertipu mlm td.... this is what he said “try to cross the time. Kalu dia sendiri amik masa 3 thn nak lupakan cerita cinta yang tak kesampaian…. Apa kata pendekkan….. amik seminggu ke 2 minggu ke… sebulan ke…. Enuff laa tu tuk melupakan kesakitan yang ada…. Knp nak bazirkan masa bila kita dh dapat kepastian itu? Kenapa nak terus meratapi pd cinta yang tidak di hargai? Knp nak terus seksa diri bila kita ada peluang utk terus bangkit? Berbaloi ke dengan apa yang kita tanggung sdgkan dia tak pernah fikirkan tentang diri kita? Berbaloi ke bila bersedih dgn semua ini? Kalu ida rasa berbaloi..... bersedih lah!! ” erm.... aiman cukup marah bila tahu aku menangis or bersedih..... so everytime aku nak menangis or bersedih dia suh aku bayangkan muka kambing tgh senyum... hahahhaha.... smpai ari ni aku tak leh byg mcm mn laa rupa kambing bila senyum.
Aku mmg tak leh lari dari acha... nak tak nak aku cari gak acha.... sorry cha sbb aku terlalu byk menyesakkan kepala ko dengan permasalah bodoh aku ni .... sorry dear for keep disturbing u.... Min, sorry sesangat coz aku sering curi masa wife ko ni..... Dina, mama ida mtk maaf k.... always amik masa mummy dina.... thanks a lot for your support.... aku sms acha just nak dia tahu n sememangnya aku tak bleh nak keep benda ni sensorg…. She is the best for me. This is acha’s sms “ pada aku dlm mencari cinta tak salah org tu kesiankan kita sbb lama2 cinta dan sayang tu akan dtg utk halau rasa kesian tu. Then if kesian tu tak bertukar menjadi satu rasa yang positif, kita jgn paksa utk jadi ke arah itu. Keadaan tu akan jadi bala pada kita. Kalu dia dah putuskan begitu jgn laa paksa. Jgn buat sst yang kelak akan merugikan segala apa yang dah ko korbankan. Kesian tu bukan perkara yang buruk da, sbb kesian itu bleh jadi sst yang positif. Kita mungkin tak tahu mcm mana nak bentukkan rasa kesian itu. ” aku bukan memaksa cha, aku Cuma nak tahu kenapa dia bleh boleh tipu diri sendiri yang kesannya tertinggal utk aku rasa?
Kdg2 kita lupa bila kita terlalu ingin kan sst itu menjadi hak dan milik kita. Kita lupa hakikatnya tidak semua yang kita fikir baik utk kita adalah terbaik dlm perancangan Allah swt. Aiman pernah bgth aku... ”Allah tidak akan mengambil sst yang ada pada kita melainkan untuk di gantikan dengan yang lebih baik”. Semoga Allah akan temukan aku dengan sesorang yg jauh lebih baik dari apa yang aku lihat ada pd fizi. Semoga di perjalanan selepas hari ini, aku akan jumpa dengan jodoh yang Allah maktubkan di Loh Mahfuz.
As acha said, aku sorang yang tak penah kenal erti putus asa dlm mencari cinta.... dan aku akan tetap mencari cinta aku..... mencari sehingga aku pasti itu lah cinta yg aku cari selama ini. Cari tetap kena cari... aiman yang cakap.... kata nya yang pipih tak kan dtg melayang, yang bulat tak kan dtg bergolek... so teruskan episod pencarian ini. Meski pun aku rasa aku dah rebah tp aku yakin akan ada tangan yg sudi utk memimpin aku utk terus bangkit, bertatih kembali dan terus berjalan dlm menelusuri perjalanan kehidupan ini. Mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, 2 thn lagi.... or bila2 pun masa nya aku akan jumpa org itu dan aku tetap berharap akan ada erti cinta dari mana mana sudut erti kebahagian yang ada, kerana aku yakin dengan janji Allah swt.... kita di jadikan berpasang pasangan utk saling mengenal dan saling melengkapi fitrah kejadian.
Antara kesian dan cinta aku lebih mengharapkan agar tidak wujud nya kesian sbb pd aku bila hubungan itu bersandarkan pd kesian ianya tak akan membawa kita ke destinasi yang kita nak..... bila kesian tu mula menipis..... syg yang pernah terlahir turut sama terhakis..... hakikatnya ini lah kesan yang tertinggal utk aku bawa sebagai pengalaman dan kenangan sebuah kehidupan.
Wednesday, April 9, 2008
Tangisan Semalam.....
aku terlalu inginkan kebahagian dan kegembiraan macam acha n k bie. bahagianya mereka.... dengan adanya dina and alya lengkap dah kehidupan mereka. tinggal je lg aku yang masih lagi mencari erti kebahagian aku sendiri. di mana? bila? dan bagaimana? special thanks to acha sbb tak pernah lupakan aku dlm kebahagiaan yang dia ada, thanks cha sbb kongsi kehadiran dina dengan aku.... aku sangka kan yang aku dh jumpa apa yang aku cari selama ni... tp sayang aku yang silap perhitungan, salah pertimbangan yang akhirnya aku terpaksa senyum dalam deraian airmata. aku terpaksa gelak dalam rintihan hati yang kecewa. ketabahan hati yg kian merapuh.... aku rebah di persimpangan yang hampir aku tujui, aku tersungkur di hujung ego seorang lelaki.
di saat saat macam ni, aku perlu kan ruang utk aku kutip kembali kekuatan yang hilang, aku perlukan ruang masa utk aku bina ketabahan yang merapuh, utk aku cari kembali nilai hati yang terserak... aku menangis dlm resah hati kian terasing.
Monday, February 11, 2008
In Relation.....Double 'H'
Baru kelmarin aku bicarakan tentang sakit nya hati bila di kecewakan. Luluhnya rasa bila kasih sayang dinafikan haknya. Tp ari ni aku bangkit dan kembali menulis dan bercerita tentang keajaiban cinta. Kenapa bila tiba2 kita seolah2 baru tersedar dari tido dan mimpi yg panjang yang mana segala kesakitan itu hanya dlm mimpi dan reality nya adalah apa yg kita rasa ari ini.
Nak citer ke tak nak? Nak citer ke tak nak…..? nak mula mcm mn? Huhuhuh….. bagai nak pecah aku fikir
Erm… angin perubahan dlm diri semakin aku rasai. Belajar untuk mnerima dan akhirnya aku kena akur jika ini takdir dan jodoh aku. Kalu nak ceritakan ttg dia, aku sendiri blum kenal dia sepenuhnya. Tp apa yang boleh aku nyatakan…ada beberapa faktor yang menguatkan naluri aku dia ikhlas dan jujur. Tu yang aku harapkan.
**Ya Allah, jika dia sememangnya tercipta untuk ku, dekatkan hati kami berdua. Kuatkan rasa cinta kasih dan sayang antara kami. Zahirkan rasa ini dengan restu semua. KAU pemudahkan segala urusan kami. Semoga kasih sayang anugerah MU ini akan terus berkekalan dalam hati kami.**
Monday, February 4, 2008
just him....
1 Feb 2008, met someone yang dh bertahun aku nak jumpa. Rasa2 nya aku kenal dia dh hmpir 2 tahun yg lepas. B4 aku dtg IPIK ari tu aku ada bgth dia so dia promise akan cari ruang masa dia tuk jumpa aku. Dulu dh byk kali plan nak jumpa tp tak pernah menjadi. Siap ngan gaduh2 bagai. Aku dh berkerat rotan. Kalu ikut mmg tak nak jumpa dia. Aku th dia terlalu bz. Tp di sebabkan satu perkara yang menjadi keperluan aku….. aku pejam mata kuar gak ngan dia ni. Aku tahu semua org tak akan bersetuju dgn aku. Tp aku ada alasan aku tersendiri knp . biar sejuta org mempersoalkan nya aku tetap dgn apa yg aku fikir.
Simple and very humble person. Semua sangkaan aku selama ni jauh sekali meleset. Aku tahu tu laa first and last aku jumpa dia. No more. (May Be) sbb lepas ni dia akan ilangkan diri lagi as usual. But aku janji… aku
One day, I’ll pay him back. This is my promise…. And I hope akan ada satu ari di masa hadapan utk aku pulangkan ‘pemberian’ ini even dia ckp aku tak perlu berbuat demikian.
$** kadang2 antara kebenaran dan silap bahasa hati kita keliru antara prinsip dan akal yang berselirat**
Wednesday, January 9, 2008
Selamat Tinggal Semua
erm.... 3 thn kat kumpulan perunding (1988). byk pengalaman ttg kerja yg aku bleh kutip. dapat lak bos yg very helpfull, understanding n supportive.... bab keja laa.... lain2 laa aku rasa di lelaki kejam... :D. huhuhuh sorry bos.
WKA : aku suka ada bos mcm dia ni. byk bg peluang tuk aku maju dan berdaya saing. dari buta kayu ttg semuanya hingga dia bagi aku kepercayaan tuk buat keputusan sdiri ttg company.... dari aku jd admin asst cum PA dia... hingga dia promoted aku jd Acct Asst cum PA dia gak.... lepas ni tak der lagi aku yg selalu nyibuk ttg schedule dia.... sure WKA rindu kat aku nnt.
HAR : no longer with this company.... his last day 22/Dec/2007 that day... tp this big giant selalu cari pasal ngan aku. suka cari salah aku. paling aku hangin, bila dia letak salah atas aku sdgkan salah tu dari dia..... apa laa... sedey tau ida Abg ### wat mcm tuh.... sib baik bos dh masak ngan prangai dia.... maaf ek.... tp, bengang2 pun seronok time stay back kat office... :D
RRK : thanks selalu ada adiah kecik tuk aku bila dia g memana... plg best rantai from China n loket bentuk hati dr Phuket.... thanks.... suka blnja aku bila aku wat claim dia.... favorite kami, Zinger Burger & Kyros Kebab.... ujung2 ni aku dpt cerita sedey bout him..... RRK, sabar ek....
As : Hope ko tak lagi blur bila wat keja. yakin ngan diri sdiri k. tu penting. kalu tak selagi tu laa bos marah ko bila ko buat salah yg sama.... at last aku gk nnt kena wat keja ko... dulu2 la.... kihkihkih... kalu dh bos tegur sekali tu cuba ek... jgn buat lagi.... huhuhu... i know u can do it better laa...
RAG : ada yg terguris hati, tp ida dh lupakan semua tu.... maafkan ida kalu pnah menyusahkan. terima kasih.
huh..... tu je kot aku nak highlight kan.... eheheheh.
hope sumer nya baik2 belaka. nnt kalu2 teringat kat aku... igt laa choc cake yg selalu aku bwk office yg selalu nya tak cukup korang kerja kan especially my boy... MSN.... :D
to MSN, kak ida dh byr ek utang ko nak puding gula hangus... so puas ati?
lepas esok, aku bukan lagi staff kumpulan perunding (1988) sdn bhd.
gud luck to all.... sembah ampun tuk semua salah n silap selama 3 thn melakar kenangan bersama. WKA n all, thanks for give me the opportunity to be part of the team.
** Kadang2 kita tersadung di jalan penuh liku, dan ada ketikanya airmata tidak mampu lagi merawat luka yg tercarik di hati**
Sunday, January 6, 2008
2007 dalam kenangan & harapan 2008.....
2007
- 2007 yang kini dh jadi kenangan tinggalkan aku byk pengalaman dan kenangan tuk aku teruskan langkah ini. dalam kekecewaan, dlm kelukaan, dlm resah dan gundah, dlm sakit berdarah, di saat2 aku hampir berputus asa, Alhamdulillah penghujung tahun ada rezeki Allah tuk aku. aku berjaya dlm KPLI 2008. dan mungkin ini lah episod baru utk idup aku seterusnya. sebahagian nya aku berjaya mengubat luka yg tercarik. sebahagian besar kejayaan ni jadi kan aku lebih tabah dan kental jiwa. dalam ketidak tenangan yang meraja, aku mencari sedikit penawar utk menyembuhkan nya. dlm segelas madu yang terhidang.... ada racun di juringnya yg bisa membunuh namun kekuasaan Allah itu Maha Besar dan tiada tandingannya. dlm resah hati yang berpanjangan ni, dlm kelalaian seorang hamba, DIA dtg kan secubit keinsafan bersama suluh diri yang nyata. Syukur seorang hamba pada TUAN yg HAK dgn hadiah keagungan ini..... Alhamdulillah segala puji itu hanya utk yang ESA.
- 2007 menyaksi kegagalan seorang pencinta utk menemui cinta yg di damba. :D. aku gagal lagi.... bak kata seorang teman.... akan ada sesorang yg bersedia memimpin tangan kita tuk teruskan langkah dan sisa kehidupan ini bersama... dan aku harap....aku akan temui tangan yg di maksudkan... cinta pada aku dtgnya bersama tanggungjawab dan komitment. berlayar dgn nya hati yg penuh ikhlas. mungkin hati aku tak ikhlas lg...so aku tak di pertemukan dgn tangan yang bakal membawa dan memimpin perjalanan aku nnt.
- 2007 turut menyaksi kan lembutnya sekeping hati utk melupakan kenangan perit lebih 20 thn yang sekian lama di usungnya. Kurniaan Allah itu cukup bermakna... aku tahu erti kebahagian sebuah keluarga.... aku kenal saudara mara yang tak pernah lupakan kewujudan aku meski hakikatnya dulu aku selalu menyisihkan diri....lari dari kenyataan dan kebenaran hidup. betapa bodoh nya aku satu waktu dulu... "Abah.... anakmu mtk maaf utk dosa2 lepas. Ampun kan anak mu ini dan restui lah perjalanan nya tuk hari depan".
- antara mereka yang tak pernah hilang dari kehidupan aku meski tenat jiwa melanda, dlm gelak tawa bersama, bersama tangisan yg di titiskan.... terima kasih yang tak terhingga utk kamu semua.... {Acha, Puteri, Nani, Fizie, P.C, Aziey, & keluarga tercinta}
2008
2008 datang bersama limpahan kurniaan Allah S.w.t. ada harapan baru yang aku galas. semoga kehidupan baru ni memberi aku mkna yg nyata.
tinggi nya harapan aku utk 2008 yg akan terus aku tempuh. semoga ada bahagia tuk aku, semoga aku akan lebih tenang dan tabah. semoga tiada lagi episod duka buat aku. Semoga aku akan jadi pendidik yang baik, semoga aku akan jadi anak yang terbaik, semoga aku akan jumpa mutiara cinta untuk aku sematkan sepanjang kehidupan ni, semoga kebahagian, kejayaan dan ketenangan akan berterusan utk aku. semoga aku boleh membahagiakan org lain dlm kehidupan aku ni...semoga aku mampu mengembirakan hati mereka, semoga aku berupaya utk buat mereka terus tersenyum....
" Ya Allah, sesungguhnya kurniaan MU ni terlalu hebat, hamba MU ini sujud pada MU, MengESAkan kekuasaan MU, bersyukur dengan Limpahan Rahmat MU. Bersyukur dgn peluang yang KAU beri kan ini. Bersyukur kerana kasih syg MU tak pernah hilang meski pun aku pernah lalai dan alpa dengan MU. Ya Allah teguhkan hati ku ini. Kuatkan semangat dan jiwa hamba MU ini. Tunjuk kan aku jalan Keredhaan MU."
Sunday, December 23, 2007
Nani Mastura Muhammad
Aku suka tgk ketabahan dia dan kekuatan yang cuba di tunjukkan even dlm ati dia simpan 1001 cerita luka dan kekecewaan. dia seorang yg prihatin dan aku bangga jd kawan dia sbb dia byk perbetulkan aku. dia syg aku mcm mn aku syg dia. nani, aku tahu aku penah tipu ko, aku penah susahkan ko, aku pnah jadikan ko alasan bila aku plu menipu dgn family aku.... thanks sbb ko faham aku. aku mintak maaf sbb sering heret ko bila aku ada masalah.
Nani, td bila tiba2 ko nangis aku turut rasa deraian nya. aku rasa bersalah sgt2. jgn rasa kehilangan aku k.... aku ada bila2 masa ko perlukan aku. ala... kita kan kentut n taik.... mn leh pisah aroma yg cukup best tuh.... jauh mana pun selagi aku ni ko pggl ida aku tetap kentut tuk taik ko ..... ehehehh... now apa yg penting jgn putus asa k. jgn berputus arap. selagi ada daya usahakan. ko th kan aku hmpir2 berptus asa dgn idup aku. aku sendiri tak mmpu dah nak tepis dugaan Allah tuk idup aku tp aku igt ko pnah bgth aku.... kena positif dgn idup. apa yg kita tak der tu bukan tuk kita dan apa yg kita ada ini lah hak kita dan anugerah Allah tuk kita kan? Allah bg kt jalan tuk teruskan idup ni.
Nani, thanks sbb jadi kawan aku.
Wednesday, December 19, 2007
Segala Puji Buat Allah Yang Maha Kuasa.
terima kasih jga utk team Crafvity / ekpli especially our sifu Cikgu Wan Faizol. tnpa perkongsian ilmu yg ikhlas dr beliau rasa2 nya aku pun tak yakin tuk sesi interview ari tu. hanya Allah sja yg bleh membalas jasa dan budi beliau juga rakan2 ekpli yang lain.
aku dh letak surat cinta tuk my director. hope dia bleh terima surat tu dgn rela huhuuhuh... aku th dia mesti rasa kehilangan aku. staff dia yang tak pnah abaikan dia. dr zaman aku jd admin asst hgga dia promote aku jd acct asst aku jaga schedule dia. aku yg pg2 kemas bilik dia. susun file2 yg menimbun kat bilik dia. dia pasti rindukan aku hikhihkhihkhik.... sabar ye bos.... hope 1 day ada some one yg jauh lebih bagus dr sy tuk jaga semua kebajikan bos kat office ni ok .... sebenarnya aku byk berterima kasih pd bos aku ni.... dr zaman aku buta kayu ttg keja2 office ni hingga dia bg aku kepercayaan mcm ari ni. syg aku nak tgglkan office ni tp.... ni haluan baru idup aku.... sememangnya ini peluang yg dh lama aku tunggu kan.
Wednesday, December 12, 2007
Menghitung hari dalam debar
" Ya Allah Ya Tuhan Ku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ampun lah segala dosa dan noda hamba Mu ini. Jauhkan lah aku dari segala penyakit hati. Tunjukkan aku jalan menuju Redha Mu. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya padaMU aku gantung kan harap. PadaMU juga aku terus memohon. Ya Allah, murahkan rezeki aku dari mana2 cabang rezeki mu. Kau permudahkan lah setiap urusan dan langkah aku. Kau berkati dan rahmati lah hidup aku. Berikan aku kejayaan dari apa yg aku ingin kan. Semuanya adalah dari catatan pasti dari MU. Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi tiada Tuhan yang layak aku sembah melainkan Engkau dan Nabi Muhammad itu Peauruh MU. Amin ya Rabb al Alamin.... "
Saturday, December 8, 2007
Kesilapan @ Mistakes
Salam semua. Today aku rasa aku nak bercakap tentang kesilapan @ mistakes in our life. everyones yg bernyawa tak leh lari dari kesilapan or mistakes ni. tanya lah sesiapa saja...pasti mereka akan mengangguk mengiyakan nya. Pada aku, kesilapan adalah perlu. Dengan kesilapan lah kita belajar utk membetulkan sesuatu. Dengan kesilapan laa kita belajar utk lebih berhati2. Kt akan belajar utk lebih menghargai. Kita akan matang dengan kesilapan yang berlaku. Kita pasti tak nak kesilapan yg sama berlaku dalam idup kita kan? So, try the best tuk tak ulang kesilapan yg sama berulang kali. Kadang2 kita akan kalah dgn perasaan kita tp sekurang2 nya kita mencuba yang terbaik. Bila berlaku kesilapan itu bukan bermakna kita gagal dalam idup. apa yg menggagalkan kita adalah bila kita tak perbetulkan kesilapan itu.Ada seorang kawan, sering menyalahkan diri sendiri atas kesilapan yg berlaku dan aku selalu cuba utk perbetulkan tanggapan dia. Walau hakikatnya aku juga kadang2 tersasar. tp bila aku bg dia ingatan itu juga lah cara aku tuk memperingatkan diri aku sendiri. Aku cuba heret dia utk melihat kesilapan sebagai perlu tuk kita jadi lebih matang, utk kita lihat idup ni dari sudut yang berbeza. Jgn kesahkan apa jua yg org akan perkatakan pd kita bila kita buat silap. Dgr apa kata hati kita dan perbetulkan apa yg silap.
Aku dan kesilapan.... banyak kesilapan aku dalam idup. semua nya berpunca dari kelemahan diri sendiri. Sejauh mana kelemahan ini akan terus membayangi diri? Aku silap bila mudah mempercayai. Aku silap bila terlalu emosional. Aku silap bila tak penah fikir panjang utk amik satu2 keputusan. Aku silap bila aku mencari CINTA. Aku silap bila biarkan hati terluka lagi. Aku silap bila aku jumpa dia. Aku silap bila aku jatuh Cinta dgn dia. Aku silap bila heret bayang dia sepanjang lorong idup ni. Aku silap bila tak bagi peluang utk diri sendiri. Aku silap bila aku tak bg peluang tuk org lain sama. Aku silap bila tidak memaafkan. Aku silap bila hati berbunga benci. Aku silap bila terus mengingati nya. Aku silap bila aku tak pnah lupakan ungkapan ini ... 'Ida, jauhnya salah faham antara kita'. Aku silap bila setiap kali aku pejamkan mata, aku berharap agar hidup aku berubah. Aku silap bila setiap kali aku renung bulan di langit, aku beranganan utk jadi seindah bulan.
Selagi kaki mampu melangkah, selagi nadi berarus nafas, selagi kita di panggil insan, selagi itu lah kesilapan akan wujud dalam hidup kita.
Monday, December 3, 2007
Kegilaan Aku
Wednesday, November 21, 2007
Bahasa Hati Tentang CINTA
bila bercakap soal CINTA, aku tak jumpa lagi apa itu CINTA SEJATI? sepanjang2 lorong hidup ni, aku pernah berganding tgn dgn bermacam2 jenis dan perangai lelaki. aku mula mengerti erti sebenar yang aku cari. aku bukan perlukan lelaki yg dtg hanya bersama CINTA. aku butuh kan lelaki yang bukan sahaja menerima tp juga akan turut memberi. lelaki yang tahu utk merawat bukan sekadar membebat. aku perlukan seorang yang boleh jadi pelengkap utk episod hidup yg akan dtg. aku tak perlukan lelaki yang manis katanya bisa membunuh setiap gugus harapan yg aku gantung. aku tidak mencari lelaki yang sempurna tp aku kepingin lelaki yang bersedia utk bersama mencari kesempurnaan dgn aku. ada ker lelaki seperti yang aku lakar kan dlm kotak minda ni?
aku pernah temui lelaki yang pd nya aku menjadi sebegitu pasrah..... bersama nya aku boleh tersenyum dan menangis pada detik yg sama. sebegitu besar harapan aku pd dia.....mcm tu juga parahnya aku di hurung kecewa. rupa2nya dia bukan tuk bersama aku mencari kesempurna.... namun sepanjang perjalanan ini, dia lah yang terbaik yang pernah hadir dan berpimpin tangan bersama aku. jauh dalam hati ni, aku rindu kan detik2 4 thn yg lalu... terlalu merindui nya.... dia lah MY LUV CRUSTACEA.
hari ini, ada lelaki yang bersama aku, berjalan pd lorong yang sama, namun aku tak tahu sejauh mana perjalanan ini kami akan bersama. mungkin ada simpang di hadapan yg akan memisah kan kami. aku kini tidak lagi mencari CINTA. aku mencari keserasian yang pasti akan membuahkan CINTA. hari ini, aku tidak lagi heret bersama bayang2 CRUSTACEA. aku cuba lupakan bayangan itu. hari ini aku sedar, aku tak akan jumpa lelaki yg sama mcm dia sekali pun aku menongkah gelombang 7 lautan, menyongsong awan 7 tingkat langit.
Zaim, antara kesungguhan cinta dan inggar kata....kamu kalah untuk tentu kan jln yg sepatutnya kamu berada. jgn lagi salah kan aku dgn apa yg terbentang antara kita. Taufik Affendy, dlm setiap pembohongan itu, aku kini bijak utk menilai patah2 kata yg mustahil utk aku tarik dgn kepercayaan yg aku ada. Maaf, sebab yang ada antara kita hanya kepuraan dan bukan berpaksikan keikhlasan. Ady, kita bermula dgn janji dan yang pasti janji juga yang akan mengakhiri perhubungan kita. aku bukan lagi bodoh utk menelan dan menjadi pengikut kata yang dusta. antara mereka yang pernah ada dlm perjalanan dan di sisi lorong2 yg aku lalui. Hisyam, kita masih mencari erti dari apa yg kita rasa ini. aku tidak lagi menggantung sebarang harapan utk CINTA, namun utk bersama teruskan perjalanan ini.
Bahasa dari jiwa
Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.
*********************************************************
Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja
*********************************************************

