CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Sihat. Show all posts
Showing posts with label Sihat. Show all posts

Saturday, December 27, 2008

Punca Kegemukkan #4

Punca Kegemukan #4: Kekurangan Zat dalam Makanan

Hidayah,

Sebelum ini, saya dah tulis 3 punca membuatkan kita gemuk.
Makanan, kadar aktiviti harian dan keturunan. Kali ini saya tulis
sedikit tentang masalah kekurangan zat dalam makanan kita seharian.

Baiklah, Hidayah pernah tak rasa lapar, kemudian kita makan mee
goreng kosong dengan teh “o” ais limau kurang manis, tetapi 2 jam
selepas itu, kita rasa lapar semula dan Hidayah terpaksa makan
pula karipap 2-3 ketul.

Kenapa perkara ini berlaku ya Hidayah?
Hidayah, lapar bermaksud sel dalam badan kita meminta zat-zat
makanan tertentu dari kita. Contohnya, ia perlukan protein lebih
kurang 35g bagi mengimbangi dan menjalankan fungsi tertentu.

Tetapi malangnya kita cuma makan mee goreng yang hanya mengandungi
karbohidrat (mee), lemak (minyak masak) dan garam. Ini akan memberikan
rasa kenyang sebentar. Sel badan kita masih menagih protein.

Jadi selepas beberapa jam, sel badan kita akan menghantar signal
kepada otak supaya beritahu kita supaya makan lagi.

Kita akan makan lagi, tetapi malangnya kita tidak berikan apa yang
sebenarnya sel badan kita mahukan. Proses ini berulangan dan
menyebabkan kita TERmakan lebih daripada yang sepatutnya.

Kadang-kadang, kita cuba makan dengan sihat, sayur, buah,
kurang gula, kurang garam dan macam-macam lagi yang orang
kata sihat kita makan, tetapi kesannya tidak kelihatan.

Apa masalahnya?
1. Khasiat dalam makanan kita tidak sama lagi seperti dulu kala.
Teknologi telah mengubah kandungan zat makanan.
Saintis di Jepun, melaporkan bahawa kandungan Vitamin C dalam
epal dan oren di pasaran mereka HAMPIR KOSONG!

2. Cara memasak kita yang terlalu keterlaluan. Zat makanan akan
hilang jika terkena panas yang keterlaluan.

3. Terlalu banyak makanan yang kita makan telah diproses sebelumnya.
Strukturnya diubah, zat makanan menjadi tidak lengkap.
Fishball, fishcake, sotongball, crabstick, sosej, nugget dan macam-macam lagi.

Makanan tidak berzat biasanya murah.

Hidayah, kita perlu lakukan sesuatu supaya kita terselamat dari musibah
yang melanda kita sekarang. Cuba beberapa tips berikut;
1. Cuba tingkatkan makan makanan mentah. Buah, salad, tomato, timun,
kacang botol, pegaga, petai dan ulam-ulaman yang lain mengantikan sayur
yang kena masak. Makan sandwich dengan roti gandum berintikan tuna dalam tin,
masukkan sedikit salad, timun, tomato dan sedikit sos cili, mungkin 5-6 kali seminggu.
(Kita makan 21 kali seminggu). Sekurang-kurangnya kita sudah berjaya
buat 25% perubahan!

2. Berkira-kiralah untuk mengambil makanan tambahan seperti Vitamin C,
multi-vitamin dan macam-macam lagi yang ada di pasaran sekarang.
Cuba dapatkan dari syarikat yang terkenal di dunia, jangan ambil dari
sebarangan syarikat, kadang-kadang kandungannya tidak seperti yang di tulis.

3. Minum air kosong (kalau boleh tapis!) yang banyak supaya badan kita
sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik untuk membetulkan sistem
penyerapan zat makanan (usus besar-filli)

Hidayah, dah tiba masanya kita ambil berat tentang apa yang kita makan
sebelum ianya terlambat. Mulakan hari ini dan muhasabah diri sentiasa.

Semoga Hidayah dapat manfaat!

p.s: Jumpa lagi di keluaran akan datang!

***mana ilang yang #3 pun saya tk tahu.... jenuh cari dlm inbox tk jumpa pun****

Saturday, December 20, 2008

Punca Kegemukkan #2

Hidayah,

Punca Kegemukan #2 - KURANG AKTIVITI SEHARIAN

Pada edisi sebelum ini, saya mengupas tentang Makanan sebagai punca
utama kegemukan, kali ini ia berkaitan dengan aktiviti kita seharian.

Zaman dahulu, dimana makanan susah untuk didapati, kita terpaksa
mendaki bukit, meredah hutan, mengejar kijang (teruk juga nak berlari ni),
sepanjang hari hanya untuk makan sekali pada malamnya!

Namun sekarang, ia menjadi sangat mudah. Kalau memandu di jalan raya,
siap ada Drive Thru lagi. Kalau tampal sticker kat cermin depan siap boleh
dapat aiskrim free lagi tu!

Hidayah, sekarang makanan diproses di kilang dan diletakkan di almari pasaraya.
Tidak perlu lagi kita berkejar-kejar untuk mendapatkan makanan. Memang susah untuk
kita dengar yang kita kebuluran kerana kurang makanan.

Fenomena ini menyebabkan kita malas dan kurang bergerak. Duduk sahaja
di ofis, kedai makan, depan TV, atas katil yang empuk.

Kalau pergi berjalan-jalan pun ada esklator, lif, kalau kat airport tu, kita panggil walk-ator
kot.

Apabila aktiviti harian kita menjadi sangat minimum, kemampuan untuk membakar
makanan (metabolisma) yang kita makan akan menjadi sangat lemah. Badan kita
hanya akan membakar sedikit sahaja kerana badan tidak perlu tenaga yang
banyak disebabkan aktiviti kita yang kurang, tapi kita makan banyak!!

Hidayah , apa yang perlu Hidayah buat untuk atasi masalah ini?

Kita boleh lakukan macam-macam untuk meningkatkan aktiviti kita dalam seharian.

CONTOH;
1) Kalau pergi ke pejabat, kita parkinglah kereta kita di tempat letak kereta yang
paling jauh sekali dari pintu masuk pejabat.

2) Kalau pejabat tingkat 30, kita naik lif sampai tingkat 24, lepas tu panjat tangga
6 tingkat. Masa balik turun sampai tingkat 8, lepas tu turunlah tangga. Turun tak
penat sangat, jadi buat lebih sikit!

3) Kalau pergi pasaraya pun sama, parking jauh-jauh dari pintu masuk.

4) Depan TV kita angkat-angkatlah sikit dumble ke, atau beli alat senaman
yang jenis pijak kiri dia naik kanan, pijak kanan dia naik kiri, yang elok baru
RM150.

5) Cuci kereta sendiri. Kalau duduk apartment yang tiada paip kat bawah tu
lagi syok, angkat baldi air dari rumah!

6) Bercucuk tanam, sayur ke, bunga ke, kalau duduk rumah tinggi tu, kat
veranda atau tepi tingkap masih boleh letak pasu yang kecil-kecil tu.

7) Kalau rajin SENAMAN! Sikit-sikit dahulu pun tak jadi masalah.

Banyak lagi cara untuk kita tingkatkan aktiviti badan kita. Kalau nak seronok,
keluar duit sedikit, beli jam yang boleh kira berapa kalori yang kita bakar
sehari melalui aktiviti yang kita lakukan seharian. Buat rekod! Harganya RM450-RM600
dan biasanya dijual di kedai barangan senaman.

Hidayah tak perlu lakukan sekaligus, senaman atau aktiviti fizikal secara
mendadak. Ini akan menyebabkan otot kita terkejut. Mulakan perlahan-lahan
dan tambah dari minggu ke minggu.

Kalau Hidayah tekad untuk lakukannya dan konsisten, bayangkan setahun
dari sekarang? Pasti Hidayah akan langsing, menarik, sihat, cergas, pantas
dan bertenaga!

Setahun tu bukannya lama sangat, tsunami yang berlaku sebelum ini pun dah
4 tahun lepas!

Lakukan sedikit perubahan sekarang. Berdiri dan duduk 5 kali SEKARANG! Lihat
Hidayah dah bakar 5-10 kalori dah!

Amalkan hari ini lebih baik dari semalam!

Bertemu lagi di keluaran yang akan datang!

Wednesday, November 12, 2008

Punca Kegemukkan #1

Saya nak share satu info sihat yang masuk dalam peti inbox email saya.... dulu saya pernah daftar ngan company ni tuk amik tahu tentang dieting yang betul.... lama br dorg reply n send saya info2 yang berkaitan....jadi ilmu bila di panjang2kan dan di manfaatkan bersama lebih barakahnya kan? jadi saya panjangkan kat sini utk pengetahuan kita semua....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hidayah,

Punca #1 - MAKANAN

Hidayah, inilah punca utamanya! Kita tidak akan kegemukan jika
kita hanya minum air kosong dan hirup udara.

Realiti ini sepatutnya kita terima dan tidak boleh disangkal lagi, makananlah
yang membina LEMAK yang berlipat-lipat di badan kita sehingga kita kelihatan
lebih tua dari usia, jalan termengah-mengah, berpeluh tak tentu tempat, sakit
lutut, darah tinggi, kencing manis, malas, berat, tak bersemangat, susah nak
dapat kerja (*sebab diaorang kata orang gemuk ini malas).

Berbagai lagi musibah yang melanda kita yang ada masalah kegemukan. Hidayah, kita kena tahu badan kita sebenarnya perlukan berapa banyak makanan (kalori) dalam seharian. Biasanya, wanita 1800 kalori manakala lelaki 2200 kalori.

Kalau Hidayah kita makan lebih dari kuota 1800 - 2200 kalori ini, maka kita akan naik berat badan sedikit demi sedikit, kerana untuk naikkan 1kg berat badan kita kena kumpul 8000 kalori.

Kalau makanan adalah puncanya, bagaimana kita hendak atasinya?

Caranya,
(1) Cari penganti makanan yang boleh berikan khasiat yang cukup dan kalori yang minimum.
(2) Makan dengan berhemah, kunyah perlahan-lahan, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi banyak kali
(3) Minum air kosong yang banyak (setiap 25kg berat badan kita perlu 1L air)-dengan minum air yang banyak, kita boleh kawal selera makan kita.
(4) Mula ambil kira berapa sebenarnya kalori yang kita makan dalam sehari.

INGAT YA Hidayah, kita bukannya tidak boleh makan langsung, tapi kita masih
perlu berikan badan kita makanan yang SECUKUPNYA, kerana dari makananlah kita
dapat tenaga dan bahan-api untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik.

Bahan-api tiada = tiada tenaga = badan tidak sihat

Kita jumpa lagi di rencana akan datang!

Ikhlas dari,
Abdul Rashid
CEO/Jurulatih Kesihatan Peribadi
CSC (CyberSlimCenter) Healthcare Enterprise
www.CyberSlimCenter.com

***Tingin nak amik produk ni tapi tak mampu.... so saya wat program diet sy yang tersendiri.... alhamdulillah sy nmpk perubahannya dan kawan2 pun dah sedia maklum.... :) nnt nak wat entry saya dahulu dan saya sekarang.... ada yang nak komen tak nnt?***

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************