CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Bahasa Lensa

Salam.....
Lama tak letak gambar2 kat sini.... banyak cerita seiring dengan bertindan2 aktiviti yg menghimpit di tambahkkan lagi dengan kekacauan emosi yang melampau semua jadi celaru, keliru, yang lurus ada bengkoknya, yang tenang kini bergelora.... mungkin saya tidak perlu untuk berkongsi lagi.....

Kursus Pendidikan Luar
Untuk Guru-guru Penasihat Unit Beruniform
Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
Zon 4 (Miri, Baram, Subis, Bintulu, Sebauh & Tatau)
@ Pusat Ko-K Bintulu (SMK Teknik Bintulu)
18 Oct - 20 Oct 2009

Biarkan lensa untuk bercerita.


Belajar ikatan tali temali.... even dh penah lulus time kt mktab dulu tetap gak gagal bla nak buat ikatan lgi..... huhuhu

Pelbagai jenis ikatan tali temali

Sesi nak buat model gadget guna ikatan2 yg dah di pelajari tadi..... tekun kan i....?

Sesi nak kena wat kertas konsep.... bincang dgn khusyuk sekali......
pembentangnya adalah saya..... (paksa rela - i suka expose diri ni ehehehe)

Belajar beberapa jenis jerat untuk ikhtiar hidup in case tersesat lam utan..... stu jerat pun sy tk berjaya buat. canner kalu sesat ni?

Aktiviti Ikhtiar Hidup..... masak memasak lam utan rimba. di bekalkan bahan mentah n buluh je....

jdi ni la antara menu yang berjaya kami polah.... ayam pangsuh, ikan panggang, ayam panggang, nasik lam buluh, air kopi perasa buluh n midin bakar.
Yummy..... nyaman tek bila makan beralaskan daun.

Guru2 yg terlibat dari Zon 4, n Kenyalang yang Selamber.....

Nota kaki : 3 ari 2 malam berkhemah..... tido lam khemah u... gmbr khemah je lupa nak snap.....

Nota kaki lagi : br abih sukan MSSR zon Sebauh.... tak snap gmbr pun.... tk dan la..... 2 ari berpanas kat tgh padang.... muka i berbelang2 ni..... uwwwa.... tensen sudah.... eumora pun dh nak abih ni.... nk kena order br la.

Lagi nota kaki : 9 Nov - 12 Nov nnt.... i jadi jurulatih utk kem 1 Malaysia peringkat daerah Sebauh.... @ PLKN Similajau, Bintulu..... camping lagi..... tido lam khemah lagi.... masak memasak lagi.... tp ni biyak yang msak..... kami tgk2 je..... ehehehe

~noktah~

Saturday, August 1, 2009

Cerita Yang Tertinggal....


Salam.
Saya tak tahu di mana harus saya mulakan... cerita mana yang ingin saya kongsikan...apa pun saya mulakan dengan kata maaf kerana saya jarang berkesempatan untuk melewati blog2 anda. Ada kekangannya. Internet connection yang tidak memberansangkan, kestabilan emosi yang sedikit tergugat dan hambatan kerja yang sedikit mengejar. Bila saya tidak menjawab komen2 yang di tinggalkan utk saya, tidak bermakna sy tak menghargai anda cuma bila kaitannya dengan hati dan perasaan sy sedikit kacau. Alhamdulillah. Saya sudah dapat menerima kenyataan yang terpapar. Tak perlu saya nafikan kerana jika itu Takdir Allah siapa saya untuk menidakkannya. Pasti ini lah yang terbaik.

Dalam kekalutan yang ada, dengan jiwa dan emosi yang agak goyah, dan kesihatan yang sedikit terganggu alhamdulillah semua aktiviti yang memerlukan tenaga saya, dapat berjalan dengan baik. Sepanjang ini saya telah di lantik mengiringi murid ke dua kem motivasi yang berlainan anjuran PPD Sebauh. Kem Motivasi Pelajar Harapan (Sebauh) dan Kem Motivasi Pelajar Cemerlang (Taman Negara Similajau). Kedua-dua siri motivasi tersebut saya sebenarnya menggantikan cikgu Mai yg punya tugasan lain yang lebih penting. Apa pun saya gembira dengan pengalaman yang saya kutip. Pada ke dua2 siri kem motivasi tersebut saya di pertanggungjawabkan sebagai pengerusi majlis mengendalikan majlis penutupan. Sejujurnya saya tak pernah, tapi hakikatnya sekarang sy rasa sy bleh jdi MC yg lebih baik... (sedikit perasan).

Kepercayaan di beri, means mereka percaya saya boleh. Waktu jadi MC kat Sebauh tu suara sy serak2 itik serati.... kehilangan suara dan sakit kerongkong.... namun saya berjaya mengendalikannya. Bila kat Similajau, sekali lagi saya perlu jadi MC, trus sy tepon Pn Yon mintak beliau belikan Dequardin untuk saya.... Terima Kasih Pn Yon sebab sudi melayan karenah Ajk mcm sy ni. huhuhu.

Saya tinggalkan semua dengan bicara pada gambar yang boleh bercerita dengan lebih lagi. Telusuri jalan yang pernah saya lalui.....

Kem Motivasi Pelajar Harapan
Balai Raya Sebauh
18 - 21 Jun 2009

Saya Bangga Menjadi Guru.
Bersama Timb. Kem Komandan, Cikgu Hamsah
Thanks pinjamkan belakang anda untuk saya ber'posing'.

Aktiviti Malam Penghayatan

Majlis Penutupan.
Bersama GB dan murid2 sy.
Lolitanyvsyavalua - biyak sunti yang senyum manis tu. (jenuh saya berlatih untuk betulkan lidah sy menyebut nama ni tuk Majlis Penutupan, sebutan saya hanya betul time kat Similajau, cikgu dia gtau how to pronounce nama biyak ni. Menurut Sylvia, Loly sdiri pun tk pernah betul sebut nama sdiri. Huhu. Sapa laa bagi nama susah2 gini....)

Warga kerja Kem dan kini antara kawan2 saya. Bila ada program mcm ni la br bleh kenal cikgu2 dari skolah lain.

Ke Taman Tumbina Bintulu.... pengubat duka krn sebenarnya, kem ni sepatutnya di adakan di UPM, Bintulu tapi di batalkan pd saat akhir.

Kem Motivasi Pelajar Cemerlang
Taman Negara Similajau, Bintulu
02 - 05 Julai 2009
Desir ombak menyambut kami. Ada damai yang bergayutan. Moga kekal bersama hati yang Redha. Saya sukakan pantainya yang cukup tenang.... menghanyutkan sedikit dari kekacauan yang ada.

Ricky Steward.... "Cikgu kenapa airnya masin?"
Ada antara warga2 hutan yang rupanya tidak tahu air laut itu masin.
Cerita pada kem yang sebelum ni, ada yang bawa baldi, berus gigi, sabun, nk gosok gigi n mandi ngan air laut.... pada kita mungkin kelakar tp pada mereka ini semua perkara baru. Mereka sudah biasa bgn pg terjun sungai, gosok gigi dan mandi.....

Main pasir..... sedikit teruja

Erm...cikgu pun sama. terlebih teruja....
Baju biru, tu lah Cikgu Hamsah.
Kem Komandan kat Similajau.

Aktiviti Malam Penghayatan.
Masih saya igt lagu Gajah Menari....
"Apabila bunga kembang berseri, seekor gajah keluar menari....lenggok ke kanan, lenggok ke kiri, seekor lagi keluar menari"

Tenaga kerja kem bersama penaja.
U'ols mmg best.

Gambar kenangan.

~Saya noktahkan dengan gembira~

seorang perempuan ...
yang telah ku temui semalam
waktu hujan gerimis
hati perasaannya pasrah
setelah sebuah cintanya hancur
tersadai ...
terbengkalai ...
di tengah lorong kota
menelan rakus suci hatinya
resah kebingugan
resah kebuntuan

seorang gadis ...
wajahnya telah dipanggang rentung
kerana lambang cintanya yang kukuh
terhumban di sebuah gaung kerikil
membiarkan arah perjalanannya
tak berpeta ... tak berdestinasi

aku cukup simpati
retak mengiringi perjalanan hidupmu
sewaktu memungut
sewaktu mengutip
serpihan - serpihan
cebisan - cebisan
cinta yang lenyap di jalanan ...

(Satu rasa yang indah dan sedikit kelat)

Tuesday, June 16, 2009

Rangkuman Cerita Saya.

Salam untuk semua yang berkunjungan ke laman ini, secara terang2an mahupun juga yang tersembunyi. Apapun saya tetap berterima kasih. Saya sudah selamat kembali ke belantara Sg. Sengian selepas percutian yang agak panjang (saya kira) - 25 Mei hingga 13 Jun yang lepas. Semua yang di rancang Alhamdulillah berlaku dengan selamatnya. Saya berjaya mengadakan kenduri kesyukuran seperti yang saya hajatkan, dengan jemputan dan hidangan yang ada, Alhamdulillah tiada istilah pembaziran. Lauk bertambah, nasik juga bertambah. Syukur saya panjatkan kehadrat Allah swt kerana tanpa keizinan DIA tidak mungkin semua itu berjalan lancar. Juga kegembiraan saya di kelilingi mereka yang dulu menjauh, kini kian menghampiri, ada pelukan yang saya rindukan sangat-sangat, terlerai rindu, tersimpul kasih dan sayang. Ada senyum yang saya dambakan sekian lama terlakar manis dengan penuh ikhlas. Ada tangan yang saya rindu untuk digenggam erat hangat bertaut tanpa ragu. Alhamdulillah.

Kalau mungkin ada perit hanya pada cerita saya dan dia. Biarlah ketentuan DIA sahaja yang mengikat di mana saya dan siapa dia. Sebaris ayat yang terpapar cukup untuk saya fahami maksud yang ada, tersurat mahupun tersirat. Setiap kata yang tercatat meninggalkan kesan dan beban yang bukan sedikit, namum saya harus akui jika begitu kehendaknya siapa saya untuk memaksa. Sejauh ini saya rindukan sesuatu.

Alhamdulillah, pertama kali balik bercuti dari tanah besar Borneo ini Allah izinkan saya untuk bergelar Mummy ... (jgn lah gelakkan saya) Saya begitu teringin untuk jadi Ibu. Dengan adanya Baby Fatil saya lah Mummy. Erm Fatil.... nama yang dekat ngan saya time kat kg ari tu. Pada permulaan kisahnya dia bakal di serahkan kepada mana2 keluarga yang mmg ingin dengan ikhlas nak menjaga kebajikannya. Jauh dari hati saya, saya juga teringin untuk jaga Fatil. Kalau lah bukan kekangan saya berada di Bintulu ini, seharusnya saya akan kekal jadi Mummy kepada Fatil. Sepanjang bersama saya, saya banyak belanjakan untuk Baby Fatil, dari pakaian, drypers, susu, mainan, n sumer laa alat2 tuk baby...cuba saya adakan... wah... 1st time saya shoping barangan baby. Teruja you.

Biarkan lensa saya bercerita plak k....

Ulang tahun pertama Fatil. Mummy yang lebih-lebih kan?

Riak wajah Fatil.

Fatil n Mummy, Fatil n Dhiyaa' Hanan


Posing tak hengat nye Mummy. Heheheh



Antara posing time Konvo dat day.

~Saya titik bersama senyum di ikat duka~


Nak mandi bunga la....
bleh ke?

Friday, May 22, 2009

Harga Setin Sardin, Sebuku Sabun dan 2 Bungkus Mi Segera

Salam utk semua.
Saya sebenarnya letih dan penat sangat. Lately jiwa rasa terbeban oleh sesuatu. Rasa berat dan susahnya nak di hamburkan dengan mudah. Pada siapa? Sedang saya sendiri tidak mampu memahami rentak hati sendiri inikah pula saya nak sandarkan pada orang lain suku sakat kan....? Apapun saya percaya pada ketetapan Takdir yang terbaik untuk saya.

Semalam sekolah adakan sambutan hari guru. Agak lewat tp sambutannya cukup meriah sekalipun dalam sederhana dan serba kurang. Dari acara dewan, ke padang datar, penat dan lelah terbayar tanpa sedar. Saya plak di tugaskan sbg Ajk Pentas cum Ajk Masakan juga.... berkejar2 saya antara dewan masak n dewan sekolah yang jauhnya dalam 5 langkah je... menu yang di persetujui, Tom Yam Udang, Daging Goreng Black Pepper dan Ayam MAsak Merah.... credit tuk Mak Anjang n Lamba (ppm) yang jadi pembantu saya utk sediakan semua itu.

Gambar ini menerangkan tentang tajuk entry saya kali ini. Hati saya cukup tersentuh dengan pemberian tanda saya di hargai ini. Saya tidak pernah berharap saya di beri apa2 adiah dengan kekurangan yang ada kat sini, dengan keadaan masyarakat yang ada, sikit pun tidak terdetik di hati saya untuk dapat apa2 adiah. Pada sesi bersalam-salaman dengan guru, Jeffery John datang pada saya dengan satu bungkusan hadiah dan sekeping kad. "Selamat Hari Guru, Cikgu" (Sambil menghulurkan saya bungkusan dan kad yang di buat hanya dari kertas kosong bersaiz A4) "Untuk Cikgu ke Jeff?" (Jeffery angguk mengiyakan pertanyaan saya). Sebak hati saya seramai2 cikgu, Jeffery memilih untuk bagi bungkusan itu pada saya memandangkan saya bukan guru tahun 6, saya tak ajar kelas Jeffery pun. Cuma pernah saya panggil Jeffery, Liza (kakak Jeffery), dan Sofia buat latihan Matematik bersama....
(Jefferry murid tahun 6, berbangsa Iban + Penan, bukan beragama Islam, murid yang paling nakal di sekolah, terlalu degil, malas belajar, suka buat hal dan create masalah, markah ujian Jeffery semuanya merah dengan purata 35% kecuali kertas BM yang agak2 lulus. Saya pernah umpankan dia dengan buku latihan matematik waktu saya belanjakan duit saya untuk buku2 rujukan dan latihan untuk Sofia (anak angkat saya juga tahun 6). Pada mata saya Jeffery matang, ada keinginan, tapi pergaulan dengan orang yang jauh lebih dewasa dr usia dia mengheret Jeffery berlagak ala2 samseng.) Semalam balik dari sekolah perkara pertama yang saya buat adalah buka bungkusan dan kad dari Jeffery. Setin sardin, sebuku sabun mandi dan 2 bungkus mi segera. Jatuh airmata saya melihat ketulusan Jeffery biarpun dengan harga sardin, sabun dan mi segera. Teringat seorang teman yang menerima sebiji epal dari muridnya..... (kata kawan saya tu, rasa tak nak makan epal tu) dan saya, sardin tu biar la....terus dalam tin itu, mi segera tu biar smpai expired, sabun tu biar smpai hilang wanginya. Esok saya keluar bintulu, niat saya nak belikan buku rujukan dan latihan Upsr tuk Jeffery. Azam saya untuk melihat dia lulus dalam Upsr nnt.

"Saya ucapkan selamat hari guru untuk cikgu, saya berjanji akan jadi budak baik dan pandai" (antara yang Jeffery tulis pada kad untuk saya itu.)

Ini lah Jeffery.... seluar merah dengan baju Pooh itu.

Biarkan gambar bercerita yer.

Persembahan guru dan murid. Gambar atas tu kami menyanyikan lagu Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan Guru Pembina Negara Bangsa.

Sesi bersalam-salaman murid dengan guru dan acara sukaneka di padang Sk Sungai Sengian.

Sesi makan2 lepas sumernya tamat....antara menu yang di polah saya.

** Saya di nobatkan sebagai Guru Penyayang pilihan murid2 sini... hahahah penyayang ke saya ni? Mungkin ke Jeffery turut calonkan saya sebagai Guru Penyayang?**

Isnin ni saya balik ke semenanjung
tak sabar untuk melepaskan rindu....
huhuhuhuhu banyak sgt kerinduan ini.

Thursday, May 14, 2009

Rindukan mereka....




Salam....

Saya rindukan mereka-mereka semua. Tidaklah sabar hati saya untuk menguraikan rindu yang bergayutan disanubari ni... ehehehe.... masa yang di hitung makin terasa lambat. Jam seolah kehabisan bateri, terlalu perlahan detik berganti.

Dalam masa lagi 8 hari saya akan kembali kepada mereka-mereka semua. Bagaimana rindunya mereka pada saya (ada ke kerinduan mereka untuk saya?) beban lagi kerinduan di hati saya. Tak sabarnya nak tengok wajah2 mereka.... banyak yang nak saya adukan, yg ingin saya kongsikan...

Kenapa terasa sangat lambatnya waktu berlalu? Setiap hari ada je panggilan yang di buat ke kampung. Kalu bukan no umah, hp pak cik, umah mak long, autie, nenda, adik2, kazen2 yang byk kaletahnya.... byk permintaan sumer.... untuk pertama kali balik ni....sy spendkan sedikit simpanan saya untuk mereka.... tempahan kek lapis aja 2 kali saya tmbh order mencecah RM264. Ole-ole lain saya budget dalam RM300 and huhuhuhu sumer org dah tahu this year punya baju raya saya yang sponsor.... huhuhhu budget laa gk dalam RM2K. Saya mempunyai keluarga besar dengan jumlah 41 orang termasuklah diri saya ini.... dengan pecahan 7 family kecik tak termasuk family abg yang hanya dia n wife je.... juga aunti n nenda saya.... :). Tema tahun ni jiwa saya rasa tenang dengan warna ungu.... tambahan lagi mereka sumer sudah sepakat untuk halang jika niat saya nak amik kaler ijau.... huhuhu tak per...kali ni biar mereka tentukan. Kepuasan tu hadir dalam hati saya.

Balik untuk kali pertama ini saya sudah hebahkan pada sumer, saya nak buat satu kenduri kesyukuran cum tahlil untuk arwah datuk saya. dah lama saya memasang niat ini...since saya masih bersama KP88 lagi... br tahun ini niat saya di mudahkan Allah. Semoga ini mendapat keberkatan Allah.

~titik bersama balam hati yang kepanasan~

Saya baru sahaja hamburkan satu kemarahan yang
dah lama saya kawal.
Saya betul2 ilang kawalan tadi.
Apapun teringat pesanan dia,
"Kala hati kepanasan Istigfar mampu menyejukkannya"
Mohon maaf.

Thursday, March 19, 2009

Destinasi yang tidak dirancang..... Mukah

Salam buat semua pengembara cinta di bumi Allah ini. Semoga langkah di atur penuh tertib dan beroleh nikmat dari cinta nan satu. Kasih sayang itu jalinan dari tulusnya hati mengait cinta pada landasan berteras keimanan. Cinta manusia sering buat kita lupa.... indahnya janji hanya sekadar lontaran lidah tanpa niat. Akan di lupakan dan seterusnya meninggalkan kata-kata kosong sapaan angin lalu dengan derita bagi mereka mencari dan mengharap.

Ehehe terbelit-belit ke ayat pembuka kata saya kali ini. Saya just nak release sedikit beban yang menyesak dada...tapi alhamdulillah kali ni jerat tidak mengena, umpan tidak di usik pun.... sekadar melilau sekali imbas.... tidak terlorek kesan dihati walau seinci... ahahahah. Syukur saya kepada DIA...kerana Maha Adil DIA yang tunjukkan kan saya semua kebenaran ini. Keyakinan saya, doa saya dan harapan yang saya adukan padaNYA setiap usai solat mengupas setiap satu persatu blok-blok penipuan yang di garap indah.... mungkin seseorang itu tidak pernah menjangkakan semuanya berakhir sederas ini. Apapun berlaku, saya bersyukur Allah mendengar.

Ada yang tertanya-tanya ke mana destinasi saya sempena cuti skolah ni.... jeng..jeng...jeng.... perjalanan yang tidak di rancang tapi memberi pengalaman dan meninggalkan memori indah untuk saya pahatkan di ruang ingatan. Indah dan menarik sekali.

Saya sebenarnya tidaklah bercadang untuk kemana-mana cuti sekolah ni. Memandangkan kewangan saya masih tidak stabil, ditambahkan lagi dengan niat nak langsaikan hutang-hutang yang ada dulu jadi saya agak kedekut sedikit la... huhuhu. Petang Jumaat (13/03) Ana (aclty kawan kak ipar saya dah jadi kawan saya, dia kena posting kat pedalaman 3 - dua kali bot you nak g skolah dia....kiri kanan sungai.) call gtau dia dh beli tiket utk saya ke Mukah (g umah mber maktab dia dulu - Sumaya). nak tak nak... saya iye kan je la.... kadang saya ni tidaklah teguh mana hatinya.... selalunya mudah goyah.... mudah sgt nak jatuh kesian kat orang.... berat ati sebenarnya eheheh tapi bila melalui perjalanan dan pengalaman itu saya rasa berbaloi untuk saya lapangkan kotak minda yang bersesak-sesak ini.

Bertolak dari Bintulu 1 ptg mengambil masa hampir 5jam 30 minit kami smpai di Mukah 6:30ptg. Perjalanan yang agak meletihkan, melalui jalan ladang (satu2nya jalan masuk ke Mukah) yang berganda2 teruknya.... kami stuck kat situ aja hmpir 2jam. Sakit pinggang dan belakang tak usah citer la.... Ana bisik kat telinga saya, ini kali pertama dan terakhir kita datang. Saya sengih je sebab ini sumer dia yang plan. hihihhi.

Jadi saya tinggalkan anda semua dengan bahasa indah dari lensa yang sempat saya snap sepanjang perjalanan dan percutian 4 hari 3 malam saya dan Ana.... biarkan gambar melarik kata dengan laras kefahaman kita.

Ahad - ada kenduri kahwen kat Kampung Tengah Igan, saya di ajak pergi dan saya snap laa beberapa gambar sbagai bukti saya ada dlm majlis tu. Pertama dan mungkin yang terakhir saya menghadiri majlis perkahwinan masyakarat Melanau Muslim (sebab menurut kawan saya ada juga Melanau yang bukan Muslim).
Menariknya, anak2 gadis tu lagi cantik didandan berbanding ngan pengantin perempuan. Pengantin perempuan sampai ke pelaminan dari umah lain bukan umah dia, tunggu pengantin laki kat pelamin....

Hidangan kenduri masyarakat Melanau Igan, rempah sapi (Kari Daging), Udang rebus, Udang rempah (lebih kurang macam kari udang tp yg lebihnya bawang besar je.... udang ada 3 4 ekor kat celah2nya jer), n jeruk buah lai (yang ni mmg menarik.... tk pernah saya makan, buah lai di potong dan di gaul dengan asam boi... nyaman sekali rasanya bah...) Nasi pulut (pulut kuning) sbgai buah tangan kepada tetamu.



Petang tu menapak ke pantai yang tidak laa berapa jauh dari umah keluarga Su, saya ambil peluang utk mandi laut... lama kamik sik mandi laut bah....

Balik dari pantai tu... bapak su pulang dengan hasil laut yang di tundanya.... udang dan ikan lumek... bertungkus lumus kamiorang buang kepala udang. Sambil2 mak nek (nenek sue) bercerita itu ini....

Dari udang di atas di jadikan pais,dan macam2 lagi jenis makanan...saya lupa nama makanan-makanan itu.... pelik ngat. yang di potong2 tu namanya kelupis, ala2 ketupat daun palas kat kelantan.... cuma bezanya cara bungkus nya aja..... bahan dan cara proses sama saja. rasa pun sama....

ni antara hasil mashul saya dari Mukah.... ada yang saya beli selebihnya mak Su bekalkan.... nak bagi saya rasa makanan Melanau kot.... ada Pipus, Tebaloi, Keropok Jepun, Kuih Jala, Udang Salai, Sagoo, dan lain-lain (tak igt laa namanya)

Berkunjung ke Lamin Dana (Lamin = Rumah, Dana = Lama) dalam bahasa Melanau.

Sekitar pekan Mukah dan Dalat.

Saya...dan saya....

Balik dari Sibu, tapi tak sempat nak jalan-jalan kat Sibu, nanti bila ada free g Sibu lak.....

TITIK.

Wednesday, March 11, 2009

Komen sket.....


Salam....
Tidak ada apa yang nak di ceritakan.... hanya nak expose gambar saya yang terbaru. Ni semalamnya snap...mintak nor snapkan....kat bilik guru cum office. Selepas 2 bulan kat SK Sungai Sengian. Selepas 2 bulan jadi cikgu hida. just nak tanya...ada rupa dan gaya cikgu tak saya ni?

huhuhu... komen sket....?

Sekadar perkongsian pendapat.
Saya : Apapun jangan putus asa dengan doa. Doa boleh merubah takdir. Da ingat pesan ustazah da dulu.
Seseorang : Macam tu ke ? Da pasti ?
Saya : Ntah laa da pun tak tahu. Tapi da yakin dan percaya dengan kuasa doa. Kita boleh merancang apa saja tapi kita tak boleh tentukan ia akan jadi seperti kita nak.
Seseorang : erm... betul laa tu apa yang da gtau. Tidak tertolak Qada' dan Qadar melainkan dengan doa. InsyaAllah, semuanya kita serah pada DIA.

Hanya doa dapat merubah takdir, dengan kuasanya akan tertolak Qada' dan Qadar yang tertulis untuk kita. Sekadar berkongsi pendapat dan saya rasa ianya ada kebenaran. Ingat pesan ustazah saya dulu.... JANGAN PUTUS ASA DENGAN DOA.

Sunday, February 22, 2009

Cerita tentang sedikit kesusahan dan Sabtu yang relaks buat saya....

Salam berhujung minggu untuk semua.
Saya ada kat sekolah ni saja mintak pegang kunci niat dihati nak bertenet sambil nak siapkan presentation sempena lawatan dari rombongan pegawai kewangan KPM Putrajaya yang akan bertandang ke SK Sungai Sengian ni pada 1 Mac 2009 (Ahad) - tak pelik ke dorang ni nak dtg ari minggu.... ni agenda sampingan je kot. GB minta saya wat powerpoint presentation ttg sekolah dan penghayatan visi dan misi sekolah. Alhamdulillah.... hampir selesai. siap utk di persembahkan pada mesyuarat pagi nnt.

Sebenarnya saya mahu kongsi sedikit kesusahan yang menguji bila hujan tidak turun di bumi Sg Sengian ini. Seksa dan deritanya kami-kami rumah atas yang merasa. bila tak ujan air simpan dari tangki mula menyusut. hingga ari ni dah 2 mggu tak ujan. ada ujan 2 ari lepas n malam tadi tp tidak la selebat yang saya harapkan...apapun bersyukur rahmat Allah. dan bila tak ujan, Cikgu Tucho Ak. Changkak akan on kan telaga tiub dan pam/alirkan ke semua tangki yang ada.... malangnya kami di atas sana, air dari telaga tiub itu tidak pernah smpai ke tangki kami. jadi konklusinya saya n yang lain terpaksa meng'exercise'kan diri mengangkut air dari bawah ke atas dengan menggunakan botol mineral kosong 1.5liter. pernah saya angkut 18 botol 4 kali ulang alik.... fuh...benar-benar mencabar keperempuanan saya. kadang bila tk larat sangat panggil je budak2 iban n penan ni tlg angkut. upah la dorg 50sen ke kadang rm1.. tu je laa cara nya. kesusahan yang sedikit ini banyak mengajar saya untuk lebih berdikari dan bersyukur.

Sabtu yang semalam saya tidak kemana-mana ada je bertapa di rumah. 530am dah celik mata, usai solat cadang nak layan mata tp tahu la mata ni tk mo lelap.... si awie suka ganggu (saya dh register nama tuk cicak besar yang mengganggu itu, lately kerap lak dia bbunyi 'ok...'oook....o'oook... mcm tu laa lebih kurang bunyinya tp kuat yang amat.) malas nak pujuk mata tuk lelap saya mulakan aktiviti saya.... mlm tu ujan....jadi sy ada tadah tong kat pancor yang boc0r kat bawah umah.... saya mulakan dengan kemas bilik, bahagian dapur, kemas mini bar saya, lap dapur masak saya, siram tanaman, mop ruang tamu n bilik saya.... and last basuh towel n telekung semayang. huhuhuh..... tamat laa aktiviti dalam 9 pagi, then berbekfes ngan bancuhan oat+anelene relaks smbil baca majalah rapi.... wah....kat bintulu harga rapi mencanak ke RM6.20 kat smenanjung RM4.00 je. beli gak sbb mmg nak baca. huhuhu.

jom relaks dengan bahasa dari gmbar yang saya uploadkan ini.

ini lah katil utk saya beradu...saya sengaja tmbhkan kotak2 sbg alas sbb sakit belakang bila tidur, tilam yang saya beli dulu nipis sesangat....terasa tulang katil kat badan saya.... so far igt nak beli satu lagi tilam tp tak th lagi bila.... gaji ri tu saya dh byk berbelanja untuk mencipta keselesaan kat sini

hah...ini laa yang saya maksudkan berbelanja... saya beli dapur masak, n mini bar tu. itu sbg keperluan saya kat sini...tk larat nak telan mknn dlm tin. ni ruang dapur saya..... gmbr serangga itu lak mereka yang dh mati dari ceruk dapur saya...ari2 kena sapu. dorg ni suka masuk n mati dlm umah... kumbang besar pun ada, yang kecik tk yah citer la....

...dan inilah stok simpanan air saya.... baldi merah n 2 yang kuning tu saya lah tuan punya.... org lain satu baldi je....dorg tu sumer kedekut....sayang nak kuar duit.... saya lak jenis pk utk senang n selesa. biar laa org nak kata saya selfish pun sbb sy dh byk consider dgn mereka sumer. meja letak mini bar n susun botol air tu saya upah si bisu Yau buatkan utk saya.

ini lah kebun mini saya. saya benihkan kangkung dan bayam. sebelum ni sy tk pernah berkebun pun kat sini saya belajar mcm mn nak survive. bekas tu adalah pancor bocor yang Yau dh ganti kan. saya potong isi tanah n letak kat tangga belakang. nak terus berkebun atas tanah sy khuatir sbb a****g n b**i selalu dtg melawat. Kangkung tu dah nmpk tumbesarannya. Bayam je mcm lambat sket...mungkin mmg lmbt kot bayam nak besar. tak kesah la.... janji berhasil.

punya laa saya sayang nak guna air dari baldi yang di simpaoleh n dan sbb tk der baldi lagi saya rendam je telekung n towel dalam plastik n tin yang sy potong. kelakar je. tp tuk survive saya kena pk mcm2 cara dan buat sst yg lain dr org. air dlm tong tu hasil ujan mlm sebelumnya dpt la satu tong. air tu laa saya guna tuk membasuh, n mop lantai sebelum tu.


akhirnya, saya persembahkan reward yang sy redeem tuk diri sdiri...eheheh saya sebenarnya nak masak stim tp memandangkan tidak punya periuk kukuh, saya buat laa ala2 stim dengan cara sy. ini la yang menjadi hidangan saya semalam. Nama ikan ini adalah ikan Tahoi (mungkin nama Iban kot), ada pak cik Iban dtg jual kat skolah saya beli 1 ketul rm4.00 3 ari lepas kalu tk silap saya.

sekian dari saya di tanah damai Sg. Sengian.

mohon di kentalkan rasa di jiwa
dihilangkan sensitiviti yang menggigit jiwa.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************