CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 13, 2010

Haruskah rasa ini ada dalam diri?

Salam....

Aidilfitri dah berlalu, maaf yang di susun rasa amat kosong sebab rasa hati terbahagi 16... hahaha...jujurnya aku jadi terlalu keliru. jadi terlalu sakit. nanah membuak2 memaksa aku berpura2 menahan sakit dan peritnya. senyum sekadar pemanis muka even semuanya topeng hipokrasi. aku jadi rindukan kesusahan2 yang tersedia di SG Sengian dari kemudahan yang ada di KB tapi hati dan seluruh jiwa meronta-ronta. aku sedih. biar pun tidak lagi terzahir di tubir mata tapi hati dan jiwa sedang meratapi rasa. berkali aku cuba dan berkali juga aku gagal. perlukah aku menyimpan rasa bila semuanya pernah aku maafkan.? perlukah lagi aku mengungkit rasa sakit hati ini bila sebenarnya org tak pernah amik tahu tidak mahu untuk tahu. aku yang tersisih meskipun sedaya untuk menghampiri. Allah uji aku dengan rasa yang 16 ini. berjauh hati.... memendam ketidakpuasan hati sendiri.... membiarkan bengkak di hati menjadi nanah dan merebak bagai sel barah.... seterusnya akan merosak semua sistem rasa dalam diri. apa mungkin aku akan mati dengan rasa yang begini?

Esok usia berginjak setahun lagi... alhamdulillah aku masih bertahan sebab aku ada orang sentiasa dan teramat memahami gelodak rasa aku. Senyumnya cukup mendamaikan bila tadi aku hamburkan semua. Dia sentiasa teguh di belakang aku..membetulkan setiap langkah yang silap. Dia yang aku sayang..... SELAMANYA.

Selamat ulang tahun ke 30 Ida.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************