CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 21, 2009

Sesuatu perlukan perubahan....

Salam....

Sesuatu perlukan perubahan.... berganjak dari kedudukan sekarang. Saya perlu melaluinya. Saya harus bermula hari ini. Minda dan jiwa lama sepatutnya sudah berabad saya kuburkan. Saya perlu jadi saya yang baru. Huh!! meski pun sejuta kali azam sebegini tertanam dlm diri saya.....meski pun setiap tahun saya beriltizam utk berubah....dan sehingga ke detik ini saya masih saya yang lama. Kalau pun ada hanya sedikit kegembiraan. Selebihnya yang ada rintihan nurani saya yang makin berkecamuk. Berperang dengan rasa hati sendiri rupanya lebih teruk dari berdepan dengan nista manusia lain. Tidak mudah untuk saya nafikan apa yang saya rasa, apa yang hati saya dentingkan lewat masa itu.

Tanah datar ini menghidangkan saya dengan pelbagai ragam keriuhan, namun saya masih terperosok bersama kesunyian dan kesepian yang makin menggigit. Sekalipun masih mampu saya gariskan senyuman, namun mungkin sekadar bermanis muka kerana hakikatnya inilah hipokrasi saya dan kehidupan.

Semuanya berlaku dengan kehendak DIA. Semuanya dari percaturanNYA. Saya perlu ajar hati saya untuk REDHA dan terima semuanya sebagai yang terbaik dari DIA. Tidak REDHA dengan apa yang berlaku, ibarat kata saya menidakkan Takdir Allah. Semua yang berlaku dengan sebab. Tidak hari ini, mungkin esok, tidak esok mungkin lusa, peluang dan ruang pasti ada untuk saya zahirkan segalanya. Dan jika bukan dia pasti ada yang lain kan?

Saya perlukan perubahan.



Bintang kau jangan bersedih
Bintang kau jangan menangis
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana
Bintang kau tinggi di atas
Ku duduk rendah di bawah
Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan

Bintang jangan terus begini...
Nanti malam mu tiada berseri
Bintang hentikanlah...
Tangisan yang akan menyiksa diriku
Bintang dengarkanlah..

Tuesday, July 14, 2009

Lemas....saya perlukan ruang

Salam

Saya kelemasan dan saya betul2 perlukan ruang utk terus kn kehidupan ini. Hati saya, jiwa dan minda saya bukan pada skala yang betul. Saya benci dgn alasan yang tercipta utk saya. Klise n tipikal sgt.

Saya lalui lg jalan cerita yg sebegini.

Semoga hati saya akan kembali seperti asal. Mungkin saya perlu bekukan hati saya sekali lagi. Sebenarnya saya menyesal kerana membiarkan perkara sebegini terjadi lagi. Kesilapan.... kenapa harus berulang? Terasa saya bodoh sgt. Hilang malu dan maruah bila merayu dan menyatakan apa yg tersirat di hati. Habis sudah usaha saya. I'm not a fighter. Dulu bila Fizi bg alasan nk fight back his exgf sy tk fikir panjang..... just let him be. Tp kali ni sayang saya kuat sgt utk dia. Tk nak lepaskn dia tapi sy tk reti nk fight lagi. Rasa tk adil utk bila saya dh buang semua keegoan saya semata2 untuk meletakkan diri saya dlm hati dia. Saya lupakan prinsip saya, saya mungkir janji dgn diri sy sdiri.... mungkin ni lah harga yng harus sy byr untuk semua itu.

Jalan saya kembali sunyi..... sepi juga yang mewarnainya.

Kembalikan ruang utk saya terus ampuh.

kerana aku manusia biasa
aku menangis utk sedikit kelukaan
jika akulah calon terbaik yang ada
kembalikan aku ruang yg terikat
dengan kata.
kerana aku manusia lemah
mudah kecewa kerana hati kian merapuh
kerana aku terpaksa akui
ruang yang ada terlalu sempit
untuk aku bertandang
dan terus menghuni.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************