CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts

Monday, May 11, 2009

Hidup dan Kesempurnaan.

Salam.

Life is complecated!!! Kenyataan yang tak mungkin ada yang ingin sangkalkan. Tak tahu kenapa saya suka untuk aturkan kembali di ruangan ini bait bicara saya dengan seorang sahabat lewat bicara pagi tadi.

Hidup ni memang susah. Nama lagi kehidupan kan? Even nak sesuap nasi pun banyak yang perlu kita lalui untuk nasi itu masuk ke mulut kita, apatah lagi bila kita cuba persoalkan tentang sesuatu yang jauh lebih susah dari makan nasi. Betul tak?

Bila kita nyatakan kita mencari kesempurnaan. Hakikatnya tidak ada yang sempurna dan semua orang mencari kesempurnaan itu. Saya sendiri juga mencari kesempurnaan dalam hidup. Bila kita mencari sesuatu, kita pasti mengharap dan meminta pada yang HAK kan? Pasti sujud kita panjang setiap kali solat,pasti tangan kita tahu untuk menadah mengucap doa walau sebaris. Dan itulah anugerah bila kita tidak sempurna, bila kita tidak lengkap, ianya membantu kita untuk lebih mengingati Allah swt. Cuba kita bayangkan, bila kesempurnaan itu milik kita, kita akan bertukar menjadi megah, kita akan berasa selesa dengan kesempurnaan itu, bila kita selesa pada satu-satu tahap kita tidak akan berusaha untuk mencari lagi, kita sudah apa apa yang kita nak kan sebelumnya. Pencarian kita berakhir di situ. Kita tidak akan bergerak ke depan lagi. Kita akan lalai dan alpa dengan keselesaan yang ada. Pesan saya pada sahabat saya, juga pesan saya lebih untuk diri saya sendiri, bersyukur kerana kita di anugerahkan ingatan yang berterusan pada DIA, cuba kalau kita selesa dengan kesempurnaan yang kita sudah miliki, mungkin kita tidak lagi sujud yang panjang, mungkin kita sudah lupa untuk menadah tangan berdoa pada DIA. Doa-doa kita juga mungkin semakin pendek kerana kita sudah ada apa yang kita inginkan sebelumnya.

Kehidupan adalah satu pusingan. Lengkap satu pusingan, ianya akan berpusing lagi untuk melengkapkan pusingan yang baru, akan terus berpusing, berpusing lagi dan lagi. Kita semua melihat sesuatu yang sama dengan pernyataan yang berbeza. Interpritasi yang tidak serupa. Macam mana saya mentafsir bola tidak akan sama dengan tafsiran anda sedangkan kita melihat bola yang sama. Itu lah kenyataannya. Saya cuba sampaikan dari hati kerana semua ini dekat dengan saya. Saya taksirkan semua ini untuk saya dan kehidupan saya.


Hati saya gatal nak merajuk
mcm-mcm repekan yang keluar
selalunya saya kalah dengan permainan emosi
yang datang dari diri saya sendiri
emosi yang berantakan hasil kesempurnaan yang di gapai
dan inilah kehidupan...mencari yang sempurna
Rajuk saya musnah dengan ceramah dari dia.
ehehehe.... suka dia spendkan masa untuk jelaskan
sesuatu pada saya.
dan saya saban malam menadah telinga
pengubat buat jiwa yang sering berantakan.
Istigfar itu sebaik-baik makanan hati.

**Semoga yang ada di tangan akan terus ampuh di genggaman**

Friday, May 8, 2009

Takutkan KEBENARAN....

Salam....
Saya kembali menyapa pada laman hati ini.... rindu untuk saya menulis membuak-buak rasa. Tidak sama bila kita bercerita pada telinga seseorang dengan meluahkata untuk tatapan semua. Apa yang datang pada saya dalam bentuk yang berbeza sekali. Semoga perjalanan ini di berkati Allah swt.

Saya masih ingat ada hutang yang ingin saya huraikan di laman ini. Pernah saya buat entry dengan title "Apa yang paling anda TAKUT?" ada beberapa yang setia memberi komen dan pendapat untuk saya dan saya tidak ingin menafikan komen dan pendapat tersebut. Thanks to Acha, Abg Chime, Opah & Ad. Hakikatnya semua orang punya ketakutan masing-masing. Yang membezakannya hanya apa yang mereka takutkan. Ramai orang takutkan kematian, takutkan Allah swt, takutkan pembalasan hari penghabisan, takutkan kehilangan, takutkan kesunyian, takutkan kesepian, takutkan ketinggian, takutkkan air, takutkan kegelapan, dan macam2 bentuk ketakutkan yang saya dapat bila saya ajukan pertanyaan ini.

Pada awal2 saya kenal dia, dia pernah ajukan pertanyaan yang sama pada saya. Saya bgth dia, saya takutkan kesunyian dan kesepian sebab saya dah lemas dengan sunyi dan sepi yang melatari kehidupan saya. Saat saya teringat sepatutnya saya takutkan Allah kerana saya tidak dapat lari DIA walau setinggi mana gunung saya daki, walau sedalam mana laut saya terjun untuk sembunyikan diri, saya ubah jawapan saya, saya bgth dia saya takutkan Allah, takut tulah-tulah dosa tidak di ampunkan DIA, takut balasan atas semua kesilapan dan dosa lalu. Dia gelakkan saya..... katanya terlalu klise, terlalu tipikal..... semua org takutkan Allah, selagi seseorang itu beragama.....tahu buruk baik, tahu adanya dosa dan pahala. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Pengasih.... bersihkan hati dengan istigfar sebanyak yang mungkin.... hati akan tenang bersamanya....

Saya diam, cuba mencari apa yang sebetulnya dia cuba dan ingin sampaikan pada saya.... ramai orang takutkan KEBENARAN. setujukah saya dengan pernyataan itu? secara peribadinya saya juga takutkan kebenaran.... takut untuk bercerita tentang sesuatu yang hak. takut untuk menerima apa jua persepsi orang pada saya dengan kebenaran yang di buka. takut untuk melihat penerimaan orang pada saya selepas mereka tahu kebenaran itu. Dan sebab asasnya pada kebenaran juga lah saya rahsiakan kisah calar saya pada orang yang banyak membantu saya mencari jati diri, orang yang menjadi mata dan telinga saya, juga kaki dan tangan saya. Dan orang itu seringkali menjadikan saya tong sampahnya dan saya sendiri sedia untuk menerima apa jua bentuk perkongsian darinya. Saat kemarahan menghambat, saat hatinya calar terluka, saat kecewanya dia pada sesuatu, saat pilihan ada di depan untuk di pertimbangkan, saat keputusan sudah di pilih, dan senyum saya untuk menerima semua itu darinya. orang itu tahu saya sentiasa ada untuk dia...melayan saat jiwanya kacau, gelak jika itu kebahagian buatnya. Orang itu tahu cover tong sampah saya sentiasa terbuka untuknya. (Entry ini bukan untuk orang itu sebenarnya...hanya selingan penguat pada cerita saya kerana orang itu sentiasa hampir dengan saya.... erm nak tahu sapa orang itu?) :-) Alhamdulillah.... orang itu tidak pernah kisah jika saya perlu berahsia padanya.... katanya kita punya hak untuk memilih sesiapa yang layak dan sepatutnya untuk kita kongsikan sesuatu. Dan kenyataannya, saya memilih untuk kongsi dan ceritakan pada si dia saya. Hairan dan pelik sebenarnya.... tapi takdir Allah datang dengan sebab.

Saya tanyakan dia, dengan kebenaran yang dah saya jelaskan pada dia, kenapa dia masih nak menemani saya setiapkali mentari silih berganti bulan? Setiap hari yang saya ada, adanya dia untuk menemani saya. "Saya seorang yang menghargai kebenaran." masih terngiang-ngiang di hujung telinga saya jawapan itu. Katanya seseorang perlu mempunyai keberanian yang jitu untuk membuka satu bentuk kebenaran seperti saya. Ada ucapan SYABAS untuk saya dari dia.... masih saya simpan dalam inbox hp saya. (hihihihi).

Setujukan anda dengan pernyataan saya kali ini. Ramai dari kita takutkan kebenaran kerana selalunya yang benar itu pahit, yang benar itu perit, yang benar itu sakit, yang benar itu berduri, yang benar itu memalukan, yang benar itu racun untuk di bongkarkan.... Dia sambung lagi.... tak ramai parents yang boleh mengaku anaknya seorang penagih dadah, atau anaknya berkelakuan tidak baik, tak ramai isteri/suami boleh menerima dan mengakui kebenarannya bila pasangan curang.... dan banyak bentuk kebenaran yang sukar untuk di tegakkan dalam hati manusia yang penuh rasa tidak percaya. Sekiranya ada yang tidak bersetuju atau tidak dapat menerima olahan kata dari saya, saya susun kemaafan.... ini sekadar perkongsian saya dan dia. Ini sebahagian dari gula-gula batu untuk kehidupan. Satu dari penawar untuk membentuk minda saya yang lebih positif.

Suka untuk saya ulaskan di sini, apapun yang berlaku dalam kehidupan kita serahkan pada ketentuan Allah swt, sebaik-baik perancangan kita lebih baik lagi percaturan dan perancangan Allah swt untuk kita hamba yang bersifat dengan sifat lemah. Dengan gula-gula batu dan penawar ini saya belajar untuk berserah diri pada Allah..... sepenuhnya.

Beban tugas kian bertambah.... sesak sebenarnya
Namun saya menerimanya dengan asas mereka percayakan saya
sekali pun ada ketikanya saya tidak punya keyakinan untuk perform
sebaik yang mereka harapkan.
Semoga Allah memudahkan jalan untuk saya.
Semoga Allah mudahkan jalan untuk dia sama.

Monday, April 13, 2009

Permainan Takdir

Kita punya jalan yang harus di ikuti
Kita ada landasan yang perlu di telusuri
Mungkin jalan itu berliku
Mungkin landasan itu rapuh
Mungkin juga jalan itu menyakitkan
Mungkin juga landasan itu menjerat langkah

Namun yang berliku pasti akan lurus
Yang rapuh pasti kuat di akhirnya
Yang sakit akan menyembuhkan
Yang terjerat mungkin terus di ikat

Itu lah permainan takdir
Pelik dengan aturan tersendiri
Dalam diam caturan takdir bersebab
Dalam samar ada sesuatu yang baik untuk kita
Permainannya pada acuan realiti
Pada ketentuan yang hakiki
Dengan kefahaman insani
Untuk tegar menerima.

Takdir ini kadang buat kita lemah
Kadang menuntut derai airmata
Kadang menguji hati yang kian letih
Kadang buat kita senyum kelegaan
Kadang membiaskan kata dengan sejuta maksud
Kadang bisa buat hati tersenyum dalam kebisuan

Sejauh perjalanan ini
Kita terikat pada permainan dan ketentuannya

Takdir kita tidak sama
Takdir kita tidak serupa
Jangan salahkan takdir
Jika langkah bersilang duka
Jika luka silih berganti
Jika rindu tiada pemiliknya
Jika sepi dan sunyi merajai ruang

Jangan salahkan permainan takdir ini
Kerana caturannya dengan sebab


yang terlakar saat hati mempersoalkan
kenapa dan mengapa takdir sebegini

Thursday, April 9, 2009

Apa yang anda paling TAKUT?

Salam to all....

APA YANG ANDA PALING TAKUT?


Nota : Saya perlukan pendapat anda semua.
Saya mencari idea untuk satu perk0ngsian.
Saya menilai dari mata saya menerusi ilmu dan pendapat semua.



Cuba mengungkap rasa
menyelongkar setiap ceruk dan ruang
selerakkan susunan semalam
carikkan harapan dulu
impian terbias dari hati yang dingin
sunyi dan sepi aku telan
menjadi penawar pada kesakitan
yang tiada calar

Tuesday, April 7, 2009

Kesilapan....kenapa harus berulang?

Salam untuk semua....
Terima kasih kerana tiada jemu berkunjung ke laman hati saya yang serba kurang ini. Apapun berlaku saya tetap memilih untuk terus menulis segala biasan kata dari hati saya tanpa perlu saya pedulikan apa tohmah orang pada saya. Tanpa perlu saya fikirkan apa orang fikirkan tentang saya. Tanpa perlu saya serabutkan minda untuk mengikut apa jua cara orang. Sering saya tegaskan pada hati yang rapuh ini, usah pedulikan apa orang perkatakan sedang kita tidak pernah mengganggu gugat kehidupan mereka. Usah fikirkan apa kata mereka kerana kita punya persepsi yang berbeza tentang kehidupan. Masing-masing punya interpritasi tersendiri tentang pengalaman.

Entry saya kali ini menyentuh tentang kesilapan. Saya percaya ramai antara kita tidak lepas lari dari melakukan kesilapan. Ada yang di kesali, ada yang terkesan di hati, ada yang berlalu tanpa rasa, ada juga yang meninggalkan kesan bebat yang nyata, ada yang mengundang tangis insaf. Apapun bentuknya manusia tidak pernah sunyi dari kesilapan. Rasa pernah saya bicara tentang kesilapan dlm entry sebelum2 ini.

Kali ini saya ingin mengupas tentang "KESILAPAN SAMA YANG BERULANG". Kita sebenarnya mudah lalai, sering kali leka dan tidak ramai yang mengambil iktibar dari kesilapan pertama, tidak ramai yang menilai kesilapan itu sebagai pengalaman yang mengajar kita untuk lebih berhati-hati, pengalaman yang akan mengingatkan kita untuk tidak ulangi kesilapan itu lagi.... tapi seperti yang saya ungkapkan ada kesilapan yang tidak meninggalkan kesan, jadi kemungkinan untuk kesilapan itu berlaku besar. Tapi saya terfikir, ada juga kesilapan yang mengundang tangis kesal, kesilapan yang tiada lagi kata maaf untuk diri, tapi turut berulang untuk kali ke dua, ke tiga dan mungkin seterusnya.... kenapa ya?

Kenapa harus berlakunya pengulangan kepada kesilapan-kesilapan itu? Bukankah hati pernah menyesalinya? Tidakkah pernah jiwa merana kerana kesilapan itu? Bukankah pernah merah mata menangis kekesalan? Kenapa mudah lupa pada kesan yang masih jelas bebatnya. Masih ngilu lagi sakit dan peritnya.

Mungkin ada yang akan berkata normal la "human being", manusia biasa. Dan saya juga bukan manusia luar biasa untuk tidak melakukan kesilapan. Hati saya juga tidak kental, juga tidak kalis untuk tidak menangis pada kesilapan yang sama.

........ titik .......

**melankolik rasa pada sebuah kesilapan**

Saya hanya manusia biasa
terbias kata dari hati

menilik diri pada cerminan realiti
titis jernih tidak pernah kenal erti kering
setia bertandang kala hati sebu dan sebak
Saya masih lagi manusia biasa

kesilapan sering mengusik ruang
membilang dan menghitung

tulah-tulah kesilapan dulu

mengira-ngira kesal yang berbunga

ada kala ibarat lalang

mengikut saja puput sang angin bertiup
Saya tetap manusia biasa

punya rencah rasa yang berjuta
bersarang, mengikat
menjerat dan terjerat
kelat rasa, pahit mengundang
sakit di kesan, merah mengalir

ria tawa terselit dalam tangis dan lara

kerana
Saya manusia biasa.

Monday, November 17, 2008

Yang mana satu mak?

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sengaja saya panjangkan kisah dari email yang masuk kedalam peti mail saya. Email ni dari Kak Fieda..... thanks sis. Cukup bermakna dan menjadi penguat kepada saya tuk teruskan langkah kaki dengan keputusan ini. Hari ni.... saya kian tenang dengan keputusan hati. Saya akui perit dan sakitnya tetap ada tatkala saya perlu menafikan rasa yang ada demi untuk tidak menjadi penyebab kepada runtuhnya sebuah masjid yang di ikat padanya tali ijab dan qabul, bersaksi kan kalimah Allah dan saya bukan setegar itu utk mengambil kenikmatan dari bakul kehidupan org lain. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.... dalam kekosongan rasa yang saya ada..... DIA datangkan hambaNYA yang lain sebagai ganti utk mengisi ruang kosong dalam hati saya sejak sy bertekad dengan keputusan ini....semuanya masih terlalu samar dan kabur namun saya bersyukur dengan hikmah ini.

"The Beauty of Life
does not depend
on how happy you are.
But how happy others can be.
Because of You!!!.."

Wednesday, November 12, 2008

Punca Kegemukkan #1

Saya nak share satu info sihat yang masuk dalam peti inbox email saya.... dulu saya pernah daftar ngan company ni tuk amik tahu tentang dieting yang betul.... lama br dorg reply n send saya info2 yang berkaitan....jadi ilmu bila di panjang2kan dan di manfaatkan bersama lebih barakahnya kan? jadi saya panjangkan kat sini utk pengetahuan kita semua....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hidayah,

Punca #1 - MAKANAN

Hidayah, inilah punca utamanya! Kita tidak akan kegemukan jika
kita hanya minum air kosong dan hirup udara.

Realiti ini sepatutnya kita terima dan tidak boleh disangkal lagi, makananlah
yang membina LEMAK yang berlipat-lipat di badan kita sehingga kita kelihatan
lebih tua dari usia, jalan termengah-mengah, berpeluh tak tentu tempat, sakit
lutut, darah tinggi, kencing manis, malas, berat, tak bersemangat, susah nak
dapat kerja (*sebab diaorang kata orang gemuk ini malas).

Berbagai lagi musibah yang melanda kita yang ada masalah kegemukan. Hidayah, kita kena tahu badan kita sebenarnya perlukan berapa banyak makanan (kalori) dalam seharian. Biasanya, wanita 1800 kalori manakala lelaki 2200 kalori.

Kalau Hidayah kita makan lebih dari kuota 1800 - 2200 kalori ini, maka kita akan naik berat badan sedikit demi sedikit, kerana untuk naikkan 1kg berat badan kita kena kumpul 8000 kalori.

Kalau makanan adalah puncanya, bagaimana kita hendak atasinya?

Caranya,
(1) Cari penganti makanan yang boleh berikan khasiat yang cukup dan kalori yang minimum.
(2) Makan dengan berhemah, kunyah perlahan-lahan, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi banyak kali
(3) Minum air kosong yang banyak (setiap 25kg berat badan kita perlu 1L air)-dengan minum air yang banyak, kita boleh kawal selera makan kita.
(4) Mula ambil kira berapa sebenarnya kalori yang kita makan dalam sehari.

INGAT YA Hidayah, kita bukannya tidak boleh makan langsung, tapi kita masih
perlu berikan badan kita makanan yang SECUKUPNYA, kerana dari makananlah kita
dapat tenaga dan bahan-api untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik.

Bahan-api tiada = tiada tenaga = badan tidak sihat

Kita jumpa lagi di rencana akan datang!

Ikhlas dari,
Abdul Rashid
CEO/Jurulatih Kesihatan Peribadi
CSC (CyberSlimCenter) Healthcare Enterprise
www.CyberSlimCenter.com

***Tingin nak amik produk ni tapi tak mampu.... so saya wat program diet sy yang tersendiri.... alhamdulillah sy nmpk perubahannya dan kawan2 pun dah sedia maklum.... :) nnt nak wat entry saya dahulu dan saya sekarang.... ada yang nak komen tak nnt?***

Saturday, October 25, 2008

Rupanya bukan yang terakhir.....

Salam kembali utk semua....
igtkan entry sebelum ni adalah entry terakhir sebelum saya berperang dengan kertas2 peperiksaan akhir.... rupanya bukan yang terakhir gak....
di sapa pagi oleh Ilham hanya dengan link yang membuatkan saya utk terus berkongsi dengan semua.... malam semalam saya mmg berdiskusi dgn seorang teman cyber tentang kualiti seorang lelaki..... mungkin sekadar perkongsian dan hanya diskusi biasa dari minda dan relung hati wanita yang kecewa dengan beberapa episod hidupnya dan ianya berkait rapat dengan lelaki... malam tadi....saya menonton Mega Movie kat TV3 "Someone Like You" citer yang turut memberikan persepsi negative tentang lelaki tapi dalam kekalutan ciptaan kaum adam ni.... masih ada lagi lelaki yang datang dengan ikhlas dan penerimaan yang tidak bersyarat...

saya bukan nak ulas tentang Movie tu.... saya nak share;

10 Kualiti Lelaki Buruan Wanita

1. Prihatin
Bukan mudah menemukan lelaki yang bersikap prihatin secara tegar. Kebanyakkannya hanya sandiwara bersifat sementara dan lakonan paling mujarab kala ingin membelai hati gadis pujaan. Namun lelaki perlu tahu dan sedar akan kepentingan sifat ini tersemat dalam diri. Ini kerana wanita amat menyayangi lelaki yang mendengar dengan teliti setiap butir ucapan mereka dan disusuli dengan reaksi yang menyenangkan.

2. Penawar
Ramai wanita meniginkan kehadiran lelaki bistari meluahkan kata-kaya azimat sebagai penawar kala ditimpa musibah. Sedia maklum, hati wanitia cukup sensitif dan mudah terguris. wanita juga menyenangi lelaki dengan kata-kata pujian untuk setiap kejayaan apatah lagi yang sentiasa berada di sisi takkala musibah datang melanda.

3.Kebebasan
Wanita tidak meminta kebebasan keterlaluan. cukuplah sekadar diberikan hak memilih secara mutlak secara mutlak dalam beberapa urusan contohnya memilh peralatan rumah, membantu pasangan dalam sistem kekeluargaan ( bagi mereka yang sudah berkahwin) atau menyusun ragam kediaman mengikut cita rasa mereka. jika pasangan kurang menyenangkan , teguran atau kritikan lembut lagi membina amat di alu-alukan.

4.waspada
sikap waspada dan hati-hati lelaki dalam melontar kritikan dan pendapat antara faktor lelaki terus disenangi dan wanita pula pantas ingin mendampingi. selain waspada tutur kata, waspada akal & pertimbangan juga antara pakej kualiti terbaik yang bakal meletakkan seorng lelaki itu sbg sanjungan wanita.

5.Harum
sudah menjadi fitrah wanita sinonim dengan subjek kebersihan dan kecantikan (tetapi tidak semua wanita masa kini) oleh itu wahai lelaki sila pastikan anda cukup prihatin akan soal kebersihan diri, kekemasan, penampilan dan paling pentig anda bebas daripada masalah aroma tubuh yang meloyakan.

6.Pemurah
wanita menyenagi pasangan yang tidak terlalu berkira akan soal wang dan perbelanjaan. Bagi pasangan suami isteri menyerahkan soal catuan perbelanjaan rumah tanggan antara mandapat yang amat dihargai oleh seorng wanita. ini menunjukkan betapa pasangan amat dipercayai dan membuat wanita dihargai.

7. kompromi
bukan mudah menemukan lelaki sebegini namun, inilah antara kualiti buruan wanita. wanita menghargai kehadiran lelaki yang sering berkompromi dan sedia menerima kekurangan pasangan seadanya malah yang tidak terlalu cerewet atau kerap mengkritik pasangan juga antara ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.

8. penyokong
lelaki bersifat menyokong ibarat tunjang yang menjadi sandaran dan harapan kepada wanita. dengan dorongan secara fizikala dan emosi , wanita dapat menilai sejauh mana sifat tanggungjawab dan prihatinya pasangan dalam mewarnai kehidupan mereka.

9.Damai & cinta
lelaki memliki sifat cintakan kedamaian adalah lelaki yang tidak berpotensi menjadi pasangan yang bersifat panas baran, kaki pukul @ pendera. Anda perlu ingat, wanita bukan sahaja disayangi dan dicintai malah perlu untuk dilindungi dengan sewajarnya.

10.Tanpa kuasa veto
Wanita lebih cenderong untuk mendampingi lelaki yang tidak menjadikan kuasa veto sebagai alasan mengecapi nikmat kehidupan terindah contohnya tidak melandaskan alasan dipandang manis meskipun bersifat curang, berhak memilih pasangan lebih daripada seorng wanita @ tidak menghormati wanita lantaran berpaksikan fahaman bahawa wanita tidak layak setanding dengan lelaki.

erm saya pun keliru.... samaada betul atau tidak masing2 punyai interpritasi tersendirikan? jadi bijaklah dalam membuat pilihan. setuju atau tidak sy hanya panjangkan perkongsian ini dengan semua. sila ke laman ini utk banyak lagi perkongsian yang menarik...

Monday, October 20, 2008

Kasih Sayang....

> Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
>
> 'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya
> membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'
>
> Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'
>
> Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'
>
> Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu
> saudara'...
>
> Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran
> jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu
> dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu.
> Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.
>
> Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh
> anak lelakinya yang tinggal di bandar, menziarahi ahli keluarga di
> sebuah
> kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh,
> pantas berlari keluar dari kereta.
>
> Langkahnya agak tergopoh-gopoh
> menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik
> handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat
> Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan.
>
> Tapi, bila dia mula menjejaki anak tangga,
> 'Subhanallah! '
> Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman
> rumah.
> 'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera
> disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan.
> Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.
>
> Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib
> terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai
> baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut
> cuba menuruni anak tangga.
> Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop
> bersih, seperti hilang akal sejenak.
>
> 'Tak sembahyang Maghrib ke?'
> Tanya si ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah.
> 'Tak apalah mak, saya musafir,
> Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti..'
>
> Si ibu tak terkata apa.
> Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut
> grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak
> dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh
> dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat
> pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.
> 'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang
> soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku
> bersyukur padamu.....
> aku bersyukur pada mu Ya Allah!'
> sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.
> Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
> kasih.......
> Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat
> keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa
> dipermudahkan oleh Allah.
> Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang
> dimuliakan oleh Allah SWT.
>
> Hadis Nabi
>
> saw:
> 'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua
> mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'
> Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia
> bersalah.
> Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu
> menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'

**Hanya sekadar berkongsi dengan semua..... saya masih dalam mood yang tk menentu... celaru dengan warna pelangi yang berselirat dengan warna2 kelam dan suram....**

Tuesday, October 14, 2008

Kemaafan....

Salam tuk semua...

Awal pagi tadi sy bgun utk bersahur... niat dari malam td nak lunaskan hutang puasa yang lepas. smbil2 tu on tv3 kebetulan Datuk Dr. Fadhilah Kamsah sedang membuat ulasan tentang maaf, kemaafan dan bermaaf-maafan. Antara yang terkesan di fikiran saya hingga ke saat ni adalah ulasan Datuk Dr. yang bunyi nya lebih kurang mcm ni :

"mari lah kita sama2 memaafkan sesama kita, mintak lah maaf jika kita ada salah, maafkan semua org setiap kali sebelum tidur, kerana dengan kemaafan akan terbuka semua pintu2, dengan maaf akan terbuka lah pintu rezeki, pintu jodoh, pintu kerahmatan dan mcm2 pintu yang Allah bukakan untuk kita. jadi marilah kita saling bermaaf2an mudah2an kita beroleh kerahmatan dan keberkatan dari maaf itu"

ulas beliau lagi... "mana tahu mungkin hari ni bila kita maafkan seseorang dengan penuh ikhlas, 2 minggu lagi ada org anta rombongan meminang.... kan ke pintu jodoh dh terbuka bagi mereka yang masih tk bertemu jodohnya"

Saya berdiskusi sendirian... mungkin ke jodoh sy tk sampai2 sbb sy masih tak maafkan org lain? rasa2 sy dh maafkan semua org.... sy juga sering memulakan permohonan maaf even kadang2 yg nyata bukan salah saya.... atau mungkin sy tidak ikhlas dalam memberi kata maaf? hurm.... sekali lagi persoalan ikhlas di utarakan... bagaimana cara terbaik utk kita ikhlaskan diri? rasanya dh ilang semua dendam di hati....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sabtu lepas... saya kuar ngan yani n nor... teman berteman, ronda2, tgk wayang dll. penat dan letih tak jadi soalnya sbb masing2 dh setuju. kami singgah solat asar dan terus maghrib kat Masjid India.

Sayu hati bila teringat raya tahun ni sy tk berkesempatan tuk berjabat tgn ngan abah pohon maaf dr dia.... sy sms adik yang bongsu mtk no phone abah sbb alang2 ada kat Masjid India ni apa salahnya sy cari abah... (dulu, adik sy kat USIM selalu bgth sy, abah ty naper kak ida tk g cari dia? ) dan ari tu saya rasa dh tiba masanya tuk saya cari abah. Adik bongsu saya reply, kak ida nak wat apa no abah?... bila saya bgth nak jumpa abah...suda reply "erm bagus laa kak ida... kami sumer dh beraya ngan abah...kak ida sorg je tak beraya ngan abah lagi".

tersentak saya dgn sms adik tu.... terus saya cuba contact abah, alhamdulillah talian sy bersambut.... terdengar nada yang agak terkejut bila sy bg salam... dan "abah, kak ida ni, kak ida ada kat Masjid India, igt nak jumpa abah kejap boleh ke?" mungkin abah terkejut sebab tu laa 1st time saya call dia... dulu2 tiap kali dia call, sy selalu ngelak. janji berjanji.... kami jumpa lepas maghrib. saya salam dan peluk abah... mcm tu gak dia membalasnya... ada sendu yang saya tahan... tk nak yanie n nor pasan kesayuan yang bertandang saat tu...

saya dah lupakan semua cerita lalu, sy dh menerima semua tu sbg lakaran hidup yang byk mengajar sy erti kedewasaan. atau mungkin saya masih belum ikhlas sepenuhnya dengan abah? hingga kadang2 sy terhimpit dengan semua yang menyelirat ini.

Friday, February 22, 2008

Hidup dan Ujian.....

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih
utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep
"ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana
sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan
cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila
kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana
ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan
bacalah Al Quran... sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg
tersingkap di dalamnya......segala jawapan ada di
dalamnya....

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
mencapai kemenangan).- Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk.
- Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri,
harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka.....-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************