CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 19, 2010

Rasa yang tiada rasa

Salam

Rasa yang kian hilang
Rasa yang makin ringan
Rasa yang tiada rasa
Rasa yang tiada rencah
Rasa yang tiada warna

Tanpa rasa yang gembira
Tanpa rasa yang sedih
Tanpa rasa yang sakit
Tanpa rasa yang sihat
Rasa yang tiada nadi

Rasa yang membengkak
Rasa yang penuh nanah
Rasa yang kian membusuk
Rasa yang meloyakan jiwa
Kerana rasa itu kini sakit

Rasa kosong pelengkap sukma
Rasa penuh hilangkan rasa
Rasa yang kini tiada rasa
Rasa yang kini tiada lagi
Rasa ini dengan titik.

Saturday, April 10, 2010

Dia tidak pernah mengerti....

Salam....

Dia tidak pernah mengerti kenapa aku harus buat keputusan ini. Dia tidak pernah mahu memahami alasan yang aku gariskan sejak beberapa bulan yang lepas. Dia tetap ingin meneruskan niat dulu. Masih memujuk untuk lunaskan janji dulu.... Kenapa dia tak nak faham... janji tu dah terbatal dengan sendirinya saat aku tahu dengan hakikat dan mata hati ini menyedari tentang kenyataan bahawa tidak mungkin untuk bersatu dalam keadaan dan situasi yang begini. Susah sgt ke dia nak faham apa yang aku dah ulaskan panjang lebar. Jawapan aku tetap sama dan masih yang serupa. Sedikit aku tak nak ubah dan tak pernah terniat di hati untuk mengubah keputusan ini. Sudah berkali2 aku nyatakan walau segunung sayang aku, walau selaut kasih dan cinta aku... tak semesti akhirnya dengan sesuatu yang indah. Banyak kali sudah aku bgth, biarkan aku sendiri. Jangan lagi di ggu dengan persoalan itu. Cukup laa dengan kesilapan yang pernah aku buat. Tidak mampu lagi rasanya nak tanggung rasa bersalah yang menggunung. Remuk hati dengan kegilaan dia. Memang dia gila.... dan aku juga tidak kurang gilanya... AHHHHHH!!!! tekanan ini dah cukup untuk aku. Jangan la di tambah lagi. Dah lama aku telan setiap yang sakit ini.... sedirian.... Aku tenang dengan cara aku. Tahu walau sejauh mana aku lari, aku tetap tidak akan dapat lari dari rasa hati sendiri...tp selagi aku mampu aku akan tetap lari dari dia. Berkali aku pohon pengertian dia. Berkali aku minta dia fahami setiap patah dari keputusan aku. Berkali sudah aku menangisi semua ini biarpun dia tidak pernah memahami. Aku letih....

Sunday, April 4, 2010

Bertamu Di Kalbu

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************