CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 5, 2009

Berapa harga sebuah kebahagiaan?

Salam.....

Actly since rya ari tu....aku rasa sangat2 terasing.... even aku cuba untuk menonjolkan diri masih juga aku tersisih. tidakkah mereka perasan dengan perubahan aku? tidak kah mereka terkesan dengan kewujudan aku? beku hati semakin mengeras.... kebahagiaan yang cuba untuk di raih semakin menghilang. riak wajah mereka langsung tidak menampakkan kebimbingan.... tidakkan mereka terfikir akan diri aku ni.... tidak kah mereka ingin bertanyakan aku tentang apa sahaja....? kenapa terus buat aku rasa mcm ni? mahal sgt ke hrga kebahagian untuk manusia seperti aku? harus bagaimana lagi untuk aku lakukan? apa lagi yang perlu aku hitung? berapa RM yang perlu aku laburkan untuk menilai dan membeli gugusan kebahagian itu? jgn biarkan aku terus begini. aku tidak lagi seampuh dulu. aku kini mampu tersenyum tp hakikatnya tidak lagi bersama keikhlasan. jgn biarkan aku kembali membenci bila aku sebenarnya sudah boleh untuk menerima dan tidak kan mereka terfikir betapa hebat aku lawan untuk aku melupakan episod-episod dulu. jgn biarkan aku jadi keras bila pernah hati aku cair dan mengalir bersama kasih sayang juga tanggungjawab. aku amik tanggungjawab ini bukan bermakna aku perlukan semua perhatian itu....aku hanya perlukan sedikit darinya....bukan semua.... hanya seulas yang bisa menghilangkan sendu luka di jiwa. aku hitung semuanya bersendirian. aku lalui dan rentasi semuanya dengan kaki sendiri.... sehingga ke detik dan ketika ini, aku bangga jadi diri aku... mendepani semuanya sendirian tapi jgn mereka lupa tanyakan aku satu ayat yang boleh menghilangkan sakit di jiwa ini. Jgn biarkan aku terus menghitung dosa dengan rasa sakit yang terbeban ini. Jgn biarkan aku terus bersendirian.... aku perlukan mereka..... perlu untuk lunaskan harga dosa lepas. rasailah kehadiran aku macam mn aku merasai mereka dlm kehidupan aku.

Berapa harga sebuah kebahagian untuk aku lestarikan?

1 comment:

chimera said...

sabar byk2 dik... sabar byk2... Allah tu adil sgt2.setiap perkara yg dia wujudkan di dunia ni ada waktu-waktunya... waktu suka, waktu duka...
mungkin ida kecewa dgn sikap2 mereka sekarang... mana tahu satu masa mereka akan melutut merayu pd ida pulak...

buat baiklah sentiasa... Tuhan sedang menilai... ada org yg ditimpa dgn ujian yg lebih terukkan??
InsyaAllah, kalau tak diberi rasa bahagia di sini, akan di beri kebahagiaan di'SANA' kelak... InsyaAllah...

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************