Pada sudut terasing ini terperuk sekeping hati
menjeruk rasa pada sebuah kisah
memendam pilu pada jiwa yang mati
meniti hari dengan langkah yang tidak sempurna
Pada lirik matanya terisi sendu yang bukan sedikit
pada lakaran senyumnya ada calar di hati
ada rahsia yang meruntun sanubari
ada kisah lama yang sakit
ada cerita satu episod kehidupan
Dia hari ini tersungkur dan terus tersungkur
bukan simpati yang di raih
bukan simpati yang di dambanya
hanya melepas remuk di dada
sekadar merembeskan nanah
kelukaan yang tercarik
Tahu diri bukan sekuat mana
tahu diri tidak seampuh mana
tahu diri ibarat hilang daya
tahu diri bagai layang-layang terputus tali
hilang arah dan punca
Jangan lagi di gadai harga yang ada
biar terus tidak di cinta
biar terus tidak di miliki
biar diri tidak di punyai
asal nadi terdenyut
dengan bangga tanpa rasa
murahnya harga cinta.
4 comments:
akk...mcm kisah sya plk..huhu
Mcm ada terkena jer..haha...Nice poem..I likeee!...hehe
Kadang2 kita perlu melupakan sahaja semuanya agar diri ada peluang untuk bersedia untuk menerima yang lain cuma masanya perlu disediakan utk itu..INSYALLAH..Kita hanya mampu merancang..dan kita berserahlah atas apa jua yg kita lakukan..DIA maha mengetahui..
Jangan membiarkan layang2 itu bebas terbang....
Sebaliknya kawal dengan tali keimanan...
Agar sentiasa teguh walau dilanda ribut sekali pun....
lame mak tak jenguk akak.. akak makin cun!!
Post a Comment