CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 18, 2009

Hijrah Diri

Hijrah diri mencari erti
Hijrah diri mencari makna
Hijrah diri menilai rasa
Hijrah diri pengubat jiwa

Mencari pelangi kasih
Yang indah
Mencari landasan cinta
Yang kukuh
Mencari sesuatu
Yang bermakna

Hijrah ini membebat rasa
Hijrah ini membalut luka
Hijrah ini menenangkan jiwa
Hijrah ini tanda perjuangan hati
yang kalut

Kalah atau menang
aku hanya perlukan
pembebasan rasa yang sakit ini......
Hijrahlah diri!!!!!

Salam Maal Hijrah 1431.

1 comment:

SHIMI said...

salam maal hijrah 1431H. Moga kamu ketemu erti dan kerperluan hijrah dalam diri kamu.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************