Andai bahagia itu derita dengan mencintai mu, aku pilih derita.
Andai derita itu bila aku bersamamu, aku sanggup kehilangan sejuta bahagia.
Andai derita itu saat kita bersama, aku rela pinggirkan sedekad bahagia.
Andai bahagia hanya sesaat tika kita saling memiliki, biarkan aku terus derita dengan mencintai mu.
Bahagiakah aku memiliki mu dengan hadiah derita buat mereka?
Bahagiakah aku mengambil kamu dari mereka?
Bahagiakah janjinya nanti jika seluruh hati aku menanggung rasa bersalah?
Bahagiakah nantinya aku jika Irfan n Irdina bertanyakan mana Papa mereka?
Yakin aku dengan jawapan hati..... aku pilih derita kerana aku bahagia mencintai mu.
Redha untuk tidak memiliki...
Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu....
Luas-luas lautan terbentang, luas lagi cinta aku pada kamu.....
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh luka....
Hijrah Diri
15 years ago
2 comments:
Kadang2 kita sanggup memilih derita demi sebuah kebahagiaan org yang kita sayang.
Derita atau bahagia, itu pilihan diri yang merasa. Hati mengeluh dan menghayatinya rasa itu.
Bagi kak su bahagia itu akan muncul bila hati menerima apa yang direzekikan. Nilai dan tafsiran rezeki itu luas... iman, cinta, persahabatan, damai jiwa dan ketenangan hati juga adalah rezeki.
Kak su sentiasa mendoakan bahagia itu menjadi milik jiwa Ida...
Satu yang kak su selalu ingat dan kak su mahu Ida juga ingat; Cinta itu milikNya... dan pada Dialah kita meminta agar direzekikan dengan cinta yang mekar didunia dan akhirat....
Post a Comment