CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 1, 2009

Cerita Yang Tertinggal....


Salam.
Saya tak tahu di mana harus saya mulakan... cerita mana yang ingin saya kongsikan...apa pun saya mulakan dengan kata maaf kerana saya jarang berkesempatan untuk melewati blog2 anda. Ada kekangannya. Internet connection yang tidak memberansangkan, kestabilan emosi yang sedikit tergugat dan hambatan kerja yang sedikit mengejar. Bila saya tidak menjawab komen2 yang di tinggalkan utk saya, tidak bermakna sy tak menghargai anda cuma bila kaitannya dengan hati dan perasaan sy sedikit kacau. Alhamdulillah. Saya sudah dapat menerima kenyataan yang terpapar. Tak perlu saya nafikan kerana jika itu Takdir Allah siapa saya untuk menidakkannya. Pasti ini lah yang terbaik.

Dalam kekalutan yang ada, dengan jiwa dan emosi yang agak goyah, dan kesihatan yang sedikit terganggu alhamdulillah semua aktiviti yang memerlukan tenaga saya, dapat berjalan dengan baik. Sepanjang ini saya telah di lantik mengiringi murid ke dua kem motivasi yang berlainan anjuran PPD Sebauh. Kem Motivasi Pelajar Harapan (Sebauh) dan Kem Motivasi Pelajar Cemerlang (Taman Negara Similajau). Kedua-dua siri motivasi tersebut saya sebenarnya menggantikan cikgu Mai yg punya tugasan lain yang lebih penting. Apa pun saya gembira dengan pengalaman yang saya kutip. Pada ke dua2 siri kem motivasi tersebut saya di pertanggungjawabkan sebagai pengerusi majlis mengendalikan majlis penutupan. Sejujurnya saya tak pernah, tapi hakikatnya sekarang sy rasa sy bleh jdi MC yg lebih baik... (sedikit perasan).

Kepercayaan di beri, means mereka percaya saya boleh. Waktu jadi MC kat Sebauh tu suara sy serak2 itik serati.... kehilangan suara dan sakit kerongkong.... namun saya berjaya mengendalikannya. Bila kat Similajau, sekali lagi saya perlu jadi MC, trus sy tepon Pn Yon mintak beliau belikan Dequardin untuk saya.... Terima Kasih Pn Yon sebab sudi melayan karenah Ajk mcm sy ni. huhuhu.

Saya tinggalkan semua dengan bicara pada gambar yang boleh bercerita dengan lebih lagi. Telusuri jalan yang pernah saya lalui.....

Kem Motivasi Pelajar Harapan
Balai Raya Sebauh
18 - 21 Jun 2009

Saya Bangga Menjadi Guru.
Bersama Timb. Kem Komandan, Cikgu Hamsah
Thanks pinjamkan belakang anda untuk saya ber'posing'.

Aktiviti Malam Penghayatan

Majlis Penutupan.
Bersama GB dan murid2 sy.
Lolitanyvsyavalua - biyak sunti yang senyum manis tu. (jenuh saya berlatih untuk betulkan lidah sy menyebut nama ni tuk Majlis Penutupan, sebutan saya hanya betul time kat Similajau, cikgu dia gtau how to pronounce nama biyak ni. Menurut Sylvia, Loly sdiri pun tk pernah betul sebut nama sdiri. Huhu. Sapa laa bagi nama susah2 gini....)

Warga kerja Kem dan kini antara kawan2 saya. Bila ada program mcm ni la br bleh kenal cikgu2 dari skolah lain.

Ke Taman Tumbina Bintulu.... pengubat duka krn sebenarnya, kem ni sepatutnya di adakan di UPM, Bintulu tapi di batalkan pd saat akhir.

Kem Motivasi Pelajar Cemerlang
Taman Negara Similajau, Bintulu
02 - 05 Julai 2009
Desir ombak menyambut kami. Ada damai yang bergayutan. Moga kekal bersama hati yang Redha. Saya sukakan pantainya yang cukup tenang.... menghanyutkan sedikit dari kekacauan yang ada.

Ricky Steward.... "Cikgu kenapa airnya masin?"
Ada antara warga2 hutan yang rupanya tidak tahu air laut itu masin.
Cerita pada kem yang sebelum ni, ada yang bawa baldi, berus gigi, sabun, nk gosok gigi n mandi ngan air laut.... pada kita mungkin kelakar tp pada mereka ini semua perkara baru. Mereka sudah biasa bgn pg terjun sungai, gosok gigi dan mandi.....

Main pasir..... sedikit teruja

Erm...cikgu pun sama. terlebih teruja....
Baju biru, tu lah Cikgu Hamsah.
Kem Komandan kat Similajau.

Aktiviti Malam Penghayatan.
Masih saya igt lagu Gajah Menari....
"Apabila bunga kembang berseri, seekor gajah keluar menari....lenggok ke kanan, lenggok ke kiri, seekor lagi keluar menari"

Tenaga kerja kem bersama penaja.
U'ols mmg best.

Gambar kenangan.

~Saya noktahkan dengan gembira~

seorang perempuan ...
yang telah ku temui semalam
waktu hujan gerimis
hati perasaannya pasrah
setelah sebuah cintanya hancur
tersadai ...
terbengkalai ...
di tengah lorong kota
menelan rakus suci hatinya
resah kebingugan
resah kebuntuan

seorang gadis ...
wajahnya telah dipanggang rentung
kerana lambang cintanya yang kukuh
terhumban di sebuah gaung kerikil
membiarkan arah perjalanannya
tak berpeta ... tak berdestinasi

aku cukup simpati
retak mengiringi perjalanan hidupmu
sewaktu memungut
sewaktu mengutip
serpihan - serpihan
cebisan - cebisan
cinta yang lenyap di jalanan ...

(Satu rasa yang indah dan sedikit kelat)

2 comments:

Ad Rifza said...

Lama tak menyinggah sini...huhu..Akhirnya sufi sudah biasa dengan suatu kehidupan yang mulia disana..Alhamdulillah.. Itulah sebaiknya..ALlah tahu yang terbaik unutuk diri kita..rite?
Jalan hidup walau macamana susah sekalipun kita harus hadapi dengan tenang..Yg penting jgn lupa padaNYA..DIA sentiasa ada untuk membantu hambaNYA yang memerlukan..Mohon sahaja dengan ikhlas..InsyaALLAH...
Suka tgok baju tu..Saya bangga menjadi seorang guru?..Hmmm.. sepatutnya semua guru2 kena pakai baju tu...sebab ada guru yang tidak bangga jadi guru..Malah ada yang terpaksa..Moga guru2 betulkan niat mereka dengan berbangga jadi guru..Mulianya pekerjaan guru..tapi tggjwbnya cukup besar..
Moga Allah permudahkan jalan hidup sufi..InsyaALLAH..

Chekgu BaniHassim said...

kem motivasi cemni budak2 biaselah teruja...
dan sedar sekejap...
kdg2 lepas tu ulang balik...
hehe

seronok ye pi berkelah, main2 pasir pantai...

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************