Saya adalah siapa saya dan bagaimana saya melihat kehidupan dari sudut dan pandangan mata saya, seorang hamba yang berkelana mencari erti bagi seribu persoalan yang menyesak di minda. Cuba untuk merungkai apa yang membelit di dada. Saya mungkin bukan yang terbaik saya juga mungkin hanya hamba Allah yang lemah dan dhaif. Naif dalam membuat pentafsiran tentang hidup, manusia, kehidupan dan kemanusian hingga ada kalanya saya terus tenggelam bersama arus dan gelombang dari tsunami hidup.
Saya tiada kuasa untuk menahan sesuatu itu dari berlaku, saya juga tidak mampu memaksa sesuatu itu berlaku mengikut perhitungan dan rencah rasa saya sendiri. Dan kerana itu lah saya menerima apa jua yang mendatang dalam kehidupan saya. Dengan benteng kekuatan yang kian bersisa saya hilang makna dari seluruh permaknaan hidup ini. Saya tidak mahu di lihat manusia yang lemah sedang itulah hakikat nya hari ini.
Kesempurnaan sebenarnya jadikan kita hamba yang sedikit riak dengan anugerah dan kurniaan pinjaman Allah SWT. Alpakah kita dengan semua itu? Saya kesakitan... saya perlukan penawar untuk terus mengatur langkah di bumi pinjaman Allah ini. Kekurangan juga adakalanya buat kita lupa hakikat kehidupan ini... lupa dengan siapa yang lebih berkuasa mengatur semua perjalanan kita ini. Kesempurnaan dan kekurangan hanya dua dimensi yang bezanya dari permaknaan individu itu sendiri kerana kesempurnaan itu hanya milik DIA Yang Hak dan kekurangan itu milik manusia seperti kita.... lupa.
Saat ini saya berkelana dalam diri, mencari erti di balik semua rasa yang ada. Tawa dan gelak yang kosong sekosong hati saya ketika ini. Tangis dan air mata begitu sinonim hingga saya takut utk mengalirkannya lagi walau seringkali saya kalah dengannya.
**Mengapa hati ada ketikanya di pagut cinta yang salah? Mengapa bila tiba saat di nanti hati degil untuk menerima hakikat itu? Kenapa hati perlu keliru antara yang benar dan yang salah jika itulah hakikat untuk diakui diri**
10 comments:
da..
jgn biar ia memakan diri..
jgn biar ia lama bersarang di hati..
jika ida dah amik satu keputusan..tetapkan hati n terus melangkah..jgn bpaling lagi..kena betul2 kuat utk buat sume ni..
Kak Azza...
terima kasih luang masa dgr cerita ida... insyaAllah kekuatan tu ada dalam diri....
Idany..
Kita hanya manusia yg diibarat pelakon diatas pentas kehidupan..
Jalani tiap harimu dgn ketabahan dn Tawakal pada yg Maha Esa..
Insyaallah.. Apapun yg bakal t'jadi, hatimu kan cukup b'sedia..
Doa dr Redynne sentiasa mengiringi, semoga apa yg dicari dn dinanti akan sis temui..
Redynne :
thanks sis... i just looking for the rite path to follow. actly decision dh ada cuma mencari kekuantan tuk teruskan langkah... :D
Hidup memang perlu kekuatan walaupun untuk memulakan langkah yang pertama.
Setiap langkah memerlukan analisa, dengan analisa kita ada keyakinan dan keyakin memberi kekuatan berkeputusan.
entri yang menarik, penuh muhasabah diri.
Salam, Abg Shimi :
terima kasih jejak yang bermkna utk ida. setuju ngan abg, keyakinan memberi kita kekuatan tuk berkeputusan. :D semoga sy mmpu utk teruskan keputusan ini dan sy tahu, I HAVE TO....
kita adalah apa yang kita pilih... kalau kita pilih utk jadi kuat, kita kuat, kalau kita pilih utk jadi lemah kita lemah...
Jgn fikirkan tentang ujian. Sebab semua org akan lalui ujian... fikirkan macamana nak hadapi ujian tersebut...
errr... semoga ida boleh jawab xzm dgn lancar dan sempurna..
Abg Chime :
Terima kasih.... kita adalah apa yang kita pilih kan? agreed ngan abg...
esok last paper....
salam ukhwah buat da...
dalam kehidupan tidak lengkap kalau tidak diselangi dengan kepahitan , kemanisan , kesedihan dan keindahan ....itu asam garam sebuah kehidupan ..andai dahulu pernah terjatuh , bangkitlah sendiri tanpa menunggu ada tangan menghulurkan ihsan...diri kita perlu kuat ...yakinlah kita masih disayangi...dan tanamkan dalam hati , jika aku begini pasti ada lagi yang lebih parah dari aku....umi yakin da boleh bangkit mencari keterangan cahaya sufi itu...Allah sentiasa ada ...
papa & umi :
umi thanks a lot. sejuk ati ida baca kata2 umi ni...
umi terima kasih tgglkan jejak tuk ida... exchange link k...
Post a Comment