CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, December 3, 2007

Kegilaan Aku

Lama tak update blog kasih sufi ni. Ari ni br internet aku ni ok. Since last Sunday lagi. Computer man tu kata modem yg rosak…aku bkn tahu sgt…serah je bulat2 kat dia to fix kan balik. Ari tu dh dtg tp tak leh btul kan pun lagi…. Huhuhuhu…. Last week jiwa aku byk yg tak menyenangkan. Ada saja gelodak rasa yang mengeruhkan keadaan. Lebih teruk bila byk keja aku put aside. 5 ari keja rasa nya tak der satu ari pun yg berkualiti. Mcm selalu bila aku di timpa kecelaruan mental aku mula buat sst yg org tak akan buat. Acha ckp aku suka buat keja bodoh. Mungkin betul keja bodoh… mana tak nya org tak buat aku buat. Saturday lepas aku keja half day….sengaja tak drive keta mmg niat nak jadi bodoh. Tak abih time keja lg aku dh cabut…. 12.30 aku dh kuar office, (padahal boss ada time tu) aku amik cab g bus stand, ty ticket nak g Kuala Krai. Nasib aku baik. Sesampai je bus sedia menanti…huhhuhu… ticket RM5.90 perjalanan dr KB to KK. Aku pun tak th aku nak cari apa kat sana. Tp hati aku decide nak g sana. Perjalanan amik masa lebih krg 1 ½ jam.. dr bandar Kuala Krai aku menapak ke KTMB station. Aku amik train RM2.50 dr Kuala Krai ke Limau Kasturi….hrm…. sebenarnya aku sedar mslh yg mengasak tak akan selesai bila aku buang masa mcm tu... tp aku suka mcm tu. (b4 tu ady call marah2 bila aku ckp aku ondaway ke K.Krai tnpa tujuan, Ady kata bukan tu cara nak selesaikan masalah……aku jwb balik aku bukan nak cari penyelesaian pun…:) Aku sekadar nak jamu mata tgk pemandangan yg tak cantik pun… aku suka tgk ragam manusia yg berkeliaran…masing2 ada tuju dan arah…sdg aku… mengatur langkah mencari secebis ketenangan…huuhhu pelik kan…org kalau ati tak tenang bawak2 semayang, dekat kan diri ngan Allah tp aku lain ceritanya. Ari tu dr Limau Kasturi aku patah balik ke KK. Jln2 kat Bandar KK. Bukan ada apapun…berasak2 ngan debu2 di jalanan buat selsema aku bertambah teruk… peduli kan… jnji aku rasa senang. Kul 4 lebih2 call Hisyam, bgth dia aku ada kat KK. Bz kata nya….tp…at last kuar gak jup jumpa aku..:D. ni laa saat bila masalah jiwa aku makin sarat…. Nnt aku seliratkan in next post ok…. Ding dong ding dong…. Amik bus kul 530 dr KK balik KB. Kul 7 gak laa smpai umah…. Aku hitung masa yg aku buang, tenaga aku jln2, kos aku…. Mmg keja gile tp ini lah aku… seorang manusia yg suka melarikan diri bila di belit masalah. Bkn aku tak nak selesaikan or berdepan dgn keadaan tp…. Dlm perjalanan2 yg aku tempuh tu laa masa utk aku congak2 apa yg perlu dan patut aku buat. Aku bukan manusia yg tahan dgn stress. aku tak suka pksa otak aku bertungkus lumus pk kan sst sdg hati tak merelakan kan………. Yg pasti aku tak suka kan tekanan yang melampau….

No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************