CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 11, 2009

Saya dan dia bersama kisah calar dan carik cerita.

Salam....
Semoga terus ampuh bersama seribu impian dan harapan yang berbunga.

Saya
Ada satu kisah yang tak pernah saya bongkarkan pada semua, even Acha, Nani, or Puteri juga tidak pernah tahu dan tidak akan tahu kisah ini.... tp saya kongsikan kisah ini dengan dia orang yang saya kenal hanya sebulan yang lepas.... bengongkan saya? selalunya itulah unggapan yang tepat untuk saya bila setiapkali mengambil tindakan-tindakan yang agak nyata sedikit erti kebodohannya. Apa ayat dia jampikan untuk saya ni? Lancar je lidah saya membaitkan kata. Tersusun indah dari satu episod ke episod dan bab seterusnya hinggalah pengakhiran kisah itu. Yang menarik tidak setitis pun airmata saya menitis kerana kisah calar itu. Tidak sekalipun saya berhenti melainkan pada titik terakhir perceritaan saya. Sungguh kagum saya, kerana selalunya bila saya kenangkan kembali kisah yang calar itu, pasti akhirnya airmata, sedu sedan dan lena saya bersamanya. Bagaimana saya boleh menjadi salah satu watak kepada perkisahan itu? Kenapa saya yang membawa watak malang dalam kisah itu? Menyesalkah saya? Dan hakikatnya itu adalah antara tulah-tulah kesilapan, bilah-bilah dosa yang saya dambakan keampunan Yang ESA.

Derita rasa makin menyengat dan saya fikir mungkin ini adalah episod pembalasan untuk saya lebih belajar dan kenal erti kehidupan yang sebenar-sebenarnya. Apapun kisahnya saya benar-benar mencari erti padanya.....persoalan kenapa dan mengapa wujud seiring dengan kesinambungan episod-episod yang tercalar.

Dia
Hanya manusia biasa seperti saya. Tidak ampuh. Lemah. Serba kurang dan saya melihat dia dari sisi saya manusia yang lebih banyak kelemahan dan kekurangan berbanding dia. Tidak sekali pun dia mencelah saat saya aturkan kata, susun bicara pada satu kesinambungan yang berterusan sehingga tamat kisah dan dalam hela nafas..... "D, itu lah diri E yang D nak kenal".

Tenang dia sambut kata saya "Siapapun E, apapun kisahnya, E tetap istimewa dan D tak akan sesekali menafikannya" Saya diam.....bisu hingga dia aturkan ayat seterusnya. Cerita dan kisah berganti. Saya pula yang diam memberi laluan untuk cerita dia bersambung dari siri pertama hingga tamat episod di garap. Tenang juga biacaranya.

Carik cerita dia sama seperti calarnya kisah saya. Dan saya akui bersama kisah calar dan carik cerita itulah kami mengenal erti yang sukar untuk di ungkapkan. Saya mencari seseorang seperti dia untuk di dekati, untuk saya dampingi, untuk saya kongsi dan habiskan ruang masa bersama. Usai Subuh awal pagi tadi....saya garap satu pengharapan... semoga Allah mendengar, semoga ada bahasa yang faham bila ada hati yang tiba-tiba senyum dalam kebisuan.

~titik~

Nota 1 : Cha, aku pernah nak ceritakan kisah ni b4 ko nikah dulu, tp aku tidak di anugerahkan kekuatan utk bercerita. ketakutan aku mengatasi segalanya.

Nota 2 : Nani, aku juga pernah membait kata untuk kongsikan sekali pun hanya hati yang membisik, tp aku tidak di beri keyakinan untuk menuturkannya. Kegusaran aku atasi semuanya itu.

Nota 3 : Dia, honestly saya sukakan dia.... saya rasa selamat dengan dia, saya rasa tenang dengan dia, saya sukakan cara dia layan saya, ada rindu untuk dia. Ada senyum pada hati yang bisu ini. Dia tak ubah macam Crustacea saya yang dulu..... saya jumpa orang yang boleh melarik bahasa selari dengan detik di hati bisu saya.


3 comments:

NuR said...

kagum sy sis.. tapi mampukah sy kuat seperti akak?

narnia mat said...

siapa 'dia' tu?...

apa yg buat mu takut utk kongsi ngn aku?

as long as dia boleh jd terapi jiwa mu, just go for it...and remember, i'm always here for u k....

CaMaRPuTiH said...

moga 'dia' itu adalah org yg tepat untuk lakaran duka yg ko pilih. aku x kisah dan aku tetap jd penyokong di belakang. tongkat tuk ko aku letak kat tepi kalau perlu ambil je bila2.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************