CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 11, 2008

In Relation.....Double 'H'

Baru kelmarin aku bicarakan tentang sakit nya hati bila di kecewakan. Luluhnya rasa bila kasih sayang dinafikan haknya. Tp ari ni aku bangkit dan kembali menulis dan bercerita tentang keajaiban cinta. Kenapa bila tiba2 kita seolah2 baru tersedar dari tido dan mimpi yg panjang yang mana segala kesakitan itu hanya dlm mimpi dan reality nya adalah apa yg kita rasa ari ini.

Nak citer ke tak nak? Nak citer ke tak nak…..? nak mula mcm mn? Huhuhuh….. bagai nak pecah aku fikir kan hal nih….. susahnya nak bgth mama n family ada org nak masuk meminang? Hahahaha… korang tentu terkejutkan…. Tetiba lak…. Aku ni lagi la… petang 3 Feb 2008 yg lepas…. Aku mcm kena kejutan eletrik bervoltan tinggi. Jantung bagai terhenti dan nadi turut berhenti berdenyut….. seolah mencari kepastian pd satu pertanyaan yg luar biasa tp sarat dgn makna tersendiri… nasib baik tak lama…kalu tak…. Tak der ler peluang aku nak bercerita tentang ni…huhuhu….

Erm… angin perubahan dlm diri semakin aku rasai. Belajar untuk mnerima dan akhirnya aku kena akur jika ini takdir dan jodoh aku. Kalu nak ceritakan ttg dia, aku sendiri blum kenal dia sepenuhnya. Tp apa yang boleh aku nyatakan…ada beberapa faktor yang menguatkan naluri aku dia ikhlas dan jujur. Tu yang aku harapkan.

**Ya Allah, jika dia sememangnya tercipta untuk ku, dekatkan hati kami berdua. Kuatkan rasa cinta kasih dan sayang antara kami. Zahirkan rasa ini dengan restu semua. KAU pemudahkan segala urusan kami. Semoga kasih sayang anugerah MU ini akan terus berkekalan dalam hati kami.**

No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************