Dalam hari2 yang berlalu ni, aku rasa kan sesuatu yg kurang memberangsangkan jiwa. seoalah2 ada something yang menjerat dan terus menghimpit. sesuatu yang membuatkan aku tidak tenang. kata Acha, aku mmg tak penah tenang. jiwa aku tak penah sunyi dr gelodak dan resah rasa. apa sebenarnya yg aku cari? macam yg Acha bgth....aku mencari CINTA. benar ke CINTA yg aku cari? aku keliru dgn bahasa yang terbit dari hati aku sendiri. apa yang aku cari? apa yg aku harapkan? apa yang menjadi keutamaan pada aku sekarang ni?
bila bercakap soal CINTA, aku tak jumpa lagi apa itu CINTA SEJATI? sepanjang2 lorong hidup ni, aku pernah berganding tgn dgn bermacam2 jenis dan perangai lelaki. aku mula mengerti erti sebenar yang aku cari. aku bukan perlukan lelaki yg dtg hanya bersama CINTA. aku butuh kan lelaki yang bukan sahaja menerima tp juga akan turut memberi. lelaki yang tahu utk merawat bukan sekadar membebat. aku perlukan seorang yang boleh jadi pelengkap utk episod hidup yg akan dtg. aku tak perlukan lelaki yang manis katanya bisa membunuh setiap gugus harapan yg aku gantung. aku tidak mencari lelaki yang sempurna tp aku kepingin lelaki yang bersedia utk bersama mencari kesempurnaan dgn aku. ada ker lelaki seperti yang aku lakar kan dlm kotak minda ni?
aku pernah temui lelaki yang pd nya aku menjadi sebegitu pasrah..... bersama nya aku boleh tersenyum dan menangis pada detik yg sama. sebegitu besar harapan aku pd dia.....mcm tu juga parahnya aku di hurung kecewa. rupa2nya dia bukan tuk bersama aku mencari kesempurna.... namun sepanjang perjalanan ini, dia lah yang terbaik yang pernah hadir dan berpimpin tangan bersama aku. jauh dalam hati ni, aku rindu kan detik2 4 thn yg lalu... terlalu merindui nya.... dia lah MY LUV CRUSTACEA.
hari ini, ada lelaki yang bersama aku, berjalan pd lorong yang sama, namun aku tak tahu sejauh mana perjalanan ini kami akan bersama. mungkin ada simpang di hadapan yg akan memisah kan kami. aku kini tidak lagi mencari CINTA. aku mencari keserasian yang pasti akan membuahkan CINTA. hari ini, aku tidak lagi heret bersama bayang2 CRUSTACEA. aku cuba lupakan bayangan itu. hari ini aku sedar, aku tak akan jumpa lelaki yg sama mcm dia sekali pun aku menongkah gelombang 7 lautan, menyongsong awan 7 tingkat langit.
Zaim, antara kesungguhan cinta dan inggar kata....kamu kalah untuk tentu kan jln yg sepatutnya kamu berada. jgn lagi salah kan aku dgn apa yg terbentang antara kita. Taufik Affendy, dlm setiap pembohongan itu, aku kini bijak utk menilai patah2 kata yg mustahil utk aku tarik dgn kepercayaan yg aku ada. Maaf, sebab yang ada antara kita hanya kepuraan dan bukan berpaksikan keikhlasan. Ady, kita bermula dgn janji dan yang pasti janji juga yang akan mengakhiri perhubungan kita. aku bukan lagi bodoh utk menelan dan menjadi pengikut kata yang dusta. antara mereka yang pernah ada dlm perjalanan dan di sisi lorong2 yg aku lalui. Hisyam, kita masih mencari erti dari apa yg kita rasa ini. aku tidak lagi menggantung sebarang harapan utk CINTA, namun utk bersama teruskan perjalanan ini.
Hijrah Diri
14 years ago
No comments:
Post a Comment