Hari ni dah masuk hari ke 6 utk tahun 2008. cepatnya masa yang berlalu meninggalkan kita. mungkin kesibukan buatkan ruang masa utk aku bercanda di medan ini agak terhad. lagi 3 hari aku akan tinggalkan kenangan 3 tahun di Kumpulan Perunding (1988) Sdn Bhd. hari ni aku nak bercerita ttg 2007 yang dh hmpir seminggu berlalu. aku nak ceritakan jgk ttg harapan 2008.
2007
- 2007 yang kini dh jadi kenangan tinggalkan aku byk pengalaman dan kenangan tuk aku teruskan langkah ini. dalam kekecewaan, dlm kelukaan, dlm resah dan gundah, dlm sakit berdarah, di saat2 aku hampir berputus asa, Alhamdulillah penghujung tahun ada rezeki Allah tuk aku. aku berjaya dlm KPLI 2008. dan mungkin ini lah episod baru utk idup aku seterusnya. sebahagian nya aku berjaya mengubat luka yg tercarik. sebahagian besar kejayaan ni jadi kan aku lebih tabah dan kental jiwa. dalam ketidak tenangan yang meraja, aku mencari sedikit penawar utk menyembuhkan nya. dlm segelas madu yang terhidang.... ada racun di juringnya yg bisa membunuh namun kekuasaan Allah itu Maha Besar dan tiada tandingannya. dlm resah hati yang berpanjangan ni, dlm kelalaian seorang hamba, DIA dtg kan secubit keinsafan bersama suluh diri yang nyata. Syukur seorang hamba pada TUAN yg HAK dgn hadiah keagungan ini..... Alhamdulillah segala puji itu hanya utk yang ESA.
- 2007 menyaksi kegagalan seorang pencinta utk menemui cinta yg di damba. :D. aku gagal lagi.... bak kata seorang teman.... akan ada sesorang yg bersedia memimpin tangan kita tuk teruskan langkah dan sisa kehidupan ini bersama... dan aku harap....aku akan temui tangan yg di maksudkan... cinta pada aku dtgnya bersama tanggungjawab dan komitment. berlayar dgn nya hati yg penuh ikhlas. mungkin hati aku tak ikhlas lg...so aku tak di pertemukan dgn tangan yang bakal membawa dan memimpin perjalanan aku nnt.
- 2007 turut menyaksi kan lembutnya sekeping hati utk melupakan kenangan perit lebih 20 thn yang sekian lama di usungnya. Kurniaan Allah itu cukup bermakna... aku tahu erti kebahagian sebuah keluarga.... aku kenal saudara mara yang tak pernah lupakan kewujudan aku meski hakikatnya dulu aku selalu menyisihkan diri....lari dari kenyataan dan kebenaran hidup. betapa bodoh nya aku satu waktu dulu... "Abah.... anakmu mtk maaf utk dosa2 lepas. Ampun kan anak mu ini dan restui lah perjalanan nya tuk hari depan".
- antara mereka yang tak pernah hilang dari kehidupan aku meski tenat jiwa melanda, dlm gelak tawa bersama, bersama tangisan yg di titiskan.... terima kasih yang tak terhingga utk kamu semua.... {Acha, Puteri, Nani, Fizie, P.C, Aziey, & keluarga tercinta}
2008
2008 datang bersama limpahan kurniaan Allah S.w.t. ada harapan baru yang aku galas. semoga kehidupan baru ni memberi aku mkna yg nyata.
tinggi nya harapan aku utk 2008 yg akan terus aku tempuh. semoga ada bahagia tuk aku, semoga aku akan lebih tenang dan tabah. semoga tiada lagi episod duka buat aku. Semoga aku akan jadi pendidik yang baik, semoga aku akan jadi anak yang terbaik, semoga aku akan jumpa mutiara cinta untuk aku sematkan sepanjang kehidupan ni, semoga kebahagian, kejayaan dan ketenangan akan berterusan utk aku. semoga aku boleh membahagiakan org lain dlm kehidupan aku ni...semoga aku mampu mengembirakan hati mereka, semoga aku berupaya utk buat mereka terus tersenyum....
" Ya Allah, sesungguhnya kurniaan MU ni terlalu hebat, hamba MU ini sujud pada MU, MengESAkan kekuasaan MU, bersyukur dengan Limpahan Rahmat MU. Bersyukur dgn peluang yang KAU beri kan ini. Bersyukur kerana kasih syg MU tak pernah hilang meski pun aku pernah lalai dan alpa dengan MU. Ya Allah teguhkan hati ku ini. Kuatkan semangat dan jiwa hamba MU ini. Tunjuk kan aku jalan Keredhaan MU."
Hijrah Diri
14 years ago
No comments:
Post a Comment