CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, February 6, 2009

Aku, Cinta dan Saya.....

Aku mungkin tidak seteguh matahari, megah terang menghias siang, aku mungkin sekadar jalur pelangi, menumpang cahaya selepas hujan reda.
Mengubah pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka.
Rasailah kehadiran aku ibarat kalian menatap pelangi sesudah hujan disebalik cerahnya mentari siang.
************************************
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu menjadi emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi Rahmat.
Carilah cinta sebegitu kerana kita pasti akan tenang bersamanya.
Jangan tanya aku wujudkah cinta tulus itu kerana aku juga dalam pencarian cinta ini.
Mungkin lain dari kebiasaannya....
saya sekadar berbicara dari tanah damai Sg Sengian
bersama bisingnya anak2 iban di padang datar sana,
dan saat ini saya terkenangkan cinta lalu yang pernah
mengisi ruang hati ini.
Kenapa saya masih merinduinya?
Adakah jawapan untuk persoalan itu?
Hari ini saya senyum dalam desah hati yang membingit jiwa.
Saya akui, saya kian betah di belantara Sg Sengian ini.
Saya kian mampu untuk terus memeluk wajah dahaga
anak-anak Iban dan Penan di sini.
Saya mampu sudah untuk bangun seawal 5 pagi.
Saya mampu kini menahan dinginnya air di kaki bukit ini.
Saya sudah bijak kini mengatur masa antara Zuhur dan Asar,
Maghrib dan Isyak.
Saya mampu dan boleh untuk mengukir senyum menahan
bau yang bermacam-macam dari anak2 ini....
Saya fikir saya mampu untuk terus bersenam
menuruni dan menaiki anak tangga menuju atas.
Saya fikir saya kuat lagi untuk terus angkut mineral water
setiap kali berbelanja.
Mungkin yang berat.... saya tidak daya lagi untuk terus
menelan makanan siap dari tin....
2 minggu ini, serunding dan keropok segera yang Mak Long kirim
menjadi santapan saya.... dengan kicap dan sos cili life....
bestnya.... yummy!!
Hari ini, saya punya keyakinan untuk terus memahat tapak
di tanah damai Sg Sengian ini.
Dalam kesusahan yang sedikit ini saya bersyukur pada
Allah kerana dengan kuasanya dan kehendak DIA lah
saya berpeluang merasai pengalaman seindah ini.
~~~~~~~~~~~
Saya : Hairi kenapa hari ini kamu mandi?
Hairi : Kamu kan cikgu suruh saya mandi?
** Sampai mati saya akan ingat dialog indah ini**

9 comments:

chimera said...

suka saya bila tahu dah dah boleh biasakan diri... lama-lama pasti akan suka dan jatuh cinta... walaupun mereka2 yg lain mungkin dpt mngajar di bandar-bandar... mereka tidaklah sebertuah ida yg di beri peluang menikmati penagalaman sgt beharga yg tak akan dpt di beli di mana-mana pun.... terus berusaha ya..


dialog last tu sgt menyentuh rasa hati

Chekgu BaniHassim said...

kalau ade gambar musti lagi kick entry ni...kan??
selamat bertugas di rantau org...
hati-hati..
jage diri...

Redynne said...
This comment has been removed by the author.
Redynne said...

salam sis,
Alhamdulillah, ida kian serasi disana..:)

Tenang2 saja ok? Luv u!

addyaholix said...

salam sufi,
saya senyum bila tahu sufi dah mampu biasakan diri. saya faham, bukan mudah nak sesuaikan sesuatu yang kita tak biasa. saya pernah alami perkara yang sama dan saya kalah pada hakikat. saya tak mampu tapi tika itu saya terlalu mentah. tapi kini saya harap saya mampu seteguh sufi.

Sufi Idany said...

Abg Chime : masa dan ruang yang ada membantu saya untuk membiasakan diri di sini.... apapun rindu saya tk pernah ilang....

Cekgu BH : tu laa nnt laa next entry saya upload gmbr... tenet kat skolah kdg biol sket...

Kak Reen : terima kasih sis kerana sentiasa bersama ida.

Addy : kebiasaan memerlukan masa....jgn kalah dgn apa yang kita rasa sbb apa yang kita rasa itu sebenarnya rasa takut yang menghantui diri.

Ad Rifza said...

Ad pasti bila suatu hari Sufi dapat bertukar kemana2..Sufi pasti takkan lupakan Sg Sengian..Malah rasa berat hati nak meninggalkan..
Suatu keadaan yg mungkin berbeza dgn yang pernah alami tetapi keadaan itu yg membuatkan kita rasa selesa dan tenang..
Moga terus berjaya mencapai apa yg diimpikan..Insyallah

suara said...

Salam sufi idany...
Cinta sebegitu mmg ada, mmg wujud didunia ini, mmg sedia untuk dirasai dan di ratah oleh hati dan jiwa.

Cinta pada Yang Maha Pencipta... Cinta Allah adalah sumber segala bahagia. InsyaAllah.

Sufi Idany said...

Ad : tidak mudah utk melupakan sst yang terkesan dihati.

Kak Su : hakikatnyanya sebegitukan... apapun syukur kerana punya rasa ini...sekalipun kdg2 menyengat di hati.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************