CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 9, 2008

Tangisan Semalam.....

Sms nga acha last nite berakhir dengan tangisan hingga ke ujung malam. aku tak tahu kenapa aku begitu sebak dan terharu dgn sms2 yang dtg kepada ku. mungkin situasi sekarang yang banyak menyeksa aku. aku tak mampu nak tipu diri aku. aku tak pernah menyangka yg akhir nya mcm ni. aku begitu teruja saat dia bgth aku semua perancangan dia. paling aku tak leh lupa dia call mama aku n bgth mama pasal rancangan dia. akhirnya dia yang akhirkan apa yang dia mulai. aku gagal untuk pertahankan kebahagian yang dtg. sampai ari ni aku tak pernah faham kenapa dia sanggup buat aku mcm ni? apa salah aku? kenapa aku ? aku dh letih nak fikir sumer ni. hati aku dh hancur saat dia bgth dia masih syg dan cinta kan Sue. luluh aku bila dengar pengakuan malam tu.

aku terlalu inginkan kebahagian dan kegembiraan macam acha n k bie. bahagianya mereka.... dengan adanya dina and alya lengkap dah kehidupan mereka. tinggal je lg aku yang masih lagi mencari erti kebahagian aku sendiri. di mana? bila? dan bagaimana? special thanks to acha sbb tak pernah lupakan aku dlm kebahagiaan yang dia ada, thanks cha sbb kongsi kehadiran dina dengan aku.... aku sangka kan yang aku dh jumpa apa yang aku cari selama ni... tp sayang aku yang silap perhitungan, salah pertimbangan yang akhirnya aku terpaksa senyum dalam deraian airmata. aku terpaksa gelak dalam rintihan hati yang kecewa. ketabahan hati yg kian merapuh.... aku rebah di persimpangan yang hampir aku tujui, aku tersungkur di hujung ego seorang lelaki.

di saat saat macam ni, aku perlu kan ruang utk aku kutip kembali kekuatan yang hilang, aku perlukan ruang masa utk aku bina ketabahan yang merapuh, utk aku cari kembali nilai hati yang terserak... aku menangis dlm resah hati kian terasing.

No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************