CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 4, 2008

Just to Laugh...

Salam...
Tidak banyak yang ingin saya kongsikan kali ni... ceritapun biasa2 jer... life goes as usual. Esok last paper saya... sekali lagi.... wish me luck k.... :)
Saya panjangkan fwd email dari kak fida ni hanya tuk bergelak tawa... hihihi.

puisi halus si suami kepada isterinya utk kawen lagi.... :D

PUISI

Isteriku ,
jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain
yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu...... Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan diplanet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang
pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!! jangan la nak berangan!!

mencari identiti dalam mengenal erti cinta.
saya tidak mahu silap dalam berkeputusan....
semoga Allah permudahkan
dan
semoga hati saya dapat menerimanya
dengan
senyum meskipun perit melatarinya....

idany
.

11 comments:

azza_irah said...

salam da..
akak doakan da diberi ketabahan n kekuatan biarpun sesukar mana tindakan yg harus diambil..
mgkin ini peluang kita..tapi tidak semestinya takkan ada lagi peluang lain..mg da tetap dlm lindunganNya..

Papa-Itam said...

salam buat da...
terusik dengan puisi romantik ini...
satu entri yang menarik dan berjaya buat umie tergelak besar ngan papa ....apapun ianya boleh dijadikan satu pegangan tatkala arah mula menyongsang....

Rashid said...

hehe... puisi romantis penuh bermakna. Tergelak saya dengan bait kata si isteri tu.

Saya agak-agak tentu terus terdiam sang suami tu .. tapi orang lelaki. Diamnya diam ubi, penuh berisi atur strategi.

Sufi Idany said...

Salam...
Kak Azza :
Terima kasih kak, terima kasih faham situasi ida skang... ambil kata2 Abg Chime, kita ada apa yg kita pilih... jadi ida dh buat pilihan n keputusannya. Cuma tggu masa sesuai tuk mulakan langkah....

**hati... senyum lah tanda REDHA**

Sufi Idany said...

Papa & umi :
gelak laa papa, gelak laa umi... hidup ni indah dengan sulaman gelak tawa tu sumer kan ? terima kasih papa.... huhuhu jgn papa beralih arah lak. kidding umie...

Cikgu Rashid :
bukan cikgu je... ida pun mula2 baca nak terburai... tu yg terfikir nak share kat blog... ehem, lelaki ni mmg akalnya panjang...ada je helah bela diri... btul tak ?

UnGu VioLet said...

yerla.. adat dlm berumahtangga kan.. sebelum kawin semua indah.. kdg2, rasa gerun gak.. apepun, Allah dah tetapkan yg terbaik untuk akak, dan kita semua..

doakan mar jgk yer kak.. :)

nahmy said...

assalamualaikum..

terusik dimensi hati yg ke 7 bila baca puisi tu. semoga selamat dan berjaya...

Sufi Idany said...

Mar :
puisi tu just tuk suka2 je... saja nak share kt blog... i'm single n available ...kot2 mar fikri akak dan kawen lak...nnt tk leh nak flirt lak...huhuhu :) take care sis...

Nahmy:
terima kasih tggl jejak kat sini....

SHIMI said...

lelaki perlu jadi semua itu. Mentari, lilin atau mancis bersesuaian dengan keadaan.

Sufi Idany said...

Shimi : sumernye cahaya kan? hope boleh la tumpang sikit cahayanya kan?

nanimastura said...

hee..memang padan le si isteri dia balas cam tu..tak sedar diri la si suami tu..heee lucu betol...

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************