Saya nak share satu info sihat yang masuk dalam peti inbox email saya.... dulu saya pernah daftar ngan company ni tuk amik tahu tentang dieting yang betul.... lama br dorg reply n send saya info2 yang berkaitan....jadi ilmu bila di panjang2kan dan di manfaatkan bersama lebih barakahnya kan? jadi saya panjangkan kat sini utk pengetahuan kita semua....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hidayah,
Punca #1 - MAKANAN
Hidayah, inilah punca utamanya!
Kita tidak akan kegemukan jika
kita hanya minum air kosong dan hirup udara.
Realiti ini sepatutnya kita terima dan tidak boleh disangkal lagi, makananlah
yang membina LEMAK yang berlipat-lipat di badan kita sehingga kita kelihatan
lebih tua dari usia, jalan termengah-mengah, berpeluh tak tentu tempat, sakit
lutut, darah tinggi, kencing manis, malas, berat, tak bersemangat, susah nak
dapat kerja (*sebab diaorang kata orang gemuk ini malas).
Berbagai lagi musibah yang melanda kita yang ada masalah kegemukan. Hidayah, kita kena tahu badan kita sebenarnya perlukan berapa banyak makanan (kalori) dalam seharian. Biasanya, wanita 1800 kalori manakala lelaki 2200 kalori.
Kalau Hidayah kita makan lebih dari kuota 1800 - 2200 kalori ini, maka kita akan naik berat badan sedikit demi sedikit, kerana untuk naikkan 1kg berat badan kita kena kumpul 8000 kalori.
Kalau makanan adalah puncanya, bagaimana kita hendak atasinya?
Caranya,
(1) Cari penganti makanan yang boleh berikan khasiat yang cukup dan kalori yang minimum.
(2) Makan dengan berhemah, kunyah perlahan-lahan, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi banyak kali
(3) Minum air kosong yang banyak (setiap 25kg berat badan kita perlu 1L air)-dengan minum air yang banyak, kita boleh kawal selera makan kita.
(4) Mula ambil kira berapa sebenarnya kalori yang kita makan dalam sehari.
INGAT YA Hidayah, kita bukannya tidak boleh makan langsung, tapi kita masih
perlu berikan badan kita makanan yang SECUKUPNYA, kerana dari makananlah kita
dapat tenaga dan bahan-api untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik.
Bahan-api tiada = tiada tenaga = badan tidak sihat
Kita jumpa lagi di rencana akan datang!
Ikhlas dari,
Abdul Rashid
CEO/Jurulatih
Kesihatan Peribadi
CSC (CyberSlimCenter) Healthcare Enterprise
www.CyberSlimCenter.com***Tingin nak amik produk ni tapi tak mampu.... so saya wat program diet sy yang tersendiri.... alhamdulillah sy nmpk perubahannya dan kawan2 pun dah sedia maklum.... :) nnt nak wat entry saya dahulu dan saya sekarang.... ada yang nak komen tak nnt?***