CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 29, 2008

Sebalik tabir sebuah kehidupan.....

orang tak akan tahu apa yang kita sembunyikan di sebalik tabir kehidupan sebenar yang kita ada dan kita harungi. dengan airmata org akan tahu kita sedang bersedih tp hakikatnya bila gelak tawa yang kita pamerkan manusia sekeliling mentafsirkan itulah kebahagiaan dan kegembiraan kita.
tiada siapa yang pernah bersedia utk menyelami apa yang kita sorokkan di balik
tawa dan senyum itu. kenyataan nya kita selalu menangis dalam tawa dan gelak yang ceria.
kabut dan kelam di hati akan kekal menjadi sst yang begitu rahsia untuk kita kongsikan.

dalam kalut rasa yang kian menipis ni... aku masih perlukan ruang utk aku bersendirian....
rasa tak mampu untuk aku terus menipu diri sendiri... tp kadang2 penipuan itulah
menjadi benteng untuk aku kuat. sekurang2 bila bersama mereka aku mampu pamerkan senyum, aku mampu utk sama2 berkongsi gelak tawa dengan mereka sekurang2 aku bertahan bila bersama mereka. namun hakikatnya aku kalah dengan emosi ini bila aku bersendirian....

satu tabir yg membezakan antara kehidupan dan cerita di sebalik kehidupan yang kita ada....
itulah tabir di mana tiada siapa yang dpt mengjangkakan apa sebenarnya cerita itu....

berdaya kah kita untuk membukanya ?

No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************