CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 4, 2008

.....hanya sebuah coretan.....

"Cintailah seseorang yang mencintai kita bukan kerana harta, rupa atau darjat.... tp kerana ketelusan dan keikhlasan hatinya yang tiada syarat dan tidak berpenghujung"

once we talked about 'Keikhlasan' ianya sukar tuk kita nilai dengan mata kasar. apa yang kita lihat kadang2 itu hanya kepuraan yang di adakan untuk menutup apa yang sebenarnya ada dalam hati seseorang. kita ada kala nya mudah memberi kepercayaan hanya kerana keikhlasan yang konon nya terbit dari dasar hati, namun bila kebenaran tersingkap kita terduduk dan akhirnya kita akur dengan kebodohan kita dalam menilai apa yang tersirat pada perkataan 'Keikhlasan'.

warna apa yang patut di coretkan tatkala kita sedar semua ini adalah dari salah dan silap kita selain dari menyesali apa yang terjadi? aku dalam pengertian jiwa ini seorang yang kalah dengan diri sendiri. kalah mempertahan kan apa yang
pernah di fikirkan yang terbaik untuk sebuah kehidupan.
"terbaik untuk kita tak semestinya terbaik dalam perancangan ALLAH"
keyakinan itu mula bercambah dalam hati. dan aku kena terus yakin dengan Takdir, Ketentuan, Qada' & Qadar ALLAH.







No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************