:D celaru dan keliru.... emosi dah kuasai diri dan pemikiran aku.... susah utk jadi rasional dalam keadaan yang ada sekarang but... i've to try. try to forget all these things... try to be a new one... try to start a new life.... with a new tekad, keyakinan dan jati diri. mencari kembali harga diri yang terserak di tebing derita hadiah sempena ulang tahun pertama kami bersama... mencipta kembali kekuatan yang kini merapuh.... mencari ruang untuk aku cantum kan kembali serpihan serpihan harapan yang berkecai dan pasti serpihan itu mencarik luka di hati aku.
"ko kuat da, aku tahu ko tabah n ko masih bleh bangun... ko tak rebah.... cuma ko kena kejutkan semangat yg ada dalam diri ko utk kehidupan yg lebih baik dari apa yg ada hari ini" ..... apa yg terluah dari hati seorang kawan, sahabat dan satu satu nya teman yang senantiasa bersedia meminjamkan bahu bila aku betul betul memerlukan sokongan, dia yang tak pernah hilang dari hati dan kehidupan aku.... dia yang sentiasa seiring dengan aku.... tangis aku juga adalah airmata yang dia titiskan.... gelak aku itulah juga tawa yang dia kongsikan.... dia selalu yakin dengan diri aku sedang ada ketikanya aku sendiri hilang punca dalam panduan arah sebuah kehidupan. apa yang terhambur malam tadi seolah2 empangan yang pecah membawa segala lara dan kekusutan yang bersarang.... sebagaimana tinggi harapan dia utk tgk aku pulih, berganda lagi harapan yang menyubur dalam diri aku untuk tidak lagi jadi bodoh hanya kerana satu kelukaan dan kekecewaan hadiah seorang lelaki atas nama cinta. terima kasih cha.... seikhlas nya aku akui dan akur kita sememangnya saling memerlukan dan saling melengkapi..... kita akan sama sama mencari bila kita perlu untuk berkongsi dan bercerita....
***************************
Semalam, dalam kecelaruan emosi dan keserabutan jiwa yang menyerang, aku terpaksa fikirankan satu keputusan untuk Borang Penempatan GST 2009.... herm.... kata acha bleh lak aku fikir n amik keputusan yang baik.... tu just kat form tu je.... tak tahu le dpt ke tak.... cuma kalu di hantar ke mana2 pun aku tetap akan pergi.... apa yang tersimpan di hati biar lah kekal menjadi rahsia....
next week kena PBS lagi.... Sek Pengkalan Tentera Darat, Kem Sungai Besi....yg pasti assignment sedia menunggu untuk aku usaikan dengan sempurna....
****************************
Ya Allah Ya Tuhan ku... aku rafa'kan segala syukur untuk untuk gelisah rasa ini dan ujian ini.... semua ini dekatkan aku padaMU.... semua yang berlaku ini mengingatkan aku tentang janji janji dan hikmah MU.
Hijrah Diri
14 years ago
No comments:
Post a Comment