CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 7, 2009

Kesilapan....kenapa harus berulang?

Salam untuk semua....
Terima kasih kerana tiada jemu berkunjung ke laman hati saya yang serba kurang ini. Apapun berlaku saya tetap memilih untuk terus menulis segala biasan kata dari hati saya tanpa perlu saya pedulikan apa tohmah orang pada saya. Tanpa perlu saya fikirkan apa orang fikirkan tentang saya. Tanpa perlu saya serabutkan minda untuk mengikut apa jua cara orang. Sering saya tegaskan pada hati yang rapuh ini, usah pedulikan apa orang perkatakan sedang kita tidak pernah mengganggu gugat kehidupan mereka. Usah fikirkan apa kata mereka kerana kita punya persepsi yang berbeza tentang kehidupan. Masing-masing punya interpritasi tersendiri tentang pengalaman.

Entry saya kali ini menyentuh tentang kesilapan. Saya percaya ramai antara kita tidak lepas lari dari melakukan kesilapan. Ada yang di kesali, ada yang terkesan di hati, ada yang berlalu tanpa rasa, ada juga yang meninggalkan kesan bebat yang nyata, ada yang mengundang tangis insaf. Apapun bentuknya manusia tidak pernah sunyi dari kesilapan. Rasa pernah saya bicara tentang kesilapan dlm entry sebelum2 ini.

Kali ini saya ingin mengupas tentang "KESILAPAN SAMA YANG BERULANG". Kita sebenarnya mudah lalai, sering kali leka dan tidak ramai yang mengambil iktibar dari kesilapan pertama, tidak ramai yang menilai kesilapan itu sebagai pengalaman yang mengajar kita untuk lebih berhati-hati, pengalaman yang akan mengingatkan kita untuk tidak ulangi kesilapan itu lagi.... tapi seperti yang saya ungkapkan ada kesilapan yang tidak meninggalkan kesan, jadi kemungkinan untuk kesilapan itu berlaku besar. Tapi saya terfikir, ada juga kesilapan yang mengundang tangis kesal, kesilapan yang tiada lagi kata maaf untuk diri, tapi turut berulang untuk kali ke dua, ke tiga dan mungkin seterusnya.... kenapa ya?

Kenapa harus berlakunya pengulangan kepada kesilapan-kesilapan itu? Bukankah hati pernah menyesalinya? Tidakkah pernah jiwa merana kerana kesilapan itu? Bukankah pernah merah mata menangis kekesalan? Kenapa mudah lupa pada kesan yang masih jelas bebatnya. Masih ngilu lagi sakit dan peritnya.

Mungkin ada yang akan berkata normal la "human being", manusia biasa. Dan saya juga bukan manusia luar biasa untuk tidak melakukan kesilapan. Hati saya juga tidak kental, juga tidak kalis untuk tidak menangis pada kesilapan yang sama.

........ titik .......

**melankolik rasa pada sebuah kesilapan**

Saya hanya manusia biasa
terbias kata dari hati

menilik diri pada cerminan realiti
titis jernih tidak pernah kenal erti kering
setia bertandang kala hati sebu dan sebak
Saya masih lagi manusia biasa

kesilapan sering mengusik ruang
membilang dan menghitung

tulah-tulah kesilapan dulu

mengira-ngira kesal yang berbunga

ada kala ibarat lalang

mengikut saja puput sang angin bertiup
Saya tetap manusia biasa

punya rencah rasa yang berjuta
bersarang, mengikat
menjerat dan terjerat
kelat rasa, pahit mengundang
sakit di kesan, merah mengalir

ria tawa terselit dalam tangis dan lara

kerana
Saya manusia biasa.

6 comments:

CaMaRPuTiH said...

aku jarang tinggalkan jejak sbb kau tahu aku tetap setia di mana2 pun kau ada.

apa yg berlaku hanya drama pendek tuk kita buka mata atau kita terus terlelap.. lena dan leka. DIA tahu tujuanNYA maka DIA tahu yang terbaik buatmu.

Aku hanya berdoa moga terbaik itu milik mu biar esok, lusa atau entah bila 'baik' itu datang padamu. harap kau sabar ya teman.

Ad Rifza said...

Manusia sifatnya tidak sempurna dalam byk segi..sering gagal dalam percaturan hidup..sering gagal dalam membentengi diri dari kesilapan..even kesilapan yg sering berulang dan berulang...Sifat manusia yang tidak sempurna..Tapi alhamdulillah jika kita ada kesedaran utk tidak mengulanginya lagi..Cuba dan cuba walau kita tidak tahu kita akan ulang lagi atau tidak tetapi kita sekurang-kurangnya mencuba utk tidak mengulangi lagi..
Melankolik rasa sebuah kesilapan?..Sedap bait-baitnya..membuatkan kita rasa diri kita memang tidak sempurna adanya..TAPI kita berusaha untuk menjadi sempurna walaupun kita tahu kita tidak akan sempurna ..Sifat manusia biasa..

addyaholix said...

hidup itu sendiri ibarat layar. kita manusia cuma pelakon-pelakon.

dan kita selalu memilih untuk mengakhiri cerita dengan sesuatu yang kurang bijak. walaupun kita punya peluang untuk memilih hakikat yang lebih baik.

Sufi Idany said...

Acha : Aku tahu dan aku sedar semua itu.... walau sedetik ko tidak akan mudah ilang dari aku..... aku th mn nk cari ko.... setianya ko pada aku mcm sesetia malam berganti siang.... hahaahah (truly)

Ad : Mungkin kita antara yang terpilih untuk terus telusuri jalan yang di bentang ini dengan rasa sebegini.... semoga kesempurnaan yang di cari ada untuk kita...semoga ada ruang untuk membetulkan jalan kehidupan lepas yang silap.... mudah2an AD. TQ.

Addy : kenapa ek kita selalu memilih untuk akhirkan dgn sst yang kurang bijak?

addyaholix said...

sebab kita manusia yang punya hati. dan hati selalu seiring dengan emosi. dan bila sesuatu keputusan dibuat cuma berlandaskan emosi semata-mata, itu yang jadi sesuatu yang kurang bijak.

emosi tak salah, cuma perlu juga dengan akal fikiran yang waras!

narnia mat said...

Salam Sufi Idany,

Mistakes are painful when they happen, but year's later the collection of mistakes is called experience, which lead to success..

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************