CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, April 17, 2009

Lurah paling dalam dan puncak tertinggi.

Salam untuk semua penjejak setia.
Mood untuk menulis sedikit terganggu. Entah apa yang mengacau kotak fikiran ini. Apapun semoga semuanya seiring dengan kehendak hati, realiti yang tercatat juga garapan Takdir yang pelik tapi punya sebabnya.

Sentuhan rasa yang ada sekarang mengisi sedikit ruang-ruang kosong yang ada. Terima kasih kerana dia masih ada untuk saya....mungkin hanya seketika, mungkin hanya sewaktu berada, mungkin berpanjangan dan mungkin juga selamanya....? saya tidak mahu untuk memikirkan sebarang kemungkinannya.

"Jika kita tidak pernah turun ke lurah yang paling dalam kita tdak akan tahu untuk menghargai puncak tertinggi".

~titik bersama rasa~

2 comments:

Ad Rifza said...

Yup betul tu apabila kita telah mengalami sesuatu yang kita rasa amat berat dalam hidup kita akan menghargai apa sahaja yang kita ada sekarang kerana kita tidak sanggup lagi rasanya terjun ke lurah yang paling dalam..

Anonymous said...

ambil ketenangan apabila sampai di suatu tahap yang menyelesakan....

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************