CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 16, 2008

sesuatu yang aku tak tahu.....


erm..... rasa macam ada yg tak kena ngan entry aku b4.... ada rasa tak senang padanya...
untuk semua rasa itu.... aku hanya mampu untaikan dengan maaf.... kerana hakikatnya aku rasa penat sangat sekali pun untuk menjengah dada langit, demi seraut nafas yang mungkin akan memberikan aku corak baru dalam hidup.....

riak wajah membahaskan sejuta rasa yang terbit dari ruangan hati.... mungkin silapnya bermula dari aku?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semalam KL dilanda ribut taufan yang menggila.... balik dari sekolah meredah ribut dengan kilat dan petir silih berganti.... buat aku rasa begitu kecil yang terasa ingin di lindungi.... tp aku sedar aku kan sendirian.... so aku kena protect diri sdiri.... berselindung di tepi tembok Stesen LRT BTS, dalam hati mengalun zikir.... tiba2 ada payung yang melindungi aku dari terus terkena tempias hujan dengan ribut yang mengganas. dongakkan kepala ke atas.... adik tu senyum jer.... sama2 berlindung menanti ribut mereda, saat telinga terdengar geseran LRT pada railnya.... "jom kak.... ketaapi dah smpai" :D "terima kasih dik tumpangkan payung"....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*aku minta maaf*

No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************