p/s : boleh ke nanti nak jahitkan hati kita macam tu?
Hijrah Diri
14 years ago
Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.
*********************************************************
*********************************************************
~Keseorangan mencipta kesunyiaan yang hebat. Rebah dalam kepasrahan. Sunyi dan sepi umpama racun dalam diri.Tidak ku temui penawarnya. Mungkin nanti semua ini bakal membunuh jiwa yang kontang ini. Keterasingan bagai belati tajam menyiat-nyiat relung hati. Akan mungkinkah aku mati kerana racun dan belati itu?~
No comments:
Post a Comment