CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, March 8, 2009

Wanna hold my hands.... ??


Salam....
Entry ni sesaja je...bosan...ada kat skolah... tk tahu nak wat apa.... RPH dah settle, Jadual Induk dan siap tinggal nak aturkan kat board je....nak chating pun dah kering idea....nani pun dah naik kematu layan saya chating, puteri pun sama...agaknya dah nak termuntah....ri ni acha tak der (dia balik kg) kalu tak dia pun ntah muntah ijau layan saya.... erm semalam ada Sis Azza layan saya bertenet... ri ni mana destinasi dia saya pun tk leh nak agak.... yang pasti mungkin utk -dia- yang menjadi teka teki semua orang.... :D

Googlee image n saya jumpa this image.... :D mcm nice dan tiba-tiba terbias kata-kata dibawah.... sekadar luahan kosong minda idany... :)

Lewat senja di dermaga sepi
Menanti mentari melabuhkan sinar
Desir ombak melagukan khabar dari seberang
Dan itulah saat si camar terbang pulang
Damai dan nyaman dalam hati
Juga itulah masa terlerainya ikatan
Dalam peluk yang masih berbekas
Pada detik itu juga derap langkah
perlahan meninggalkan aku...

Di ketika tangan masih kemas di genggaman
Saat mata berbahasa rindu
Lidah kelu tanpa bicara
Kerdip mulus mata itu tidak ku tahu
bahasa yang terlarik....
kerana tanpa sedar
genggaman di lepaskan
meninggalkan aku bersama episod luka
bersama titis jernih
dan dengan tekad yang tiada hujungnya.


sorry.... mungkin tidak seindah mana garapannya....
saya pun nak tergelak.... tp hati saya 2 3 ari ni di landa ribut rindu
yang teramat-amat sangat....
rindu yang tiada lagi pemiliknya.....
Crustacea

9 comments:

SHIMI said...

jauh imiginasi itu dan amat mendalam maknanya

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

akak rindu kat nur ye?
hikhik!

Anonymous said...

moga genggaman itu akan bertemu dan bersatu erat kembali...
agar episod luka itu bersambung dengan kisah gembira...
dan titis jernih itu bukan lagi titisan pilu...
tapi titisan tanda bahagia dan ceria...

~Cinta Cukulet~ said...

saya selalu tak tahu nak komen apa bila baca blog kak sufi sebab bahasanya puitis amat..membuatkan lidah saya kelu unutk berbicara hehehe

Ad Rifza said...

Hmm luahan yg cukup maknanya.. Sabarlah hujan akan reda kembali.. Ribut akan berhenti.. Panas akan berlalu pergi..Tiap yg bermula ada akhirnya..Akhirnya yg mungkin kita saja rasa ..Org lain hanya mampu menafsirkannya..Sabar itu perlu dalam mengharungi detik2 yg kelam kerana sinarnya akan menjelma..Insyallah...Kita harus belajar sesuatu dri perkara yg lepas..dan berharap perkara yg akan dtg itu kita lebih teliti dan peka susur jalannya..Insyallah..

Sufi Idany said...

Abg Shimi : sekadar biasan biasa dari hati saya.... :D

Nur : rindu Nur jugak.... hihihhi

Alhusaini : terima kasih singgah.... mustahil tuk bertaut kembali....biarlaa...sy dh lepaskan dia pergi dari hati sekalipun berat untuk diakui....

Cukulet : huhuhu....tu komen gak....ada gak bicaranya... :D

Ad : terima kasih Ad untuk pengertian ini.... bermkna utk yang merasainya....

Anonymous said...

ada hikmahnya tu..usahakanlah untuk mencari yang lebih baik daripada dia. Jangan cuma memandang, tapi biar ada ikhtiar... :)

narnia mat said...

jgn la minta tangan nani naik kematu huhuhu....

narnia mat said...

dramatis la gmba tu...

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************