CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 5, 2009

Camar Sampaikan Rinduku....


Dengan izin, saya abadikan lukisan indah dengan garapan kata yang cukup menarik ini di laman hati saya. Mungkin tidak mampu untuk saya melakar dan membaitkan kata seindah garapan ini. Saya kreditkan entry ini untuk pemilik blog ini
Indah garapannya, terus meresap jauh ke jiwa....sinar hati menyedari hakikat diri yang kerdil dan banyak yang kurang dari lebih, banyak yang lemah dari yang kuat.
Saya cuba bentengkan dengan sekukuh kata bahasa dari wahyu yang satu.

****************
Camar sampaikan salam rindu ku....
Seseorang itu ada bertanyakan saya tentang rindu.
Berani dia menuturkan kata itu.
Dan saya.... tidak mahu lalai dengan perkataan itu lagi.
Biar apapun maknanya saya pekakkan telinga ini.
Makna yang dulu cukup menyesakkan dada saya.
Hari ini saya melangkah mengikut derap hati berdetik.
Saya akui
Yer...saya rindu, rindukan keluarga saya,
rindukan tanah laman saya...rindukan semua yang ada kampung.
Camar sampaikan rinduku.
Lagukan pada semua bahawa aku kerinduan di tanah datar ini.

6 comments:

Chekgu BaniHassim said...

wanita berkemban tu cikgu ke tu??
huhu

NuR said...

huhu cikgu BH cepat je meneka..

sweet je puisi ni..
sis ida, buat la puisi lg.leh kitaorg baca slalu.. buat pengubat rindu hikhik...

Sufi Idany said...

Cekgu BH : Suka ati ko cakap itu aku...huhuhu yaaa dush.....

Nur : Sis tak pandai laa nak berpuisi-puisi ni.....

lynn-the gudigudigurl said...

hai salam ziarah

NuR said...

kite dah baca blog akak satu lagi.. memg puitis la akak ni.. caiyok2

Sufi Idany said...

lynn : salam ta'aruf.... terima kasih singgah sini....

Nur : :D hanya biasan dari kata hati akak...hihihhi malu.....

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************