CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 13, 2009

Mana destinasi saya.....

Salam semua....

Saat ini SK Sungai Sengian dan lengang. Anak2 Penan n Iban dah lama balik. Sesi persekolahan tamat awl ari ni.... lepas rehat mintak murid2 kemas kelas, bersih kelas, kunci n buat assembly ringkas, GB bg amanat b4 cuti.... then lepaskan budak balik.... dan saya... masih lagi di sini. Cikgu Nana dah ready nak balik Kuching. Dan saya...mana destinasi saya cuti ni... masih bingung dan tibe sayu dalam ati.... ahahaha... nak nangis.... nnt ada lak org tanya banyak lagi ke saki baki airmata asyik duk nangis jerk... :D

Malam ni saya masih ada Kak Irma n Saadah...dorg balik semenanjung pagi esok.... esok n malam2 akan datang sehingga 22/03/2009 malam saya sendirian. mungkin yang akan menemani saya nnt si Awie yang tak pernah sunyi kat umah tu.... mungkin dia laa nnt yang menemani sunyi malam saya. Siang mungkin saya datang bertapa kat sekolah selain mempergunakan internet ni sepenuhnya ada beberapa senarai tugas yang mmg sy cadang nak wat time cuti ni... antaranya:
1) nak kemas stor dan dewan mkn RMT (saya kan S/U RMT dan akan di lantik jd guru penyelaras RMT)
2) kemaskini buku stok RMT, rekod kuar masuk bekalan,
3) GB nak standard dan target setiap cikgu (tgh pk ni)
4) Jadual Induk 2009 belum di atur lagi nak kena atur kan board,
5) nak prepare lembaran kerja tuk pemulihan.

tak tahu nak tulis apa..... noktah dulu ek.

5 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

sis ida,

selamat bercuti. takpe,kalo takde org teman akak,biar nur teman akak di blog..haha!

masa ni la kita dpt berblogging tanpa rasa bersalah kak... takde lesson plan nak dikejar time cuti ni.. :D

Sufi Idany said...

:) huhuhu thanks sis.... mber yang dr P3 dah kuar.... dia msg ajak p Mukah.... tk der jawapan lg dr akak ni....

Ad Rifza said...

Hmmm tak balik ek cuti?..Balik pn jauhkan..kejap lak tu..belanja lagi tiket kapal terbang..
Tapi takpe ada tugas tu masa cuti..So slmt teruskan tugas2 tu lah..Moga beres semua perancangan yang dirancang..Insyallah...

UnGu VioLet said...

salam kak.. ada tag untuk akak.. nnt dtg yer kat teratak mar... slm syg..

Keri AlHaj said...

errr... tak balik kampung ke?

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************