CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 2, 2009

Menghitung kenangan

Salam untuk pengembara di bumi milik Allah ini. semoga beroleh manfaat pada bumi yang maha luas ini. penerokaan akan berhasil dari kaki yang tidak mengenal letih melangkah, dari jiwa dan hati yang tidak kalah meskipun di uji hebat, dari semangat yang tidak pernah luntur malah terus teguh dengan sinar, dari harapan dan impian yang menjadi teras hala dan tuju kehidupan kita.

Saya tidak bercadang untuk mencoret kata yang panjang. Sekadar bercerita dan berbahasa dari kenangan yang melatari hari-hari sebelumnya. Dulu saya sering kali menyalahkan Takdir bila hati dan jiwa diasak gelora pada ombak sebuah kehidupan. Sering kali mempersoalkan kenapa dan mengapa saya harus lalui kehidupan sebegitu? Kini, bila usia semakin menginjak ke angka 3 saya buang semua rasa itu sejauh mungkin. Saya kuburkan semua keperitan silam dan saya hanyutkan semua yang terlorek dulu hanya pada lipatan kenangan yang mungkin ada ketikanya saya perlu menghitung kembali, menilai dan mentafsir sendiri. Mencari nilai dan membina kekuatan dari rentetan yang panjang dan penuh pergolakkan.

Allah sayangkan kita kerana itu dia uji kita dengan bermacam2 rencah pada laluan sepanjang kehidupan ini. Dan itu lah yang saya fikirkan sekarang. Apa saja yang berlaku, saya cuba positifkan minda saya. Allah menguji kerana DIA tahu kita boleh dan berjaya harunginya. Berapa lama masa diperuntukkan, berapa lama menghitung kesal, sedih, benci, sakit hati, rasa marah, rasa kecewa, akhirnya saya telan penawar kehidupan ini dengan rasa kesyukuran yang tinggi kerana Allah masih bagi saya peluang untuk melupakan semua rasa itu, Allah buka ruang untuk saya cipta keindahan rasa yang kian mengukir hari ini. Alhamdulillah....selayaknya pujian ini hanya untuk DIA.

Insan yang penuh kasih sayang, yang sentiasa ada untuk saya dulu, hari ini dan selamanya. Tanpa mereka rasanya tidak sampai saya ke tahap hari ini. Kekuatan itu saya pinjam dari Mak Long saya...berbicara dengannya penuh ketenangan dan darinya saya banyak belajar untuk jadi seperti hari ini. Nenek juga.... sekalipun bicaranya kadang2 mencuit rasa di hati saya tahu itu semua untuk kebaikan saya. Kenangan ini saya abadikan pada Konvo 2004. Hakikatnya ada cerita....saya yang konon-kononnya tak nak g konvo tu.... ada peritnya yang saya telan waktu tu... titis airmata saya kering dalam lena.

...dan sms yang bertalu serta email panjang dari insan ini menyentak rasa di hati saya. dengan semangat yang saya pinjam dari dia saya gagahkan kaki melangkah balik kampung dengan sebu rasa. Terima kasih Cha, kalu tidak kerana dia tak mungkin saya ada pada hari tersebut, dan mustahil untuk saya abadikan kenangan seindah ini. Indah sebenarnya sekalipun gelora membentangi jalan. Mustahil saya bleh senyum kerana bila bersamanya saya berkongsi banyak rasa dan hakikatnya saya berhutang nilai kedewasaan, harga sebuah persahabatan dan kasih sayang seorang sahabat dan teman sepanjang jalan dengannya. Saya terlalu menghargai keindahan rasa dari persabahatan kami. Saya menghargai dia yang sentiasa ada untuk saya. Saya tinggalkan rumahnya dengan tangisan di hari bahagianya bila terasa akan kehilangan dia...tapi saya silap kerana dia tidak pernah hilang dari saya. Apa jua keadaan yang ada dia sering hadir, dia kongsikan semuanya dengan saya, Alhamdulillah Nazmin begitu memahami hubungan kami. Dina juga faham Auntie Ida selalu curi masa Mummy dia.
Terima Kasih Sabahat.


Entry ni saya siapkan dah hampir sebulan yang lalu.
Baru je rasa nak publishkan.
Menghitung kenangan di sepanjang jalan kehidupan
meninggalkan titis airmata kering di tubir mata dengan sendirinya.
Hari ni bila terpaksa sekali lagi menghitungnya,
saya kian sedar kelemahan diri....kian terserlah kekuatan
yang kian menyusut.
Saya tidak punya kekuatan untuk melawan
kerana sekeras mana pun hati saya
saya tahu saya seorang yang lemah.
Bak kata Acha...saya ni baik sepanjang masa.... huhuhu
sorry Cha aku tahu ko dah bosan ngan sikap
dan perangai aku yang ni kan...?
Mungkin Acha je yang faham..... dan
Terima Kasih Cha untuk semua ini.
Bertuah di anugerahkan TEMAN, SAHABAT dan KAWAN
seperti kamu...
Semoga semua yang terbaik dari DIA untuk ko.

8 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hikmahnya di setiap ujian yg menimpa, kita tahu siapa yg sebenarnya berada di sisi kita setiap masa...

biarpun nur hanya kenal akak di awang-awangan(hikhik!) tapi nur tahu akak kuat...

chayok chayok kak ida

nordee said...

Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri.
Aku minta kupu kupu, diberi ulat beluncas.

Aku sedih & kecewa.

Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali.
Dan ulat itu pun menjadi kupu kupu yang cantik.

Itulah jalan TUHAN, indah pada masa yang ditetapkanNYA.

TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi DIA memberi apa yang kita perlukan.
Kadang-kadang kita rasa sedih, kecewa, terluka, tapi jauh di atas sana DIA sedang mengatur yang TERBAIK UNTUK KITA SEMUA...

azza_irah said...

da..
ida bertuah kerana punya teman yang begitu memahami dan sntiasa bersama walau baik atau jahat kita.

itulah percaturan hidup..kita rasa kita diuji dengan pelbagai perkara sehingga diri tak termampu nak tanggungi lagi..tapi dlm diam Dia hadirkan seseorang disisi kita yang tetap menyinari perjalanan kita wl dalam gelap..tetap tak bganjak wl apa jua yg menimpa ...itulah yg dinamakan anugerah..

UnGu VioLet said...

akak.. lame betul mar tak singgah sni.. maaf kak.. apepun, mar sentiasa doakan utk akak..

en_me said...

teman menangis sukar dicarikkk.. moga moga semua dlm keadan baik ghitewww

Sufi Idany said...

Nur : eheheh tahu2 je Nur ni... :D terima kasih menambahkan keyakinan kak ida.

Kak Nordee : :D akak copy dari mana ni... eheheh mcm cam jer ayat ini...

Kak Azza : ini lah rencah kehidupan.... apa yang ada di sekeliling menjadi nadi untuk di hitung. Terima kasih akak juga sentiasa ada bila ida perlukan.

Mar : Akak pun sama Mar jrg g umah Mar apapun Akak tetap igt Mar.... Gud Luck Sis.

En_Me : Dialah teman suka dan duka saya, dia juga teman ketawa dan airmata saya....En Me duk Miri ke? Saya nak g Miri ct skolah nnt.... D

Keri AlHaj said...

Allah tak bagi kita sesuatu perkara... Tapi Allah gantikan dgn perkara lain yang tak kurang juga tinggi nilainya... Sebab Allah maha adil kepada hamba-hambanya...

ada org2 tertentu hadirnya sekadar menghilngkan semangat... tapi Allah hadirkan pula insan2 berhati mulia utk meneguhkan kembali semangat yg hilang...

syukurlah selalu

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

betul 3x.. agree with chimera..

Allah nak kita kuat skrg agar kita bersedia utk tempuh situasi yg sukar pada masa akan datang...

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************