CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 19, 2009

Destinasi yang tidak dirancang..... Mukah

Salam buat semua pengembara cinta di bumi Allah ini. Semoga langkah di atur penuh tertib dan beroleh nikmat dari cinta nan satu. Kasih sayang itu jalinan dari tulusnya hati mengait cinta pada landasan berteras keimanan. Cinta manusia sering buat kita lupa.... indahnya janji hanya sekadar lontaran lidah tanpa niat. Akan di lupakan dan seterusnya meninggalkan kata-kata kosong sapaan angin lalu dengan derita bagi mereka mencari dan mengharap.

Ehehe terbelit-belit ke ayat pembuka kata saya kali ini. Saya just nak release sedikit beban yang menyesak dada...tapi alhamdulillah kali ni jerat tidak mengena, umpan tidak di usik pun.... sekadar melilau sekali imbas.... tidak terlorek kesan dihati walau seinci... ahahahah. Syukur saya kepada DIA...kerana Maha Adil DIA yang tunjukkan kan saya semua kebenaran ini. Keyakinan saya, doa saya dan harapan yang saya adukan padaNYA setiap usai solat mengupas setiap satu persatu blok-blok penipuan yang di garap indah.... mungkin seseorang itu tidak pernah menjangkakan semuanya berakhir sederas ini. Apapun berlaku, saya bersyukur Allah mendengar.

Ada yang tertanya-tanya ke mana destinasi saya sempena cuti skolah ni.... jeng..jeng...jeng.... perjalanan yang tidak di rancang tapi memberi pengalaman dan meninggalkan memori indah untuk saya pahatkan di ruang ingatan. Indah dan menarik sekali.

Saya sebenarnya tidaklah bercadang untuk kemana-mana cuti sekolah ni. Memandangkan kewangan saya masih tidak stabil, ditambahkan lagi dengan niat nak langsaikan hutang-hutang yang ada dulu jadi saya agak kedekut sedikit la... huhuhu. Petang Jumaat (13/03) Ana (aclty kawan kak ipar saya dah jadi kawan saya, dia kena posting kat pedalaman 3 - dua kali bot you nak g skolah dia....kiri kanan sungai.) call gtau dia dh beli tiket utk saya ke Mukah (g umah mber maktab dia dulu - Sumaya). nak tak nak... saya iye kan je la.... kadang saya ni tidaklah teguh mana hatinya.... selalunya mudah goyah.... mudah sgt nak jatuh kesian kat orang.... berat ati sebenarnya eheheh tapi bila melalui perjalanan dan pengalaman itu saya rasa berbaloi untuk saya lapangkan kotak minda yang bersesak-sesak ini.

Bertolak dari Bintulu 1 ptg mengambil masa hampir 5jam 30 minit kami smpai di Mukah 6:30ptg. Perjalanan yang agak meletihkan, melalui jalan ladang (satu2nya jalan masuk ke Mukah) yang berganda2 teruknya.... kami stuck kat situ aja hmpir 2jam. Sakit pinggang dan belakang tak usah citer la.... Ana bisik kat telinga saya, ini kali pertama dan terakhir kita datang. Saya sengih je sebab ini sumer dia yang plan. hihihhi.

Jadi saya tinggalkan anda semua dengan bahasa indah dari lensa yang sempat saya snap sepanjang perjalanan dan percutian 4 hari 3 malam saya dan Ana.... biarkan gambar melarik kata dengan laras kefahaman kita.

Ahad - ada kenduri kahwen kat Kampung Tengah Igan, saya di ajak pergi dan saya snap laa beberapa gambar sbagai bukti saya ada dlm majlis tu. Pertama dan mungkin yang terakhir saya menghadiri majlis perkahwinan masyakarat Melanau Muslim (sebab menurut kawan saya ada juga Melanau yang bukan Muslim).
Menariknya, anak2 gadis tu lagi cantik didandan berbanding ngan pengantin perempuan. Pengantin perempuan sampai ke pelaminan dari umah lain bukan umah dia, tunggu pengantin laki kat pelamin....

Hidangan kenduri masyarakat Melanau Igan, rempah sapi (Kari Daging), Udang rebus, Udang rempah (lebih kurang macam kari udang tp yg lebihnya bawang besar je.... udang ada 3 4 ekor kat celah2nya jer), n jeruk buah lai (yang ni mmg menarik.... tk pernah saya makan, buah lai di potong dan di gaul dengan asam boi... nyaman sekali rasanya bah...) Nasi pulut (pulut kuning) sbgai buah tangan kepada tetamu.



Petang tu menapak ke pantai yang tidak laa berapa jauh dari umah keluarga Su, saya ambil peluang utk mandi laut... lama kamik sik mandi laut bah....

Balik dari pantai tu... bapak su pulang dengan hasil laut yang di tundanya.... udang dan ikan lumek... bertungkus lumus kamiorang buang kepala udang. Sambil2 mak nek (nenek sue) bercerita itu ini....

Dari udang di atas di jadikan pais,dan macam2 lagi jenis makanan...saya lupa nama makanan-makanan itu.... pelik ngat. yang di potong2 tu namanya kelupis, ala2 ketupat daun palas kat kelantan.... cuma bezanya cara bungkus nya aja..... bahan dan cara proses sama saja. rasa pun sama....

ni antara hasil mashul saya dari Mukah.... ada yang saya beli selebihnya mak Su bekalkan.... nak bagi saya rasa makanan Melanau kot.... ada Pipus, Tebaloi, Keropok Jepun, Kuih Jala, Udang Salai, Sagoo, dan lain-lain (tak igt laa namanya)

Berkunjung ke Lamin Dana (Lamin = Rumah, Dana = Lama) dalam bahasa Melanau.

Sekitar pekan Mukah dan Dalat.

Saya...dan saya....

Balik dari Sibu, tapi tak sempat nak jalan-jalan kat Sibu, nanti bila ada free g Sibu lak.....

TITIK.

11 comments:

Honey Bee said...

sedapnya makanan2 tue...first time dgr nama tempat nie...mesti seronok di sana kan...

chekgu Bani Hassim said...

cube2 nak jadi org tempatan ek??
alah bisa tegal biase...

nordee said...

selamat berpengalaman......muda-muda le ni nak merantau...

Sufi Idany said...

Honey : huhuhu ada yang sedap ada yang lsg saya tk leh nak telan ... apapun menarik dan indah sekali.

ChekguBH : tiada maknanya sy nak jadi org tempatan. tp masih lagi warganegara m'sia. Belajar sesuaikan diri....

Kak Nordee : :D pengalaman yg di kutip kak jerit dan perit sekalipun bila di susun di atur indah dan tetap manis untuk di kenang....

Keri AlHaj said...

nampak mcm seronok je,,,

Azwani Shaari said...

kak ida, adakah seseorang itu yg akak citer n mms aritu? nnti kitak updet sama kamek tau..

btw, balik x konvo nnti?jom laa konvo.. duit bleh dicari ganti, konvo kpli sekali ni jek.. jom2.. heheh

Sufi Idany said...

Abg Chime : erm seronok sekali abg.... bukan macam laa mmg menyeronokkan....

Cik Wani : ehem.... kitak diam2 laa ek... kamek sik gtau sesapapun kitak, acha n cik nani je yang tau.... kitak zip ek.... huhuhuh kamek ok ja.... syukur. konvo? dgr 27 & 28 Mei, mek dh beli tiket 29 mei bah.... bye2 laa konvo tu.... huhuhuh....

Unknown said...

bestnya..dah sampai kat sini...
Hussaini sendiri pun belum sampai sini walaupun orang Sarawak...

Best tak makan umai???

Sufi Idany said...

Hussaini : erm mmg best dan seronok sekali pun diuji perjalanan yang menyeksakan.... eheheh... umai? tk makan lagi laa.... tp tingin gak nak makan...

narnia mat said...

best nye udang tu...

Umai Du.Why said...

selamat tapak k mukah agei...mek org terus jdk org muk da....eeeee

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************