> Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
>
> 'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya
> membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'
>
> Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'
>
> Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'
>
> Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu
> saudara'...
>
> Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran
> jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu
> dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu.
> Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.
>
> Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh
> anak lelakinya yang tinggal di bandar, menziarahi ahli keluarga di
> sebuah
> kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh,
> pantas berlari keluar dari kereta.
>
> Langkahnya agak tergopoh-gopoh
> menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik
> handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat
> Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan.
>
> Tapi, bila dia mula menjejaki anak tangga,
> 'Subhanallah! '
> Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman
> rumah.
> 'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera
> disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan.
> Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.
>
> Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib
> terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai
> baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut
> cuba menuruni anak tangga.
> Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop
> bersih, seperti hilang akal sejenak.
>
> 'Tak sembahyang Maghrib ke?'
> Tanya si ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah.
> 'Tak apalah mak, saya musafir,
> Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti..'
>
> Si ibu tak terkata apa.
> Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut
> grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak
> dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh
> dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat
> pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.
> 'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang
> soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku
> bersyukur padamu.....
> aku bersyukur pada mu Ya Allah!'
> sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.
> Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
> kasih.......
> Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat
> keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa
> dipermudahkan oleh Allah.
> Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang
> dimuliakan oleh Allah SWT.
>
> Hadis Nabi
>
> saw:
> 'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua
> mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'
> Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia
> bersalah.
> Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu
> menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'
**Hanya sekadar berkongsi dengan semua..... saya masih dalam mood yang tk menentu... celaru dengan warna pelangi yang berselirat dengan warna2 kelam dan suram....**
Hijrah Diri
14 years ago
2 comments:
harapan utk menjadi anak yg berbakti kembali kepada ibu bapa bukan mudah...
kesabaran yang paling penting...
di waktu hidup mereka, layanlah sebaiknya..
kalau tak kelak menyesal...
CekguBH :
Betul tu cikgu... tahniah dari saya
terima kasih tinggalkan jejak ni buat saya....
Post a Comment