CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, May 14, 2009

Rindukan mereka....




Salam....

Saya rindukan mereka-mereka semua. Tidaklah sabar hati saya untuk menguraikan rindu yang bergayutan disanubari ni... ehehehe.... masa yang di hitung makin terasa lambat. Jam seolah kehabisan bateri, terlalu perlahan detik berganti.

Dalam masa lagi 8 hari saya akan kembali kepada mereka-mereka semua. Bagaimana rindunya mereka pada saya (ada ke kerinduan mereka untuk saya?) beban lagi kerinduan di hati saya. Tak sabarnya nak tengok wajah2 mereka.... banyak yang nak saya adukan, yg ingin saya kongsikan...

Kenapa terasa sangat lambatnya waktu berlalu? Setiap hari ada je panggilan yang di buat ke kampung. Kalu bukan no umah, hp pak cik, umah mak long, autie, nenda, adik2, kazen2 yang byk kaletahnya.... byk permintaan sumer.... untuk pertama kali balik ni....sy spendkan sedikit simpanan saya untuk mereka.... tempahan kek lapis aja 2 kali saya tmbh order mencecah RM264. Ole-ole lain saya budget dalam RM300 and huhuhuhu sumer org dah tahu this year punya baju raya saya yang sponsor.... huhuhhu budget laa gk dalam RM2K. Saya mempunyai keluarga besar dengan jumlah 41 orang termasuklah diri saya ini.... dengan pecahan 7 family kecik tak termasuk family abg yang hanya dia n wife je.... juga aunti n nenda saya.... :). Tema tahun ni jiwa saya rasa tenang dengan warna ungu.... tambahan lagi mereka sumer sudah sepakat untuk halang jika niat saya nak amik kaler ijau.... huhuhu tak per...kali ni biar mereka tentukan. Kepuasan tu hadir dalam hati saya.

Balik untuk kali pertama ini saya sudah hebahkan pada sumer, saya nak buat satu kenduri kesyukuran cum tahlil untuk arwah datuk saya. dah lama saya memasang niat ini...since saya masih bersama KP88 lagi... br tahun ini niat saya di mudahkan Allah. Semoga ini mendapat keberkatan Allah.

~titik bersama balam hati yang kepanasan~

Saya baru sahaja hamburkan satu kemarahan yang
dah lama saya kawal.
Saya betul2 ilang kawalan tadi.
Apapun teringat pesanan dia,
"Kala hati kepanasan Istigfar mampu menyejukkannya"
Mohon maaf.

5 comments:

Keri AlHaj said...

Selamat hari guru Ida... Insan berjasa di pendalaman sana... moga terus tabah menabur bakti untuk anak bangsa biar sesukar mana ujian yg datang...

Moga akan dpt ganjaran yg hebat dari Allah atas segala jasa-jasa murni yg ditaburkan....

selamat hari guru....

Ad Rifza said...

Selamat Hari Guru Sufi..Moga jasa dan baktimu untuk anak bangsa sentiasa diberkati dan dirahmati Allah..Insyallah..

addyaholix said...

selamat hari guru sufi!

moga hari sufi bergelar guru terus kekal indah. perlu ingat satu, tiap yang datang itu ujian. dan tiap ujian itu datang dari ketentuan Dia. dan tiap yang dari Dia itu pasti punya hikmahnya. moga sufi terus kuat dan tabah dalam melahirkan manusia berjaya. insyaallah!

nak balik kampung ya? menghitung hari kan? mesti dah tak sabar. salam pada semua nanti =)

en_me said...

selamat hari guru cikgu sufi tewww..

sumer memang posing nak bergambo teww kannns.. eheh

narnia mat said...

aku pun x sabau tunggu mu blk...huhuhu...

mu marah kat sape da?

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************