CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 22, 2009

Harga Setin Sardin, Sebuku Sabun dan 2 Bungkus Mi Segera

Salam utk semua.
Saya sebenarnya letih dan penat sangat. Lately jiwa rasa terbeban oleh sesuatu. Rasa berat dan susahnya nak di hamburkan dengan mudah. Pada siapa? Sedang saya sendiri tidak mampu memahami rentak hati sendiri inikah pula saya nak sandarkan pada orang lain suku sakat kan....? Apapun saya percaya pada ketetapan Takdir yang terbaik untuk saya.

Semalam sekolah adakan sambutan hari guru. Agak lewat tp sambutannya cukup meriah sekalipun dalam sederhana dan serba kurang. Dari acara dewan, ke padang datar, penat dan lelah terbayar tanpa sedar. Saya plak di tugaskan sbg Ajk Pentas cum Ajk Masakan juga.... berkejar2 saya antara dewan masak n dewan sekolah yang jauhnya dalam 5 langkah je... menu yang di persetujui, Tom Yam Udang, Daging Goreng Black Pepper dan Ayam MAsak Merah.... credit tuk Mak Anjang n Lamba (ppm) yang jadi pembantu saya utk sediakan semua itu.

Gambar ini menerangkan tentang tajuk entry saya kali ini. Hati saya cukup tersentuh dengan pemberian tanda saya di hargai ini. Saya tidak pernah berharap saya di beri apa2 adiah dengan kekurangan yang ada kat sini, dengan keadaan masyarakat yang ada, sikit pun tidak terdetik di hati saya untuk dapat apa2 adiah. Pada sesi bersalam-salaman dengan guru, Jeffery John datang pada saya dengan satu bungkusan hadiah dan sekeping kad. "Selamat Hari Guru, Cikgu" (Sambil menghulurkan saya bungkusan dan kad yang di buat hanya dari kertas kosong bersaiz A4) "Untuk Cikgu ke Jeff?" (Jeffery angguk mengiyakan pertanyaan saya). Sebak hati saya seramai2 cikgu, Jeffery memilih untuk bagi bungkusan itu pada saya memandangkan saya bukan guru tahun 6, saya tak ajar kelas Jeffery pun. Cuma pernah saya panggil Jeffery, Liza (kakak Jeffery), dan Sofia buat latihan Matematik bersama....
(Jefferry murid tahun 6, berbangsa Iban + Penan, bukan beragama Islam, murid yang paling nakal di sekolah, terlalu degil, malas belajar, suka buat hal dan create masalah, markah ujian Jeffery semuanya merah dengan purata 35% kecuali kertas BM yang agak2 lulus. Saya pernah umpankan dia dengan buku latihan matematik waktu saya belanjakan duit saya untuk buku2 rujukan dan latihan untuk Sofia (anak angkat saya juga tahun 6). Pada mata saya Jeffery matang, ada keinginan, tapi pergaulan dengan orang yang jauh lebih dewasa dr usia dia mengheret Jeffery berlagak ala2 samseng.) Semalam balik dari sekolah perkara pertama yang saya buat adalah buka bungkusan dan kad dari Jeffery. Setin sardin, sebuku sabun mandi dan 2 bungkus mi segera. Jatuh airmata saya melihat ketulusan Jeffery biarpun dengan harga sardin, sabun dan mi segera. Teringat seorang teman yang menerima sebiji epal dari muridnya..... (kata kawan saya tu, rasa tak nak makan epal tu) dan saya, sardin tu biar la....terus dalam tin itu, mi segera tu biar smpai expired, sabun tu biar smpai hilang wanginya. Esok saya keluar bintulu, niat saya nak belikan buku rujukan dan latihan Upsr tuk Jeffery. Azam saya untuk melihat dia lulus dalam Upsr nnt.

"Saya ucapkan selamat hari guru untuk cikgu, saya berjanji akan jadi budak baik dan pandai" (antara yang Jeffery tulis pada kad untuk saya itu.)

Ini lah Jeffery.... seluar merah dengan baju Pooh itu.

Biarkan gambar bercerita yer.

Persembahan guru dan murid. Gambar atas tu kami menyanyikan lagu Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan Guru Pembina Negara Bangsa.

Sesi bersalam-salaman murid dengan guru dan acara sukaneka di padang Sk Sungai Sengian.

Sesi makan2 lepas sumernya tamat....antara menu yang di polah saya.

** Saya di nobatkan sebagai Guru Penyayang pilihan murid2 sini... hahahah penyayang ke saya ni? Mungkin ke Jeffery turut calonkan saya sebagai Guru Penyayang?**

Isnin ni saya balik ke semenanjung
tak sabar untuk melepaskan rindu....
huhuhuhuhu banyak sgt kerinduan ini.

9 comments:

Azwani Shaari said...

Tgk kak ida nyanyi tu tringat hobi kak ida yg suka menyanyi kat kondo dulu.. menyanyi sambil guwa dan mekja buat muka tak puas hati...hehehe

addyaholix said...

kalaupun cuma setin sardin, sebuku sabun dan dua bungkus mee segera, tapi betul-betul bermakna kan? =)

selamat hari guru untuk sufi. saya calonkan sufi sebagai guru penyayang. dan juga prihatin. sebab saya yakin sufi guru yang memang penyayang =)

SRISUFI said...

Salam ziarah cikgu Sufi..

nama kita sama. Pertamanya saya sangat tersentuh membaca ketulusan hati cikgu mendidik anak2 di negeri saya. Kenyalang. Walaupun saya tidak pernah sampai ke sana pun. Sebak hati saya membaca.


~salam ukhuwah..terima kasih sudi singgah ke teratak saya.

saya link kamu ye cikgu

Keri AlHaj said...

saya turut tersentuh baca entri ni... ketulusan hati... luhur budi... dan janji...

tahniah atas anugerah... haha, cikgu penyayang gituu... ida memang layak dan patut dapat...

selamat pulang ke kmpung halaman...

chekgu Bani Hassim said...

aik...
kao dh pande madah swak kaa??
huhu

selamat hari guru...
tak kisahla di mana kite berada, semangat tu yg penting kan??

semoga tabah... :)

~Cinta Cukulet~ said...

it's the thought that counts kan..selamat hari guru cikgu sufy (harap belum terlambat nak wish hehe)

Sufi Idany said...

Cik Wani : u n mc ja mmg gitu.... suka buat muka tk puas ati bila i nyanyi.... apapun i like.... ehehehe

Addy : Cukup bermakna Addy. Sambutan Hari Guru yang pertama kalinya saya sebagai Guru. Tersentuh di jiwa, terkesan di hati.

SriSufi : Terima kasih untuk kunjungan balas ini. Sudah saya link kamu juak....

Abg Chime : erm... layak ke ida? huhuh lusa balik kampung... ahahah tk sabar you....

CekguBH : sik juak panda sgt klaka s'wak...tp boleh laa... masih blajar lagi ni.... huhuhuh. Berapakah harga sebuah ketabahan?

Cukulet : huhuhu thanks sis....

nordee said...

menitis air mata akak..huhu

Ad Rifza said...

Cuti skolah tak balik Klate ko?..hehe

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************