CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 25, 2008

Rupanya bukan yang terakhir.....

Salam kembali utk semua....
igtkan entry sebelum ni adalah entry terakhir sebelum saya berperang dengan kertas2 peperiksaan akhir.... rupanya bukan yang terakhir gak....
di sapa pagi oleh Ilham hanya dengan link yang membuatkan saya utk terus berkongsi dengan semua.... malam semalam saya mmg berdiskusi dgn seorang teman cyber tentang kualiti seorang lelaki..... mungkin sekadar perkongsian dan hanya diskusi biasa dari minda dan relung hati wanita yang kecewa dengan beberapa episod hidupnya dan ianya berkait rapat dengan lelaki... malam tadi....saya menonton Mega Movie kat TV3 "Someone Like You" citer yang turut memberikan persepsi negative tentang lelaki tapi dalam kekalutan ciptaan kaum adam ni.... masih ada lagi lelaki yang datang dengan ikhlas dan penerimaan yang tidak bersyarat...

saya bukan nak ulas tentang Movie tu.... saya nak share;

10 Kualiti Lelaki Buruan Wanita

1. Prihatin
Bukan mudah menemukan lelaki yang bersikap prihatin secara tegar. Kebanyakkannya hanya sandiwara bersifat sementara dan lakonan paling mujarab kala ingin membelai hati gadis pujaan. Namun lelaki perlu tahu dan sedar akan kepentingan sifat ini tersemat dalam diri. Ini kerana wanita amat menyayangi lelaki yang mendengar dengan teliti setiap butir ucapan mereka dan disusuli dengan reaksi yang menyenangkan.

2. Penawar
Ramai wanita meniginkan kehadiran lelaki bistari meluahkan kata-kaya azimat sebagai penawar kala ditimpa musibah. Sedia maklum, hati wanitia cukup sensitif dan mudah terguris. wanita juga menyenangi lelaki dengan kata-kata pujian untuk setiap kejayaan apatah lagi yang sentiasa berada di sisi takkala musibah datang melanda.

3.Kebebasan
Wanita tidak meminta kebebasan keterlaluan. cukuplah sekadar diberikan hak memilih secara mutlak secara mutlak dalam beberapa urusan contohnya memilh peralatan rumah, membantu pasangan dalam sistem kekeluargaan ( bagi mereka yang sudah berkahwin) atau menyusun ragam kediaman mengikut cita rasa mereka. jika pasangan kurang menyenangkan , teguran atau kritikan lembut lagi membina amat di alu-alukan.

4.waspada
sikap waspada dan hati-hati lelaki dalam melontar kritikan dan pendapat antara faktor lelaki terus disenangi dan wanita pula pantas ingin mendampingi. selain waspada tutur kata, waspada akal & pertimbangan juga antara pakej kualiti terbaik yang bakal meletakkan seorng lelaki itu sbg sanjungan wanita.

5.Harum
sudah menjadi fitrah wanita sinonim dengan subjek kebersihan dan kecantikan (tetapi tidak semua wanita masa kini) oleh itu wahai lelaki sila pastikan anda cukup prihatin akan soal kebersihan diri, kekemasan, penampilan dan paling pentig anda bebas daripada masalah aroma tubuh yang meloyakan.

6.Pemurah
wanita menyenagi pasangan yang tidak terlalu berkira akan soal wang dan perbelanjaan. Bagi pasangan suami isteri menyerahkan soal catuan perbelanjaan rumah tanggan antara mandapat yang amat dihargai oleh seorng wanita. ini menunjukkan betapa pasangan amat dipercayai dan membuat wanita dihargai.

7. kompromi
bukan mudah menemukan lelaki sebegini namun, inilah antara kualiti buruan wanita. wanita menghargai kehadiran lelaki yang sering berkompromi dan sedia menerima kekurangan pasangan seadanya malah yang tidak terlalu cerewet atau kerap mengkritik pasangan juga antara ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.

8. penyokong
lelaki bersifat menyokong ibarat tunjang yang menjadi sandaran dan harapan kepada wanita. dengan dorongan secara fizikala dan emosi , wanita dapat menilai sejauh mana sifat tanggungjawab dan prihatinya pasangan dalam mewarnai kehidupan mereka.

9.Damai & cinta
lelaki memliki sifat cintakan kedamaian adalah lelaki yang tidak berpotensi menjadi pasangan yang bersifat panas baran, kaki pukul @ pendera. Anda perlu ingat, wanita bukan sahaja disayangi dan dicintai malah perlu untuk dilindungi dengan sewajarnya.

10.Tanpa kuasa veto
Wanita lebih cenderong untuk mendampingi lelaki yang tidak menjadikan kuasa veto sebagai alasan mengecapi nikmat kehidupan terindah contohnya tidak melandaskan alasan dipandang manis meskipun bersifat curang, berhak memilih pasangan lebih daripada seorng wanita @ tidak menghormati wanita lantaran berpaksikan fahaman bahawa wanita tidak layak setanding dengan lelaki.

erm saya pun keliru.... samaada betul atau tidak masing2 punyai interpritasi tersendirikan? jadi bijaklah dalam membuat pilihan. setuju atau tidak sy hanya panjangkan perkongsian ini dengan semua. sila ke laman ini utk banyak lagi perkongsian yang menarik...

10 comments:

azza_irah said...

salam da..
gud luck utk final exam..

SHIMI said...

Moga ketemu dengan kualiti itu. Selamat berjaya juga.

Sufi Idany said...

Kak Azza :
Thanks a lot sis for understanding me... wish me luck... masih pening2 lalat ni...

Shimi :
InsyaAllah mudah2an apapun dalam idup ni kita kena belajar utk menerima kan? sebab tak semua yang kita nak kita akan dapat.... btul tak bro? terima kasih for the wish...

Keri AlHaj said...

saya tak tahu, kualiti yg mana satukah seperti yang disenaraikan ida, yg ada pada saya... yg wangi tu mungkin ya. sebab saya suka CK escape.. yg lain2 tu, hanya org lain yg boleh nilaikan...
ya! moga tak lupa, perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baik...

ok.. gud luck jugak utk xm yg akan tiba...

Sufi Idany said...

Abg Chime :
Terima kasih for the wish... i hope so....

erm kualiti tu mungkin org sebelah sana bleh interpretasikan kot....heheheh..ath

Anonymous said...

Assalammualaikum.

I likeee.

Salam ziarah

Rashid said...

Damai dan cinta,
Saya suka dengan pasangan ini. Hati pasti akan terasa damai bila kita menyintai dan dicintai..

Idany, Selamat study & berjaya dalam exam.

Sufi Idany said...

Arryani :

salam ziarah, terima kasih singgah kt sini....

i like... :)

salam ta'aruf .


Cikgu Rashid :
erm...tp kan kdg2 damai ilang di hati meskipun jiwa dililit cinta....

terima kasih for ur wish... hope so.

suara said...

Salam ida...
Kak su pun tengok jugak cerita tu...

Yang diidamkan selalunya sempurna. Yang terbaik kadang tu dah ada di depan mata.
Rasa bahagia bila hati dah terbuka Tapi parah terluka bila terlalu menyinta.

Good luck for your exam ya!

Sufi Idany said...

Kak Su:
terima kasih tgglkan jejak akak kt sini... betul kak, kita sering mengimpi kesempurnaan hingga kadang2 kita lupa yg hakikat diri kita tidak sesempurna mana pun kan...

Redha dan terima....

Cinta hadir tnpa syarat....

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************